Melihat pada blogku yang lamaaaaaaa terbiar ni, rasa seperti mahu menangis!
Bukan, bukan sudah benci untuk menulis. Bukan berhenti dari membaca. Tak ada alasan kenapa terhenti. (ada sebenarnya tetapi bersifat peribadi - jangan dihiraukan aku!)
Awa, mahukah kau menulis semula?
Seperti kelazimannya, Oli lah yang paling awal keluar rumah. Biasanya sekitar jam 7 pagi Oli mula bergerak ke tempat kerja. Pagi itu, aku tak sedar yang Oli masih berada di rumah walaupun sudah lebih setengah jam berlalu selepas 7 pagi. Hinggalah Alin mengetuk pintu bilik aku. "Mangga pagar tak boleh buka!" beritahu Alin.
Aku dengan rambut kering turun ke halaman. Muka Oli penuh berminyak. Untuk mengelakkan kes tertinggal kunci, aku beli mangga dengan nombor kombinasi. Jadi sekurang2nya, jika kami tertinggal kunci rumah, kami masih boleh masukkan kereta. Tapi bila mangga tak berfungsi, jadi malapetaka yang lebih buruk pula. Sebelum ini Alin pernah jadi mangsa, tapi dia sangat bernasib baik. Beberapa kali percubaan, mangga terbuka. Aku lebih malang, aku terpaksa panjar pintu pagar. Mujurlah hari sudah malam. Melaung uncle jiran sebelah bimbang aku jatuh. Dan di pagi yang hening itu, Oli. Aku dan Alin bergilir2 mencuba kerana Oli sudah kepenatan. Akhirnya kami hampir berputus asa. Haruskah kita panggil orang datang potong mangga ni? Orang apa harus kita panggil? tukang kunci? orang kedai hardware?
"Solawat dik! Solawat!!" aku dengar suara. Tak dapat aku lihat wajah yang berteriak tadi. Tapi jelasnya dia betul2 berada di depanku. Di balik pagar rumah bertentang, terlindung dek pagar dan sidaian kain baju yang banyak. Ah.. selawat... kenapa kami tak ingat itu? rasa malu melintas dalam hati. Dalam kepala cuma kiraan, berapa nombor kombinasi yang perlu dicuba. Bodohnya kami! Suara itu ialah suara pembantu rumah Indonesia jiran kami. Dan kami selawat berulang2, sambil terus mencuba kombinasi nombor. Hatiku melirih.. Ya Allah.. apalah agaknya doa Nabi Daud ketika dia melentur besi? Tap! kunci terbuka. Ajaib Ya Allah, aku baru bertanya, belum berdoa sudah kau makbulkan! Ya Allah sesugguhnya engkau Tuhan yang maha mengetahui.
Kawan2.. bila kali terakhir kau rasai keajaipan yang selalu kita panggil nasib baik? Bagaimana nasib boleh datang pada kita?
Aku, Alin lebih-lebih lagi Oli keletihan. Kami masuk semula ke rumah. Jarum pendek jam sudah melepasi 9. Semua sepakat ambil cuti kecemasan hari itu. Tenaga dan mood telah jatuh bersama keringat ketika cubaan membuka mangga nan bertuah.
Dari kiri; aku (sedang sakit mata), Sabrina, Badek, Awin, Amir dan Een
Depan; Nenny dan Yan
"Sab, aku tak tahan! aku nak pegi tandas la" Aku bisik pada sab. "Aku nak ikut!" Ujarnya laju. Aku pandang dia, dia beri muka keyakinan padaku. Sudah 10 minit aku menganggung seksa. Seperti 1000 rama-rama Brooke mengepak-ngepak dalam perut. Tegang dari ubun-ubun sampai ketumit. Bertuanya ada kawan yang memahami, sentiasa bersama senang dan susah.
.........10 minit sebelumnya..........
Masa berbaki 15 minit sebelum kelas tamat. Che Mie padamkan lampu projektor. Huh! Tak semena-mena perutku mula bergelodak. Makmal komputer itu terbahagi 3 baris dengan setiapnya dua meja bergandingan. Lantainya playwood yang dipasang tinggi sekaki dari lantai asal untuk tujuan pengkabelan. Dan entah bijak pandai mana yang membuat lantai tersebut, strukturnya tak kukuh sehingga bila berjalan lantai berbunyi kreok-kreok. Kadangkala bila waktu ramainya pengguna makmal, bunyi lantai lebih bising dari bunyi mulut. Berjalan sesopan unta pun tetap lantai bernyanyi. Aku duduk dilajur kedua barisan paling kiri. Berganding dengan Sabrina. Tiada pelajar di depan kami. Di barisan tengah selari kami ialah Badek dan Een. Yanti dibelakang Badek dan Nenny duduk dikanannya.
Zaman itu pensyarah masih menggunakan slaid plastik dan projektor cermin. Monitor masih petak-petak besar dan CPU berdiri adalah model baru. Semuanya tak putih tak kelabu tak kuning. Disket 3.5 inci masih sangat relevan. Itulah mulanya cerita ini. Dari disket-disket hitam dan satu berwarna kuning yang bertumpuk di atas meja Che Mie itu.
Disket kuning tu kepunyaan Nenny. Mulanya aku sangkakan dia guna disket warna sebab dia memang suka menjadi perhatian. Rupa-rupanya ada muslihat lain. Che Mie telah menutup buku, "Sekarang kita lihat demo tugasan". Aku terus berdebar-debar. Aku sangat percaya pada gerak hati, kalau aku berdebar luar biasa, adalah hal yang tak kena akan terjadi. Che Mie bermuka lembut dengan janggut sejemput. Sayangnya sejuk senyum Che Mie langsung tak membantu. "Kita buat cabutan bertuah!" Ujar Che mie lagi. Che Mie pandang seluruh kelas. Aku pandang Sab, Sab pandang aku kelat. Aku pandang Badek, Badek pandang aku payau. Aku pangang Nenny, Nenny pandang tepat pada disket kuning atas meja Che Mie. Een dan Yanti buat-buat sibuk pandang desktop monitor yang berlatar biru. Kami semua tahu, bahana kalau-kalau Che Mie mancabut disket kami.
Tugasan kami membina satu aplikasi mudah mirip Ms Paint. Aplikasi tersebut harus mampu melukis bentuk-bentuk 3D geometri asas. Dan bentuk-bentuk itu juga harus boleh ditranslasikan dengan translasi-translasi mudah. Penskalaan, putar, pantulan, gerakkan dan salinan. Sejujurnya, kami masih dalam kejutan budaya.
Semester pertama dalam major Komputer Grafik. Masuk kelas Pemperosesan Imej kejutan budaya, masuk kelas Grafik Lanjutan juga kejutan budaya. Sungguh-sungguh banyak kejutan dalam dua minggu kuliah. Dan inilah tugasan pertama yang diberi Che Mie pada hari pertama kelas. Rupa-rupanya semua pensyarah pon memberi tugasan pada hari pertama. Manalah kami tak terkejut! Pensyarah-pensyarah itu semua tahu, kami sudah 3 bulan tak berjumpa. 2 minggu kami belum tentu habis bercerita kisah-kisah klasik dan mistik sepanjang cuti, tapi mendadak kami diberi tugasan. Manalah kami punya cukup masa!
Che mie dengan penuh bergaya, mengambil salah satu disket dari timbunan disket-disket. Aku nampak Nenny tersenyum. Pelik, cuma Nenny saja yang tak berwajah tegang. Sab aku lihat separuh pucat. Badek asyik-asyik garu kura tangannya. Een asyik-asyik betulkan tudung, Yanti pula main-main dengan pen. Aku sendiri berdebar tak keruan. Kali pertama demo tugasan didepan kelas."John Lim!" Che Mie pandang John. 500 ekor rerama Brooke keluar dari perutku. John dengan sengih-sengih bangun. Sempat John membetulkan rambutnya. John kedepan dan melakukan demo. Wah!!!! aku kagum dengan John.
Hari itulah mulanya aku kenali John. Dia mula bermain dengan komputer sejak kanak-kanak. Menulis aturcara Basic pertama kali semasa 9 tahun! Semasa tingkatan 4, dia menjual perisian semacam buku latihan peperiksaan pada kawan-kawan sekolah. Untungnya dia tak lokek dan tak sombong. Selalu bersedia menjadi guru tak rasmi. Cuma satu hal saja yang aku selalu geram dengan dia. Dengan bermodalkan A1 dalam subjek Bahasa Melayu SPM, dia selalu merasa diri pakar bahasa - tak pernah mahu kalah dalam memilih perkataan - walaupun selalu kedengaran janggal. Suatu hari dia menelifonku cuma untuk memberitahu dia keberatan memanggil aku Hawa, dia mahu panggil Siti. Katanya lagi nama Hawa tak bagus. Aku desak alasannya, dia kata esok dia akan beritahu sebabnya. Esoknya, dia bawa aku ke hujung kelas lalu dia berkata, "Tahu tak? Hawa tu..." Dia menghulurkan dua tangan terbuka kepadaku, laksana seorang putera mengalu-alukan seorang puteri. Aku senyum. Dia terus menggerakkan tanggannya hingga menunjuk satu objek hampir kuboid yang terlekat di bahagian atas dinding. "Seperti Hawa dingin!". Aduhhh..
Zzzzzzzzzzztttttttttttt............ sambung balik cerita asal ;)
John dengan bangganya menunjukkan hasil inteleknya. Canggih, bukan saja tranformasi-transformasi asas, malah John memberi lebih dari apa yang diminta. John memberi warna pada objeknya, boleh pilih warna multak atau warna gradient. Ada pula kesan cahaya pada objek supaya jelas kesan 3D. Huh! Menyesal pula aku tak segera beli buku OpenGL. Maklumlah, zaman tu untuk capaian internet masih perlu beratur panjang. Perlu cop mengecop. Kalau berduit bolehla ke Cyber Cafe, RM5 sejam. Lagipun, baru 2 minggu kuliah, manalah ada duit! Yang banyak cuma alasan, percuma lagi!
John selesai, Che Mie senyum puas hati. Kawan-kawan senyum cemburu. Melihat prestasi John yang sangat cemerlang, aku tak dapat bayangkan jika aku yang terpanggil kedepan. Musibah besar! Tiba-tiba kulihat muka che Mie jadi sangat menakutkan. 500 ekor rerama Brooke masuk kembali keperut ku, setiap ekor membawa satu kepompong yang sedia untuk menetas sebagai rerama dewasa. Ketika dia mencapai disket lain, aku rasa seolah-olah merasakan Che Mie sengaja membuat gerakan perlahan. Masa separuh beku. Aku tak senang duduk. Jantung berdetap sangat laju, mungkin lebih 160 per minit. Ahhh.. aku tak dapat lagi menahan tekanan. Cik Mie berlakon seolah-olah dia adalah tetamu VIP yang mencabut hadiah utama sebuah kereta. Seolah-olah dia di pentas utama yang berhias indah. Seolah-olah dia diapit dua gadis genit yang seorang memegang kotak cabutan dan seorang lagi memegang replika kunci kereta. Nyatanya, hanya dia yang seronok dengan keadaan itu. John duduk bersandar tak acuh. Sekeping disket telah ada di tangan Che Mie. Aku lihat Nenny senyum lagi. Ishhh.. makin aku tak faham dengan Nenny. Inilah kemuncak paling seram - ketika nama hendak disebutkan, sampai berdiri bulu tengkok. Macam menunggu hukuman maut dari hakim saja. 500 kepompong menetas serentak. Mulut Che Mie bergerak tapi seolah-olah tak berbunyi. Sebenarnya otakku yang secara psikologinya tak sanggup mendengar suara Che Mie lalu menghantar signal pada telinga supaya menuli.
"Amir Hamidi!" Ahhhhh...... aku separuh lega. Persembahan Amir adalah yang paling ditunggu-tunggu. Bermula dari hari itu hingga tamat semester, Amir sentiasa mengagumkan. Che Mie tak pernah kering air mulut memuji Amir, itu Amir, ini Amir, cuba jadi macam Amir, seganlah sikit dengan Amir. Amir, Amir, Amir. Amirlah buah hati semua pensyarah. Amir sangat ajaib. Sekiranya diri Amir boleh diterjemahkan dengan lagu - lagu When You Say Nothing At All adalah paling cocok untuknya. Sangat-sangat aku mahu menyaksikan Amir mempersembahkan keajaipannya, tapi aku tak mampu mengulangi saat-saat tadi. Cemas bukan main-main. Dalam keadaan cemas bukan main itulah, aku dapat idea paling genius! Ternyata Sab sedia mendokong aku. Kami menunggu waktu paling sesuai.
Ketika Che Mie dan seisi kelas sedang mengkagumi Amir, kami senyap-senyap bangun. Badek memandang kami, "Mana?" dia berbisik. "Tandas!" aku menjawab dengan mulut tanpa suara. "Nak ikut!" Badek sedia untuk berdiri. "Tak boleh! ramai sangat nanti Che Mie perasan!" Agak kuat sebenarnya bisikan Sab. Aku jadi khuatir. Badek seperti budak kecil yang terpaku kerana dimarahi guru pertama kali. Dia akur lalu duduk kembali. Aku dan Sab berjalan separuh laju. Lantai makmal mengkhianati kami. Kreok-kreok tak menentu. Canggung saja bunyinya. Janganlah Che Mie tahan kami, aku doa berulang-ulang dalam hati.
10 minit "menyorok" dalam tandas, aku dan Sab kembali ke makmal dengan muka pura-pura tak bersalah. Aku merayu pada Che Mie untuk ambil semula disketku. Aku janji akan hantar semula dalam masa 3 hari. Sungguh-sungguh malu kalau Che Mie lihat hasil kerjaku yang jauh dari sempurna. Nenny melintasiku, aku memandangnya tegang dan pelik. "Itulah, lain kali pakai disket warna, tak payah debar-debar tunggu Che Mie baca nama!" ujar Nenny sambil ketawa.
Lagu dari penyanyi kegilaan Nenny; Ronan Keating
Dari kisah benar yang ditokok tambah sesedap rasa :)
Gedot terjaga. sejuk lantai marmar surau Al-Fallah sangat2 menyamankan. Gedot depangkan tangan. sepuluh jari diregang seregang2nya kemudian menggenggam. Gedot bengkokkan siku hingga genggaman bertemu separas dada. Arghh.. gedot pusinkan badan ke kanan dan kekiri, melonggarkan otot-otot pinggang.
Gedot gerakkan ogy. "Gy......." mahu tak mahu saja gedot seru mana ogy. Tidak boleh panggil kuat2. Mereka dalam operasi bawah tanah, tidak boleh sampai ketahuan. Manalah tau Che Din sedang baca tafsir Quran di tingkat bawah surau. Ogy berkalih tapi tak ada tanda nak buka mata. Roh ogy berjalan jauh agaknya hari ni. Balik kampung mungkin. Maklumlah, di kampung sekarang musim durian luruh. 3 kali tukar bas baru tiba kampung, nak balik semula ke sekolah jadi 6 kali tukar bas. Adakah roh juga naik bas? Entah-entah Ogy sudah sampai exit tol Port Dickson, menyusur jalan lama ke Lukut. Di situlah, menurut Ogy, durian Udang Merah gred D24 paling sedap sedunia. Ya tak ya saja Ogy ni, bila masa pulak dia keliling dunia? Kata Ogy lagi dia impikan suami yang sama hobi dengan dia, suka makan durian! Bagi Ogy suasana paling romantik ialah makan durian di gerai2 durian tepi jalan. Romantik bercampur akustik. Ah, Ogy kalau cerita tentang durian saja boleh ngences dan terbawa2 mimpi.
Gedot gosok2 mata macam anak kucing. Ruas jari gedot macam bayi, pendek padat. Empuk kalau disalam. Gedot panjangkan tangan kanan, meraba-raba tudung yang tertebar macam roti canai kedai mamak. Antara sedar dan tidak, Gedot capai tudung dan terus dipakainya. Kenapa rasa pelik sikit tudung ni, macam tak terletak dimuka. Gedot biar saja tepi tudung tidak berlipat. Hari panas, tudung ini pon ibarat pelindung matahari jua. Gedot turun tangga tinggalkan ogy. Biar Ogy tidur puas-puas, kalau dia sedang mimpi makan durian, biar dia makan puas2. Tak ada apa yang nak ditakutkan seorangan di surau tu. Sekarang jam 3 petang bukan 3 pagi. Lagi pon hantu setan mana nak masuk surau. kalau ada pon semua tengah sibuk bergayut dipelupuk mata ogy, tu yang ogy tak mau sedar2 tu.
Gedot singgah bilik air, basahkan muka, kemudian membetulkan tudung dicermin besar. Gedot tepuk2 pipi sebelah kanan yang merah. Itulah, kalau tidur mengiring berbantalkan sejadah dilipat lapan. Ah.. tak apalah, comel juga fikir Gedot, ala2 macam Chibi Maruko Chan. Gedot menyeringai dan memuncung, berulang2 kali sehingga longgar otot2 muka. Tak adalah nampak sangat macam orang bangun tidur. Selepas puas hati, Gedot pon mendapatkan kasut hitamnya. Lenggang2 Gedot jalan dalam baju seragam pengawas, baju kurung ungu dan tudung putih bernila ujala. Angin tak berapa kuat haritu, tapi matahari panas macam biasa. Gedot toleh sekali, tak ada siapa di ruangan sembahyang lelaki. Sekarang ialah waktu belajar petang.
Gedot!!!!!!!!!!!!!! Melantun suata nyaring Ogy didedengang telinga Gedot. Gedot nampak Ogy baru selangkah masuk kelas. Serius habis! Alamak, Ogy marah sebab ditinggal ke? Gedot! Ogy tepuk meja gedot. Gedot anggkat muka, belum sempat mata Gedot sampai ke muka Ogy, matanya melintas sesuatu yang terpin di tudung Ogy. "MUSLIHA". Terus keluar dari mulut Gedot, "Eh! Kenapa kau pakai name tag aku?"
