Blog Widget by LinkWithin
Clean n tidy n empty


...........

Kiamat, tanda2nya menurut Islam, Kristian dan Yahudi


Tajuk asal dalam Bahasa Arab: Asyarah Yantazhiruhal 'Aalam. Indal Muslimin, was Yahuud wan Nasaara. Buku paling nipis di antara buku-buku yang aku beli di Gramedia, Grand Indonesia Jakarta. Sebelum ke Jakarta, aku sempat berbual-bual dengan Is tentang kiamat dalam kepercayaan Kristian, jadi bila saja ternampak buku ini di rak, serta-merta aku tertarik.

Ada 10 tanda yang dibincangkan dalam buku ini:
1. Keluarnya Dajjal
2. Turunnya Isa bin Maryam
3. Ya'juuj dan Ma'juuj
4. Gempa di timur
5. Gempa di barat
6. Gempa di Jazirah Arab
7. Asap
8. Terbitnya matahari dari barat
9. Keluarnya bintang melata
10. Api yang mengiring manusia ke Mahsyar

2 tanda pertama melingkupi separuh hampir buku. Pandangan-pandangan dari sisi Islam disertakan Firman2 dan Hadis2. Pandangan dari sisi Kristian di petik dari Bible dan Yahudi dari kitab mereka iaitu Talmud. Namun tanda-tanda 4-10 cuma ada dalam ajaran Islam.

Banyak hal baru bagi aku. Terutama dari pandangan Kristian dan Yahudi. Ada keselarian dari penceritaan dalam buku ini dengan pergolakan dunia sekarang.

Kamu tahukah Islam, Kritian dan Yahudi menunggu Al-Masiih. Tetapi samakah orang yang ditunggu? Kenapa Zionist memulakan peperangan di sana sini? Dimana kedudukan Al-Mahdi?

Sukar nak bayangkan bagaimana rasanya hidup dalam zaman Dajjal yang penuh cubaan (fitnah). Keadaan dunia sebelum, ketika dan berakhirnya era Dajjal diterangkan dengan jelas. Turunnya Isa Al-Masiih membunuh Dajjal lalu mematahkan salib, membunuh babi dan menghapuskan jizyah adalah janji yang disampaikan oleh Rasulullah. Selepas Dajjal, Yaajud dan Maajud pula. Kemudian zaman pemerintahan Isa bin Maryam dimana bumi makmur seperti zaman Nabi Adam A.S. Seterusnya tanda2 lain termasuk matahari yang terbit dari tempat terbenam, gempa dan angin seterusnya api.

Lepas aku baca buku ni, banyak betul soalan aku tanya Is. Kami berbincang secara intelektualla kononnya eceewahh.. perlu dada lapang, terbuka dan tahu garis sempadan kalau nak bicara tentang agama yang berbeza ni. Ha.. apa? memang wujud toleransi sebab 1 Malaysia? Ohhhooo.. kami tak aplikasikan konsep 1 Malaysia sebab Is bukan Malaysian haha.

Walaupun aku balik kerja tengah malam, aku tak dapat tahan dari membaca buku ni. Is pulak dah macam cikgu asyik tanya sampai mana aku baca dan apa aku dapat dari buku tu. Sesiapa yang suka hal2 supernatural. Buku ni memang sesuai sangat. Ini bukan teori semata teori sepertinya Teori Mayan, ini fakta & kenyataan. Beberapa tanda yang wujud kini di sebutkan dalam hadis lebih seribu tahun dahulu. Supernatural dalam buku ini adalah janji Allah. Ia jauh lebih menarik dari cerita hantu dalam siri Seekers atau cerita2 mistik dalam Mastika

Jutawan Buku


Aku belum puas bermesra dgn buku2 yg aku beli di Jakarta. Aku tinggalkan kerana aku harus ke KL malam ni. Berat betul rasanya nak berpisah maklumla aku berhabis sekitar sejuta... Rupiah huhu

Aku di medan perang

Aku sangat terbiasa dengan 'keselesaan' tempat dan suasana kerja.

Aku biasanya akan kehilangan mood kerja bila tiada sambungan internet. Walaupon kerja boleh saja diselesaikan tanpa internet. Dan walaupon aku terlalu sibuk untuk melayar internet atau melayan segala macam 'Instant messanger' blog atau FB, aku cuma perlu 'tahu' yang internet ada maka aku akan rasa 'selesa' untuk bekerja. Memang penyakit.

Aku tak boleh tahan bunyi bingit. Aku juga tak tahan dengan kesenyapan. Aku akan jadi resah gelisah dan rasakan masa membeku. Ini mungkin sebabnya aku tak pernah jadi 'kutu perpustakaan' walaupon aku berdegar2 berkempen 'Jadikan membaca gaya hidup kita'. Aku perlu bunyi tak semestinya muzik. Cuma untuk pecahkan kebekuan. Aku akan rasa canggung kalau tak bercakap beberapa jam. Sememangnya aku banyak cakap.

Lebih sebulan lepas, ketika aku berkemas meja sebelum berangkat ke luar daerah, Mala berpesan supaya aku bawa headphoneku bersama. Aku menolak cadangan Mala.

Beberapa hari pertama, aku rasa sangat sunyi. Waktu itu, cuma Is yang bersama aku dan dia selalu rasa tenteram dengan kesenyapan. Malah, Is juga bercakap dengan suara perlahan kadang2 seperti berbisik walaupon tiada sesiapa yang terganggu kalau dia bercakap kuat sedikit. Internet potong tidak stabil jadi aku selalu kelihangan Mala.

Beku. Mala kata - Itu lah, kan aku dah pesan suruh bawa headphone!

Beberapa hari kemudian kami berpindah ke kubu medan perang. Disini suasana mungkin sangat bising bagi Is, tapi OK bagi aku. Manusia2 sibuk bermakna masa tidak beku. Lega, ada sambungan internet. Tetapi sana sini kena tapis. Fb tak boleh, YM tak boleh. Mujur ada Skype, cukup untuk aku dapatkan Mala. Asal ada Pak Cik Google, aku rasa boleh hadapi apa saja masalah teknikal.

Tiba satu tahap dimana kami perlu menjalani 'latihan peperangan sebenar'. Maka aku terpaksa mengorbankan sambungan internet supaya aku boleh berhubung dengan bongker2 pertahanan kami.

Aku sedikit kagum dengan diriku. Aku tak tahu dari mana aku dapat kekuatan ini. Kerja 15jam sehari. 7 hari seminggu. Aku balik lewat malam dah datang pagi seperti biasa tanpa banyak rungutan (kalaulah di JB, aku akan sengaja menguzurkan diri datang lambat jika balik terlalu lewat atau setelah beberapa hari sedikit lewat). Tanpa internet aku boleh fokus kerja dan kerja dan kerja. Jam 5ptg masih jauh dari masa balik. Kami kepenatan, sengal satu badan, sentiasa tertekan setiap hari. Kawasan kerja yang tak kondusif, sempit dan berselerak. Is mula tak selesa dengan rambutnya yang memanjang. Dan aku pula harus menghadap makanan yang tak selari dengan tekak Melayuku. Aku cukup jam tidur tapi tak cukup rehat. Setiap malam aku mimpi tentang kerja yang tak sudah. Bangun pagi akan rasa letih. Tapi aku tanpa banyak komen, terus dan terus bekerja. Sekarang baru aku tahu aku lebih kuat dari yang aku fikir. Pernah aku begini, memaksa diri untuk ketahap yang luar biasa. Iaitu ketika aku nekad mahu menyelesaikan ijazah sarjanaku yang sudah memakan masa hampir 3 tahun. Makanya siang hari aku coding di pejabat untuk gaji yang aku terima setipa bulan dan aku coding dimalam hari untuk membolehkan aku naik pentas konvokesyen. Semua itu berlangsung beberapa lama - tidur paling lama 4 jam sehari. Sekarang selepas bertahun-tahun aku lupa betapa aku pernah memaksa diriku menjadi sangat kuat dan efisyen. Setelah lupa, aku selalu memberi alasan sibuk. Alasan penat. Alasan tak sempat. Untuk hal-hal yang sebenarnya aku malas lakukan. Seolah-olah akulah manusia paling sibuk di dunia. Paling penting dalam syarikat. Walhal kalau aku pergi, sehari pon syarikat tak berubah susah.

Paling menyeksakan bagi kami cuma minggu pertama. Selepas beberapa minggu kami yang menumpang kawasan kerja jadi biasa. Biasa dengan badan dan otak penat, biasa dengan tekanan, biasa dengan meja sempit, biasa dengan kaki yang tak selesa biasa dengan suara terjerit2 biasa dengan orang yang bercakap berbisik2 haha.

Agaknya beginilah apa yang pekerja-pekerja asing rasakan. Mereka perlu buangkan keselesaan berada ditempat sendiri. Menyesuaikan diri dengan suasana seadanya ditempat asing. Bekerja separuh mati kerana mereka berperang dengan masa. Dengan satu harapan - suatu masa mereka dapat pulang dengan SENYUMAN dan TANPA SESALAN.

Ohh.. aku kagum dengan kekuatan mereka

Please make yourself comfort


Huaaa selesa mcm rumah sendiri

Biografi Natrah dan penanda buku istimewa dr Korea


Dalam kalut malut kerja, dapat juga aku menonton teater Natrah. Terima kasih Is! Di Istana Budaya la aku beli buku ni. Inilah bukunya bg sesiapa yg tertanya2 kisah Natrah selepas dia pulang ke Belanda hingga dia menua dan mengakhiri hayatnya.
Penanda buku istimewa tu pulak, buah tangan dari Korea. Terima kasih Neng!

...aku senang menjadi senoneng


Ibarat gambar - Kepala. Otot. Urat saraf - Tunggang terbalik. Serabut. Berselirat. Syukur aku masih mampu menikmati kesibukan ini

Size is just an illusion

Early days

- This place is quite big, and this is only the new wing! (energy level 98.5%)
- The biggest shopping mall at Singapore is only 1/3 of this mall (energy level 95.8%)
- I want to explore the whole complex before we get back (energy level 80.9%)


A week after

- I feel like this place is getting smaller... (energy level 25.5%)

Hadiah Hari Jadi ku

Tahun lepas, aku hadiahkan diri sendiri buku terjemahan 'Pengembaraan Ibn Battuta'. Itulah hadiah paling istimewa pernah aku beri pada diriku - waktu itu. Tahun ini aku mengambil masa lebih panjang untuk berfikir, apa yang aku mahukan untuk hadiah hari jadi ke -30.

Aku berfikir-fikir, apa yang aku mahukan sebagai tanda kematangan hidup? sebagai tanda aku punya hidup boleh aku pamerkan sebagai - hidup yang baik'. Mulanya aku mahu memberi diriku sebuah kereta baru, kemudian aku mahu pergi berkembara. Oh.. apa kata ke Tanah Suci? Kemudian, Yatt keluar dengan idea gila. Yang sebenarnya kami cuma cakap-cakap kosong saja. Tapi idea Cik Sengal tu terpantul2 dalam tengkorak kepala aku setiap masa. Tetapi untuk itu, aku perlukan banyak biaya dan masa.

Ketika memulakan blog ini, aku berazam mahu mencapai menjadikan hidup aku lebih berguna dalam masa lima tahun. Aku ada rancangan dan keazaman. Tetapi seperti tayar kereta, bila lama-lama berjalan melanggar batu dan lekuk, tekanan angin pun berkurang, allignment dan balancing pon lari kalau tak diservis. Dan kini, masa lima tahun makin hampir, aku kadang-kadang lupa apa yang aku azamkan beberapa tahun dulu.

Berminggu-minggu aku termenung memikirkan cara mencari biaya untuk idea gila Cik Sengal. Akhirnya, dengan ilham yang Allah kurniakan, tercetuslah 95% angan-angan dan 5% perancangan yang aku harap dapat memberi penyelesaian. Dalam proses menukar angan-angan menjadi perancangan, aku mula melihat jalan yang aku terokai beberapa tahun dulu, mula kurang semaknya. Aku dapat lihat silau matahari dari celah-celah daun. Dan habuk telah masuk ke mata aku tanda angin telah muncul kembali.

Aku rasa kembali semangat 'Kembara Kejayaan Awa'.

Dan akhirnya, aku menolak untuk menerima kereta baru. Dan seperti anjuran Cik Sengal - cukup2lah kita berjalan tahun ini. Mari kita menabung duit. Terima Kasih Yatt!

Aku berpaling 180darjah. Dari mahukan hadiah yang menyelesakan lagi hidup aku yang sedia selesa ni, aku memilih hadiah yang akan memberikan hidup baru yang penuh cabaran. Lalu aku memilih pakaianku, bersedia untuk keluar dari ruang keselesaanku.

Oleh kerana, aku mahukan hadiah terlalu istimewa untuk hari jadi ke 30. Sebagai tanda hidup aku berkembang sesuai dengan usia. Maka inilah dia, hadiah termahal dan tersusah untuk direalisasikan pernah aku beri kepada diri sendiri. Aksendiri. Aku memilih untuk memulakan kembali 'Kembara Kejayaan Awa' :)

Hari ini, 11 Zulhijjah, ialah hari lahirku menurut kalendar Hijrah :)

Realiti TV Show ala survivor yang tak ada di TV

Sabtu, 11.30 malam. Aku dan Louis orang terakhir meninggalkan medan perang hari itu. Belum seminggu pun tapi rasa macam dah dekat sebulan penatnya. "Restless!" kata Louis. Kami sudah tak ingat hari. Hari2 aku akan tanya Louis, hari ni hari apa? Sabtu dan ahad tak ada beza pon. "Sunday, Mon, Teus, Wed, Thurs..." Aku kire dengan jari macam org berzikir. "What r u counting?" Tanya Louis. "5 more days before I can go home! hehe... dont count yours :P"

Isnin 6.00 ptg. Aku gembira kerana baru mendapat panggilan dari Janice. "You raya air ticket has been confirm". Louis tengok aku dengan muka kelat, Liaw tengok aku dengan muka sepat. Hoo cemik cemburu.. "Untung yaaa daapt balik raya, kita semua tak tau bila boleh balik". Walaupon tak tidur semalaman semalam, tapi hari ni mood aku sangat baik. Muka Louis dah merah padam.

"We are like reality TV show contestants. We never know when we can go home." Ujar aku. Louis gelak besar. "But you can go home this weekend" Liaw macam tak puas hati. "She is the suvivor of the week" Jawab Louis bagi pihak aku. Hahaha

Sebelum balik Khamis ni, ada peperangan besar perlu dihadapi.. Yahhhhhhhhhh!!!!!

Bekal untuk perjalanan


Aku dan Isabella sdg menghabiskan masa bersama di terminat bandara senai :). Teman plg baik dlm perjalanan adalah buku. Kita boleh minta dia bercerita atau berhenti bila2 masa. Sangat menyenangkan!

Peluang kembara

Hebahan untuk kawan-kawan yang gemar berkembara dan adventure. Ini peluang berkembara. Kembara bukan sebarang kembara. Kembara berziarah saudara-saudara Melayu Champa Muslim di Kemboja. Kembara yang lain dari yang lain. Tetapi pasti memberi pengalaman-pengalaman yang tak ternilai dengan duit.

Kalau bukan kerana projek luar biasa aku yang mula Novenber ni, mungkin aku gagahkan poketku untuk ikut program ni.

Nota: Klik gambar atas untuk ke laman web Kembara Korban EzQurban & IKIM. Semua maklumat ada di situ atau hubungi pihak berkaitan. Jangan tanya aku sebab aku malas nak layan orang yang malas mencari sendiri.

Siapa paling handal berFB

Facebook memang trend sekarang. Sikit2 facebook, sikit2 nak gambar, sikit2 nak tag. Orang tak ada dalam gambar pon ditag juga. Dari itik sampaila jemput2 semua kena tag

Ini cerita petang kelmarin. Satu2nya open house raya yang aku gagahkan untuk pergi. Itupon sebab dapat SMS peringtan + tahun lepas dah miss + tuan rumah kedaung ni manjanggg bajet bz, bukan senang nak jumpa :P

Lepas makan, lepak2 ,borak2, ketawa2 - semua mcm dulu2 cuma tak kena jerit je huhu. Maka, aku pon mengeluarkan talifon. "Kena ambil gambar ni, esok pagi2 saya tag!". Teruja betul aku. Aku rasa, dalam hadirin hadirat di rumah tu (masa tu tetamu tinggal beberapa orang saja), aku lah paling handal berFB. Dari beberapa orang yang tinggal di majlis tu, aku dan Lily saja yang muda remaja beb,yang lain tu dah terkeluar dari umur belia hehe.

"Lambat sangat wa, I sekarang jugak boleh upload, tengok ni". Prof Rose keluarkan BlackBerry. Hulur pada Lily. Lily ambil gambar. Kembang-kembang Prof Rose tunjuk demo upload gambar ke FB. Siap tag lagi tu, cehhhh....



Dari beberapa orang yang tinggal di majlis tu, aku dan Lily saja yang bergaji 4 angka beb, itu pon tak sampai 1/4 gaji orang2 yang dah tak belia lagi tu. Kami manalah mampu pakai BlackBerry.. uwaaaa!!!!!

Cemburu!!!

Jadi tabiat aku mengenal penulis serba sedikit sebelum (kadang2 sesudah) membaca buku. Penulis Makkah Al-Mukarramah, Kelebihan dan sejarah, Ust Basit Abd Rahman, DR. Lulusan PhD dari Universiti Madinah. Tapi kini memperjuangkan sekolah agama pondok di kampungnya. Aku kira, tentulah hidup Ust Basit akan lebih selesa jika dia memilih untuk menjadi pensyarah universiti kerajaan. Cemburu aku dengan orang seperti dia. Besar betul jiwanya.

Dan baru tadi, aku lawat blog Ust Farid Rashidi yang baru pulang dari Mesir, dia mengusahakan Darul Fikr bersama ayahnya. Hmmm... cemburu lagi. Oleh kerana aku tak mampu menyumbang banyak, apalagi nak berbuat kebajikan seperti mereka. Maka aku hebah2kan di sini. Jom kita pakat bantu ramai2.

air sapalah yang tergantung di pintu tu hehe


KLIK UTK Kisah penuh ttg usaha Ust Farid Rashidi

Dalam pada kita sibuk memenuhi keperluan dunia ni (skrg 7.00 mlm, aku masih tersangkak di pejabat sebab bnyk kerja belum selesai), untungnya mereka yang sentiasa berusaha untuk penuhkan kantung akaun akhirat!

Mohd Farid Bin Md Rashidi
2048020043028

How do you name your restaurant?



Susur 3, Jalan Tun Razak, Johor Bahru

Tuk Ti, Mak Iti dan Itik Tebuan Saharil?

Satu malam minggu lepas, balik dari kerja. Aku melintasi kedai majalah. Gambar Datuk Siti ni sangat-sangat menarik perhatian aku. Ish.. CT ke? tak kan lah dah tak 'bertudung'? Aku pun dengan gaya keypoh wartawan Michael Melodi, mendekati rak majalah tu. Aku cari2 dimana tudung CT?.. Ohhhh... legaaaa Alhamdulillah, CT masih bertudung :) Ha?? kau tak nampak.. jangan.. bak kata Nujum Pak Belalang, siapa tak nampak maknanya...



Dah nama pon biduanita, sampai esok harinya aku masih terkenang2. Aku rasa macam sesuatu je gambar CT tu. Macam deja vu. Betul2 kuat aura Datuk CT ni. Berhari2 aku cuba ingatkan apa dan di mana yang sesuatu tu. Rupa2nya.. ini lah dia yang sesuatu tu.





ish ish.. hari Raya yang lepas, anak buah aku sibuk nak menggayakan tudung Siti Nurhaliza. Mujurlah diaorg tak nampak majalah ni.

Itik Tebuan tu adalah hasil karya Incik Saharil Hasrin Sanin. Klik gambar utk ke blog Saharil Conteng. (Nota: tu la, saharil skrg dah malas update blog, aku tolong promotekan lagi ni :P)


.
.
.

errr apa hubungan saharil dgn datuk ct?.... michael!!!!!!!!!!!!

Batu untuk Pinot

Amboiii.. orang nak dtg tolong dia main baling2 batu pulak yee... dah bnyk sangat ke batu yg runtuh sampai nak baling2. Korang baling2 sebab nak bela Odelia Pinot ye? Ada dia dtg tolong korang?

Itu la, tak mau ambil pengajaran kisah Yusuf dan Zulaikha. Ade ke orang kena dera boleh berlakon2 bagai? Biasanya org kena dera ni truma, tekanan perasaan.





Korang lebih suka dengan bantuan dari negara mcm US saja kot. Maklumlah ada bau-bau bacang dengan Obama. Hisshhh..

Lagi lagi pasal Melayu dan dongengnya

Kalau bukan kerana aku membaca buku Mariamah Karpov [entry:Marimah Karpovnya di mana Bang Andrea?], aku tak perasan ciri khusus orang Melayu; MELAYU SUKA BERCERITA

ini satu lagi.. buktinya.. rupa2nya tabiat bercerita ni bukan pada wak-wak yang suka ngeteh dekat warong je. VIP VIP pon masih terikat dengan ciri khusus Melayu ni.

ini dia, sila baca cerita penuh di SINI

Doa dari jauh untuk saudara-saudara di Indonesia

Apalah yang kita mampu lakukan selain huluran sedikit bantuan dan doa.

Tak berhenti-henti saudara-saudara kita di Indonesia diuji. Satu demi satu. Kita yang kena tempias sikit2 ni pon naik risau, apa tah lagi mereka.Dari Sumatera, hinggalah ke Papua, gempa telah juga melintas Jawa dan singgah di Sulawesi dan Bali. Pendek kata, tahun ini, seluruh Indonesia terkesan dengan gempa.

Buat saudara-saudara di Indonesia dari jauh saya kirimkan doa. Semoga kalian dikurniakan ketabahan dan kesabaran dan kekuatan emosi dan iman. Kami pun tak tahu bagaimana rasanya diuji begini. Jadi maafkan jika kami2 kadang2 tidak memahami.

Buat sukarelawan Malaysia yang terbang ke Indonesia, tahniah saya ucapkan. Juga terima kasih kerana anda semua adalah tanda kasih dari kami, rakyat Malaysia pada saudara-saudara di Indonesia. Semoga pertolongan Allah sentiasa bersama anda semua.

Dan untuk kawan-kawan di Malaysia yang sedang rehat dan selesa, ingat2 selalu pada saudara-saudara kita, hulurkanlah bantuan seberapa yang kita mampu. Setiap kali kau mahu tidur dalam selimut hangat, beringatlah di sebelah sana, tak juah dari kita, ramai yang sedang tidur bersama embun.

----------------------------------------------------------------

nota hujung: Bencana yang menimpa Indonesia tiada kena mengena dengan apa yang Indonesia lakukan pada Malaysia beberapa waktu lalu. Malaysia tak cukup mulia untuk menyebabkan Allah menurunkan bala pada Indonesia kerana membuluh runcingkan kita. Sebaliknya, aku jadi khuatir kerana beberapa pihak di Malaysia begitu berani mencabar Tuhan klik sini dan sini

Lanjutan entry - janganla jakun sangat

Entry sebelum ni memanglah sinis. Kesinisan tu memang disengajakan. Supaya menjentik fikiran pembaca.

Sebenarnya, perkata utama yang aku nak tonjolkan ialah "SILA SIASAT KEBENARAN BERITA SEBELUM MEMPERCAYAI DAN MENYEBARKANNYA". Apa yang Sherin buat tu patut sangat kita contohi.

Bukan aku menafikan kemungkinan bangunan-bangunan kita terjejas kerana kesan gempa. Tetapi perlu diingat, segala yang terjadi mesti ada sebab dan musabab. Dan hal-hal seharian kita termasuklah bencana alam dsb terjadi dengan kuasa Allah dan sebab dan kesannya boleh dijelaskan melalui sains.

Jadi kau kira, berapa guat gegaran yang mungkin boleh meruntuhkan The Puteri Pacific? Kau rasa2 lah.. berapa jauhkan gegaran itu boleh di rasai? Jika kau berfikir sedikit, tentu kau dapat tapis berita benar dan berita lawak? (soalan2 ni utk ahkak2 keypo di pejabat Sherin). Tapi kau berebut jadi hero-in lalu sebarkan dengan keypohnya (juara org tau serba serbi)

Gempa bumi, tsunami ada skala yang untuk mengukur. Kesan daripadanya boleh dijangka dengan ilmu fizik. Sebab itu ada hukum graviti, hukum tekanan dll. Hukum-hukum itu adalah hukum-hukum alam. Hukum2 itu ciptaan Allah untuk menyeimbangkan putaran kehidupan dunia. Aku penat dengan mentaliti yang suka mengaitkan agama dengan mistik. Kuasa Allah bukan hal yang mistik, cuma akal dan ilmu kita saja tak terjangkau.

Sekian, harap telah jelas - jika kamu tersalah faham sebelum ini.


Aku Saya Ana Wo I

N3 Lepas-lepas

Jalan Pintas


Komen Terbaru

Peminat Aku

Yok ngeteh yok!!

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Bekas tapak kaki