Sumber Berita klik sini
Tinggal 4 bulan je sebelum rancangan kami berjalan2 ke Bangkok. Ya Allah permudahkanlah urusan kami kelak.
Entry ni terlahir atas respons pada komen2 entry semalam. Tentang obsessi.
Kau tau apa tu obsessi? Maksudnya suka, kagum, minat yang teramat. Boleh menyebabkan kita melakukan perkara yang luar dari kebiasaan kita. Kadang-kadang membuat kita jadi 'gila' hahaha.
Yan dan Amy misalnya, kerana obsess pada 'Kuch Kuch Hota Hey' sanggup ponteng kelas dan cilok pegi tengok wayang. Amy obses pada filim hindustan, sanggup beli CD walaupon tak ada subtitle. Itu tahun 1998
Tahun yang sama, mungkin ke sebab obses pada kumpulan Spice girl menyebabkan Yan dan Amy tubuhkan kumpulan yang sama namanya dan lancarkan kelab peminat sendiri?
Tahun 2000 Yan dah bertukar selera pada drama-drama Jepun. Dia beli set CD drama Beautiful Life dengan harga mahal walaupon tak ada subtitle
Tahun-tahun selepas menjawat jawatan pensyarah, Yan berusaha mendapatkan tempat di seminar akademik di Jepun, negara yang dia ingin sekali menjenguk, lanjutan obsesinya terhadap Jepun. Tertunai akhirnya tahun 2007
Dunia ini seimbang, semua hal ada sisi cerah dan gelap. Termasuk obsessi. Kadang boleh bawa baik, boleh juga bawa buruk. Kita manusia beriman dan berakal.
Yan, kau beruntung lahir pada zaman sekarang, kalau kau lahir tahun 1940, kau adalah tali barut Jepun! hahah
Obsessi membuat hidup lebih menarik. Tak caya tanya yatt a.k.a cik sengal. dia ada banyak novel dan CD drama korea yang belum habs baca dan tonton tapi masih terus mengumpul yang baru ;)
Jadi, kau pernah obsessi pada sesuatu atau seseorang? Aku? ala.. korang semua pon tau hehehe.
p/s Nama2 diatas adalah nama sebenar dan berkaitan dengan makhluk yang masih hidup. Semoga Allah panjangkan dan berkati umur mereka :)
sukumar kata meriah betul raya kat sini (spore dan malaysia). dia kata lagi dia tak pernah tengok perayaan yang sangat berwarna warni, dimana2 dia dapat lihat orang berbaju baru.
aku agak pelik juga, bukan ke india lebih berwarna warni (kalau cerita hindustan dan tamil dijadikan rujukan), lebih meriah dengan lagu2 skali hehe. aku tanya dia macam mana dia berdeepavali di india. dia kata biasa je, pagi pegi kuil, balik makan2 lepas tu tido!
kalau gitu nampaknya kaum india di malaysia lebih meriah. tahun lepas aku ziarah kak devi waktu deepavali, dia buat rumah terbuka. kuih raya dia pon mcm mak aku jugak, penuh 1 meja.
aku dengan mala selalu bayangkan kalau sukumar atau prasanna ke balik kampung mesti satu kampung berarak, dengan nyanyi, menari dan tabla. budak2 sonsong dari jalan, sedara mara tunggu depan pintu. sepupu2 yang dara intai dari tingkap bilik. nanti mak dia akan sambut depan rumah tabur beras, lepas tu dia sujud kat kaki mak dia, pastu mak dia angkat bahu dia dan tekap pipi dia dengan genggaman tangan yang longgar kemudian mak dia akan kata.. anakku, kau pulang akhir nya! hehehe
