Boleh.
anda boleh saja berselisih pendapat mengenai apa yang saya paparkan. atau buku yang saya ulaskan. anda berhak mengekspresikan apa saja pendapat, asalkan rational. dan jika anda muslim sila meletakkan rational dengan quran & hadis sebagai sempadan. dan jika saya menganjurkan dan menerangkan pula pendapat saya bukan bermakna saya menyerang anda. dan saya tak akan mengambil sikap peribadi tentang anda. tak akan menghakimi anda.
jika saya tak sependapat dengan anda mengenai sesuatu hal, bukan maksud saya tak setuju semua tentang anda. jika saya rasa perlu mengkoreksikan sesuatu pandangan daripada anda - bukan maksud saya mengkoreksikan pandangan anda apatah lagi peribadi anda.
saya tak akan halau pengomen yang berlainan pendapat dengan saya. saya tak perlu buat orang lain akhirnya setuju dengan saya.
Saya masih sedang belajar mematangkan diri. bantulah saya. bertahan sedikit dengan saya. mudah2an saya dan anda tak termasuk dalam golongan dalam surah al-asr
semua dengan keizinanNya
Facebook memang trend sekarang. Sikit2 facebook, sikit2 nak gambar, sikit2 nak tag. Orang tak ada dalam gambar pon ditag juga. Dari itik sampaila jemput2 semua kena tag
Ini cerita petang kelmarin. Satu2nya open house raya yang aku gagahkan untuk pergi. Itupon sebab dapat SMS peringtan + tahun lepas dah miss + tuan rumah kedaung ni manjanggg bajet bz, bukan senang nak jumpa :P
Lepas makan, lepak2 ,borak2, ketawa2 - semua mcm dulu2 cuma tak kena jerit je huhu. Maka, aku pon mengeluarkan talifon. "Kena ambil gambar ni, esok pagi2 saya tag!". Teruja betul aku. Aku rasa, dalam hadirin hadirat di rumah tu (masa tu tetamu tinggal beberapa orang saja), aku lah paling handal berFB. Dari beberapa orang yang tinggal di majlis tu, aku dan Lily saja yang muda remaja beb,yang lain tu dah terkeluar dari umur belia hehe.
"Lambat sangat wa, I sekarang jugak boleh upload, tengok ni". Prof Rose keluarkan BlackBerry. Hulur pada Lily. Lily ambil gambar. Kembang-kembang Prof Rose tunjuk demo upload gambar ke FB. Siap tag lagi tu, cehhhh....
Dari beberapa orang yang tinggal di majlis tu, aku dan Lily saja yang bergaji 4 angka beb, itu pon tak sampai 1/4 gaji orang2 yang dah tak belia lagi tu. Kami manalah mampu pakai BlackBerry.. uwaaaa!!!!!
Satu malam minggu lepas, balik dari kerja. Aku melintasi kedai majalah. Gambar Datuk Siti ni sangat-sangat menarik perhatian aku. Ish.. CT ke? tak kan lah dah tak 'bertudung'? Aku pun dengan gaya keypoh wartawan Michael Melodi, mendekati rak majalah tu. Aku cari2 dimana tudung CT?.. Ohhhh... legaaaa Alhamdulillah, CT masih bertudung :) Ha?? kau tak nampak.. jangan.. bak kata Nujum Pak Belalang, siapa tak nampak maknanya...
Dah nama pon biduanita, sampai esok harinya aku masih terkenang2. Aku rasa macam sesuatu je gambar CT tu. Macam deja vu. Betul2 kuat aura Datuk CT ni. Berhari2 aku cuba ingatkan apa dan di mana yang sesuatu tu. Rupa2nya.. ini lah dia yang sesuatu tu.
ish ish.. hari Raya yang lepas, anak buah aku sibuk nak menggayakan tudung Siti Nurhaliza. Mujurlah diaorg tak nampak majalah ni.
Itik Tebuan tu adalah hasil karya Incik Saharil Hasrin Sanin. Klik gambar utk ke blog Saharil Conteng. (Nota: tu la, saharil skrg dah malas update blog, aku tolong promotekan lagi ni :P)
.
.
.
errr apa hubungan saharil dgn datuk ct?.... michael!!!!!!!!!!!!
Saya memberi seikhlas-ikhlas kemaafan dan juga memohon seikhlas-ikhlas kemaafan dari pembaca dan pengunjung yang senyap dah yang nyata :). Selamat menyambut Aidil Fitri dengan harapan, ingatilah Allah ketika kita berhari raya sebagaimana kita mengingatinya ketika kita berpuasa. Semoga Allah lindungi kita dan tawarkan hati kita dari juadah-juadah di telivisyen etc. yang merosakkan roh Aidilfitri. Dan jangan lupa bertakbir sekuat2nya. Pendek sekalikan masa bertakbir AidilFitri ni, jangan lepaskan peluang ini.
Saya doakan semoga semangat Ramadhan sentiasa bersama kita sehinggalah kita bertemunya lagi tahun hadapan, Insyaallah.
Lagu hari raya istimewa untuk kalian.. dari seniman hebat :)
Kawan-kawan biasa tak dengan buah ni? Masa zaman-zaman budak kenit dulu, selalu rajin pungut buah ni. Banyak tumbuh meliar di tepi-tepi jalan. Padahal tak adalah sedap sangat pun, tapi berkali-kali juga jadi penyebab masam muka, merajuk dan cemburu sebab kes berebut buah letop-letop ni la.
Belakang rumah aku sekarang pon tumbuh dengan suburnya pokok jalaran ni. Beberapa bulan lepas, waktu operasi membersih belakang rumah, barulah aku perasan keberadaan pokok letop-letop ni. Aku senyum sendiri terkenang peristiwa-peristiwa masa kecil.
Kelmarin, ketika berlegar-legar di Cold Storage, aku jumpa satu kotak plastik lutsinar. Kutelek-telek isinya, ternyata lebih kurang 10 biji buah letop-letop. Wahh... harganya RM10.90. Dan paling lucu, ia diimport dari negeri antah berantah ( ikut gaya Andrea Hirata - menerangkan sesuatu tempat yang asing dah jauh :p ).
Persepsi aku pokok letop-letop ini tak lebih dari penyemak, tak bernilai. Sehari-hari kami pijak waktu meredah semak-semak. Tapi pokoknya susah mati. Banyak tumbuh di tepi jalan. Maka, wajarlah aku teperanjat dengan penemuan kotak lutsinar di Cold Storage tu. Rupa-rupanya, di sebelah lain dunia, buah letop-letop yang dipanggil Cape Gooseberry ni dihargai manusia.
Apa ya gunanya Gooseberry ni? Haha.. cik cik akak boleh la cuba
resepi yang kek tu kat sini : Kredit utk Peppermill


Dari kiri; aku (sedang sakit mata), Sabrina, Badek, Awin, Amir dan Een
Depan; Nenny dan Yan
"Sab, aku tak tahan! aku nak pegi tandas la" Aku bisik pada sab. "Aku nak ikut!" Ujarnya laju. Aku pandang dia, dia beri muka keyakinan padaku. Sudah 10 minit aku menganggung seksa. Seperti 1000 rama-rama Brooke mengepak-ngepak dalam perut. Tegang dari ubun-ubun sampai ketumit. Bertuanya ada kawan yang memahami, sentiasa bersama senang dan susah.
.........10 minit sebelumnya..........
Masa berbaki 15 minit sebelum kelas tamat. Che Mie padamkan lampu projektor. Huh! Tak semena-mena perutku mula bergelodak. Makmal komputer itu terbahagi 3 baris dengan setiapnya dua meja bergandingan. Lantainya playwood yang dipasang tinggi sekaki dari lantai asal untuk tujuan pengkabelan. Dan entah bijak pandai mana yang membuat lantai tersebut, strukturnya tak kukuh sehingga bila berjalan lantai berbunyi kreok-kreok. Kadangkala bila waktu ramainya pengguna makmal, bunyi lantai lebih bising dari bunyi mulut. Berjalan sesopan unta pun tetap lantai bernyanyi. Aku duduk dilajur kedua barisan paling kiri. Berganding dengan Sabrina. Tiada pelajar di depan kami. Di barisan tengah selari kami ialah Badek dan Een. Yanti dibelakang Badek dan Nenny duduk dikanannya.
Zaman itu pensyarah masih menggunakan slaid plastik dan projektor cermin. Monitor masih petak-petak besar dan CPU berdiri adalah model baru. Semuanya tak putih tak kelabu tak kuning. Disket 3.5 inci masih sangat relevan. Itulah mulanya cerita ini. Dari disket-disket hitam dan satu berwarna kuning yang bertumpuk di atas meja Che Mie itu.
Disket kuning tu kepunyaan Nenny. Mulanya aku sangkakan dia guna disket warna sebab dia memang suka menjadi perhatian. Rupa-rupanya ada muslihat lain. Che Mie telah menutup buku, "Sekarang kita lihat demo tugasan". Aku terus berdebar-debar. Aku sangat percaya pada gerak hati, kalau aku berdebar luar biasa, adalah hal yang tak kena akan terjadi. Che Mie bermuka lembut dengan janggut sejemput. Sayangnya sejuk senyum Che Mie langsung tak membantu. "Kita buat cabutan bertuah!" Ujar Che mie lagi. Che Mie pandang seluruh kelas. Aku pandang Sab, Sab pandang aku kelat. Aku pandang Badek, Badek pandang aku payau. Aku pangang Nenny, Nenny pandang tepat pada disket kuning atas meja Che Mie. Een dan Yanti buat-buat sibuk pandang desktop monitor yang berlatar biru. Kami semua tahu, bahana kalau-kalau Che Mie mancabut disket kami.
Tugasan kami membina satu aplikasi mudah mirip Ms Paint. Aplikasi tersebut harus mampu melukis bentuk-bentuk 3D geometri asas. Dan bentuk-bentuk itu juga harus boleh ditranslasikan dengan translasi-translasi mudah. Penskalaan, putar, pantulan, gerakkan dan salinan. Sejujurnya, kami masih dalam kejutan budaya.
Semester pertama dalam major Komputer Grafik. Masuk kelas Pemperosesan Imej kejutan budaya, masuk kelas Grafik Lanjutan juga kejutan budaya. Sungguh-sungguh banyak kejutan dalam dua minggu kuliah. Dan inilah tugasan pertama yang diberi Che Mie pada hari pertama kelas. Rupa-rupanya semua pensyarah pon memberi tugasan pada hari pertama. Manalah kami tak terkejut! Pensyarah-pensyarah itu semua tahu, kami sudah 3 bulan tak berjumpa. 2 minggu kami belum tentu habis bercerita kisah-kisah klasik dan mistik sepanjang cuti, tapi mendadak kami diberi tugasan. Manalah kami punya cukup masa!
Che mie dengan penuh bergaya, mengambil salah satu disket dari timbunan disket-disket. Aku nampak Nenny tersenyum. Pelik, cuma Nenny saja yang tak berwajah tegang. Sab aku lihat separuh pucat. Badek asyik-asyik garu kura tangannya. Een asyik-asyik betulkan tudung, Yanti pula main-main dengan pen. Aku sendiri berdebar tak keruan. Kali pertama demo tugasan didepan kelas."John Lim!" Che Mie pandang John. 500 ekor rerama Brooke keluar dari perutku. John dengan sengih-sengih bangun. Sempat John membetulkan rambutnya. John kedepan dan melakukan demo. Wah!!!! aku kagum dengan John.
Hari itulah mulanya aku kenali John. Dia mula bermain dengan komputer sejak kanak-kanak. Menulis aturcara Basic pertama kali semasa 9 tahun! Semasa tingkatan 4, dia menjual perisian semacam buku latihan peperiksaan pada kawan-kawan sekolah. Untungnya dia tak lokek dan tak sombong. Selalu bersedia menjadi guru tak rasmi. Cuma satu hal saja yang aku selalu geram dengan dia. Dengan bermodalkan A1 dalam subjek Bahasa Melayu SPM, dia selalu merasa diri pakar bahasa - tak pernah mahu kalah dalam memilih perkataan - walaupun selalu kedengaran janggal. Suatu hari dia menelifonku cuma untuk memberitahu dia keberatan memanggil aku Hawa, dia mahu panggil Siti. Katanya lagi nama Hawa tak bagus. Aku desak alasannya, dia kata esok dia akan beritahu sebabnya. Esoknya, dia bawa aku ke hujung kelas lalu dia berkata, "Tahu tak? Hawa tu..." Dia menghulurkan dua tangan terbuka kepadaku, laksana seorang putera mengalu-alukan seorang puteri. Aku senyum. Dia terus menggerakkan tanggannya hingga menunjuk satu objek hampir kuboid yang terlekat di bahagian atas dinding. "Seperti Hawa dingin!". Aduhhh..
Zzzzzzzzzzztttttttttttt............ sambung balik cerita asal ;)
John dengan bangganya menunjukkan hasil inteleknya. Canggih, bukan saja tranformasi-transformasi asas, malah John memberi lebih dari apa yang diminta. John memberi warna pada objeknya, boleh pilih warna multak atau warna gradient. Ada pula kesan cahaya pada objek supaya jelas kesan 3D. Huh! Menyesal pula aku tak segera beli buku OpenGL. Maklumlah, zaman tu untuk capaian internet masih perlu beratur panjang. Perlu cop mengecop. Kalau berduit bolehla ke Cyber Cafe, RM5 sejam. Lagipun, baru 2 minggu kuliah, manalah ada duit! Yang banyak cuma alasan, percuma lagi!
John selesai, Che Mie senyum puas hati. Kawan-kawan senyum cemburu. Melihat prestasi John yang sangat cemerlang, aku tak dapat bayangkan jika aku yang terpanggil kedepan. Musibah besar! Tiba-tiba kulihat muka che Mie jadi sangat menakutkan. 500 ekor rerama Brooke masuk kembali keperut ku, setiap ekor membawa satu kepompong yang sedia untuk menetas sebagai rerama dewasa. Ketika dia mencapai disket lain, aku rasa seolah-olah merasakan Che Mie sengaja membuat gerakan perlahan. Masa separuh beku. Aku tak senang duduk. Jantung berdetap sangat laju, mungkin lebih 160 per minit. Ahhh.. aku tak dapat lagi menahan tekanan. Cik Mie berlakon seolah-olah dia adalah tetamu VIP yang mencabut hadiah utama sebuah kereta. Seolah-olah dia di pentas utama yang berhias indah. Seolah-olah dia diapit dua gadis genit yang seorang memegang kotak cabutan dan seorang lagi memegang replika kunci kereta. Nyatanya, hanya dia yang seronok dengan keadaan itu. John duduk bersandar tak acuh. Sekeping disket telah ada di tangan Che Mie. Aku lihat Nenny senyum lagi. Ishhh.. makin aku tak faham dengan Nenny. Inilah kemuncak paling seram - ketika nama hendak disebutkan, sampai berdiri bulu tengkok. Macam menunggu hukuman maut dari hakim saja. 500 kepompong menetas serentak. Mulut Che Mie bergerak tapi seolah-olah tak berbunyi. Sebenarnya otakku yang secara psikologinya tak sanggup mendengar suara Che Mie lalu menghantar signal pada telinga supaya menuli.
"Amir Hamidi!" Ahhhhh...... aku separuh lega. Persembahan Amir adalah yang paling ditunggu-tunggu. Bermula dari hari itu hingga tamat semester, Amir sentiasa mengagumkan. Che Mie tak pernah kering air mulut memuji Amir, itu Amir, ini Amir, cuba jadi macam Amir, seganlah sikit dengan Amir. Amir, Amir, Amir. Amirlah buah hati semua pensyarah. Amir sangat ajaib. Sekiranya diri Amir boleh diterjemahkan dengan lagu - lagu When You Say Nothing At All adalah paling cocok untuknya. Sangat-sangat aku mahu menyaksikan Amir mempersembahkan keajaipannya, tapi aku tak mampu mengulangi saat-saat tadi. Cemas bukan main-main. Dalam keadaan cemas bukan main itulah, aku dapat idea paling genius! Ternyata Sab sedia mendokong aku. Kami menunggu waktu paling sesuai.
Ketika Che Mie dan seisi kelas sedang mengkagumi Amir, kami senyap-senyap bangun. Badek memandang kami, "Mana?" dia berbisik. "Tandas!" aku menjawab dengan mulut tanpa suara. "Nak ikut!" Badek sedia untuk berdiri. "Tak boleh! ramai sangat nanti Che Mie perasan!" Agak kuat sebenarnya bisikan Sab. Aku jadi khuatir. Badek seperti budak kecil yang terpaku kerana dimarahi guru pertama kali. Dia akur lalu duduk kembali. Aku dan Sab berjalan separuh laju. Lantai makmal mengkhianati kami. Kreok-kreok tak menentu. Canggung saja bunyinya. Janganlah Che Mie tahan kami, aku doa berulang-ulang dalam hati.
10 minit "menyorok" dalam tandas, aku dan Sab kembali ke makmal dengan muka pura-pura tak bersalah. Aku merayu pada Che Mie untuk ambil semula disketku. Aku janji akan hantar semula dalam masa 3 hari. Sungguh-sungguh malu kalau Che Mie lihat hasil kerjaku yang jauh dari sempurna. Nenny melintasiku, aku memandangnya tegang dan pelik. "Itulah, lain kali pakai disket warna, tak payah debar-debar tunggu Che Mie baca nama!" ujar Nenny sambil ketawa.
Lagu dari penyanyi kegilaan Nenny; Ronan Keating
Aku jalan2 di YouTube dan jumpa video ini. Jom teka berapa umur budak ni ;)
Penulis 3 buah novel fantasi.
Ini video pertama dari 10 pecahan. Seronok juga Kick Andy ni. Aku harap dulu Ally Iskandar buat rancangan macam ni la, tapi samaaa je, asyik2 jemput artis. Hmmmm... tak guna belajar tinggi.. opsss...
Dari kisah benar yang ditokok tambah sesedap rasa :)
Gedot terjaga. sejuk lantai marmar surau Al-Fallah sangat2 menyamankan. Gedot depangkan tangan. sepuluh jari diregang seregang2nya kemudian menggenggam. Gedot bengkokkan siku hingga genggaman bertemu separas dada. Arghh.. gedot pusinkan badan ke kanan dan kekiri, melonggarkan otot-otot pinggang.
Gedot gerakkan ogy. "Gy......." mahu tak mahu saja gedot seru mana ogy. Tidak boleh panggil kuat2. Mereka dalam operasi bawah tanah, tidak boleh sampai ketahuan. Manalah tau Che Din sedang baca tafsir Quran di tingkat bawah surau. Ogy berkalih tapi tak ada tanda nak buka mata. Roh ogy berjalan jauh agaknya hari ni. Balik kampung mungkin. Maklumlah, di kampung sekarang musim durian luruh. 3 kali tukar bas baru tiba kampung, nak balik semula ke sekolah jadi 6 kali tukar bas. Adakah roh juga naik bas? Entah-entah Ogy sudah sampai exit tol Port Dickson, menyusur jalan lama ke Lukut. Di situlah, menurut Ogy, durian Udang Merah gred D24 paling sedap sedunia. Ya tak ya saja Ogy ni, bila masa pulak dia keliling dunia? Kata Ogy lagi dia impikan suami yang sama hobi dengan dia, suka makan durian! Bagi Ogy suasana paling romantik ialah makan durian di gerai2 durian tepi jalan. Romantik bercampur akustik. Ah, Ogy kalau cerita tentang durian saja boleh ngences dan terbawa2 mimpi.
Gedot gosok2 mata macam anak kucing. Ruas jari gedot macam bayi, pendek padat. Empuk kalau disalam. Gedot panjangkan tangan kanan, meraba-raba tudung yang tertebar macam roti canai kedai mamak. Antara sedar dan tidak, Gedot capai tudung dan terus dipakainya. Kenapa rasa pelik sikit tudung ni, macam tak terletak dimuka. Gedot biar saja tepi tudung tidak berlipat. Hari panas, tudung ini pon ibarat pelindung matahari jua. Gedot turun tangga tinggalkan ogy. Biar Ogy tidur puas-puas, kalau dia sedang mimpi makan durian, biar dia makan puas2. Tak ada apa yang nak ditakutkan seorangan di surau tu. Sekarang jam 3 petang bukan 3 pagi. Lagi pon hantu setan mana nak masuk surau. kalau ada pon semua tengah sibuk bergayut dipelupuk mata ogy, tu yang ogy tak mau sedar2 tu.
Gedot singgah bilik air, basahkan muka, kemudian membetulkan tudung dicermin besar. Gedot tepuk2 pipi sebelah kanan yang merah. Itulah, kalau tidur mengiring berbantalkan sejadah dilipat lapan. Ah.. tak apalah, comel juga fikir Gedot, ala2 macam Chibi Maruko Chan. Gedot menyeringai dan memuncung, berulang2 kali sehingga longgar otot2 muka. Tak adalah nampak sangat macam orang bangun tidur. Selepas puas hati, Gedot pon mendapatkan kasut hitamnya. Lenggang2 Gedot jalan dalam baju seragam pengawas, baju kurung ungu dan tudung putih bernila ujala. Angin tak berapa kuat haritu, tapi matahari panas macam biasa. Gedot toleh sekali, tak ada siapa di ruangan sembahyang lelaki. Sekarang ialah waktu belajar petang.
Gedot!!!!!!!!!!!!!! Melantun suata nyaring Ogy didedengang telinga Gedot. Gedot nampak Ogy baru selangkah masuk kelas. Serius habis! Alamak, Ogy marah sebab ditinggal ke? Gedot! Ogy tepuk meja gedot. Gedot anggkat muka, belum sempat mata Gedot sampai ke muka Ogy, matanya melintas sesuatu yang terpin di tudung Ogy. "MUSLIHA". Terus keluar dari mulut Gedot, "Eh! Kenapa kau pakai name tag aku?"
Diaorg ni lebih sengal dari Cik Sengal haha. Si Anas Tahir KOQ~! dan Akbar Azmi KOQ~! telah mengepos video-video KOQ~! di youtube. Nampaknya sedang hangat. FB Group KOQ~! Akbar dan Anas dengan sekejap masa mencanak2 ahli yang sertai.
Tengok dan dengarlah sendiri. Aku rasa nak tapok je mulut si Anas tu hahaha
apa yg diaorg karurkan tu?... tgk video ni..
fav aku ialah lagu anak ni.. aku suka part translation tu heh heh
ada 9 klip semuanya... sila tgk kat related video
Satu perkata aku ingat tentang dia ialah, dia pernah kata "Bersusah-susah dahulu, bersusah-susah kemudian" aku rasa apa yang dia maksudnya ialah, bersedia untuk perkara yang terburuk. Dan jangan mudah rasa selesa.
PM Dr Mat Noor, sekarang dalam keadaan koma di Hospital Sultanah Aminah. Aku sempat melawat sebentar tengah hari tadi. Bersua muka dengan Abang Dolah lagi :)
Hari ni masuk seminggu, dia dikhabarkan jatuh kemudian darah membeku dalam kepala. Satu pembedahan telah dibuat dan dia telah sedar dan kelihatan memulih. Tapi sejak 3 hari lepas dia kembali tidak stabil. Sudah 3 hari tidak sedarkan diri.
PM Dr Mat Noor orangnye kecil, jalannya laju, biliknya bersepah penuh dengan ilmu. Bila bercakap tak pernah tinggi suara. Mudah senyum dan ketawa2 kecil. Dia tidak memandu, jadi bertahun2 kami menaiki bas yang sama - berulang dari Taman U ke UTM. Sampailah aku bermotor dan berkereta, dia masih menaiki bas. (Dari aku tahun 2 sampai aku buat master)
Tadi dia terbaring saja. Insaf aku melihat dia. Badannya ditutupi kain hijau, dengan penyokong leher terpasang dan alat bantuan nafas yang tersedia. Salur2 agak banyak juga, dan mesin entah apa di tepi katil. Sesekali isteri dia berbisik padanya, agaknya memberi tahu ramai yang berziarah hari ini. Soalan, cerita, simpati, dan doa berlegar2.
Aku doakan PM Dr Mat Noor kuat semangat juangnya. Semoga Allah berikan kekuatan dan segera sembuh. Semoga keluarganya mendapat kekuatan.
Lepas bersalam, isteri Dr Mat Noor memeluk seorang demi seorang agak lama juga. Aku kira dia minta kekuatan emosi. Lepas tu lutut aku ketar. Nak ambil gambar pon tak larat.
Pm Dr Mat Noor pernah mengajar aku ketika ijazah pertama dan pasca ijazah. Penilai projek master aku juga. Innalillahi wa inna ilaihi rajiun
Ini ialah entry serangan balas untuk blog Teja.
Presenting the famous Ummi Komtar Nasi Ambang hehe.. harga dah naik eh.. RM 4.30
Tambah air jagung.. sapa ah.. yang cakap teringin nak minum air jagung kat KOMTAR hari tu?
Dah lama nak letak entry ni, tapi lupa je. Lambat pun, nak letak jugak sebagai tanda terima kasih muah muah muah pada kak su, abg aid, haziq, kakak dan wawan.
Doakanlah, Cik Awa murah rezeki, mudah-mudahan dapat Cik Awa jenguk haziq, kakak ngan wawan kat sana :)
- William tak puas hati ni, aku dpt parcel dr Aus. Dia kan selalu perasan Aussie. Adake dia kata aku beli kat eBay
DOUBLE CHEESE BURGER 1
Tinggal aku, Mala dan William saja yang belum makan tengah hari. William ajak makan McDonald. Sekarang semua set besar Value Meal berharga 5.95 pada waktu makan tengah hari. Adakah McDonald telah merasakan kesan boikot produk berkaitan Zionist?
5.95 memang berbaloi. Kalau dapat double cheese burger memang la sedappp. Tapi aku tak mau pergi.
"Come on.. it wont make you fat.." William cuba pujuk. Dia boleh habiskan 4 ketul BigMac sekali hadap. "Its not about the fat, its about blood". William tak faham tapi aku malas nak cerita panjang. Akhirnya pergi makan tempat lain. Biasalah, aku gunakan mak buyung Mala dengan alasan Mala teringin makan chicken chop hehehe.
DOUBLE CHEESE BURGER 2
Bersemangat aku nak pegi kelas TKO. Dah beberapa kali termiss. Kelas pukul 7.30-8.30. Jadi aku salin baju siap2, azan je solat, pastu pecut ke gym. Sampai agak lewat, tapi tak apa. Ramai pulak orang berkumpul depan studio. Kelas macam belum mula, tapi aku tak nampak pulak jurutunjuk (instructor) TKO. Rupa2nya jadual dah berubah, ada kelas baru dan jurutunjuk baru. Lelaki Philiphinos yang cute. Nama kelas tu BodyAttack. Belasahh... aku join je.
Selepas 15 minit, peluh dah menitik. Step lebih kurang je, tapi intense lebih sikit.
"Okay, guys.. get some mats.. we have to do sit up!" Dan (nama jurutunjuk) beri arahan.
"Aaahhh...." Perempuan India depan aku mengeluh.. kuat pulak tu. Minah ni, memang kuat keluh. Kali lepas dia keluh kesah pasal kelas TKO, tapi ngadu kat Kak Zana (kelas step aerobic). Tak disangka-sangka Dan menyahut "If you want to get rid those DOUBLE CHEESE BURGER, you have to do this". Hahaha.. aku gelak je pelan-pelan. Nasib baik la Dan tu comel, jadi ayat dia yang sadis tu pon bunyi cute je. Kalau aku yang mengeluh tadi agaknya dia cakap BIGMAC instead of DOUBLE CHEESE BURGER. Haha
Bukan susah sangat nak kekalkan kekemasan meja ni,
23 hari je lagi dah tahun baru lagi haha.
Dalam masa 30 hari ni, kita sambut 3 tahun baru. Its great to be Malaysian!
Bila tahun baru Masehi datang, orang cakap2 tentang Azam dan Party
Bila tahun baru Cina datang, semua orang diam sebab takut, singa dan naga dah datang haha
Adakah dengan membuka sebanyak mungkin PC kerja kau akan beres lebih cepat?
Sibuk2 pon, sempat lagi aku YM. haha.. YM bukan membuang masa, itu namanya Stress Managemant, huhu. Comel tak avatar YM aku? [itu bukan gambar aku masa kecil]
- Kerja kat PC yang hujung tu aku dah siapkan, yey! tinggal nak test dgn latest database je, kena tunggu esok pasal Chong pergi site harini huhu
Kau tak salah baca, memang aku tulis LAKNAT. Begini ceritanya..
Alin lapar, dia ajak singgah makan. Aku ok je. Setelah berpusing2 di BBU, kami akhirnya singgah di kedai makan sebelah Bank Islam. Aku pernah makan beberapa kali disitu, boleh tahan juga.
Kami pilih meja sedelah dalam. TV sedang tayangkan cerita OBSESI.
Seorang budak lelaki remaja, kurus, mungkin masih sekolah datang menghulurkan meju di meja kami. Alin pon memesan KUE TIAW LADNA. Aku pesan sup campur.
Budak tu nampaknya ambil masa yang lama untuk menulis menu. Aku lihat apa dia tulis; dia ragu2 nak eja KUE TIAW. Aku nampak tulisan kecil dia KUE TIAU LAKNA
"T, T!" kata aku
"Haa?" adik tu segan agaknya dia tak angkat muka pun.
"T, T!, tambah T kat situ." aku tunjuk di kertas dia. Aku sengih2 tahan ketawa tapi adik tu tak perasan pun pasal dia tak pandang langsung muka aku. Dalam kekeliruan dia tu, dia tambah juga "T" pada akhir perkataan LAKNA yang dia tulis jadilah KUE TIAU LAKNAT. Hahaha...
Aku dan Alin ketawa besar, barulah adik tu perasan dia kena main je dengan aku. Hahaha.
Sedap juga KUE TIAU LAKNAT kedai ni. Waktu tuan kedai nak kira, kerut2 dia baca pesan yang budak tu tulis kat kertas, sampai tersasul2 bagi harga hahaha
PROLOG
Uncle John adalah seorang free thingker
........................................1........................................
Memang dah lewat sangat. Pukul 2 baru dapat makan tengah hari. Pergi kedai mamak yang tak mengaku kedai mamak tu.
Uncle John minta set briani dengan kari kambing. Bila sampai je pesanan dia, dia tanya belacan ada tak?
Terkejut aku, apa pulak belacan dengan nasi briani?
"You take belacan with briani?" aku tanya dengan pelik
"I take belacan with everything!, I like it soo much" Aku gelak2 je.
"I used to eat bread, put ham and spread with belacan. Whoaaa vveeerrryyyy goooddd I told you!"
Ayark!! belacan with ham? was it chicken ham or.. ehemehem ham? [ini aku pk dalam kepala je, tak kan nak tanya plak hehe]
Mala kata, Uncle John memang free thinker habiss... haha

Syukur kehadrat Allah.
Terima kasih utk semua ucapan dan doa. Mala,yatt,abid,paly,janice,alin,oly,pdot,amy
Terima kasih terbesar utk mak tersayang dan abah yg sentiasa dirindui.
Sempena ulangtahun kali ini. Aku umumkan hadiah utk seluruh warga msia iaitu harga minyak dtrnkan lg 15sen berkuatkuasa tgh mlm td. Haha


