Seperti kelazimannya, Oli lah yang paling awal keluar rumah. Biasanya sekitar jam 7 pagi Oli mula bergerak ke tempat kerja. Pagi itu, aku tak sedar yang Oli masih berada di rumah walaupun sudah lebih setengah jam berlalu selepas 7 pagi. Hinggalah Alin mengetuk pintu bilik aku. "Mangga pagar tak boleh buka!" beritahu Alin.
Aku dengan rambut kering turun ke halaman. Muka Oli penuh berminyak. Untuk mengelakkan kes tertinggal kunci, aku beli mangga dengan nombor kombinasi. Jadi sekurang2nya, jika kami tertinggal kunci rumah, kami masih boleh masukkan kereta. Tapi bila mangga tak berfungsi, jadi malapetaka yang lebih buruk pula. Sebelum ini Alin pernah jadi mangsa, tapi dia sangat bernasib baik. Beberapa kali percubaan, mangga terbuka. Aku lebih malang, aku terpaksa panjar pintu pagar. Mujurlah hari sudah malam. Melaung uncle jiran sebelah bimbang aku jatuh. Dan di pagi yang hening itu, Oli. Aku dan Alin bergilir2 mencuba kerana Oli sudah kepenatan. Akhirnya kami hampir berputus asa. Haruskah kita panggil orang datang potong mangga ni? Orang apa harus kita panggil? tukang kunci? orang kedai hardware?
"Solawat dik! Solawat!!" aku dengar suara. Tak dapat aku lihat wajah yang berteriak tadi. Tapi jelasnya dia betul2 berada di depanku. Di balik pagar rumah bertentang, terlindung dek pagar dan sidaian kain baju yang banyak. Ah.. selawat... kenapa kami tak ingat itu? rasa malu melintas dalam hati. Dalam kepala cuma kiraan, berapa nombor kombinasi yang perlu dicuba. Bodohnya kami! Suara itu ialah suara pembantu rumah Indonesia jiran kami. Dan kami selawat berulang2, sambil terus mencuba kombinasi nombor. Hatiku melirih.. Ya Allah.. apalah agaknya doa Nabi Daud ketika dia melentur besi? Tap! kunci terbuka. Ajaib Ya Allah, aku baru bertanya, belum berdoa sudah kau makbulkan! Ya Allah sesugguhnya engkau Tuhan yang maha mengetahui.
Kawan2.. bila kali terakhir kau rasai keajaipan yang selalu kita panggil nasib baik? Bagaimana nasib boleh datang pada kita?
Aku, Alin lebih-lebih lagi Oli keletihan. Kami masuk semula ke rumah. Jarum pendek jam sudah melepasi 9. Semua sepakat ambil cuti kecemasan hari itu. Tenaga dan mood telah jatuh bersama keringat ketika cubaan membuka mangga nan bertuah.
Aku sangat terbiasa dengan 'keselesaan' tempat dan suasana kerja.
Aku biasanya akan kehilangan mood kerja bila tiada sambungan internet. Walaupon kerja boleh saja diselesaikan tanpa internet. Dan walaupon aku terlalu sibuk untuk melayar internet atau melayan segala macam 'Instant messanger' blog atau FB, aku cuma perlu 'tahu' yang internet ada maka aku akan rasa 'selesa' untuk bekerja. Memang penyakit.
Aku tak boleh tahan bunyi bingit. Aku juga tak tahan dengan kesenyapan. Aku akan jadi resah gelisah dan rasakan masa membeku. Ini mungkin sebabnya aku tak pernah jadi 'kutu perpustakaan' walaupon aku berdegar2 berkempen 'Jadikan membaca gaya hidup kita'. Aku perlu bunyi tak semestinya muzik. Cuma untuk pecahkan kebekuan. Aku akan rasa canggung kalau tak bercakap beberapa jam. Sememangnya aku banyak cakap.
Lebih sebulan lepas, ketika aku berkemas meja sebelum berangkat ke luar daerah, Mala berpesan supaya aku bawa headphoneku bersama. Aku menolak cadangan Mala.
Beberapa hari pertama, aku rasa sangat sunyi. Waktu itu, cuma Is yang bersama aku dan dia selalu rasa tenteram dengan kesenyapan. Malah, Is juga bercakap dengan suara perlahan kadang2 seperti berbisik walaupon tiada sesiapa yang terganggu kalau dia bercakap kuat sedikit. Internet potong tidak stabil jadi aku selalu kelihangan Mala.
Beku. Mala kata - Itu lah, kan aku dah pesan suruh bawa headphone!
Beberapa hari kemudian kami berpindah ke kubu medan perang. Disini suasana mungkin sangat bising bagi Is, tapi OK bagi aku. Manusia2 sibuk bermakna masa tidak beku. Lega, ada sambungan internet. Tetapi sana sini kena tapis. Fb tak boleh, YM tak boleh. Mujur ada Skype, cukup untuk aku dapatkan Mala. Asal ada Pak Cik Google, aku rasa boleh hadapi apa saja masalah teknikal.
Tiba satu tahap dimana kami perlu menjalani 'latihan peperangan sebenar'. Maka aku terpaksa mengorbankan sambungan internet supaya aku boleh berhubung dengan bongker2 pertahanan kami.
Aku sedikit kagum dengan diriku. Aku tak tahu dari mana aku dapat kekuatan ini. Kerja 15jam sehari. 7 hari seminggu. Aku balik lewat malam dah datang pagi seperti biasa tanpa banyak rungutan (kalaulah di JB, aku akan sengaja menguzurkan diri datang lambat jika balik terlalu lewat atau setelah beberapa hari sedikit lewat). Tanpa internet aku boleh fokus kerja dan kerja dan kerja. Jam 5ptg masih jauh dari masa balik. Kami kepenatan, sengal satu badan, sentiasa tertekan setiap hari. Kawasan kerja yang tak kondusif, sempit dan berselerak. Is mula tak selesa dengan rambutnya yang memanjang. Dan aku pula harus menghadap makanan yang tak selari dengan tekak Melayuku. Aku cukup jam tidur tapi tak cukup rehat. Setiap malam aku mimpi tentang kerja yang tak sudah. Bangun pagi akan rasa letih. Tapi aku tanpa banyak komen, terus dan terus bekerja. Sekarang baru aku tahu aku lebih kuat dari yang aku fikir. Pernah aku begini, memaksa diri untuk ketahap yang luar biasa. Iaitu ketika aku nekad mahu menyelesaikan ijazah sarjanaku yang sudah memakan masa hampir 3 tahun. Makanya siang hari aku coding di pejabat untuk gaji yang aku terima setipa bulan dan aku coding dimalam hari untuk membolehkan aku naik pentas konvokesyen. Semua itu berlangsung beberapa lama - tidur paling lama 4 jam sehari. Sekarang selepas bertahun-tahun aku lupa betapa aku pernah memaksa diriku menjadi sangat kuat dan efisyen. Setelah lupa, aku selalu memberi alasan sibuk. Alasan penat. Alasan tak sempat. Untuk hal-hal yang sebenarnya aku malas lakukan. Seolah-olah akulah manusia paling sibuk di dunia. Paling penting dalam syarikat. Walhal kalau aku pergi, sehari pon syarikat tak berubah susah.
Paling menyeksakan bagi kami cuma minggu pertama. Selepas beberapa minggu kami yang menumpang kawasan kerja jadi biasa. Biasa dengan badan dan otak penat, biasa dengan tekanan, biasa dengan meja sempit, biasa dengan kaki yang tak selesa biasa dengan suara terjerit2 biasa dengan orang yang bercakap berbisik2 haha.
Agaknya beginilah apa yang pekerja-pekerja asing rasakan. Mereka perlu buangkan keselesaan berada ditempat sendiri. Menyesuaikan diri dengan suasana seadanya ditempat asing. Bekerja separuh mati kerana mereka berperang dengan masa. Dengan satu harapan - suatu masa mereka dapat pulang dengan SENYUMAN dan TANPA SESALAN.
Ohh.. aku kagum dengan kekuatan mereka
Tahun lepas, aku hadiahkan diri sendiri buku terjemahan 'Pengembaraan Ibn Battuta'. Itulah hadiah paling istimewa pernah aku beri pada diriku - waktu itu. Tahun ini aku mengambil masa lebih panjang untuk berfikir, apa yang aku mahukan untuk hadiah hari jadi ke -30.
Aku berfikir-fikir, apa yang aku mahukan sebagai tanda kematangan hidup? sebagai tanda aku punya hidup boleh aku pamerkan sebagai - hidup yang baik'. Mulanya aku mahu memberi diriku sebuah kereta baru, kemudian aku mahu pergi berkembara. Oh.. apa kata ke Tanah Suci? Kemudian, Yatt keluar dengan idea gila. Yang sebenarnya kami cuma cakap-cakap kosong saja. Tapi idea Cik Sengal tu terpantul2 dalam tengkorak kepala aku setiap masa. Tetapi untuk itu, aku perlukan banyak biaya dan masa.
Ketika memulakan blog ini, aku berazam mahu mencapai menjadikan hidup aku lebih berguna dalam masa lima tahun. Aku ada rancangan dan keazaman. Tetapi seperti tayar kereta, bila lama-lama berjalan melanggar batu dan lekuk, tekanan angin pun berkurang, allignment dan balancing pon lari kalau tak diservis. Dan kini, masa lima tahun makin hampir, aku kadang-kadang lupa apa yang aku azamkan beberapa tahun dulu.
Berminggu-minggu aku termenung memikirkan cara mencari biaya untuk idea gila Cik Sengal. Akhirnya, dengan ilham yang Allah kurniakan, tercetuslah 95% angan-angan dan 5% perancangan yang aku harap dapat memberi penyelesaian. Dalam proses menukar angan-angan menjadi perancangan, aku mula melihat jalan yang aku terokai beberapa tahun dulu, mula kurang semaknya. Aku dapat lihat silau matahari dari celah-celah daun. Dan habuk telah masuk ke mata aku tanda angin telah muncul kembali.
Aku rasa kembali semangat 'Kembara Kejayaan Awa'.
Dan akhirnya, aku menolak untuk menerima kereta baru. Dan seperti anjuran Cik Sengal - cukup2lah kita berjalan tahun ini. Mari kita menabung duit. Terima Kasih Yatt!
Aku berpaling 180darjah. Dari mahukan hadiah yang menyelesakan lagi hidup aku yang sedia selesa ni, aku memilih hadiah yang akan memberikan hidup baru yang penuh cabaran. Lalu aku memilih pakaianku, bersedia untuk keluar dari ruang keselesaanku.
Oleh kerana, aku mahukan hadiah terlalu istimewa untuk hari jadi ke 30. Sebagai tanda hidup aku berkembang sesuai dengan usia. Maka inilah dia, hadiah termahal dan tersusah untuk direalisasikan pernah aku beri kepada diri sendiri. Aksendiri. Aku memilih untuk memulakan kembali 'Kembara Kejayaan Awa' :)
Hari ini, 11 Zulhijjah, ialah hari lahirku menurut kalendar Hijrah :)
Kalau bercerita tentang jalan-jalan. Soalan lazim ialah - berapa RM telah terhabis?
Kalau dah kemaruk macam aku dan Yatt, sengkek-sengkek pon tetap kami pergi jua. H1N1? tawakkal sajalah. Hehehe. Memangnya semasa kami ke Bali masing-masing poket kering. April lepas berhabis ke Bangkok, Jun mahu ke Bali pula. Yatt baru saja baharui insuran dan cukai jalan. Aku sendiri belum bergaji bulan itu. Kami adakan saja seada-adanya. Abid saja yang berduit banyak, mungkin. Sebab ini adalah kembara eksperimennya. Berapa pun kos yang dikeluarkan, aku harap kami akan pulang dengan kenangan2 dan pengalaman2 berbaloi.
Dan akhirnya, apa yang kami dapatkan ialah banyak perkara yang tak ternilai. Lagi-lagi pengalaman mendaki gunung Batur.
Bertolak jam 4 pagi. Sejuk yang teramat. aku cemburu melihat Budi cuma bert-shirt lengan pendek. "Dingin?" tanyanya, cuba memprovokasi. Sedangkan aku berbalut muka hingga ke paras hidung. "Sangat!" Jawabku dan dia ketawa senang. Berhenti subuh di pertengahan jalan, dalam gelap dan tak sedar betapa sempit dan dekatnya tempat bersujud dengan tebing curam. Melihat fajar saddiq dan bersolat subuh itu adalah pengalaman spiritual yang tak pernah terbayangkan. Bila melalui semua waktu turun, Kadek bertanya "Ingat tak tadi dimana solat?" Wah!! gerun betul tempat tu kalau solat dalam terang.
Oleh kerana asyik berhenti, kami tak sempat ke puncak sebelum matahari terbit (6.30 pagi). Tapi tetap dapat menyaksikan pemandangan matahari terbit yang sangat indah. Priceless!
Selepas melihat matahari terbit, aku secara automatik memperlahankan langkah - tak tercapai niat utama melihat matahari terbit dari puncak. Pon kami tetap mahu teruskan juga. "Mahu turun, kalau mahu turun sekarang ya bisa!" provok Kadek. Sejak jam 6 pagi henphone ku asyik berbunyi, alarm. suara Effa menyanyi lagu Wonder Pets! dan berulang setiap 10 minit (tas(beg) aku dibawa Kadek jadi aku malas nak berhenti semata-mata mahu mematikan alarm). Akhirnya Kadek hafal lagu Wonder Pets!
Bila sampai di atas, sekali lagi. Priceless!
Inilah yang aku suka sebutkan, leburkan sedikit duit (mungkin juga bukan sedikit) untuk mendapat sesuatu yang tidak ternilai!
Selain pengalaman naik gunung, ada cerita lain yang Priceless! cerita tentang hidup.
SUSAHNYA HIDUP
Pernah aku nyatakan pada seorang kawan, 'Dalam banyak2 hal kehidupan, duit adalah hal yang paling senang didapati'. Kawan ku itu terkejut dengan kenyataan melulu aku. Bongkak sungguh bunyinya. Aku terangkan, 'Kawan, bumi Allah ini luas, melatalah mencari rezeki, rezeki Allah ada dimana2!'
Asal timbulnya kenyatan mengejut ini ialah dari satu soalan rutin 'Bila akan aku berkahwin? Bagaimana kalau aku berjodoh dengan orang yang sederhana? Tidak berharta dan tidak berjawatan?'. Lalu itulah jawapanku, 'Kawan, aduhai adakah kau sangka aku belum berkahwin kerana menunggu calon yang hebat serba-serbi? Rumah dan kereta besar? Kalau soal harta, aku mampu insyaallah mencari sendiri mengikut kehendakku' dan aku sambung lagi dengan kenyataan awal tadi - 'Dalam banyak2 hal kehidupan, duit adalah hal yang paling senang didapati'
Tetapi realitinya, bukan semua manusia mudah rezeki perutnya. Budi, pemandu arah kami ketika pendakian Gunung Batur. Percakapannya lancar tanda otaknya cerdas, fasih Bahasa Inggerisnya dan banyak pengetahuannya tentang hal-hal sekitar sehingga aku senang sekali berbual2 dengannya. Aku tak menyangka dia baru berumur 17. Sejak umur 15 tahun dia menyewa bilik dan duduk berjauhan dari keluarga, bekerja sebagai pemandu arah untuk menanggung sekolahnya. Menurutnya, kalau mengharap pada orang tuanya maka mustahil dia dapat terus sekolah.
Ibu warung pula sehari-hari memanjat gunung mula jam 2 pagi. Bertemankan seekor anjing, nenek 3 cucu berumur 45 tahun itu sudah betah dingin puncak gunung. Memanjat gunung yang curam dan licin ini cuma untuk membuka warung demi sedikit rezeki. Mukanya comot kerana dapurnya adalah dapur kayu. Malah menurut Kadek, kanak2 mereka sejak 10 atau 12 tahun sudah pandai mengambil upah mengangkat barang2 dagangan warung dan kayu api ke puncak. Kadek sendiri kelihatan 10 tahun lebih tua dari umurnya, apa lagi kalau bukan kerana kesan kesusahan hidup. Dan mbak2 yang mengurut kami petang selepas turun dari gunung juga tak kurang susah hidupnya. Tak pernah pakai baju baru dan tak pernah sampai ke Den Pasar yang cuma 2 jam saja perjalanan.
Orang-orang seperti mereka, yang kelihatan lusuh, tidak penting, hidup hari ini cuma untuk hari ini, tidak bercita-cita, tak jelas masa depannya. Adalah pejuang-pejuang dalam dunia mereka sendiri.
Itulah hidup.. dan aku amat-amat bersyukur.. amat-amat bersyukur.. amat-amat bersyukur.. betu-betul bertaubat
Rancangannya hujung minggu ini aku mahu cuci beranda. Aku beli getah paip 15 meter sebab tiada paip di depan rumah, sumber air harus dari sinki. Tapi air keluar malas-malasan. Tekanan rendah. Aku basahkan lantai ruang tamu dulu. Debu-debu degil. Sudah disapu sudah divakum tetap ngeres di kaki. Tiba-tiba hujan pun turun selebat-lebatnya.
Aduhai.. bila kerja sudah bermula, paling pantang ialah berhenti. Sebab aku berpotensi besar untuk tidak menyelesaikannya. Dan guruh pon berdentum lagi. Dari dalam rumah aku lihat air mencurah-curah dari talang yang bocor, separuh beranda yang tak berbumbung hampir bersih dibasuhi hujan. Tiba-tiba aku tersentak! Aduh.. bodoh betul, ini hujan rahmat mencurah-curah aku masih mahu mengeluh!
Aku bergegas mencari baldi, bertudung seadanya dan keluar rumah. Kereta aku undurkan sampai keluar pagar. Ya Allah yang maha mendengar, kau dengar keluhanku tentang air paip yang lesu sekarang kau kurniakan aku air laju tidak berhenti. Maha suci Allah! Air dari talang bocor aku tadah dengan baldi, sekjap saja sudah penuh. Aku siram lantai depan pintu. Aku tadah air lagi, aku seronok bukan main. Rumput2 kecil yang tumbuh di rekahan simen habis aku cabut. Kad-kad along yang berserakan pon aku pungut. Sudah tak boleh di sapu kerana basahnya. Orang yang lalu lalang mungkin rasa aku gila apa menyapu dalam hujan-hujan lebat begini. Tapi mereka tak tahu aku menyapu dalam kesyukuran :)
Kerja ku selesai bila hujan berhenti :)
Kadang2 (mungkin juga selalu) yang blog ni asalnya untuk meraikan cerita-cerita kejayaan aku dan juga orang disekeliling. Jadi, 1 label aku namakan wall of fame yang dikhaskan untuk kejayaan-kejayaan yang aku raikan. Semoga dapat jadi penyuntik semangat dan inspirasi.
Jadi tahniah aku kali ini untuk;
1. Yati dan Kak Lin yang kembali menjadi pelajar dan bakal bergelar Dr falsafah beberapa tahun lagi. Aku doakan mereka sentiasa tabah dan sabar menempuh perjalanan yang baru bermula ni.
2. Lai Leng yang baru saja bergelar ibu untuk Daniel Egbert Adolf.
3. Dr Siti yang baru pulang menunaikan haji. Itulah kejayaan dalam Ibadah seorang Muslim. Semoga, cepat2 aku dipanggil bertamu kesana :)
4. Terlambat sikit, tapi tahniah juga untuk kak ani, abg aip dan abg abu yang berjaya mempunyai kebun sendiri. Semoga murah rezeki!
Entry ni terlahir atas respons pada komen2 entry semalam. Tentang obsessi.
Kau tau apa tu obsessi? Maksudnya suka, kagum, minat yang teramat. Boleh menyebabkan kita melakukan perkara yang luar dari kebiasaan kita. Kadang-kadang membuat kita jadi 'gila' hahaha.
Yan dan Amy misalnya, kerana obsess pada 'Kuch Kuch Hota Hey' sanggup ponteng kelas dan cilok pegi tengok wayang. Amy obses pada filim hindustan, sanggup beli CD walaupon tak ada subtitle. Itu tahun 1998
Tahun yang sama, mungkin ke sebab obses pada kumpulan Spice girl menyebabkan Yan dan Amy tubuhkan kumpulan yang sama namanya dan lancarkan kelab peminat sendiri?
Tahun 2000 Yan dah bertukar selera pada drama-drama Jepun. Dia beli set CD drama Beautiful Life dengan harga mahal walaupon tak ada subtitle
Tahun-tahun selepas menjawat jawatan pensyarah, Yan berusaha mendapatkan tempat di seminar akademik di Jepun, negara yang dia ingin sekali menjenguk, lanjutan obsesinya terhadap Jepun. Tertunai akhirnya tahun 2007
Dunia ini seimbang, semua hal ada sisi cerah dan gelap. Termasuk obsessi. Kadang boleh bawa baik, boleh juga bawa buruk. Kita manusia beriman dan berakal.
Yan, kau beruntung lahir pada zaman sekarang, kalau kau lahir tahun 1940, kau adalah tali barut Jepun! hahah
Obsessi membuat hidup lebih menarik. Tak caya tanya yatt a.k.a cik sengal. dia ada banyak novel dan CD drama korea yang belum habs baca dan tonton tapi masih terus mengumpul yang baru ;)
Jadi, kau pernah obsessi pada sesuatu atau seseorang? Aku? ala.. korang semua pon tau hehehe.
p/s Nama2 diatas adalah nama sebenar dan berkaitan dengan makhluk yang masih hidup. Semoga Allah panjangkan dan berkati umur mereka :)
Kita dok gaduh2 kata bahasa kita tak "world". Bahasa kita tak internasional. Bahasa kita tak boleh bawak kita pergi jauh.
.................
Aku tengah berlakon, konon-konon tengah buat kerja. Padahal aku tengah buat entry baru untuk blog ni. Harus aku berlakon, sebelah aku bilik berdinding kaca. Pintunya terbukak. 3 orang bos. Bos aku dan 2 orang bos siapa aku tak tau. Dah dekat sejam mereka cho che cho che. Entah cerita tentang apa tapi pastinya bukan cerita peribadi atau politik (sebab aku tak dengar nama abdullah atau anwar atau najib). Tentu mereka sedang bincang kerjasama bisnes.
.................
Boss aku genius orangnya. Ada memper2 Pak Lah bila senyum. Muda lagi tapi dah bawa syarikat ke sana-sini. Dari Spore, Indonesia, Afrika Selatan, Dubai, Korea, US dan UK. Dia memang fasih berbahasa Inggeris.
.................
Boss aku dan 2 orang rakan kerjasamanya dari tadi cho che cho che cerita bisnes dalam bilik berdinding kaca sebelah aku ni. Dari awal sampai sekarang, 1 patah perkataan Inggeris pon aku tak dengar. "I" dan "U" pon tak dapat aku dengar. Aku dapat tangkap "wo" dan "ni" saja.
................
Kau biasa tak jumpa minah-minah yang janguk habis. kasut runcing,rambut karat, muka Jawa habis tapi cakap "I U" "I U", cerita pasal artis tu bercerai artis ni kawin baru. Tafifon bimbit paling canggih keluaran terbaru. Aku sangka dia exec, tapi bila kesempatan ke pejabat dia, dia duduk mejadepan sekali.. penyambut tetamu da rupanya.. hehe
p/s sikit lagi aku kantoi dgn boss masa tulis entry ni hahaha
aku pernah kata, dalam entry dulu2.. selain kemahiran bertutur bahasa mat saleh, kita juga perlu kemahiran mendengar dan menterjemah (word processing). sebab kita bekerja di Malaysia, ada macam2 bunyi akan kita dengar yg mana membawa maksud yg sama.
semikolon;
---------------------------------------------
standard device protocol:
prefix + add + cmd + data + chksum
2 + 1 + 1 + n + 2
minimum length of the protocol:
all item - data
---------------------------------------------
"means, two plus one plus one plus two equal to sex. SEX! hmm!" chin chin angguk kepala sekali penuh keyakinan. pandang kami semua dan semua orang angguk2. chin chin angguk angguk juga. ini perbincangan teknikal dan serius, tak ada siapa pon yg gelak. atau mereka tak perasan pun agaknya.
pengajaran kisah: jangan malu sangat kalau kau selalu silap sebut perkataan inggeris. mcm aku selalu kata bila sukumar betulkan aku "sorry i'm not english, i'm jawa" :D
Seperti diceritakan oleh uncle John
Seorang hartawan membina rumah besar ditepi pantai. Suatu pagi dia berjalan2 ditepian pantai. Seroang nelayan baru pulang dari laut sedang mengemaskan botnya.
Hartawan menyapa, "Kamu tahu, inilah gaya kehidupan orang kaya. Aku telah bekerja keras bertahun-tahun mengumpul harta. Inilah impian aku, sebuah rumah ditepian pantai. Pantai ini, indah bukan? Disini, macam syurga!"
Nelayan menjawab, "Tuan, seumur hidup saya, saya telah habiskan disyurga ini dan saya seorang nelayan".
aku suka lagu ni, walaupun dia guna perkataan yang tak sedap macam mati dan sial. tapi perkataan tu memang cocok betul. Para yang akhir tu, kena ingat selalu :)
Sampai Nanti, Sampai Mati
Sama...
Kalau kau pernah patah hati
Aku juga iya...
Dan sering kali
Sial datang dan pergi
Tanpa permisi
Kepadamu suasana hati
Tak peduli
Kalau kau kejar mimpimu salut
Kalau kau ingin berhenti
Ingat tuk mulai lagi
Tetap semangat
Dan teguhkan hati
Di setiap hari
Sampai nanti
Sampai mati
Kadang memang
Cinta yang terbagi
Karena memang
Seringkali mimpi tak terpenuhi
Seringkali
Tetap melangkah
Dan keraskan hati
Di setiap hari
Sampai nanti sampai mati
Aku tak suka tempat yang sesak dengan orang ramai. Contohnya PC Fair. Tapi pergi juga PC Fair Jumaat Lepas di Persada Johor dan berhabis juga RM100++ untuk 4 benda2 kecil (SD card, card reader, USB hub dan tetikus; mudahnya duit mengalir). Jadi kalau acara2 yang bersesak orang macam Jmo Heboh, Pesta itu ini, aku memang tak de interest nak pegi.
Walaupon aku tak suka suasana sesak, tapi aku suka 'big family gathering'. Jumpa sepupu2 dan mak cik2. Masa ni la nak update siapa yang sihat dan siapa yang sakit, siapa dah bertunang, siapa dah dekat nak kawin, siapa nak naik haji tahun depan, siapa tengah mengandung, siapa dah bersalin, siapa masuk universiti, siapa dapat kerja baru, siapa tukar kereta baru atau pindah rumah baru. Seronok je berbual dan layankan lawak diaorg.
Tapi, kalau pegi kenduri kawin, paling malas nak dengar soalan.. "kak awa bila?"
Paling best pulak bila dengar "kak awa, nampak kurus sikit la.." hehehe
macam tu lah ek, namanya hidup, ada yang kita suka, ada yang tidak. dua-dua pon kena hadapi juga. kalau tak berlapang dada hadapi perkara yang tidak kita suka (suasana sesak) mana dapat alami hal yang kita suka (berkumpul dengan sepupu2 atau 4G SD card utk camera - lepas ni harap2 tak de lagi masalah memory tak cukup nak ambil gambar waktu bercuti)
Mala kata, tangan yang melukis tu buruk.. aku setuju. Itu sebab tangan tu bukanlah subjek, kalau tangan tu cantik akan curi perhatian dari subjek sebenar. Kalau subjek tak cantik pon tak apa, sebab tak perlu bertanding dengan tangan tu haha
Dan, kenapa kita selalu melihat pada cantik yang zahir saja? Cantiknya tangan pelukis yang hodoh tu ialah pada gerakkannya. Kalau geseran karbonnya kaku, masakan dapat hasilkan potret yang cantik?
What is beauty anyway?
Website ni guna 'face recognition' [tet tet.. buat aku tringat pd Dr Dzul, dah prof kot skrg]..58 face effects you can play with! PhotoFunia
Gambar atas guna effect : Potret
Gambar sebenar :
--setelah diterjemah dari singlish ke bahasa melayu--
"Jangan cemburu dengan kelebihan orang lain, gaji besar dan berjawatan tinggi, yang penting, kita mesti buat apa yang kita suka dan kita pandai, kita akan jadi lebih baik"
Satu hari Uncle John duduk makan bersebelahan dengan seorang buruh dari Nepal. Dia kasihan lihat keadaan buruh tu bekerja.
"Awak kerja kuat benar!", sapa Uncle John dengan muka simpati
"Ya, tapi beberapa tahun selepas ini, saya akan masih teringatkan bagaimana orang Singapura yang kerja macam nak gila, kasihan!"
Agak terperanjat sedikit Uncle John, kenapa dia pula perlu dikasihani?
"Lima tahun lagi, bila duit saya sudah mencukupi, saya akan pulang ke kampung halaman. Membeli sebuah tanah yang luas dan membina rumah yang besar di tengah-tengah ladang. Waktu itu saya akan duduk dibawah pohon setiap pagi mengenangkan orang-orang Singapura yang masih kerja setiap keras setiap hari tapi tak dapat merasa kesenangan seperti saya".
Uncle John pon sedar, waktu itu, orang-orang seperti dia masih jadi hamba kepada harta yang mereka cari tapi si buruh Nepal tu telah menjadi raja
dah berbulan2 baru aku tergamak... menulis
aku pernah jatuh tersepuk. rasa sakit. aku jatuh sebab mengejar engkau yang tiba-tiba mau lari, aku kejar, engkau lari lagi, aku kejar.. aku kejar.. aku kejar, sampai aku penat dan aku jatuh tersepuk.
mula-mula aku tak daya nak bangun. tapi tiba-tiba macam ada satu dendam dalam diri aku. betul kata engkau. aku mampu berbuat apa saja. tanpa engkau pun. oh.. aku tidak kata aku boleh buat sendiri-sendiri. tapi aku cuma hilang engkau seorang. engkau seorang.. (sekurang-kurangnya itulah yang aku nampak)..
entah macammana, walau sakit, pedih, pahit hati aku ni. dan betapa payah aku mahu yakinkan diri, akhirnya aku sekarang sudah berlari anak kembali. sudahlah.. kalau kau tak tahu menghargai aku.
engkau nampaknya masih belum tahu beza duit dengan kawan. aku selalu cakap, duit bukan boleh bawak mati. tapi aku sendiri cari duit macam nak mati.
kalau kau rasa aku ni kebal dah tak berperasaan, kau silap. kalau kau tak tahan dimarahi aku, awas.. yg lebih ganas menanti engkau diluar. lagi tinggi kau daki lagi ganas kau akan jumpa. ya.. aku dah biasa dimarah2 begitu, sebab itu aku pun biasa marah-marah begitu. everything is business nothing personal ok! personal ialah bila kita duduk dimeja makan atau lepak-lepak depan tv sayang..
dan yang lebih penting perlu kau ingat, aku tak pernah membuang engkau, engkau yang menarik diri.. dan aku tak pernah nafi engkau sebagai kawan. yang putus ialah business, personal aku tak mungkin putuskan. sampailah beberapa ketika, bila engkau nampaknya tak mahu lagi mengingat aku lagi dan aku rasa terhina. aku lihat dari jauh, engkau mana tahu!. engkau memang dungu, masih tak tahu bezakan business dan personal.
kita dijalan sendiri-sendiri. aku doakan kau berjaya. betul, selain hal business, aku tak ada demdam pada kau. dendam aku pun jenis mulia, aku takkan hembus apa-apa. dendam aku cuma buatkan aku mahu lompat tinggi dan tinggi lagi..
Bila kau kerja so called international company, orang kata mesti lancar berbahasa Inggeris. Sebenarnya mereka salah (kecuali kau dalam bidang pemasaran). Sebenarnya kau lebih perlu skill mendengar dan mengenalpasti perkataan-perkataan yang keluar dari mulut-mulut orang-orang original/internasional. [50% efford aku semasa mesyuarat ialah memahamkan perkataan, kemudian barulah cerna isi]
Sebagaimana kau sabar mendengar sebutan mereka yang pelik-pelik dan pelat-pelat tu, begitu juga mereka akan sabar mendengar kau sebut ..aa..aa..
Kami ada seorang staff, yang kalau kau dengar dia cakap inggeris pun kau dengar macam cakap tamil. Dia meletakkan jawatan dengan alasan mahu balik kampung (India). Tetapi rupa-rupanya dia sekarang berkerja di US.
Jadi adik-adik, jangan rasa malu dan rendah diri kalau tak lancar bebahasa Inggeris. Namun, pastikan sentiasa majukan diri. Yang kita patut rasa malu patut jika kita tak menghormati bahasa sendiri.

Bila kita tahu menghargai dan menikmati sokongan dan dorongan orang-orang sekeliling kita, kita tak ada lagi alasan untuk putus asa!
To: siti nurulhawa (mcm ni ke rupanya nama aku dlm chinese?)
From: Fresh
Nothing to say... don't know wat 2 say.. :P kerana too many thing 1 2 say... so... must keep in touch.. then slowly-slowly i tell u!
<*Can see u sudah ada success punya " DNA". hanya nak activate & make the "DNA" live and kicking. May u success in all the thing u do!!*>
<**> fresh, tampal t-shirt aku sebab dah tak cukup tempat nak tulis, tu laa... nak sangat jadi orang terakhir :P. it has been 1 and a half year :)
Menjadi positif sangat penting. Ramai orang tak paham apa yang dikata menjadi positif. Aura positif dan aura negatif ni memang boleh dirasai oleh orang lain. Untuk kekalkan diri sentiasa positif, sentiasalah tempatkan diri dipersekitaran yang positif. Dengan kata lain, bentuklah persekitaran kita menjadi positif. Jika persekitaran itu terlalu negatif dan untuk mengubahnya itu diluar kawalan kita maka keluar saja dari persekitaran itu.
Pengalaman sendiri; hari pertama mula kerja di syarikat R dan J. Di syarikat R, saya sendiri dapat rasakan sesuatu yang tidak kena berlaku dalam pejabat. Tetapi lambat sedikit baru saya dapat kenalpasti ia ialah aura negatif yang disalurkan setiap pekerja disitu. Setelah setahun, saya rasa tak dapat lagi bertahan dengan aura negatif di situ. Saya juga dapat raskan, diri saya mula menjadi orang yang negatif.
Di syarikat J sangat berlainan, bukan pada hari pertama, pada hari temuduga lagi saya sudah dapat rasakan orang-orang di syarikat J sangat enjoy dengan kerja mereka. Muka manis, tak ada berkerut-kerut macam di syarikat R. Tekanan kerja dan isu-isu dalaman tetap ada, tapi mereka pandai mengendalikan emosi dan membina persekitaran kerja yang mesra dan menyeronokkan.
Selepas saya bekerja di syarikat J, saya bekerja di syarikat A. Oh.. saya sangat suka melihat orang-orang masuk ke pejabat dengan muka manis. Walaupun, kerja dia bukan senang dan remeh dan saban hari terpaksa melayan kerenah orang bawah, orang atas orang luar (pelangan).
Hari ini seorang dari rakan sekerja pergi ke tempat pelanggan untuk membuat demo kepada mereka. Tetapi apa yang berlaku tidak seperti yang dirancangkan. Dia terpaksa menanggung malu dan salah (dari perspektif pelanggan) pihak lain kerana demo tidak berjaya. Bila dia balik ke pejabat, dia masih lagi tersengih-sengih. Jadi kami masih boleh berbincang untuk mencari punca masalah. Walaupun mulut dia bising dan suara dia cempreng, tapi itu langsung tak menganggu saya kerana dia tetap positif. Memang patut dia rasa marah kerana terpaksa menanggung malu atas salah orang lain (bukan saya), tapi dia berjaya kawal emosi dan tak melepaskan marahnya tak tentu hala.
Bila dia kata "Gua marah sangat ni!!" dia masih tersengih-sengih.
