Blog Widget by LinkWithin
Showing posts with label Tanjung Puteri. Show all posts
Showing posts with label Tanjung Puteri. Show all posts
How do you name your restaurant?



Susur 3, Jalan Tun Razak, Johor Bahru

Janganla jakun sangat

Pagi tadi ada la gegar sikit. Ada juga orang-orang turun ke lobi. Tapi aku tak ada rasa apa2 pon. Kerja macam biasa je.

Aku tak berada di meja ketika mesej ni muncul di skrin




alahai.. takkanla teruk sangat kualiti bangunan kat Malaysia ni. Goyang sikit nak runtuh. Orang Acheh selalu kena gempa pada diaorg mcm guruh je. Kita ni bukan gempa pon, tempias sikit je.

Nah! kalau tak puas hati, tengokla sendiri. Sihat wal afiat je Puteri Pan tu ha.. air kolam dia pon tak tumpah keluar:P



Ini menguatkan lagi teori MELAYU KUAT BERCERITA sila klik utk cerita lanjut.

Menambak Pantai Lido

Sesiapa yang dah lamaaaa tak datang ke JB. Kau tak salah kalau kau rasa Singapura semakin dekat.




Ini ialah Pantai Lido berdepan dengan Dataran Bandaraya JB. Pembangunan sampai ke Teluk Danga - tapi bukan ditambak sepanjang pantai. Mungkin beberapa tahun lagi Straits View kena tukar nama jadi Highway View sebab Selat Teberau mungkin terlindung dek lebuhraya baru yang tinggi.

"Singapore mesti hangin kan?" Kata Alin. "Kenapa?" Tanya aku.

"Sebab diaorg bukan main susah nak dapat pasir, mati-mati kita tak mau jual. Kita sedap2 tambak banyak-banyak macam ni".

"Hu hu.. kita punya pasir, kita punya sukalah.."

Selat Tebrau, Airnya Biru


Tau tak lagu lama Si Bongkok Tanjung Puteri?
Ada baris-baris tentang Selat Tebrau dan Pantai Lido.
Agaknya, macam manalah rupa Pantai Lido dan Selat Tebrau masa lagu tu dicipta ek?

Tajuk Johor Tanjung Puteri
Selat Teberau airnya biru
Di Pantai Lido tepian mandi
Sepanjang masa di hari minggu


Ini gambar semalam. Air pasang besar. Tinggi sampai sama paras dengan jalan.
Tapi cuaca panas teng teng teng.. kalau banjir dan melimpah memang la sadis..
bumi kita dah tua



Ini pertama kali aku tengok air naik tinggi mcm ni kat Lido.
Semala-lama ni tak pernah, kalau air melimpah pernah sekali dulu aku alami,
air naik dua anak tangga bas.
Tapi masa tu musim hujan lebat sehari-hari + dengan air pasang besar kot.

JB Central 1

Dah lama nak buat entry ni, tapi tapi asyik lupa je nak ambil gambar.


percaya tak, kalau aku ambik gambar ni sambil berkayuh basikal? haha


Jejantas ni yg hubungkan CS dgn JB Central. Banyak betul tangga nak kena lalu.


Akhirnya, setelah berkali2 'terkena' lubang dan menyumpah lubang depan kaunter Imigresen kat CIQ Tanjung Puteri, CIQ yang baru ni siap juga. Memang gah CIQ baru ni. Bangunan baru, mestilah bersistem baru dan canggih. Harapnya, dengan CIQ baru ni, semangat2 pegawai imigresen kita pun upgrade juga. Jangan lagi bagi orang keliru.. pegawai ni, sedang bekerja atau sedang melepak?

Berbanding dengan CIQ dulu sangat jauh berbeza. Besar, selesa, moden, berhawa dingin, tak ada lubang depan kaunter, tak ada bau hancing di tempat pejalan kaki. CIQ jadi rahmat bagi ramai orang. Pegawai2 imigresen, warga Malaysia yang berulang alik Jb-Spore saban hari, pekerja-pekerja baru CIQ, peniaga2 yang baru buka kedai dan tak warga spore yang berulang alik isi minyak sambil henjut kereta di JB. YB Saharil Samad pun senyum lega :)

Sejak CIQ ni dibuka, Jalan Tun Razak depan stesen keretapi tak sumbat lagi. Tiap hari aku pergi kerja tak ada risiko tersangkut dalam jam kereta2 yang nak ke Spore. Petang, nak keluar dari CS pun mudah sikit, kereta dah tak sebanyak dulu. Tapi...

Bagi peniaga2 di Jalan Wong Ah Fook dan Jln Meldrum, terutamanya pengurup wang, ramai yang tutup kedai. Sebab orang tak lalu lagi. Dengar2, sewa pulak mencecah 16k sebulan.

Bila aku fikir2 kan, tak boleh ke JB jadi makmur tanpa terlalu bergantung pada kemasukan dan keluaran dari spore? Walaupun, JB sangat bergantung, kenapa berbanding spore, JB masih jauh kemakmurannya? Bila route kenderaan ke CIQ berubah, seolah2 pusat bandar JB sudah mau mati. Seolah2 JB tak mampu berkembang sendiri.

Komtar terbakar!


Dari tingkat 12 CS


Aku Saya Ana Wo I

N3 Lepas-lepas

Jalan Pintas


Komen Terbaru

Peminat Aku

Yok ngeteh yok!!

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Bekas tapak kaki