Blog Widget by LinkWithin
Showing posts with label awa tonton. Show all posts
Showing posts with label awa tonton. Show all posts
Keracunan 'Laskar Pelangi'


Baru menonton saja, belum lagi baca novelnya. Aku keracunan betul. Betul betul keracunan. Berapa kali tah aku nangis hua hua. Nangis ketawa nangis ketawa nangis ketawa. Penat.

org belitong ni telo cakap dia lebih kurang macam orang Johor rupanya. Kite, semue..

selebihnya pandai2la google sendiri ya..

gambar dari :http://www.flickr.com/photos/laskarpelangi/


anak-anak pelakon Laskar Pelangi


Anggota Laskar Pelangi
http://id.wikipedia.org/wiki/Laskar_Pelangi

Serahkan pada Mahar dan Alam..

- aku baru ngeliat kuku tercantikkkkkk sedunia
- apa kau pernah keliling dunia?

Ceramah, Buku dan CD Travelog Haji

Entry asal dihantar pada Sabtu 23 Mei 2009 selepas Isyak.



Aku dan Ina, sedang mengikuti ceramah Travelog Haji oleh Prof Muhd Kamil. Wanita berjubah hitam ialah isteri beliau Pn Roza. Aku akan kongsikan ilmunya isnin nanti. Insyaallah :)

Kemaskini: 26 May 2009

Secara ringkasnya apa yang diceramahkan oleh Prof Kamil malam itu ada didalam buku ini. Kalau sudah membaca buku ini lalu mendengar ceramahnya adalah kelebihan. Sebab Prof bukan saja bercakap, tapi siap dengan lakonan! haha tak sangka Prof Kamil pandai berlakon.

Buku ni menceritakan pengalaman haji Prof Muhd Kamil. Selalu kita baca kisah2 haji. Yang lebih kerap ialah cerita2 pelik dan cerita2 seram. Ini sempat Prof siniskan dalam ceramahnya. Cerita2 begini sebenarnya banyak membuat orang menangguhkan haji. Dengan alasan - belum cukup baik, nak taubat dulu, nak berubah dulu. Nak nak nak tapi tak gerak2 pon :P

Lebih dari pengalaman fizikal (ibadah haji kan sangat fizikal), juga pengalaman kerohanian. Yang mana bermula lama sebelum beliau menunaikan haji, malah sebelum beliau terdetik menunaikan haji pon.

Dari orang yang buta Al-Quran, hingga khatamnya beliau di Masjidil haram. Prof sungguh tak malu2 menceritakan zaman kejahilannya. Tapi, bukan maksud dia bangga dengan itu. Dia mahu beritahu dia sudah menebus kejahilannya. Kalau dia boleh kenapa kita tidak. Orang2 seperti Prof ramai, termasuklah orang yang menaip ni. Jahil tapi tak perasan jahil. Kisah2 haji yang biasa kita baca kebanyakannya dari Ustaz2, yang menceritakan pengalaman orang lain yang bersama mereka ketika disana. Kisah Prof muhd Kamil rasa dekat dengan kita sebab dia bukan Ustaz. Lebih kurang macam kita-kita juga.

Kalau nak dengar celoteh Prof Muhd Kamil, carilah CD Motivasi Haji atau dengarkan carita beliau di Astro Awani - jangan tanya aku bila siarannya. Aku pon tak langgan Astro.

Malan itu, beliau berceramah 2 jam lebih. Jam 11 mlm barulah berhenti. Itu pon macam tak mahu berhenti saja hehe.

Setelah membaca buku, menonton CD dan mengikuti ceramahnya juga ikuti blognya http://muhdkamil.net/kehidupan/ ,aku dapati Prof Muhd Kamil memang punya sifat2 orang cemerlang. Sebab tu apa pon yang dia azamkan dia lakukan dengan cemerlang.

Selesai majlis, kami bersalam dengan Pn Roza. Ina malu nak mengaku yang dia ni staf UITM Segamat. Padahal dah makan beriyani 3 pinggan kat rumah Prof haritu. Entah apa2 haha. Puan Roza tanya kami, semua ni nak pergi haji ke? hehe.. baru pasang niat saja, aku jawab.


KOQ~!

Diaorg ni lebih sengal dari Cik Sengal haha. Si Anas Tahir KOQ~! dan Akbar Azmi KOQ~! telah mengepos video-video KOQ~! di youtube. Nampaknya sedang hangat. FB Group KOQ~! Akbar dan Anas dengan sekejap masa mencanak2 ahli yang sertai.

Tengok dan dengarlah sendiri. Aku rasa nak tapok je mulut si Anas tu hahaha



apa yg diaorg karurkan tu?... tgk video ni..



fav aku ialah lagu anak ni.. aku suka part translation tu heh heh



ada 9 klip semuanya... sila tgk kat related video

The Girl Who Leapt Through Time

klik gambar utk ke wiki!

William bagi aku task ni (arahan untuk menonton), tapi berminggu-minggu lepas tu, lepas dia penat bertanya sama ada aku dah tonton ke belum, barulah aku sempat menonton. Difilemkan pada 2006, tapi karya asal dari novel 1965. Bior betul! aku blom lahir pon masa tu.

Menarik juga ceritanya, budak perempuan ni, boleh kembali kemasa lampau dengan cara melompat. Lagi jauh dia melompat, lagi lama dia balikkan masa. Jadi dia pun suka2 melompat kalau terjadi hal-hal yang dia tak suka. Tapi, sebenarnya, dalam pada tu, ada bnyk kesan pada orang lain pulak termasuklah 2 orang kawan baik dia. Kemudian, dia cuba betulkan balik. Tapi macam2 la masalah la pulak. Sebab sebenarnya, dia bukan boleh melompat sesuka hati, ada hadnya.

Agak2 kalau aku terjun dari tingkat 31 ni, berapa tahun aku boleh kembalikan? Kalau setingkat boleh balikkan setahun, aku kena turun sikit la, dan balik pada waktu umur 6 tahun. Bestnya! Lepas tu asal lepas umur 20 tahun, aku lompat lagi, berulang2 hahaha

.......................................................

Ada satu lagi task William bagi, tapi aku belum tonton lagi. Sebagai balasan William minta aku carikan Sepet. Dah bagi pon kat dia semalam.

Sekarang aku tengah tention sangat, sebab tu aku blogging. Bukan sebab aku free tak de kerja. Tapi aku mcm dah nak give up la dgn kekasih gelap. Nak je aku fire diaorg ni.. hadoiiiii
Rasa cam nak nangis baca balasan e-mail tadi... :((. Rasa nak tarik2 rambut pon ada.

POPULAR BOOK FAIR

JB City Square 28 Nov 2008 - 08 Dec 2008
Aku boleh tangani jualan murah baju, kasut atau beg. Jualan murah 'bedding' atau hiasan rumah. Pendek kata, aku boleh tangani apa-apa saja jualan murah, tapi aku sangat kalah dengan jualan murah buku. Aku angkat tangan sahaja.

Pusingan pertama baru selesai, aku beli DVD Jepun & Korea. 11 filim x RM5.90 = RM64.90
Pusingan kedua malam ni atau esok buku pulak. Ho ho ho

Sebab tu aku jarang2 pegi book fair kat KL tu, kalau pegi book fair tiap2 tahun aku boleh jadi gila. Gila belum habis lagi, dah pegi lagi.. jadi gila la berlanjut-lanjut (ha ha best tak alasan)

nota: Novel2, buku2 motivasi dan agama diskaun 20%

Cuter than Rain



Aku tak boleh tahan tengok budak kecik ni menari. Aku tak perasan rupanya aku ketawa terkuat sampai Chen bangun dan jenguk apa aku tengok. Sebijik2 dia ikut style Rain menari. Cute habiss!!

Ini sedutan dari filem Korea Little Brother/Hello Brother (2004). NTV7 tayang sabtu malam ahad kemarin. Kisahnya tentang budak kecik yang nakal ni. Kisah ni, dari kisah benar. Ini kisah adik beradik juga macam My Brother (2004). Budak ni memang mencuit hati, aku asyik gelak je, bila kisah sedih tu tiba2 je air mata dah mengalir.

Kisah Han Yi yang nakal dan Han Byol yang mengidap tumor otak. Han Yi memang nakal dan bertambah nakal bila mak ayahnya kurang perhatian pada dia bila Han Byol masuk wad pediatrik. Banyak juga masa Han Yi dihabiskan di wad. Mereka berkenalan dengan Wook Yi yang sangat positif dan bersemangat untuk hidup. Semangat Wook Yi mempengaruhi Han Byol. Han Yi cemburu bila abangnya selalu menyebelahi Wook Yi. Tapi kemudiannya Han Yi belajar menghargai Wook Yi dan abangnya dan cuba sedaya upaya untuk menggembirakan Han Byol dan Wook Yi.



boleh tak kalau aku harap Park Ji Bin ni tak akan membesar... biar dia terus menerus cute hehe


Aku Saya Ana Wo I

N3 Lepas-lepas

Jalan Pintas


Komen Terbaru

Peminat Aku

Yok ngeteh yok!!

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Bekas tapak kaki