Blog Widget by LinkWithin
Showing posts with label awa baca. Show all posts
Showing posts with label awa baca. Show all posts
Bidadari Paderi

Jangan jadi macam aku - aku telah terpedaya dengan tajuknya. Membaca tajuknya aku membayangkan cerita seperti Isabella (maaf, aku pernah kongsikan buku Isabella belum lagi bercerita tentangnya). Tetapi sinopsis yang buku ini memberitahu cerita ini berlatarkan masyarakat minangkabau sekitar tahun 1800-1830. Dan gambarnya ialah gambar lelaki berserban. Bila sebut Paderi kita terbayang lelaki berbaju labuh berwarna gelap, memegang senaskah Bible dan tasbih biji besar. Ia langsung merujuk kepada paderi Kristian. Namun, ada nota penerbit diletakkan di halaman awal buku ini

Kumpulan Paderi yang diceritakan di dalam novel ini merujuk kepada gerakan pembaharuan Islam yang berlangsung di Minangkabau, Sumatera Barat. Kumpulan pejuang Islam ini terkenal dalam sejarah Indonesia ketika zaman penajajahan Belanda sekitar 1800-an. Kata Paderi itu sendiri bermaksud golongan ulama.


Lama selepas membaca - lebih tepat ketika menulis ini, baru aku perasan yang refleksi putih lelaki menaiki kuda dengan pedang ditangan menyerupai rupa menumen Imam Bonjol yang terletak dihadapan MONAS (monumen nasional) Jakatra, Indonesia. Bezanya monumen Imam Bonjol tak menghunus pedang. Jadi apa kaitan Imam bonjol dengan buku Bidadari Paderi ni?

















Penjelasan gambar: Imam Bonjol ialah imej lelaki menaiki kuda, bukan motorsikal atau minah cun



Rupa-rupanya, Imam Bonjol adalah ketua gerakan paderi di Sumatera. Imam Bonjol memang tokoh terbilang di Indonesia. Salah satu jalan utama di Jakarta dan Kute, Bali juga dinamakan sempena namanya (kalau aku baca buku ni sebelum ke sana mesti aku dapat meresap semangat perjuangan Imam Bonjol ketika disitu hehe).

Biasa dengar pergerakan pembaharuan agama? Biasa dengar nama Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab? Biasa dengar gelaran wahabi? Okey, aku bukan kata gerakan Padri ni wahabi - siapalah aku nak melabel - sedangkan aku sendiri tak faham apa maksud wahabi tu. Yang biasa kita dengar 2-3 tahun kebelakangan ni, perkataan wahabi tu sering dikaitkan dengan pembaharuan agama Islam dan juga nama Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Aku sedikit terkejut (maafkanlah orang yang buta sejarah agama seperti aku). Aku terkejut kerana latar buku ini ialan tahun 1800-an, dua ratus tahun dibelakang kita. Tetapi konsep pembaharuan Islam dan nama Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab tu baru 2-3 tahun kebelakangan ini digembar-gembur secara terbuka di sini.

Kisahnya

Tentang Jauhari yang jemu hidup miskin berangan-angan mahu mengubah nasib. Jauhari anak yatim piatu. Ayah dan ibunya mati dibunuh kerana membantu perjuangan gerakan Paderi. Waktu ini telah wujud perpecahan dalam masyarakat tradisional Minangkabau. Golongan adat dan golongan agama.

Dalam buku ini kita dapat melihat masyarakat minang yang kata adat. Ada beberapa kewajaran adat minang yang disinggung oleh penulis secara santai. Walaupun gerakan Paderi sangat kuat, mereka tidak membuang sepenuhnya adat yang mendarah daging dalam masyarakat mereka. Walaubagaimanapun, konflik tak dapat dielakkan. Namun begitu kedua-dua golongan akhirnya bersatu hati menentang Belanda. Di sinilah Jauhari tersepit dan keliru hala tuju hidup yang patut diambilnya.

Kalau nak dikata novel ini ialah kisah cinta pon boleh. Tetapi kisah cintanya tak memualkan. Yang lebih tertonjol ialah kisah perjuangan hidup, agama dan tanah air. Cuma kisah perbicaraan Jauhari saja yang aku rasa tak begitu kemas.


Antara Jauhari dan Minke(Bumi Manusia)

Jauhari membesar ketika Belanda baru menapak di Sumatera. Jauhari terlibat dalam perjuangan menghalang Belanda menakluki tanah Sumatera. Sebagai guru mengaji, Jauhari beragama dan berpegang kuat pada adat resam dan sopan santun selayaknya orang timur. Manakala Minke membesar di masa-masa terakhir Belanda akan meninggalkan Jawa. Minke terdidik dengan pendidikan Belanda. Minke bangga menjadi 'sebahagian' dari Belanda. Minke berjiwa liberal.

Ironinya, Jauhari berjuang bertitis darah menghalang penjajahan di buminya. Tetapi 200 tahun kemudian Minke (kalau boleh diibaratkan sebagai cucu cicitnya) meraikan penjajah di buminya.

Diari Mat Despatch - Dari Liverpool ke Kuala Lumpur

Notis: Aku cuba menggunakan BMT (Bahasa Melayu Tinggi) untuk menulis ulasan buku ini.

Sementara menunggu pesanan makanan datang, mak membelek-belek buku yang aku bawa. Berkerut-kerut mak baca, kemudian keluar dari mulut mak, apa yang kau tulis ni?


Hahaha.. mak aku kadang-kala mengelakar secara tak sengaja. Mak pun terpedaya dengan buku ni. Mana tak nya, Bahagian dalam bergaris macam buku tulis, siap bergaris tepi. Font dia pula Valley. Yang rupanya macam tulisan tangan. Tapi tak secantik tulisan aku hehehe.



Buku ini sangat kreatif, dari rekabentuk kulit sampailah keisinya. Kononnya si Mat Despatch ni menggunakan buku laporan sains sebagai diari. Jadi perkataan BUKU LAPORAN SAINS tu digores dengan pensil kemudian dilukiskan gambar seorang lelaki memegang topi keledar dan dituliskan bibawahnya Diari Mat Despatch. Sinopsis buku ini ditulis sebagai Peringatan: Kepada sesiapa yang menjumpai supaya jangan baca dan jangan pulangkan kerana dia malu. Dia minta supaya penjumpa buang atau bakar diari tersebut.

Hahaha... selepas membaca peringatan itu.. hatiku meronta-ronta untuk membaca diari mamat ni...

Okey.. jom kita selak apa ada dalam diari ni ^_^.

Tuan empunya diari ni, sangat khuatir diarinya akan hilang. Jadi semua watak dalam diari ini dia gunakan nama samaran termasuklah namanya sendiri. Bukan main lagi nama samaran yang dia pilih - Adlin Rayyan bin Zahid Hamidi berasal dari kampung Liverpool. Boleh tahan poyo juga mamat ni.

Diari ini ditulis menggunakan BMT. Setelah aku cuba, agak susah juga rupanya mempraktikkan BMT ni. Setiap hari Rayyan (itu nama yang dia suruh panggil) akan mulakan catatannya dengan tips BMT. Semua ini kerana tujuan utama Rayyan menulis diari adalah untuk berlatih menggunakan BMT. Dia akan menduduki peperiksaan untuk jawatan penyunting sambilan. Rayyan sebenarnya mempunyai izajah, tetapi masih mencari kerja yang sesuai dengan jiwanya. Oleh kerana dia suka motor, dia kerja sebagai mat despatch atau dalam BMT disebut penghantar dokumen.

Rayyan sederhana orangnya tetapi sangat peka pada persekitarannya. Dan dia mencatatkan hal-hal kecil yang berlaku - juga kerap berlaku dalam hidup kita. Dia memerhati, menyindir melalui soalan, mengaitkan dengan pengalaman lampaunya dan cuba membuat kesimpulan. Rayyan seorang yang insightful atau dalam BMT bermaksud mendalam pemikirannya.

Rayyan menghargai apa juga yang dia dapat dari orang sekeliling dan selalu melihat mereka dari sisi positif. Boss, rakan serumah yang sudah bertahun-tahun gagal menghabiskan pengajian, rakan serumah yang bekerja sebagai agen MLM, rakan serumah yang misterius, rakan sekerja yang cantik, rakan sekerja lebih senior, pakcik yang dijumpai secara tak sengaja, menantu pakcik yang dijumpai secara tak sengaja, jiran sebelah rumah, anak dara jiran sebelah rumah, tawkey kedai alat pertukangan, pekerja kedai alat pertukangan dan editor syarikat penerbitan.

betul2 macam buku kan?


Rayyan tak memandai-mandai dan jujur dengan diarinya. Patutlah dia akan malu kalau orang lain membacanya. Sepanjang catatannya dia cuba mencari jawapan bagi soalan apa yang lelaki mahu dari perempuan? Lelaki jenis apakah dia? Mengapa kita mesti memperlahankan kenderaan bila ada kemalangan? Kenapa perempuan suka mengusik lelaki pemalu? Rayyan juga secara lembut menyindir. Lelaki mudah perasan yang perempuan suka pada mereka. Ah Seng adalah watak yang obses dengan Singapura. Siswi-siswi kolej yang menakutkan kerana keberanian mereka mengusik lelaki. Fenomena impian jutawan yang melanda masyarakat. Obsesi masyarakat tentang dunia alam ghaib dan banyak lagi. Rayyan memberi beberapa nasihat ringkas beserta cerita sebagai contoh. Contonhya Allah sentiasa bersama-sama orang yang sabar dan benar. Allah menguji hambanya sesuai dengan kemampuannya. Allah akan meringankan beban hambanya yang meringankan beban hambanya yang lain.

Sangat santai buku ini. Untuk menikmatinya, kau juga perlu jadi insightful seperti Rayyan. Kalau tidak apa yang kau dapat cumalah kisah hidup biasa seorang mat despatch.

Bumi manusia : Annelies rupanya seorang Natrah

Post ini sudah sebulan terperuk di draft folder.. sejak 26/6 tapi hari ini 31/7 baru dapat diselesaikan.

Diri, maafkan aku kerana mengingkari janji untuk berkongsi satu buku setiap minggu di sini. Dan inilah, sebagai tanda maaf aku kongsikan satu karya besar yang merobek2 banyak hati manusia-manusia yang besar dan kecil. Yang besar bimbang hati kecil menjadi besar lalu menggugat. Yang kecil sesal kerana tak mampu berbuat apa-apa untuk menghalang yang besar menjadi gergasi. Karya ini telah diterbitkan dalam 33 bahasa.

Rangka cerita biasa. Heronya adalah seorang penuntut. Kerabat raja Jawa dan berbapakan seorang pembesar. Herowatinya seorang perempuan cantik tak terbanding, anak kacukan dan berharta. Kedua-duanya mempunyai konflik dengan keluarga masing-masing. Dan si hero yang bernama Minke adalah pelajar cemerlang di sekolahnya juga menghadapi masalah disekolah kerana kecemburuan hubungan cinta Minke dan Annelies. Dan seterunya semua konflik berkait atau tercetus kerana hubungan cinta mereka. Nah! betulkan mirip novel2 yang suka memprovokasi air mata itu?

Latar masa dalam Bumi Manusia - ketika perkataan 'Moden' belum lagi memasuki mana-mana kamus. Baru disebut2, masih sebagai istilah baru. Di situlah Minke membesar sebagai orang Jawa yang tak Jawa kerana terdidik dalam sistem pendidikan Belanda. Walaupun Minke berketurunan darah diraja, tetapi dia tetap berstatus pribumi. Maksudnya mempunya kasta paling rendah berbanding totok(eropah tulen) dan indo(kacukan). Pribumi waktu itu lahir dengan dosa - hanya kerana mereka pribumi. Tidak mempunyai nama keluarga adalah satu kehinaan. Di tanah air sendiri mereka tak dapat berbuat apa selain diperlekeh. Dan totok-totok yang datang langsung tak memandang mereka sebagai manusia yang lahir dari satu keturunan - Adam, walaupun totok-totok itu semua rajin ke gereja setiap ahad. Totok-totok datang, bergaul dengan pribumi lalu melahirkan indo. Walaupun ramai indo lahir dari perkahwinan yang tidak sah, mereka tetap lebih mulia dari pribumi.

Minke menjauhkan diri dari kedudukan keluarganya, memilih berdikari membiaya diri kecuali persekolahan elitnya yang dibiaya dari warisan yang mulia sang nenda. Minke mengutuk cara Jawa memyembah penguasa seperti Tuhan, walaupon aku ragu-ragu apakah Minke kenal Tuhannya? Annelies adalah anak dari seorang nyai (perempuan simpanan). Hidup dalam rumah serba mewah tapi tak mengenal siapa-siapa selain yang ada di rumah dan ladang.

Watak yang tak kurang penting untuk diperhati dan dipelajari ialah ibu Annelies. Bagaimana dia menelan kegilaan ayahnya yang tidak dapat dia maafi seumur hidup - menukarkan dia dari seorang pinggit jawa bernama Sanikem kepada seorang nyai, Nyai Ontosoroh kepada Tuan Millema. Memilih untuk tidak terus-terusan menangisi nasibnya, Sanikem menukar tragedi kepada peluang. Selain menjadi nyai, dia menjadi murid, pengurus perusahaan Millema seterusnya rakan kongsi. Pon, apa yang mengharukan aku walau dalam keadaan paling sadis, Sanikem gagal mencari Tuhannya kembali. Malah dia lupa terus. Nyai Ontosoroh tidak mahu Annelies menjadi dia - dia terus hidup untuk satu impian - melihat puterinya menjadi isteri dalam rumahtangga yang sah - sebagai menebus nasibnya. Ironinya - di mana nilai menjadi isteri yang sah jika perhubungan tidak sah bermula sebelum nikah?

Minke, yang beruntung dapat menjalani sekolah Belanda tertinggi di Surabaya selalu bangga dengan pendidikan Belandanya. Anak terpandai dalam keluarga. Rupa-rupanya mendapati pelajaran ada yang tak kurang berharga dia dapati dari 'sekolah seorang nyai'. Kewibawaan Nyai Ontosoroh, dan kecantikan puterinya - Annelies, menarik hati Minke lalu menjerumuskan dirinya dalam konflik demi konflik.

Betapa bangsa Asia - disebut Hindia dalam novel ini, dipandang rendah oleh bangsa eropah. Orang eropah suka mengungkit kemodenan yang mereka bawa - seolah-olah seluruh dunia berhutang pada mereka. Mereka itu memang bodoh atau sengaja menafikan, timur telah lama cerah ketika mereka gelap. Betapa ndapleknya(bodoh sombong) orang-orang Eropah ini, mereka sukar menerima sesiapa yang berdarah pribumi walaupun seorang indo untuk dibabtiskan. Bodoh! padahal kristian tidak lahir di barat. Tidak ada satupun agama lahir di barat. Apa lagi agama samawi. Ketiga-tiganya lahir di timur. Dan semua rasul baik Musa , Isa dan Muhammad lahir di timur.

Mereka menganggap pribumi berkeperibadian rendah. Tak dapat di ajar. Tak akan mungkin boleh sepandai dan memahami bagaimana menjadi orang Eropah. Seolah-olah mereka bangsa terpilih. Cuma pribumi terpilih seperti minke, yang langka wujud boleh diharapkan untuk memajukan pribumi - kerana totok begitu sedih melihat pribumi yang sudah diajar beratus tahun oleh totok tapi masih tak mampu semaju eropah. Ini dapat dilihat dalam watak Tuan Assisten Residen Croix dan puteri-puterinya.

Pun, aku tak hairan mereka melihat Minke lebih tinggi dari peribumi lain yang mereka kenal. Selain kecemerlangan Minke disekolah, Minke mirip dengan mereka dari segi nilai. Ini jelas dalam keterbukaan perhubungan Minke dan Annelies di rumah ladang Millema. Watak Minke masih banyak berkeliaran disekeliling kita hari ini. Mereka-mereka yang menyangka diri masih timur padahal mereka sangat mengiurkan barat. Minke sangat selesa dengan kehadiran eropah di negerinya malah sedikit sebayak Minke telah menjadi eropah walau bermuka jawa tulen. Dan totok seperti Tuan Assisten Residen menyukai Minke kerana itu. Mereka malah tidak senang dengan totok seperti Juffrouw Magda Peters yang liberal dan memandang idea penjajahan dari sudut berbeza. Lebih mereka risaukan, Minke sangat menyanjung Juffrouw Magda Peters, guru kesayangannya.

Dan akhirnya, Minke berdepan dengan warna sebenar Belanda.(Seperti mana Mavi Marmara menyerlahkan warna sebenar Obama). Pelajaran yang paling pahit - Totok tetap totok dan pribumi tetap pribumi. Indo? Totok boleh memilih untuk menjadikan seorang indo menjadi totok atau pribumi. Ketika Annelies mahu dibabtiskan oleh bapanya, mereka mahu dia menjadi pribumi (tak layak dibabtis). Tetapi ketika Annelies sudah bahagia bersama Minke, mereka menukar pula dia menjadi totok (menafikan hak Minke kepadanya). Akhirnya Minke bersetuju dengan Bondanya tentang totok - lebih keji dari Raja feudal Jawa.

Bumi manusia ditulis dalam bahasa melayu. Tetapi watak-watak di dalamnya bertutur dalam banyak bahasa, Melayu, Jawa, Madura, Belanda dan Perancis. Aduhh hebat betul orang zaman itu.
.............................................................

Pramoedya Ananta Toer tak perlu di perkenalkan lagi pada mengekor sastera. Antara terhebat pernah hidup di Nusantara. Dan karya terhebatnya pula dihasilkan ketika jasadnya terkurung dalam penjara - tetapi jiwanya sungguh bebas. Menariknya kisah ini, ia bermula dengan sastera lisan sebagai medium. Ia adalah cerita-cerita yang dia sampaikan pada rakan2 sepenjara. Genius! itu saja perkataan yang sesuai. Lalu setelah mendapat kebenaran menulis, dia pon menulis semula cerita ini. Keluar dari tahanan, Pram dan 2 rakannya menubuhkan Hasta Mitra dan menerbitkan Bumi Manusia sebagai buku pertama.

Aku punya sedikit kekesalan pada Minke dan kesemua orang dalam cerita ini kerana mereka tidak pernah meminta campur tangan Tuhan menyelesaikan permasalahan (kesal pada pram? entah). Selain itu, membaca buku ini sangat memuaskan - berbaloi walaupun harganya 80ribu. Berbaloi sakit bahu menggotong buku ini (dan buku-buku lainnya) melintasi parking kapal terbang ke dewan terminal LCCT. Malah aku terpaksa membeli beg baru hanya untuk itu.

Seorang Sultan di Palermo


Tajuk buku ini ialah Seorang Sultan di Palermo. Ia adalah buku keempat dalam pentalogi novel Islam karangan Tariq Ali. Aku tahu tentang buku pertamanya, Bayang-bayang pohon delima ketika aku membaca Rindu Andalusia. Kedua-dua buku (Rindu Andalusia dan Bayang-bayang pohon delima) berlatar belakangkan Andalusia - pusat kemashuran Islam suatu masa dulu.

Namun, aku gagal menemui Bayang-bayang pohon delima. Tapi buku ini pula yang aku jumpa (barulah aku tahu buku-buku ini adalah pentalogi). Aku pun teruja.

Novel ini berlatar Pulau Sicily di Selatan Italy. Hmm.. aku hampir tak mengetahui tentang kewujudan pulau ini. Apa lagi kewujudan tamadun Islam di sana (956-1072). Subhanallah. Lebih 100 tahun rupanya. Pusat pemerintahannya dipanggil Palermo oleh pedagang Islam. Latar buku ini ialah di ketika Islam tidak lagi memerintah walaupun mereka adalah majoriti. Mereka berajakan seorang Raja Kristian. Buku ini secara tepatnya mengisahkan zaman pemerintahan King Roger (1101-1154)

Raja-raja Kristian (3 keturunan) dalam buku ini di paparkan sebagai Raja yang lembut terhadap orang-orang Islam yang kebanyakannya berketurunan Arab. Bahkan, orang-orang Islam masih memegang beberapa jawatan penting. Sayangnya aku tak sempat lagi mencari kisah lanjut Islam di Pulau yang dikatakan antara tercantik Walaubagaimanapun, mereka dikawal ketat oleh gereja.

Watak utama dalam buku ini ialah Muhammad al-Idrisi atau nama sebenarnya Muhammad al-Idrisi al-Qurtubi al-Hasani al-Sabti (1100-1165). Beliau adalah seorang ilmuan Geografi Islam yang menhasilkan Book of Roger.

Dalam buku ini diceritakan bagaimana orang Islam akhirnya tersepit setelah kematian Raja Roger. Pemberontakan akhirnya menyebabkan orang Islam dihalau dari Palermo.



















Inilah satu contoh novel yang di katakan Novel Islami tetapi tidak mengikut adap-adap penulisan Islam. Sungguh, aku kesal sepanjang pembacaanku. Al-Idrisi digambarkan sebagai orang yang genius dan setia pada raja. King Roger - memberi Al-Idrisi sebuah kapal untuk beliau menyiapkan peta pulau Sicily dan kaian buku tentang geografi, botani dan juga ubat-ubatan.

Disebalik itu, dalam buku yang keji ini (aku sangat emoketika menulis ini), Al-Idirisi digambarkan sebagai seorang penzina. Sebab utama beliau setia disisi raja bukan kerana penyelidikannya tetapi kerana kekasihnya Maya, yang menjadi perempuan simpanan raja. Lebih melampau lagi, Al-Idirisi dikatakan mempunyai anak bersama perempuan tersebut. Lebih-lebih melampau lagi, Al-Idirisi diceritakan menjalin pula hubungan dengan adik angkat kekasihnya yang juga Isteri kepada seorang pembesar. Astagfirullah!!! Semua pihak dalam cerita ini mengetahui tentang skandal-skandal tersebut tetapi merelakannya. Idrisi membenci isterinya yang sah dan puteri-puteri dari Isterinya. Dalam masa yang sama dia menikmati hidupnya dengan zina dan anggur (arak).

Aku kira, ini fitnah kepada Al- Idrisi yang tergaris keturunannya dari Hasan bin Ali Karamallahu Wajha. Maka aku cari siapa Tariq Ali. Hmmm.. tak hairanlah.. mak cik wiki kata :

Ali's parents "both came from a very old, crusty, feudal family". His father had broken with the family's conventions in politics when he was a student, adopting communism, nationalism and atheism. Ali's mother also belonged to the same family, and became radicalized upon meeting his father. However, Ali was taught the fundamentals of Islam in order to be able to argue against it.

Mujur, aku tak terbeli buku-buku lain dalam pentalogi ni. Walaubagaimanapun, aku baca buku ni sampai habis. Tapi memetik kata-kata Ustaz Zahazan, berhati-hati dengan buku yang kita baca. Jauhi buku-buku yang berniat serong pada Islam, kecualilah kau tahu bagaimana nak menapisnya.

Kiamat, tanda2nya menurut Islam, Kristian dan Yahudi


Tajuk asal dalam Bahasa Arab: Asyarah Yantazhiruhal 'Aalam. Indal Muslimin, was Yahuud wan Nasaara. Buku paling nipis di antara buku-buku yang aku beli di Gramedia, Grand Indonesia Jakarta. Sebelum ke Jakarta, aku sempat berbual-bual dengan Is tentang kiamat dalam kepercayaan Kristian, jadi bila saja ternampak buku ini di rak, serta-merta aku tertarik.

Ada 10 tanda yang dibincangkan dalam buku ini:
1. Keluarnya Dajjal
2. Turunnya Isa bin Maryam
3. Ya'juuj dan Ma'juuj
4. Gempa di timur
5. Gempa di barat
6. Gempa di Jazirah Arab
7. Asap
8. Terbitnya matahari dari barat
9. Keluarnya bintang melata
10. Api yang mengiring manusia ke Mahsyar

2 tanda pertama melingkupi separuh hampir buku. Pandangan-pandangan dari sisi Islam disertakan Firman2 dan Hadis2. Pandangan dari sisi Kristian di petik dari Bible dan Yahudi dari kitab mereka iaitu Talmud. Namun tanda-tanda 4-10 cuma ada dalam ajaran Islam.

Banyak hal baru bagi aku. Terutama dari pandangan Kristian dan Yahudi. Ada keselarian dari penceritaan dalam buku ini dengan pergolakan dunia sekarang.

Kamu tahukah Islam, Kritian dan Yahudi menunggu Al-Masiih. Tetapi samakah orang yang ditunggu? Kenapa Zionist memulakan peperangan di sana sini? Dimana kedudukan Al-Mahdi?

Sukar nak bayangkan bagaimana rasanya hidup dalam zaman Dajjal yang penuh cubaan (fitnah). Keadaan dunia sebelum, ketika dan berakhirnya era Dajjal diterangkan dengan jelas. Turunnya Isa Al-Masiih membunuh Dajjal lalu mematahkan salib, membunuh babi dan menghapuskan jizyah adalah janji yang disampaikan oleh Rasulullah. Selepas Dajjal, Yaajud dan Maajud pula. Kemudian zaman pemerintahan Isa bin Maryam dimana bumi makmur seperti zaman Nabi Adam A.S. Seterusnya tanda2 lain termasuk matahari yang terbit dari tempat terbenam, gempa dan angin seterusnya api.

Lepas aku baca buku ni, banyak betul soalan aku tanya Is. Kami berbincang secara intelektualla kononnya eceewahh.. perlu dada lapang, terbuka dan tahu garis sempadan kalau nak bicara tentang agama yang berbeza ni. Ha.. apa? memang wujud toleransi sebab 1 Malaysia? Ohhhooo.. kami tak aplikasikan konsep 1 Malaysia sebab Is bukan Malaysian haha.

Walaupun aku balik kerja tengah malam, aku tak dapat tahan dari membaca buku ni. Is pulak dah macam cikgu asyik tanya sampai mana aku baca dan apa aku dapat dari buku tu. Sesiapa yang suka hal2 supernatural. Buku ni memang sesuai sangat. Ini bukan teori semata teori sepertinya Teori Mayan, ini fakta & kenyataan. Beberapa tanda yang wujud kini di sebutkan dalam hadis lebih seribu tahun dahulu. Supernatural dalam buku ini adalah janji Allah. Ia jauh lebih menarik dari cerita hantu dalam siri Seekers atau cerita2 mistik dalam Mastika

Jutawan Buku


Aku belum puas bermesra dgn buku2 yg aku beli di Jakarta. Aku tinggalkan kerana aku harus ke KL malam ni. Berat betul rasanya nak berpisah maklumla aku berhabis sekitar sejuta... Rupiah huhu

Biografi Natrah dan penanda buku istimewa dr Korea


Dalam kalut malut kerja, dapat juga aku menonton teater Natrah. Terima kasih Is! Di Istana Budaya la aku beli buku ni. Inilah bukunya bg sesiapa yg tertanya2 kisah Natrah selepas dia pulang ke Belanda hingga dia menua dan mengakhiri hayatnya.
Penanda buku istimewa tu pulak, buah tangan dari Korea. Terima kasih Neng!

Cinta Granada : Tragedi yang berlarutan




Salam Aidilfitri ;)

Walaupun masih ada rasa bersalah pada tumpukan buku-buku yang belum sempat dibaca, aku tak dapat menahan dari membeli Cinta Granada. Aku seakan mahu melompat ketika terlihat nama Radwa Ashour, setelah aku teliti benarlah, buku ini adalah sambungan dari Rindu Andalusia. Rindu Andalusia yang aku beli ketika PBAKL April lepas adalah buku pertama dari Trilogi Granada. Terbitan Telaga Biru namun ia adalah buku terjemahan dengan teks Bahasa Indonesia. Kerana terkesan dengan Rindu Analusia, aku mencari Trilogi Granada ketika di Bali [Hasil shoppingan buku di Bali], tapi tak berjaya mendapatkannya. Alhamdulillah, dah tiba buku ni di Malaysia.


Rindu Andalusia bermula dan berakhir dengan kematian. Saleema menyaksikan Abu Jaafar meninggal kerana terseksa batinnya melihat kitab-kitab di bakar. Seperti Deja-Vu, kisah ini berakir dengan Saad, yang mati berdiri melihat isterinya Saleema di bakar hidup-hidup.


Kisah keluarga malang ini berlanjutan dalam Cinta Granada, isi rumah Abu Jaafar yang dulu penuh kini cuma dihuni oleh Hassan, isterinya Mariama dan cucunya Ali. Mariama, menantu Ummu Hassan yang dulu kebudak-budakan diangkat menjadi tunjang kisah ini. Mariama menyaksikan pemergian dan kematian seorang demi seorang penghuni rumah tersebut. Naeem telah kembali dari perantauan menyertai 3 beranak itu di rumah Abu Jaafar. Namun, baik Hussien, Mariama mahupun Naeem, mereka semua sudah tua, sudah menginjak 70-an. Hassan telah lumpuh. 3 orang tua yang hampir pikun dan selalu bergaduh tentang hal remeh dan kebudak2kan selalu membuat seorang anak kecil kebingungan dengan tingkah mereka. Kanak-kanak itulah, Ali, anak Hussien dan Aisyah yang ditinggal pergi untuk menjadi gerila dipergunungan Andalusia. Pada Ali mereka tumpahkan kasih sayang. Memanjakannya dan menceritakan kisah-kisah dongeng. Naeem, selalu bercerita tentang orang-orang mulia, Abu Jaafar, Said dan Saleema - tanpa Ali mengetahui merekalah leluhurnya.


Hassan, mengajarkan cucunya Ali huruf-huruf Arab secara rahsia. Memang segala-gala tentang Arab apalagi Islam perlu dilakukan dengan rahsia. Generasi muda langsung tidak kenal huruf Arab (sama nasib dengan Jawi?). Kitab-kitab Arab terus diharamkan. Larangan lama tentang pengharaman budaya Arab dan Agama Islam diperketatkan kembali. Bahasa, pakaian, budaya semua menjadi kesalahan. Islam yang mereka amalkan hanyalah yang terpasak pada ingatan mereka, seperti yang diajarkan oleh orang tua mereka. Mereka tiada kitab tempat merujuk, Ilmu juga tidak dapat berkembang. Pintu-pintu rumah perlu dibuka seluas-luasnya pada hari raya, Khamis dan Jumaat untuk memastikan mereka tidak melakukan ibadah dan budaya-budaya berkaitan agama. Jauh sekali untuk mempunyai masjid, beribadah dirumah dan berpuasa pon perlu menyorok. Para wanita dilarang memakai hijab sehingga mereka terpaksa memberi alasan, tudung kepala mereka hanyalah adat tidak berkaitan dengan agama. Nama Arab tak boleh digunakan, tiada identiti agama pada nama. Kemuncaknya ialah pengusiran penduduk. Oleh kerana bimbang dengan kebangkitan revolusi dan gerakan gerila, pemerintah mulanya mengusir para pemuda kemudian sekalian penduduk dipindahkan dari Granada ke Cordova. Dalam perjalanan pengusiran yang menyayat hati inilah, Mariama yang umurnya mencecah 80 tahun, telah tidak mampu berjalan, diampung oleh cucunya, meninggal dalam pelukan Ali. Doa Mariama untuk dikebumikan mengikut syariah tidak termakbul.


Ali telah lari lalu kembali. Dia tidak dapat menahan cintanya pada Granada. Sehingga bilakah mereka mampu bertahan? Adakah generasi muda keturunan Arab di Granada masih mahu mempertahankan tauhid mereka? Atau lebih rela menjadi barua Castile untuk kesenangan hidup? Bagaimana sikap Ali terhadap watak baru yang muncul dari diri kawan lamanya?

...............................

Aku teringat banyak hal ketika menikmati buku ini. Aku tertanya-tanya, adakah apa yang berlaku di Granada ada kesamaan dengan musibah yang menimpa Melaka 1511? Di Granada, Masjid bertukar menjadi Gereja. Bukankah tapak A Famosa yang kamu selalu agung-agungkan dan menjadi icon sejarah negara dibina di atas tapak sebuah masjid? bukankah Melayu Islam dulu menggunakan huruf Jawi yang dipinjam dari huruf Arab, tapi kini kita menggunakan huruf rumi yang dipinjam dari huruf Latin? Lalu bagaimana itu boleh berlaku? Adakah sama seperti tragedi-tragedi di Granada? Walau dalam buku teks sejarah sekolah kita menyatakan Benggali putih itu datang kerana rempah, tetapi fakta yang tidak boleh disangkal mereka datang membawa misi Agama. Oleh kerana Melaka telah diiktiraf sebagai 'Bandaraya Warisan Dunia oleh UNESCO', maka A Famosa selama-lamanya tidak boleh diruntuhkan, maka selama itu kita melihat titik hitam lagi berdarah Kerajaan Melayu Islam Melaka. Puji bagi Allah dengan rahmatnya. Walaupun beratus tahun kita dijajah, nenek moyang kita masih dapat mengekalkan akidah hinggalah kita mewarisinya dari mereka. Apalah nikmat yang lebih besar dari iman dan Islam?

Ketika membaca kisah pengusiran mereka dari Granada, aku terbayang Palestine 60 tahun lepas. Ketika rakyat Palestine diusir dari tanah mereka untuk diberi kepada Israel. 60 tahun lepas dan kini mereka masih pelarian. Mereka meninggalkan rumah, tanah, kedai dan masjid mereka.

Bahagianya kita, sebulan kita ber Ramadhan, sambung lagi sebulan ber hari raya. Tak ada siapa yang larang. Masjid kita besar-besar dan mewah. Cuma kita je belum tentu sayang pada masjid-masjid kita. Kau kira, pada hari terakhir sebelum Portugis membedil Melaka, adakah penduduk Melaka meyangka masjid mereka akan runtuh dan tak terbangun sampai bila2? Namun bila ia terjadi, ramailah yang merinduinya.

Aku selalu segan pada Lai Leng, dia penganut Kristian yang taat. Banyak berbakti pada gerejanya. Aku, apakah yang aku sumbangkan pada masjid selain duit-duit kecil sekali sekala? Malu nak mengaku, sejujurnya, tak ada apa2 pon. Tunggu tua macam mak kot, baru hati nak lekat ke masjid. Kawan-kawan, tolonglah aku.

Mariamah Karpov nya di mana bang Andrea?


Mariamah Karpov, ialah makcik Marimah dan Nurimi yang pernah tampil dalam Sang Pemimpi. Beberapa watak sebelum ini muncul kembali, seperti A Put si dukun gigi, Bang Zaitun si pendeta cinta dan Taikong Hamim orang kuat Masjid. Dan berpuluh-puluh watak baru muncul, sampai jadi keliru. Membaca nama-nama mereka saja boleh buat kita ketawa terbahak-bahak, Eksyen, Berahim Harap Tenang dan banyak lagi. Dalam Sang Pemimpi aku suka sekali dengan nama SMA Ngeri Bukan Main. Dalam Mariamah Karpov aku suka dengan nama Bas Dendang Gembira Suka-suka dan Warung Kopi Usah Kau Kenang Lagi. Lucu kan? hehehe.

Mariamah Karpov dimulakan dengan cerita tentang ayahnya. Hmmm.. Ikal benar-benar terikat dengan ayahnya, walaupun menurutnya dia banyak mengikut fiil ibunya. Tetap dihatinya - ayah juara satu seluruh dunia. Aku temukan reaksi yang lucu tentang ini [baca sini - right click->Open in new tab!]. Aku juga mahu katakan - Abahku juga hebat boi! Abahku juara keseluruhan satu dunia! dengar betul-betul boi! Grand Prize boi! Grand Prize! haha. Andrea tak banyak bercerita tentang ibunya berbanding ayahnya. Pun, ibunya adalah seorang wanita cerdas. Ibu yang memilih waktu melahirkan anak sesuai dengan hari tertubuhnya PBB dengan tujuan supaya anaknya menjadi pendamai. Dia juga memberi nama yang unik dan bermakna dalam, Hirata. Mahu tahu apa disebalik nama Hirata? hehehe bacalah.. tak mau aku bagi spoiler! ;)

Aku selalu skeptikal pada idea-idea tentang satu bangsa yang cuma bergantung pada sejarah leluhur, merasa lebih mulia dari bangsa yang lain. Retorik-terotik tentang keistimewaan Bumipuptera dan ketuanan Melayu tak menjadikan aku lebih mencintai bangsaku. Malah di satu sudut, aku melihat - apa kita terdesak diistimewakan untuk survive? selemah itukah bangsa Melayu? bagaimana jika Allah mentakdirkan kita adalah minoriti? Dalam Mariamah Karpov aku temukan hal-hal tentang Melayu yang digambar secara sinis dan santai. Idea-idea tentang Melayu yang diketengahkan Andrea terasa dekat dengan realiti masyarakat kita. Andrea menganalisis orang-orang di warung, yang banyak menampilkan sifat-sifat dan sikap Melayu. Skop Melayu di Indonesia, tak sama dengan di Malaysia. Di Malaysia semua Jawa, Bugis, Banjar telah terasimilasi menjadi Melayu. Oleh itu sebahagian mereka jadi seperti aku - Melayu tak Melayu, Jawa tak Jawa. Satu persamaan yang menarik ialah bahasa pertuturan meraka. Orang Belitung rupanya bertelo seperti orang Johor. Malah mereka menyebut kopi O, bukan kopi hitam seperi orang Jakarta. Bunyi dan nadanya mirip - walau ketika mengucap salam! Kemudian aku pelajari lagi, mereka jelas tidak jauh. Ayah Ikal sehari-hari mendengar siaran radio Malaysia. Ikal mengenal Hang Tuah seperti kita mengenalnya, malah P Ramlee juga tak asing bagi mereka. Owh.. tiba-tiba aku faham maksudnya saudara serumpun. Berkongsi keserupaan. Dan kalau kau temukan gambar Mi Belitung, dari pandangan aku seperi Laksa Johor saja rupanya ;).

Lintang dan Mahar malah seluruh ahli Laskar Pelangi datang kembali. Seperti masa kecilnya, Lintang dan Mahar adalah sumber inspirasi dan rujukan Ikal. Mahar seperti dalam LP membuah 'Kejahatan yang Terancang' pada Ikal. Aku sukaa sekali kali ini Mahar 'membalas' pemberian Tuk Bayan Tula yang secara simboliknya mengangkat kepercayaan Lintang tentang Sains - ilmu dan sains selalu dapat memberikan penyelesaian. Begitulah, Andrea juga menyentuh tentang praktis moden dan tradisional dalam masyarakat. Doktor gigi Vs Dukun gigi. Tak kurang menarik ialah watak Ketua Karmon, yang menyindir pemerintah. Kalau dalam drama-drama Melayu, kerap kali anak-anak yang balik dari luar negara berlagak lebih Mat Saleh dari Mat Saleh. Atau sekurang-kurangnya merasa diri hebat kerana telah mencapai satu tahap yang membanggakan. Ikal dalam mozaik Lelaki Berwajah Dangdut menempelak golongan ini. Aduhh.. kelebihan Andrea adalah mengejek diri sendiri tetapi menyindir pembaca. Dari LP
sampai ke Maryamh Karpov, aku sendiri telah kena berdas-das tembakan sinis Ikal. Dari Tetralogi Laskar Pelangi, aku pelajari maksud sebenar 'rendah hati' seperti yang di ajar bu Mus.

Tak dapat dinafikan, aku tertipu dengan Tajuk 'Mimpi-mimpi Lintang' yang tercetak di atas Tajuk Mariamah Karpov. Kerana Andrea pernah menyatakan (di rancagan Kick Andy) seluruh hidupnya sebenarnya terkesan oleh Lintang, dia berusaha keras supaya tidak menjadi Lintang kedua. Dia menunaikan salah satu dari mimpi Lintang - belajar di Perancis. Lalu, aku teruja untuk ketahui apa lagi mimpi-mimpi Lintang yang terkandung dalam buku terakhir ini? Tapi aku cuma temukan sebuah perahu. Ketika Andrea bercerita tentang pembinaan perahu, aku rasa mahu buka buku Faisal - Bedar Sukma Bisu; samakah, perahu Terengganu dengan Perahu Belitung? hehe.. tapi tak buka pon, tak sempat :P. Ketika membaca tentang rancnagan ekspedisi gila Ikal, aku tergagau-gagau di Google Map. Aku cari di mana Belitung, di mana sungai yang melingkar di kampung Ikal, di mana Karimata dan di mana Pulau Batuan atau adakah ia Pulau Batu Putih? - nah! itulah kawan, nikmatnya membaca kalau kau mengerti ;)


Ramai pengekor Tetralogi Laskar Pelangi rasa tertipu sebaik membaca Mariamah Karpov. Sepertimana Tuk Bayan Tula yang 'anti-klimax', begitulah agaknya pandangan mereka tentang Maryamah Karpov. Aku fahami serba-sedikit. Pembaca telah tersuap dengan kisah awal persekolahan Ikal dalam Laskar Pelangi, kisah-kisah sekolah menengah dan ijazah pertama Ikal dalam Sang Pemimpi, cerita penghijrahan Ikal ke Negara asing dalam Edensor. Maka pembaca-pembaca mula mengarang Mariamah Karpov dalam kepala mereka - meski sebelum membacanya. Mereka membayangkan Ikal pulang dengan penuh kegemilangan. Ikal dapat membalas dendam pada kemiskinan yang mengekor keluarganya sekian lama. Ikal akan menjadi hero Pulau Belitung, menjadi orang ternama dan disegani.Oleh kerana Laskar Pelangi itu wujud, Ibu Muslihan itu nyata dan SD Muhammadiyah itu sejarah, pembaca seolah-olah tersihir oleh Andrea. Pembaca sentiasa setiap yang diceritakan Ikal itu mesti nyata dan benar belaka. Kerana itu tak kurang orang yang kecewa kerana Lintang mungkin hanya imaginasi - dia tak dapat ditemukan di Belitung dan Andrea bersikap misteri tentangnya. Kemudian, bila watak Arai muncul dalam Sang Pemimpi, pembaca terus mendesak bertanya, Arai hadir ketika SD mengapa dia tidak menjadi anggota Laskar Pelangi? Lalu di mana Arai sekarang? Setelah Ikal bersusah payah belajar sampai ke Eropah, mengapa bila pulang dia jadi kuli pompa? Berbuat benda-benda yang tak menuju masa depannya. Hmmm.. Itulah masalahnya kalau kita menganggap novel adalah cerita semata-mata. Lebih parah kita tersihir dengan iklan 'dari kisah benar!'

Sejujurnya mula-mula aku juga begitu, aku cuba menghitung-hitung dan meletakkan cerita-cerita dalam Tetralogi ini dalam satu jalur masa tapi semua jadi celaru. Malah aku berharap pertemuan kembali Ikal dengan para Laskar Pelangi dalam Mariamah Karpov adalam mimpi. Dalam bab terakhir LP, Mahar telah melancarkan bukunya - ketika itu Ikal masih di Perancis, masakan setelah Ikal pulang Mahar tiba-tiba menjadi dukun? Oleh kerana aku menemukan sisi lain yang hebat dalam buku ini, maka nyata atau tak kisah Ikal, aku tak peduli lagi. Apa-apa pun Tetralogi LP adalah naskah sastera, bukannya buku sejarah! ;)

Dan akhirnya? Hehe Andrea pon macam Tuk Bayan Tula dan Mahar juga 'anti-klimax' tapi aku tetap suka, hidup bukan semuanya manis2 ;). Setelah kau habis membaca buku ini, mungkin kau tertanya-tanya, mengapa tajuknya Mariamah Karpov? Huhu.. jangan pandang rendah sama ini Andrea. Dalam tajuk pon dia letakkan sindiran. Andrea pernah mengkritik filem Indonesia - film Indonesia: yang hanya dari judulnya saja bisa diketahui nasib para pelakunya. Hehe. Aku amat-amat berharap, Andrea tidak berhenti menulis.Amat rugi, orang secerdas Andrea tidak berkongsi isi kepalanya. Bang Andrea, alang-alang sudah kecelakaan terjun dalam bidang sastera, teruskan aje lahhh..

Dari keempat-empat buku dalam Tetralogi Laskar Pelangi - Mariamah Karpov menjunjukkan kematangan penulisan Andrea yang berevolusi pesat dari buku pertama. Satira yang sangat-sangat menggugah, penuh semangat tak lupa humor.

Edensor - mimpi-mimpi yang dipeluk Tuhan

Edensor adalah nama bagi satu perkampungan Inggeris yang menjadi latar dalam novel karangan Harriot. Menurut Andrea, itulah satu-satunya karya sastera yang dia baca. Itu pn kerana ia adalah hadiah perpisahan dari cinta pertamanya, A Ling. Desa indah Edensor yang diceritakan dalam novel tersebut secara ajaibnya dapat mengubat rindunya pada A Ling. Di baca ratusan kali, malah dibawa kemana-mana buku itu - hingga segala yang tertulis tergambar dalam fikirannya, seolah-olah dia pernah ke sana.

..........................

Di celah buku ini diselitkan penanda buku dengan kata-kata hikmat dari Arai
Bermimpilah, kerana Tuhan akan memeluk mimpi-mimpi itu
Andrea, tak tunggu-tunggu untuk memicu fikiran pembaca. Pada halaman pertama aku sudah menemukan satu ayat yang sangat menarik

Banyak orang yang panjang pengalamannya tapi tak kunjung belajar, namun tak jarang pengalaman yang pendek mencerahkan sepanjang hidup.
Seperti juga Sang Pemimpi, Andrea memulakan Edensor dengan kenangank-kenangan masa kecil. Kenangan bersama ayahnya. Hubungan istimewa antara dia dan ayahnya yang pendiam itu. Ayah yang tak pernah marah dan tinggi suara. Betapa pendiam ayahnya, Ikal sampai dapat menafsir maksud ayahnya dengan melihat riak muka sahaja. Ikal sangat menghargai ayahnya dan begitu sebaliknya. Ikatan jiwa mereka tersimbol dengan sehelai sapu tangan.

Dalam rancangan Kick Andy (satu rancangan bual bicara), Andy Noya menanyakan Andrea asal namanya, 'Anda orang Belitung, kok namanya Andrea Hirata?'. Kerana orang-orang Melayu Belitung lazimnya menggunakan mana dari perkataan Arab - seperti kita. Sebahagian jawapannya ada dalam novel ini, sebahagian lagi, akan ditemukan dalam novel Maryamah Karpov.

Ikal seorang pemerhati kehidupan. Ini jelas pada semua karyanya. Dari seorang tua yang putus asa pada hidup juga dia dapat pedoman hidup yang dia gelar 'Mutiara dalam hidup'. Hal-hal kecil selalu mencuit hati seperti senarai pelajaran moral dan 44 penyakit gila yang masih bersambung. Dan tabiat menggelang kepala rakan sekelasnya - MVRC Manooj. Contonhya 3 kali goyang maksudnya aku tak mengerti, 4 kali gorang ; akan ku pertimbangkan, 5 kali goyang; aku mahu kebilik air! haha.. Andrea yang sangat cintakan seni, dengan mudah jatuh cinta pada kota Paris. Di sana, Ikal membiasakan diri menjadi minoriti kerana terbiasa menjadi majoriti di tanah air sendiri - tetapi mengejutkan, tafsir majoritinya berbeza dengan yang aku fikirkan - bangsa, agama. Malam pertama Ikal di benua Eropah ialah mimpi ngeri - kerana kepongahan bangsa Eropah pada bangsa Asia, Ikal hampir mati. Dari pemerhatian aku, Andrea suka menyebutkan ini - 'sesuatu yang dapat aku pelajari' lalu bersambung dengan peristiwa kecil atau besar.

Ikal menceritakan tentang teman-teman sekelasnya - kelompok-kelompok The Brits, Yankee, pelajar Jerman, pelajar Belanda, pelajar Yahudi, pelajar tempatan (Perancis) dan pelajar Guangzhou dan Hong Kong. Ikal pula mengkelaskan dirinya dalam kelompok yang diberi nama The Pathetic Four. Walaupun Ikal bercerita tentang dirinya, aku pula yang tersindir. Menurut Ikal empat pelajar ini :-

Empat makhluk yang menyedihkan, penghuni deretan bangku paling depan. Jika Pensyarah menjelaskan, mereka berulangkali bertanya soal remeh-temeh sampai mengjengkelkan. Mereka menggunakan perakam supaya isi kuliah dapat diputar dirumah. Jakun dan gelabah (aku terjemah dari norak dan repot). Cukup lulus seadanya. Saat kuliah kerap mengangguk-angguk takzim padahal tak tahu apa yang sedang dibicarakan. Kalau kelompok-kelompok lain mempunyai idea sehebat mengubah silibus kuliah hingga mengubah negara Perancis, idea The Pathetic Four ialah memujuk penaja menaikkan wang saku. Lebihan duit dapat diguna untuk belanja sandang murah (backpaking?) waktu musim panas.

Aku paling suka mozaik 'Adam smith vs Rhoma Irama'. Waktu Ikal bercakap-cakap dengan Adam Smith yang ditampal sebelah menyebelah dengan poster Rhoma Irama. Meraka - Ikal dan Adam - berdiskusi tentang teori ekonomi, tentang kepimpinan, tentang korupsi, tentang ideologi. Andrea bawakan hal ini santai saja - padahal ia subjek yang berat dan sangat menggugah. Sejak novel LP, memang ketara andrea ialah orang yang luas ilmunya. Dengar-dengar cerita koleksi peribadi buku-buku Andrea mencecah 2 ton! Maka tak mustahillah teori-teori sains, teori-teori ekonomi, teori-teori sejarah dia salurkan dengan bersahaja saja. Kadang-kadang ku rasa seperti membaca ayat Matematik bukan ayat sastera :)

Tentang ini menarik! - Ikal cuba menjejak A Ling di Eropah, dalam masa yang sama Ikal bercinta-cinta dengan gadis Jerman. hua hua

Ikal dan Arai nekad berkembara Eropah dan Afrika - seperi mana mimpi mereka. Tanpa biaya yang cukup. Mereka kembara dan membiayai diri dengan menjadi seniman jalanan. Menjadi patung mimes. Banyak pengalaman yang mereka tempuh. Dirompak, ditangkap polis, kehilangan buku atlas, sesat, makan buah plum muda, makan pucuk plum. Makan bubur kacang percuma di untuk gelandangan yang disediakan gereja. Puasa berhari-hari kerana tiada makanan. Berjumpa orang Indonesia yang merantau. Berjumpa pejuang Mujahideen. Dan berjumpa Andrea - perempuan tolol yang dia baca ceritanya dalam majalah waktu kecil :). Pandangan-pandangan dan renungan orang-orang yang dia temui sepanjang pengembaraannya di Eropah selalu meresahkan. Persepsi tentang Eropah yang dingin dan Afrika yang panas tidak menggambarkan kesediaan masyarakatnya menerima orang luar. Persepsi tentang Eropah yang dingin dan Afrika yang panas tidak menggambarkan kesediaan masyarakatnya menerima orang luar. Terlau banyak kejaidan luar jangkaan. Dan kembara Ikal kali ini memahamkan dia tentang pesan Ibu Muslimah - Jika ingin menjadi manusia yang berubah, jalanilah 3 hal iaitu sekolah, baca Quran banyak-banyak dan berkelana.

Akhir sekali, bukan dalam kembaranya itu. Ketika Ikal rasa tak berdaya dengan hidup kerana Arai dihantar pulang akibat sakit. Ikal pula terpaksa berpindah ke Sheffield kerana mengikut penyelianya. Di waktu dia rasakan hidupnya paling sunyi - Allah hantarkan dia ketempat yang dia rindui sejak kecil, bertahun-tahun, Edensor :)


Blogged with the Flock Browser

Sang Pemimpi itu seorang Simpai Keramat

Apakah yang ada dalam kepala kita sebaik saja kita terfikir tentang mendapatkan pendidikan tinggi? kemampuan kewangan? Kemampuan untuk menghabiskan pengaian lazimnya menjadi perkara kedua, malah kemampuan untuk tamat pengajian dengan cemerlang boleh saja jadi perkara entah nombor berapa. Tetapi hal nombor satu adalah D.U.I.T. Lalu oleh kerana kita hidup dalam negara yang agak beruntung, dengan mudah kita dapatkan pinjaman atau biasiswa. Mana-mana iklan IPTA atau IPTS pasti ada barisan tambahan 'PINJAMAN PTPTN DISEDIAKAN'. Lalu kita rasa lega. Alhamdulillah, adik-adik & anak-anak kita dapat meneruskan pelajaran. Realitinya, bukan semua calon yang memohon itu benar-benar memerlukan pinjaman. Namun, err.. kalau kita boleh dapat duit lebih, mengapa tidakkan? Bukan perlu membayar terus. Hutang boleh ditangguh 3 atau 4 tahun kemudian. Dengan duit lebih tersebut, bukan setakat keperluan asas, adik-adik kita mampu bermotor atau berkereta kekuliah, dan mempunyai talifon bimbit dan segala gajet canggih. Adakah kita pernah terfikir, berapa hutang yang tertanggung di bahu adik-adik kita saat mereka tamat belajar? Adakah ini baik? Adakah tidak ada jalan lain.

Sang Pemimpi dapat memberi kita jawapan. Asal kita berani bermimpi, semuanya mungkin ;)

....................................................................

RINGKASAN SANG PEMIMPI

Kalau Laskar Pelangi ialah kisah Ikal semasa kanak-kanak, Sang Pemimpi meneruskan cerita ketika Ikal remaja. Berjauhan dari keluarganya, Ikal ditemani Arai sepupunya yang diangkat oleh keluarganya setelah menjadi yatim piatu. Arai bagi Ikal lebih abang dari abang, Arai adalah pelindungnya, pendokongnya dan sekutunya dalam apa juga hal. Lebih dari itu, Arai sang simpai keramat (sebatang kara) adalah Sang Pemimpi kelas pertama.

Disertai oleh Jimron, rakan mereka yang juga sebatang kara. Gagap dan penggila kuda. Bertiga mereka menyewa bilik di 30km dari rumahnya untuk bersekolah di SMA Negeri Bukan Main - lucukan? kenapa namanya begitu? hehe bacalah sendiri ;). Bertiga juga mereka bekerja sebagai kuli ngambat - pekerjaan mengangkat ikan dari bot nelayan ke pasar yang dimulakan jam 2 pagi setiap hari. Persahabatan 3 orang itu amat mengesankan. Jimron yang gila kuda, tempang dan tidak secerdas Ikal dan Arai, namun punya jiwa yang besar yang tulus. Jimron seperti Harun - dialah menjadi asbab Ikal dan Arai dapat meneruskan mimpi. Tanpa Jimron dan tanpa kudanya, Ikan dan Arai mungkin saja jadi gelandangan di tanah Jawa.

Sang Pemimpi cumalah 200 lebih halaman. Buku yang ditangan aku ini adalah cetakan ke-19, dicetak pada Mei 2008 manakala cetakan pertama berlaku pada Julai 2006. Andrea nampaknya senang menulis tanpa perlu jalan cerita yang mengikut jalur masa. Setiap bab yang dilabel sebagai Mozek ini seumpama kepingan-kepingan puzzle yang akan bercantum kemudian. Sesetengahnya seperti Mozaik 'Tuhan Tahu, Tapi Menunggu' dan 'Afganistan' kita akan jumpa lebih lewat - dalam buku seterusnya - Edensor. Jadi jelas, Sang Pemimpi an Edensor adalah penulisan yang terancang bukan 'kemalangan seperti Laskar Pelangi'. Namun, jika kau tidak meneruskan membaca Edensor selepas ini,mozaik-mozaik itu tidaklah mengurangkan kualiti cerita dalam novel ini.

Satu bahagian dalam buku yang aku suka lihat ialah halaman dedikasi :). Dan buku ini Andrea tujukan untuk ayahnya. Tertulis -

Untuk Ayahku Seman Said Harun
Ayah Juara Satu Seluruh Dunia

Ah.. aku sekali lagi cemburu. Dalam LP, dia menganggkat habis2 bunda gurunya. Dalam Sang Pemimpi dia sanjung tinggi ayahnya. Bangganya menjadi ayah Ikal. Ayah yang pendiam tapi penuh pengertian. Mozaik Baju Safari Ayahku khusus untuk ayahnya - awas! kau mungkin terharu. Mozaik Sunggai Lenggang pula adalah cantumannya - awas! kau mungkin menangis!

Buku ini juga menampilkan dua watak guru, Pak Mustar yang keras - sesuai dengan portfolionya sebagai Guru Disiplin. Walaupun Pak Mustar ketara kejampada muridnya namun, dia tetaplah guru sejati - tetap mahu muridnya berjaya - inilah yang selalu tidak dapat difahami pelajar. Dan Pak Balia yang menjadi idola Ikal dan Arai. Pak Balia telah memaku dalam kelapa mereka bahawa satu hari mereka perlu belajar ke Perancis dan mengelilingi Eropah dan Afrika!

Seperi LP, Sang Pemimpi juga punya cerita-cerita tentang masyarakat. Mozaik pertama menceritakan insiden Ikal,Arai dan Jimbron dikejar Pak Mustar dari sekolah ke Pasar Ikan - sebenarnya itulah pengenalan pada latar tempat cerita ini. Kawasan Pasar Ikan, pelabuhan dan masyarakat yang berada disekelilingnya. Semua terdampar di situ dalam satu bab yang dramatis. Seterusnya watak Bang Zaitun, iaitu simbolik muzik dalam masyarakat Melayu sekaligus pendeta cinta. Diselitkan juga watak 'pemberita' atau 'juru gosip kampung'.

Ada satu kisah tentang KFC yang mencuit hati aku. Anak kampung dan KFC - aduhh.. aku pon pernah jakun seperti mereka hahaha


PERTEMUAN ANTARA LASKAR PELANGI DAN SANG PEMIMPI

Di akhir LP, Ikal menceritakan bagaimana dia terperangkap dalam kerja sebagai pengasing surat di pejabat pos. Ketika dia tidak tahu mahu berbuat apa lagi untuk masa depannya, dia membaca satu iklan tentang biasiswa oleh EU untuk belajar di Eropah. Maka Ikal pon berusaha jungkir balik untuk mendapatkan biasiswa tersebut.

Di Sang Pemimpi, diceritakan lebih jelas tentang pekerjaannya di pejabat pos dan juga beberapa pekerjaan yang dilalui sebelumnya. Proses temuduga juga diceritakan panjang. Susah payah dia berusaha untuk kejar mimpinya dan mimpi Arai sekaligus membawa mimpi Jimron - belajar di Perancis dan keliling Eropah dan Afrika!

SANG PEMIMPI DI LAYAR LEBAR!!!!!!!!

Aku pun senyum lebar ketika menulis ini. Ya, seperti Laskar Pelangi, Sang Pemimpi juga difilemkan. Oleh penerbit dan pengarah yang sama, Mimi Lesmina dan Riri Reza. Mereka baru selesai pengambaran di Belitung dan sekarang diteruskan di Jakarta dan Bogor. Tayangan perdana dijadualkan semasa Festival Filem Indonesia, Disember nanti. Masuk panggung 17 Disember 2009.

Oh! siapakah yang telah beli tiket terbang ke Jakarta Januari tahun depan?
hehehehe.. Ikal dan Arai!!!!!! tunggu aku di Jakarta!
Halaman FB tentang filem Sang Pemimpi [klik sini]

AKHIRAN

Cerita Sang Pemimpi tidak habis setelah mereka tamat sekolah kerana mimpi mereka adalah belajar ke Perancis dan mengelilingi Eropah dan Afrika! Mereka akhirnya ke Jakarta dengan menumpang kapal ternak - kapal laut yang membawa ternakan dan bahan pertanian dari Pulau Belitung. Dengan berbekalkan wang terkumpul dari kerja sebagai kuli ngambat selama 2 tahun, mereka terus berjuang untuk belajar di Universiti. Ketika akan berangkat, Ibu Muslimah berpesan, 'Jangan pulang selagi tidak bergelar sarjana'. Beberapa tahun selepas itu, barulah mereka pulang dengan ijazah penuh syukur kerana dapat menyelesaikan kuliah sarjana muda dengan sepenuhnya berdikari - tanpa pinjaman, biasiswa atau dokongan kewangan dari orang tua. Dan bila pula mimpi ke Eropah dan Afrika itu jadi kenyataan? Jawapannya dalam novel seterusnya - Edensor. Aku akan kongsikan esok! ;)


.....................................................

Selalu kita mendengar kekhuatiran orang tua tentang beban anak-anak. Anak-anak tidak patut dibebani dengan masalah kewangan khuatir mengganggu pelajaran mereka. Ya.. jika masih kanak-kanak itu jelas memang benar. Tetapi bagaimana dengan anak-anak yang sudah beberapa tahun remaja? Pernahkah kita terfikir, kita terlalu memanjakan anak-anak muda sekarang? Kita menahan mereka supaya cepat matang?

'Budak-budak sekarang manja - semua nak suap!' ini keluhan biasa pensyarah, betul tak kawan2 pensyarahku? Aku belum lagi berjumpa dengan ibu bapa yang menolak kemudahan PTPTN, dalam masa yang sama, ibu-bapa dan anak sama-sama berusaha membiayai pengajian si anak. Dan itu berlaku dengan satu kesedaran - anak itu tak harus menanggung beban hutang sebelum mampu membayarnya.

Sultan Muhammad Al-Fateh naik takhta pada umur 19 dan menawan konstantinopel pada umur 21! Marilah jadikan remaja kita hebat seperti dia. Kalau dapat sehebat Ikal dan Arai pon sudah cukup beruntung!

Tersurat dan tersirat dalam Laskar Pelangi

Pada kulit buku ini tercetak 'INDONESIA'S MOST POWERFUL BOOK'. Jadi aku cuba cari dan kongsikan di sini KUASA yang terkandung dalam buku ini.

SINOPSIS RINGKAS

Beberapa puluh tahun lampau, di Pulau Belitung, Indonesia, 10 orang sahabat mendapat gelaran LASKAR PELANGI dari guru mereka - Ibu Muslimah. Laskar bermaksud tentera atau pejuang. Pelangi pula kerana kebiasaan mereka duduk bertenggek di dahan pohon filicium tua di hadapan kelas setiap kali selepas hujan - untuk menikmati warna-warna pelangi. Ikal, Lintang, Mahar, Kucai, Borek, Shahdan, Trapani, A Kiong, Sahara, Harun dan Flo. Berada dalam kelas yang sama dengan guru yang sama selama 9 tahun - kecuali Flo yang menyertai mereka lewat. Di Sekolah Muhammadiyah inilah bermula semua cerita persahabatan mereka. Buku ini memaparkan suka-duka mereka. Pengalaman-pengalaman masa kecil yang menumbuhkan mereka menjadi manusia. Ceritanya biasa, anak miskin berusaha keras untuk kelangsungan hidup demi mempertahankan hak mereka untuk mendapat pendidikan. Lalu, apa yang menjadi kekuatan novel ini?


PENULISAN DAN GAYA CERITA

Novel ini tidak ada jalan cerita. Bab-bab dalam Laskar Pelangi tidak ditulis mengikut kronologi, tidak ada plot, tidak ada konflik utama dan kemuncak konflik. Ia ditulis berdasarkan subjek, tentang sesuatu entiti atau peristiwa. Peristiwa-peristiwa itu tiak pula disusun mengikut jalur masa. Satu bab menceritakan hari pertama mereka mendaftar sekolah. Satu bab menceritakan watak-watak para Laskar Pelangi - kecuali Lintang dan Mahar yang lebih istimewa dalam bab masing-masing. Satu bab berkisah tentang bunda guru. Satu bab tentang sekolah. Malah satu bab tentang pohon falicium tua yang meneduhi kelas mereka. Satu bab tentang kegirangan musim hujan. Satu bab masing-masing tentang peristia karnival 17 Ogos dan Lumba Cerdas Cermat. Tak lupa bab-bab yang menceritakan cinta pertama Ikal, A Ling.

Andrea Hirata bijak menggunakan metafora. Contohnya dia memetaforakan gedung PN Timah sebagai Taman Tergantung Babilon iaitu - sangat ekslusif dan hanya orang-orang tertentu saja yang layak memasukinya. Dan timah di bumi Belitong dimetaforakan sebagai Tower of Babel - iaitu tangga menuju syurga kerana sepatutnya rezeki yang Allah limpahkan kepada bumi itu seharusnya dapat memberikan mereka kemakmuran. Lebih menarik metafora langit ketujuh sebagai tempat kebodohan bersemayam. Kisah bagaimana Lintang mendapat anugerah genius juga tak kurang hebat - Lintang dibayangkan dikunjungi oleh para genius zaman lampau, di apit oleh Copernicus dan Lucretius, lalu Tuhan menyemaikan biji zarah kecerdasan yang jatuh dari langit dan menghentam kening Lintang. Lintang melihat keindahan ilmu dalam buku seperti kunang-kunang dalam malam gelita.

Ketika menceritakan tentang pohon felicium tua dan segala hidupan yang bergantung denggannya. Andrea menggunakan nama-nama saintifik bagi makhluk-makhluk tersebut - burung, kumbang dan rerama. Susah hendak disebut tetapi berjaya membuat ceritanya segar. Bagaimana semuanya berhubung dalam rantai makanan yang teratur. Dan bagaimana 10 homo sapiens kecil (para Laskar Pelangi) selalu menjadi pengganggu.

Dalam Laskar Pelangi ada dua senarai yang selalu mencuit hati iaitu pelajaran-pelajaran moral dan 44 penyakit gila. Dua senarai ini berlanjutan hingga Mariamah Karpov. Inilah hal-hal kecil yang mensinambungkan keempat-empat buku.

4 Bab terakhir ialah kisah mereka 12 tahun kemudian. Ikal atau Andrea, akhirnya nanti belajar ke Perancis - ini diceritakan lanjut pada buku-buku seterusnya. 'Aku' dalam bab terakhir bukan lagi Ikal, tetapi Shahdan kerana waktu itu Ikal sudah pun terbang ke Perancis.


KEKUATAN DALAM LASKAR PELANGI

Andrea menulis novel ini, bukan dengan niat untuk diterbitkan. Inilah anggannya sejak kecil. Tercetus kerana satu peristiwa semasa SD3. Hari itu hujan lebat dan ibu Muslimah tidak sampai-sampai ke sekolah. 10 anak kecil itu ketakutan di dalam kelas yang bocor dan uzur. Sekolah itu, menurut Ikal, tak ubah seperti gedung kopra (kelapa kering) dan malamnya digunakan untuk meneduh binatang ternak. Ibu Muslimah - guru yang cuma mendapat gaji 15kilo beras itu, akhirnya tiba juga dengan bersusah payah meredah hujan dan berpayungkan daun pisang. Andrea melihat bu Mus sebagai - perempuan perkasa, diam-diam dia berazam untuk menulis tentang gurunya bila dia dewasa. Kenapa menulis? Kerana waktu itu, buku ialah sesuatu yang mewah bagi mereka. Lagipula memang cita-cita asalnya untuk jadi penulis. Takdir Allah, dia lulus sebagai sarjana ekonomi. Pun begitu, terlunas juga anggannya. Ketika Andrea mula menulis, ibu Muslimah sedang sakit. Lalu, Andrea menulis tanpa henti selama 3 minggu dan tanpa disangka olehnya dia telah menuliskan 600 halaman. Dan akhirnya dihadiahkan seada-adanya untuk gurunya tercinta, Ibu Muslimah dan rakan-rakan zaman kecilnya, para ahli Laskar Pelangi.

Menurut GDE Prama; seorang penulis Indonesia dalam rancangan Kick Andy, kekuatan utama buku ini adalah 'Cinta seorang murid pada ibu gurunya'. Ya itu memang benar dan jelas sekali. Ibu Muslimah diangkat setinggi-setingginya. Dan ini berlanjutan kepada buku-buku seterusnya dalam tetralogi Laskar Pelangi. Kita dapat melihat bagaimana pesan-pesan dan ajaran ibu Muslimah menjadi pedoman Ikal sehingga dia dewasa. Adrea sentiasa menyanjung Ibu Muslimah, Pak Harfan (kepala sekolah) dan SD Muhammadiyah itu sendiri. Dinyatakan dalan novel ini; lebih kurang -

'Ada satu keindahan di sekolah agama yang bobrok ini, tetapi aku enggan menukarnya dengan kemewahan mana-mana sekolah sekalipun'.

'Di titik dan tempat ini, aku merasa bangga menjadi Melayu Belitung dan pernah belajar di SD Muhammadiyah'

Laskar Pelangi adalah FENOMENA dalam industri buku Indonesia selepas Ayat-ayat Cinta. Walaupun Andrea berkelulusan Sarjana Ekonomi, tak pernah belajar sastera dan bukan pembaca sastera, Laskar Pelangi tak pula jadi novel pop. Laskar Pelangi penuh dengan kritik sosial. Andrea memaparkan sosio-ekomoni Pulau Belitung yang kaya dengan timah. Namun, kekayaannya hanya tertumpu pada satu kawasan - GEDUNG; kompleks penempatan orang staf PN Timah. Andrea menceritakan dengan terperinci suasana ala aparteid antara golongan atasan PN Timah yang digelar orang staf dan masyarakat kebanyakan Belitung. PN (perusahaan negara) Timah yang mewarisi perusahaan perlombongan dari penjajah Belanda tidak membebaskan masyarakat Belitung dari pilih kasih dalam penjajahan malah mereka menjadi semacam penajajah baru. Gedung mempunyai semua kemudahan dari rumah besar bergaya victoria, sekolah lenagkap, hospital, pawagam hinggalah padang golf. Hanya orang staf PN Timah saja mempunyai kelayakan tersebut, di mana-mana akses untuk masuk ke kawasan gedung tertulis 'DILARANG MASUK BAGI YANG TIDAK MEMILIKI HAK'. Malahan mereka mempunyai Polsus (Polis Khusus) Timah.

Manakala rakyat belitung yang kebanyakannya menjadi kuli bawahan PN Timah, menduduki rumah-rumah kampung, hidup miskin dan beranak ramai. Anak-anak yang mencapai umur sekolah malahan terpaksa bekerja untuk membantu menyara keluarga. Rakan-rakan Ikal sendiri, Mahar, Shahdan, Kucai dan Lintang diceritakan bekerja sejak SD - lepas pulang dari sekolah.

Ketika menceritakan kisah membeli kapur di Manggar, Andrea dengan bersahaja melukiskan Manggar dalam kepala pembaca. Pasar ikannya, deretan kedainya. Malah kebusukannya pun terbau lantaran keterperincian yang dia tampilkan. Sekaligus, aktiviti ekonomi, struktur, sifat-sifat dan nilai-nilai dalam masyarakat Melayu, Tiong Hwa dan Sawang dikupas.


FILEM LASKAR PELANGI

Secara umumnya filem Laskar Pelangi berjaya memaparkan isi hati cerita asal buku ini. Walaupun tidak semua ditampilkan atau ditampilkan tetapi tidak seperinci seperti dalam bukunya. Produksi filem jelas berusaha kuat untuk memindahkan aura novel pada filem. Dengarnya, Ibu Muslimah sendiri menangis dan enggan memasuki replika SD Muhammadiyah kerana terlalu sama dengan sekolah asalnya. Dan ketika dibawa Andrea menonton filem tersebut, bu Mus tersentuh hati menangis dari awal cerita. [Aku pon sama,masa Harun datang tu aku dah sedih dah hehe]. 12 orang anak-anak belitung yang membintangi filem ini sangat berbakat.


MENGAPA 'INDONESIA'S MOST POWERFUL BOOK'

Selain menularkan motivasi kepada berjuta orang, beberapa kesan besar terhasil dari ledakan buku ini.

1. Nasib Lintang yang genius tetapi tewas pada kemiskinan lalu tidak dapat terus belajar menjentik hati pembaca. Lalu mencetuskan perbincangan dan perdebatan tentang ini. Ramai yang bersetuju masih ada ramai 'Lintang' di Indonesia. Khabarnya kerajaan Indonesia mengkaji semula sistem pendidikan mereka. Cut Mini yang mendokong watak ibu Muslimah dalam filem Laskar Pelangi, kini menjadi Duta Pendidikan Nasional dan sibuk pula berlakon iklan 'Sekolah Gratis' [lihat sini]

2. Ibu Muslimah serta-merta menjadi icon perguruan. Beliau telah dianugerahkan penghargaan Satyalencana Pendidikan dari Presiden Susilo Bambang Yudhoyono [sumber sini]. Dijemput dalam seminar-seminar dan perkumpulan tentang pendidikan.

3. Belitong menerima pertambahan pelancong. Kalau dulu aktiviti pelancong banyak tertumpu di Tanjung Pandan, pantainya dan pulau-pulau kecil sekitarnya. Kini, agensi pelancongan menyediakan pakej - Laskar Pelangi - mereka turut melawat kampung Andrea di Desa Gantong - kalau beruntung dapat bertemu ibu bapa Ikal, Ibu Muslimah dan anggota Laskar Pelangi. Satu yang mesti dilawat ialah 'Sekolah SD Muhammadiyah' yang digunakan untuk pengambaran filem. Malahan mereka juga melawat Manggar, tempat Ikal menemui cinta pertamanya - toko Sinar Harapan yang busuk, melihat-lihat pasar ikan dan pelabuhan Manggar.


AKHIRAN

Bu Mus, Pak Harfan dan SD Muhammadiyah sangat mengesankan hidup para Laskar Pelangi. Meski mereka kini telah berjaya menentang kemiskinan, tetapi tak menjadikan mereka manusia sombong. Kucai yang kini ahli politik berkata beliau tidak pernah menganggap dirinya berjaya, malah beliau juga percaya Andrea sendiri berfikiran begitu - kerana cita-cita mereka ialah melepaskan masyarakat Belitung keseluruhannya dari kemunduran fikiran. Andrea berkali-kali menyatakan - kalau bukan kerana Harun, murid down sindrom yang mencukupi 10 orang murid sebagai syarat minima dari pejabat pendidikan, maka tidak wujudlah Laskar Pelangi. Bagaimana Allah mengirimkan anak istimewa yang sebenarnya tidak dapat mencerna pelajaran sebagai rahmat besar bagi para Laskar Pelangi. Mungkin sebab itu, mereka tidak pernah merasa kejayaan mereka ahalah hak mutlak mereka sendiri. Itulah ajaran unggul bu Mus, iaitu rendah hati.

Esok aku akan tampilkan Sang Pemimpi pula ;)

Panggilah apa saja - fanatik atau obses, mereka ialah orang2 yang aku kagumi :)

1. SN Prof Shahnon Ahmad
2. Azizi Hj Abdullah
3. Faisal Tehrani

Tiga orang penulis kegemaranku.

Takrif aku tentang buku yang baik - Kita mula baca dengan fikiran yang kosong, tetapi bila kita membacanya - kita tak akan dapat berhenti berfikir! walaupun setelah TAMAT ;)

Buku paling aku suka - Detik-detik diri di daerah daif - Shahnon Ahmad. Cerita zaman kanak-kanak beliau sendiri. Aku telah baca entah berapa kali. Tanpa jemu - seolah-olah aku duduk didepan datukku mendengar dia berlipur-lara tentang masa kecilnya. Polos, jujur dan ikhlas. Jadi tak pelik kalau aku juga jatuh cinta dengan Laskar Pelangi. Yang terus membuat aku tanpa tangguh2, meneruskan Sang Pemimpi, Edensor dan Mariamah Karpov. Aku sudah selesai Mariamah Karpov seminggu lalu, tapi Ikal (watak dalam buku-buku tersebut) masih tak mahu keluar dari tengkorak kepalaku. Ah.. malu pulak nak beritahu - aku sebenarnya sedang mengulang baca Laskar Pelangi. Buku itu betul2 sedap untuk dinikmati. Aku buang sedikti rasa bersalah pada buku-buku lain yang menunggu untuk aku baca.

Maka dengan ini aku ishtiharkan pengarang kegemaranku no-4, Andrea Hirata ;)

Mulai esok hingga jumaat, aku akan kongsikan khazanah-khazanah yang aku jumpa dalam Tetralogi Laskar Pelangi - hingga ketika aku membaca buku terakhir - Mariamah Karpov; sesuatu yang ganjil telah berlaku pada diriku. Satu hari satu buku dan tamat pada hari Jumaat, Insyallah.

Aku rasa inilah caranya supaya Ikal keluar dari fikiranku :). Oh ya, aku mungkin melihat dari sudut-sudut yang lain - bukan ringkasan atau ulasan tentang buku-buku tersebut.

UMAR BIN ABDUL AZIZ - Peribadi Zuhud Penegak Keadilan


Seperti dinyatakan dalam kitab Klasik Ringkasan Sejarah Kerajaan Bani Umayyah, Khalifah Umar Abdul Aziz ialah satu-satunya khalifah Daulah Bani Umayyah yang paling merakyat manakala kahlifah2 lainnya hanya layak dipanggil raja.

Buku ini tidak disusun mengikut kronologi masa tetapi dibahagikan kepada 4 bahagian:
i. Biografi Umar bin Abdul Aziz
ii.Keperibadian dan kisah-kisah Umar bin Abdul Aziz
iii.Khutbah-khutbah Umar bin Abdul Aziz
iv. Surat-surat Umar bin Abdul Aziz

Cerita didalamnya ada yang sependek seperanggan ada juga yang makan 2-3 mukasurat. Bahasanya agak payah difahami jika baca tidak dengan kesabaran, mungkin kerana buku ini adalah terjemahan. Dibahagian belakang dinyatakan bahawa buku ini mengandungi beberapa episod sejarah perjalanan hidup Umar bin Abdul Aziz yang terdapat dalam pelbagai manuskrip di beberapa muzium an perpustakaandi Timur Tengah dan Eropah.

Berikut ialah beberapa episod menarik dari buku ini.

SEBELUM MENJADI KHALIFAH

Sebelum menjadi Khalifah, Umar bin Abdul Aziz hidup dalam kemewahan. Beliau lahir dan dibesarkan di Madinah. Oleh kerana dia tidak mengikut ayahnya yang berpindah ke Mesir(untuk menjadi Amir), Abdul Malik bin Marwan, khalifah ketika itu yang juga pak cik sebelah ayahnya memerintahkan elaun 1000 dinar kepada Umar bin Abdul Aziz setiap bulan.[nilai syiling dinar kini lebih kurang 5ribu sekeping. 5000x1000=5m]. Umar bin Abdul Aziz bila bejalan akan terbau harum minyak wanginya dari kejauhan. Rambutnya terurai rapi dan indah. Sarung jubahnya dibiar meleret dan jalannya melenggang. Dia popular dengan gaya jalannya itu. Kalau seliparnya rosak, dia akan terus membuangnya, jika hambanya mengambil selipar itu(untuk dibaiki) dia akan marah. Sutera berharga 800 dirham masih kasar padanya. Meskipun begitu, dia tidak pernah melakukan perbuatan tercela yang berkaitan dengan perut, kemaluan dan pemerintahan.


KETIKA MENJADI KHALIFAH

Sejak menjadi khalifah, Umar bin Abdul Aziz meninggalkan kehidupan mewah kerana takutnya dia dipersoalkan di hari pembalasan kerana amanah pada harta rakyatnya. Gajinya sebagai khalifah ialah 200 dinar. Setiap hari, belanja untuk keluarganya makan cuma 2 dirham. Bajunya cuma 8 dirham tetapi bila dia mengusap baju itu dia masih berkata 'Alangkah bagusnya..'. Pada suatu ketika dia terlambat kemasjid untuk bersolat Jumaat sehingga ramai jemaah mencelanya, sebenarnya bajunya dicuci dan dia tidak ada baju lain untuk dipakai. Malah, Umar tidak mampu mengumpulkan biaya untuk dia menunaikan Haji. Walaubagaimanapun, dia berjaya mengkayakan rakyatnya hingga tiada siapa yang berhak menerima zakat. Seluruh baitul-mal digunakan untuk menolong orang miskin, sakit dan ibn sabil (anak yatim sebab peperangan), membantu rakyat menyelesaikan hutang dan melepaskan pajak, mengembalikan harta yang dirampas secara zalim oleh pemerintah terdahulu dan memberi setiap orang buta seorang pembantu khas.

Suata hari seorang wanita Iraq datang kerumah Umar bin Abdul Aziz. Oleh kerana tiada pengawal yang berkawal dirumahnya, sesiap saja boleh datang berjumpa khalifah. Ketika perempuan itu datang, Fatimah (isteri umar) sedang menjahit pakaian lalu menyambut kedatangan tetamunya. Ketika mereka sedang bercakap-cakap, datanglah Umar keperigi disisi rumahnya. Dia mengambil air dari perigi dan membasuh lantai rumah yang berdebu. Sambil dia mengambil air, dia asyik melirik pada Fatimah. Wanita Iraq itu pon berkata kepada Fatimah 'Tutuplah dirimu lebih rapat, kulihat pembantumu ini sering menjeling kepadamu'. Lalu Fatimah menjawab 'Dia bukan pembantuku, dialah Amirul Mukminin'. Aduhaii.. khalifah disangka pembantu, betapa sederhananya penampilan Umar bin Abdul Aziz.

Sejak dari dahulu, bani Umayyah menikmati kemewahan yang dikurniakan dari Khalifah mereka. Tetapi ketika Umar bin Abdul Aziz memerintah, beliau memotong pemberian yang biasa mereka dapati. Malah segala harta rakyat yang mereka dapati secara zalim (melalui khalifah terdahulu) juga dipulangkan semula kepada tuannya. Ini menyebabkan bani Umayyah tidak suka kepada Umar. Suatu hari mereka menemui Umar untuk mengambil pemberian dari Umar, tetapi Umar hanya memberi 10 dinar saja pada mereka. Meraka marah kerana tidak berpuashati, lalu Umar berkata 'Aku habiskan satu malam memohon ampun kepada Allah untuk memberikan kamu 10 dinar ini'. Bani Umayyah mencela diri sendiri kerana mengahwinkan ayah Umar; Abdul Aziz bin Marwan dengan cucu Saidina Umar Al Khattab yang terkenal tegas dalam pemerintahan.

AKHIR PEMERINTAHANNYA

Setelah kematian pembantu setianya; Sahal(saudaranya), Abdul Malik(anaknya) dan Muhazim(hambanya) beliau berdoa supaya Allah segera menjemputnya. Beliau akhirnya wafat kerana diracun. Sebelum wafat, dipanggil orang yang meracunnya malah memaafkannya. Beliau memerintah cuma selama 2 tahun 4 bulan tetapi membawa kesenangan pada rakyatnya.

Yang ku idam-idamkan

Novel Laskar Pelangi, boleh didapati hampir di mana2 kedai buku di sini. Tapi aku memilih untuk menunggu akhir Jun. Aku mahu punyai buku Laskar Pelangi yang asli, versi Bahasa Indonesia. Makanya, ia termasuk dalam salah satu rancangan jalan-jalan ke Bali.

Alhamdulillah, aku dapat membeli kesemua 4 siri dalam tetralogi Laskar Pelangi. Satu obsesi? ya, barangkali begitulah. Aku memilih novel Laskar Pelangi Edisi Kulit Tebal. Harganya dua kali ganda (dua kali lipat kata indonesi) berbanding edisi biasa. Buku-buku Indonesia relatif murah berbanding dengan novel disini. Mungkin sebab kualiti kertasnya.

Selain Tetralogi Laskar Pelangi, buku2 lain yang aku angankan, tidak aku dapapti. Trilogi Granada, Bayang2 Pohon Delima, Atlas Perjalanan Nabi Muhammad SAW. Raknya sudah kosong mbak - maksudnya buku itu sudah kehabisan - agak lucu rak buku tak ada yang kosong, tentulah sudah ditempati oleh buku lain, ya tetapi begitulah cara mereka menjawab. Jawapan yang sama juga aku terima ketika mencari DVD filem Laskar Pelangi.

Berikut ialah senarai buku yang aku beli, penulis dan harganya dalam rupiah.

Tetralogi Laskar Pelangi - Andrea Hirata
1. Laskar Pelangi Edisi Kulit Tebal - 138k
2. Sang Pemimpi - 49k
3. Endesor - 44.5k
4. Maryamah Karpov - 79k

5. Panggil Aku Kartini Saja - Preomadya Ananta Toer - 55k
6. Bumi Manusia - Preomadya Ananta Toer - 80k
7. Hussain: Sang Ksatria Langit - Muhsin Labib - 49.9k
8. Melodi Kaki Langit - Najib Kaelani - 39k
9. Isabella: The true story - Maulana Mohammad Saeed - 49k


Aku dah lama ingin membaca karya2 Preomadya Ananta Toer.Bumi Manusia dan Panggil aku Kartini Saja antara yang aku pernah baca ulasannya di Internet. Hussain ialah cerita tentang cucu Nabi Muhammad SAW. Kalau di sini, sangat susah berjumpa buku begini kerana ia pasti dikaitkan dengan Syiah dan kelihatan lebih menakutkan untuk dibincangkan melebihi taboo perbincangan tentang sex. Melodi Kaki Langit, aku beli kerana ditulis di situ kisahnya mirip kisah Sakti, mantan gitaris S07 - yang digilai aku dan kawan2ku satu waktu dulu. Dan terakhir ialah Isabella. Buku ini aku pernah baca semasa sekolah rendah - mungkin 20 tahun lepas. Aku teruja sekali dapat beli buku Isabella ini.


Untuk Kak ani, aku belikan Laskar Pelangi dan Isabella. Dia juga teruja. Tak sudah2
membelek - tak sangka ada lagi buku ni, ujarnya berkali2. Dan untuk buku-buku ini aku belikan 1 beg khas - tambahan sebenarnya - kerana beg aku sudah tak muat lagi :P

Lagi Pesta Buku (Popular)


POPULAR
PAMERAN BUKU
GIANT TAMPOI (NEW WING), RUANG LEGAR
2.6.09 - 14.6.09
10am - 10pm

Lagi Pesta Buku (MPH)



MPH J%MAT BOOK FAIR

29 MAY - 9 JUNE

10AM - 1OPM

ATRIUM
JOHOR BAHRU
CITY SQUARE

Ceramah, Buku dan CD Travelog Haji

Entry asal dihantar pada Sabtu 23 Mei 2009 selepas Isyak.



Aku dan Ina, sedang mengikuti ceramah Travelog Haji oleh Prof Muhd Kamil. Wanita berjubah hitam ialah isteri beliau Pn Roza. Aku akan kongsikan ilmunya isnin nanti. Insyaallah :)

Kemaskini: 26 May 2009

Secara ringkasnya apa yang diceramahkan oleh Prof Kamil malam itu ada didalam buku ini. Kalau sudah membaca buku ini lalu mendengar ceramahnya adalah kelebihan. Sebab Prof bukan saja bercakap, tapi siap dengan lakonan! haha tak sangka Prof Kamil pandai berlakon.

Buku ni menceritakan pengalaman haji Prof Muhd Kamil. Selalu kita baca kisah2 haji. Yang lebih kerap ialah cerita2 pelik dan cerita2 seram. Ini sempat Prof siniskan dalam ceramahnya. Cerita2 begini sebenarnya banyak membuat orang menangguhkan haji. Dengan alasan - belum cukup baik, nak taubat dulu, nak berubah dulu. Nak nak nak tapi tak gerak2 pon :P

Lebih dari pengalaman fizikal (ibadah haji kan sangat fizikal), juga pengalaman kerohanian. Yang mana bermula lama sebelum beliau menunaikan haji, malah sebelum beliau terdetik menunaikan haji pon.

Dari orang yang buta Al-Quran, hingga khatamnya beliau di Masjidil haram. Prof sungguh tak malu2 menceritakan zaman kejahilannya. Tapi, bukan maksud dia bangga dengan itu. Dia mahu beritahu dia sudah menebus kejahilannya. Kalau dia boleh kenapa kita tidak. Orang2 seperti Prof ramai, termasuklah orang yang menaip ni. Jahil tapi tak perasan jahil. Kisah2 haji yang biasa kita baca kebanyakannya dari Ustaz2, yang menceritakan pengalaman orang lain yang bersama mereka ketika disana. Kisah Prof muhd Kamil rasa dekat dengan kita sebab dia bukan Ustaz. Lebih kurang macam kita-kita juga.

Kalau nak dengar celoteh Prof Muhd Kamil, carilah CD Motivasi Haji atau dengarkan carita beliau di Astro Awani - jangan tanya aku bila siarannya. Aku pon tak langgan Astro.

Malan itu, beliau berceramah 2 jam lebih. Jam 11 mlm barulah berhenti. Itu pon macam tak mahu berhenti saja hehe.

Setelah membaca buku, menonton CD dan mengikuti ceramahnya juga ikuti blognya http://muhdkamil.net/kehidupan/ ,aku dapati Prof Muhd Kamil memang punya sifat2 orang cemerlang. Sebab tu apa pon yang dia azamkan dia lakukan dengan cemerlang.

Selesai majlis, kami bersalam dengan Pn Roza. Ina malu nak mengaku yang dia ni staf UITM Segamat. Padahal dah makan beriyani 3 pinggan kat rumah Prof haritu. Entah apa2 haha. Puan Roza tanya kami, semua ni nak pergi haji ke? hehe.. baru pasang niat saja, aku jawab.



Aku Saya Ana Wo I

N3 Lepas-lepas

Jalan Pintas


Komen Terbaru

Peminat Aku

Yok ngeteh yok!!

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Bekas tapak kaki