Pagi tadi ada la gegar sikit. Ada juga orang-orang turun ke lobi. Tapi aku tak ada rasa apa2 pon. Kerja macam biasa je.
Aku tak berada di meja ketika mesej ni muncul di skrin
alahai.. takkanla teruk sangat kualiti bangunan kat Malaysia ni. Goyang sikit nak runtuh. Orang Acheh selalu kena gempa pada diaorg mcm guruh je. Kita ni bukan gempa pon, tempias sikit je.
Nah! kalau tak puas hati, tengokla sendiri. Sihat wal afiat je Puteri Pan tu ha.. air kolam dia pon tak tumpah keluar:P
Ini menguatkan lagi teori MELAYU KUAT BERCERITA sila klik utk cerita lanjut.
Sesiapa yang dah lamaaaa tak datang ke JB. Kau tak salah kalau kau rasa Singapura semakin dekat.
Ini ialah Pantai Lido berdepan dengan Dataran Bandaraya JB. Pembangunan sampai ke Teluk Danga - tapi bukan ditambak sepanjang pantai. Mungkin beberapa tahun lagi Straits View kena tukar nama jadi Highway View sebab Selat Teberau mungkin terlindung dek lebuhraya baru yang tinggi.
"Singapore mesti hangin kan?" Kata Alin. "Kenapa?" Tanya aku.
"Sebab diaorg bukan main susah nak dapat pasir, mati-mati kita tak mau jual. Kita sedap2 tambak banyak-banyak macam ni".
"Hu hu.. kita punya pasir, kita punya sukalah.."
Salam Aidilfitri ;)
Walaupun masih ada rasa bersalah pada tumpukan buku-buku yang belum sempat dibaca, aku tak dapat menahan dari membeli Cinta Granada. Aku seakan mahu melompat ketika terlihat nama Radwa Ashour, setelah aku teliti benarlah, buku ini adalah sambungan dari Rindu Andalusia. Rindu Andalusia yang aku beli ketika PBAKL April lepas adalah buku pertama dari Trilogi Granada. Terbitan Telaga Biru namun ia adalah buku terjemahan dengan teks Bahasa Indonesia. Kerana terkesan dengan Rindu Analusia, aku mencari Trilogi Granada ketika di Bali [Hasil shoppingan buku di Bali], tapi tak berjaya mendapatkannya. Alhamdulillah, dah tiba buku ni di Malaysia.
Rindu Andalusia bermula dan berakhir dengan kematian. Saleema menyaksikan Abu Jaafar meninggal kerana terseksa batinnya melihat kitab-kitab di bakar. Seperti Deja-Vu, kisah ini berakir dengan Saad, yang mati berdiri melihat isterinya Saleema di bakar hidup-hidup.
Kisah keluarga malang ini berlanjutan dalam Cinta Granada, isi rumah Abu Jaafar yang dulu penuh kini cuma dihuni oleh Hassan, isterinya Mariama dan cucunya Ali. Mariama, menantu Ummu Hassan yang dulu kebudak-budakan diangkat menjadi tunjang kisah ini. Mariama menyaksikan pemergian dan kematian seorang demi seorang penghuni rumah tersebut. Naeem telah kembali dari perantauan menyertai 3 beranak itu di rumah Abu Jaafar. Namun, baik Hussien, Mariama mahupun Naeem, mereka semua sudah tua, sudah menginjak 70-an. Hassan telah lumpuh. 3 orang tua yang hampir pikun dan selalu bergaduh tentang hal remeh dan kebudak2kan selalu membuat seorang anak kecil kebingungan dengan tingkah mereka. Kanak-kanak itulah, Ali, anak Hussien dan Aisyah yang ditinggal pergi untuk menjadi gerila dipergunungan Andalusia. Pada Ali mereka tumpahkan kasih sayang. Memanjakannya dan menceritakan kisah-kisah dongeng. Naeem, selalu bercerita tentang orang-orang mulia, Abu Jaafar, Said dan Saleema - tanpa Ali mengetahui merekalah leluhurnya.
Hassan, mengajarkan cucunya Ali huruf-huruf Arab secara rahsia. Memang segala-gala tentang Arab apalagi Islam perlu dilakukan dengan rahsia. Generasi muda langsung tidak kenal huruf Arab (sama nasib dengan Jawi?). Kitab-kitab Arab terus diharamkan. Larangan lama tentang pengharaman budaya Arab dan Agama Islam diperketatkan kembali. Bahasa, pakaian, budaya semua menjadi kesalahan. Islam yang mereka amalkan hanyalah yang terpasak pada ingatan mereka, seperti yang diajarkan oleh orang tua mereka. Mereka tiada kitab tempat merujuk, Ilmu juga tidak dapat berkembang. Pintu-pintu rumah perlu dibuka seluas-luasnya pada hari raya, Khamis dan Jumaat untuk memastikan mereka tidak melakukan ibadah dan budaya-budaya berkaitan agama. Jauh sekali untuk mempunyai masjid, beribadah dirumah dan berpuasa pon perlu menyorok. Para wanita dilarang memakai hijab sehingga mereka terpaksa memberi alasan, tudung kepala mereka hanyalah adat tidak berkaitan dengan agama. Nama Arab tak boleh digunakan, tiada identiti agama pada nama. Kemuncaknya ialah pengusiran penduduk. Oleh kerana bimbang dengan kebangkitan revolusi dan gerakan gerila, pemerintah mulanya mengusir para pemuda kemudian sekalian penduduk dipindahkan dari Granada ke Cordova. Dalam perjalanan pengusiran yang menyayat hati inilah, Mariama yang umurnya mencecah 80 tahun, telah tidak mampu berjalan, diampung oleh cucunya, meninggal dalam pelukan Ali. Doa Mariama untuk dikebumikan mengikut syariah tidak termakbul.
Ali telah lari lalu kembali. Dia tidak dapat menahan cintanya pada Granada. Sehingga bilakah mereka mampu bertahan? Adakah generasi muda keturunan Arab di Granada masih mahu mempertahankan tauhid mereka? Atau lebih rela menjadi barua Castile untuk kesenangan hidup? Bagaimana sikap Ali terhadap watak baru yang muncul dari diri kawan lamanya?
...............................
Aku teringat banyak hal ketika menikmati buku ini. Aku tertanya-tanya, adakah apa yang berlaku di Granada ada kesamaan dengan musibah yang menimpa Melaka 1511? Di Granada, Masjid bertukar menjadi Gereja. Bukankah tapak A Famosa yang kamu selalu agung-agungkan dan menjadi icon sejarah negara dibina di atas tapak sebuah masjid? bukankah Melayu Islam dulu menggunakan huruf Jawi yang dipinjam dari huruf Arab, tapi kini kita menggunakan huruf rumi yang dipinjam dari huruf Latin? Lalu bagaimana itu boleh berlaku? Adakah sama seperti tragedi-tragedi di Granada? Walau dalam buku teks sejarah sekolah kita menyatakan Benggali putih itu datang kerana rempah, tetapi fakta yang tidak boleh disangkal mereka datang membawa misi Agama. Oleh kerana Melaka telah diiktiraf sebagai 'Bandaraya Warisan Dunia oleh UNESCO', maka A Famosa selama-lamanya tidak boleh diruntuhkan, maka selama itu kita melihat titik hitam lagi berdarah Kerajaan Melayu Islam Melaka. Puji bagi Allah dengan rahmatnya. Walaupun beratus tahun kita dijajah, nenek moyang kita masih dapat mengekalkan akidah hinggalah kita mewarisinya dari mereka. Apalah nikmat yang lebih besar dari iman dan Islam?
Ketika membaca kisah pengusiran mereka dari Granada, aku terbayang Palestine 60 tahun lepas. Ketika rakyat Palestine diusir dari tanah mereka untuk diberi kepada Israel. 60 tahun lepas dan kini mereka masih pelarian. Mereka meninggalkan rumah, tanah, kedai dan masjid mereka.
Bahagianya kita, sebulan kita ber Ramadhan, sambung lagi sebulan ber hari raya. Tak ada siapa yang larang. Masjid kita besar-besar dan mewah. Cuma kita je belum tentu sayang pada masjid-masjid kita. Kau kira, pada hari terakhir sebelum Portugis membedil Melaka, adakah penduduk Melaka meyangka masjid mereka akan runtuh dan tak terbangun sampai bila2? Namun bila ia terjadi, ramailah yang merinduinya.
Aku selalu segan pada Lai Leng, dia penganut Kristian yang taat. Banyak berbakti pada gerejanya. Aku, apakah yang aku sumbangkan pada masjid selain duit-duit kecil sekali sekala? Malu nak mengaku, sejujurnya, tak ada apa2 pon. Tunggu tua macam mak kot, baru hati nak lekat ke masjid. Kawan-kawan, tolonglah aku.
Saya memberi seikhlas-ikhlas kemaafan dan juga memohon seikhlas-ikhlas kemaafan dari pembaca dan pengunjung yang senyap dah yang nyata :). Selamat menyambut Aidil Fitri dengan harapan, ingatilah Allah ketika kita berhari raya sebagaimana kita mengingatinya ketika kita berpuasa. Semoga Allah lindungi kita dan tawarkan hati kita dari juadah-juadah di telivisyen etc. yang merosakkan roh Aidilfitri. Dan jangan lupa bertakbir sekuat2nya. Pendek sekalikan masa bertakbir AidilFitri ni, jangan lepaskan peluang ini.
Saya doakan semoga semangat Ramadhan sentiasa bersama kita sehinggalah kita bertemunya lagi tahun hadapan, Insyaallah.
Lagu hari raya istimewa untuk kalian.. dari seniman hebat :)
Apa pandangan kawan-kawan tentang akak akak yang selamba beli makanan (bungkus) waktu makan tengah hari?
Kawan-kawan kisah tak akak-akak yang tak puasa tu makan-makan di dalam pejabat? Atau yang sorok2 kat tangga? atau surau?
Aku secara peribadinya seganla nak pegi beli apa-apa walaupon roti atau McD kat bawah tu. Walaupun semua muslim tahu akak-akak tak puasa sebab uzur syarie, tapi ramai bukan muslim tak tahu dan tak faham. Jadi akak-akak tolonglah jaga jangan sampai agama kita terdedah pada fitnah. Kalau orang sekeliling macam kawan sepejabat, boleh la kita terangkan.
Oleh sebab pejabat aku ni 1MALAYSIA, adalah orang yang puasa dan orang yang tak puasa. Padahal sebelum aku tak pernah ada orang puasa dalam ini kompeni. Tapi bila bulan puasa sampai tau pulak mereka-mereka ni tentang hal-hal puasa.
Beberapa bulan sebelum Ramadhan... Chong akan tanya.. berapa hari lagi hutang puasa?
Waktu Ramadhan, tiap2 hari Chong tanya.. puasa tak hari ni?
Kalau sampai masa tak puasa, tiap-tiap pagi Chong akan tanya.. dah sarapan belum? Nak I belikan McD ke?
Bila sampai waktu tengah hari, Chong tanya lagi, nak tapau apa-apa tak?
Lepas cuti raya, Chong tanya.. buat open house tak? hehehe
Walaupun Chong hari-hari tanya, tapi kalau tak kritikal tahap kelaparan aku ni, aku bohongkan saja dia. Aku belasah makan kurma je. Tak kuasa nak kecoh-kecoh. Janice dengan baik hatinya, secara khususnya beri arahan pada pembantunya untuk 'tolong mana-mana patut'. "Kalau nak makan apa-apa, suruh Chin beli". Aku pernah usung Janice pergi beli roti dan susu. "Kalau tak puasa makan la, nanti sakit perut, tak boleh buat kerja". Tu la yang Janice selalu pesan selain suruh balik awal. Sama ayat dengan mak aku ni. Mak aku selalu kata "Siapa tak puasa patut buat kerja lebih (masak & mengemas rumah waktu nak raya la.. letih woo) sebab boleh makan, tak ada alasan selain malasss"
Makan di pejabat? aku tak ada masalah sebab tak ada orang lapa dalam pejabat ni kecuali Mala, tp kami saling memahami.
Hmm... Chong dah tak adalah sekarang.. jadi soalan rutin tu pon dah tak ada :|. Dalam hal ni, kenapa aku rasa lelaki bukan Islam lebih memahami dari lelaki Islam ek? Dan kenapa aku lebih segan dengan lelaki Muslim dalam hal ni? Kan patutnya mereka lebih memahami. Tapi menurut Alin, diapon hari-hari dapat soalan yang sama dari Ravi. Tapi rakan lelaki Muslim pulak sebaliknya, kutuk2 akak-akak yang makan sorok2 kat tangga. (Tak tau kenapa la dia lalu tangga? bukan biasa naik lif ke?)
"Hawa, kenapa you pakai pin tu?" Tiba-tiba Herbert bertanya. Kami sedang menunggu Pang menyelesaikan 'hal' di server. "Cantik kan? hehehe".
"You pandai ee.. you pakai pin hantu sebab sekarang banyak hantu ke?"
"Hish.. mana ada hantu bulan-bulan puasa ni!"
"Itu hantu Melayu, Cina sekarang bulan hantu maaa..." Ohoho.. aku terlupa pula padahal malam semalam aku lihat jiran-jiran sibuk dengan upacara bakar-membakar.
"You baguslah, you puasa, pakai baju kurung, pakai tudung, lepas tu pakai pin hantu, you betul-betul 1MALAYSIA!" Bersemangat Herbert, mentang-mentanglah 31 Ogos baru berlalu.
Hahahaha.. gelak besar aku. Sebenarnya, aku tak berniat pon pakai pin tu sebab hantu ke apa. Kebetulan saja. Tapi Herbert rasa sungguh senang. Agaknya macam aku rasa senang bila nampak amoi2 pakai baju kurung hari Jumaat. Memanglah tak ada apa sangat, sekurang-kurangnya dapat tolong cik abang-cik abang kita kurangkan dosa mata masa nak ke masjid.
p/s Terima kasih pada Shishi, dia yang hadiahkan pin hantu ni. Tapi masa ambil aku kata, comelnye squid! (aku tak pernah nampak hantu, jadi aku tak tau macammana rupa pin hantu, sebab tu aku cakap ini pin sotong :P)
Salam Ramadhan buat rakan-rakan dan pembaca, sama ada di Malaysia atau Indonesia
Ketika berkembara ke Bali Jun lepas, kami ditanyakan beberapa kali orang tempatan tentang isu Putra Kelantan dan Manohara. Saya tak tahu mahu menjawab apa. Pertama kerana saya tidak mengikuti isu tersebut. Bagi saya gossip-gossip rumahtangga V.I.P tak lebih dari gossip artis. Itu bukan berita yang saya cari di suratkhabar(koran), apatah lagi untuk saya ikuti perbincangannya diforum. Pendek cerita saya tidak berminat. Cerita-cerita begini kalau kita cerita panjang sehari semalam kita pon tak akan dapat penyelesaiannya. Yang bertambah cumalah tanggapan-tanggapan yang belum pasti lalu bercambah menjadi fitnah. Astagfirullah. Kedua kerana saya tidak selesa untuk mengulas persoalan sensitif ini, saya sedar saya sedang bertamu ditempat orang. Ada adab yang perlu dijaga.
Sebenarnya, apa yang sedang berlaku di Indonesia sekarang (demo dan kebencian terhadap Malaysia), saya juga tidak begitu mengambil kisah. Saya terjumpa banyak forum dan blog Indonesian yang membincangkan tentang hal ini (ketika membuat sedikit research sebelum bercuti), tak satupon yang saya ambil kisah. Baik forumer dari Indonesia yang melontarkan tuduhan entah apa-apa terhadap Malaysia. Atau forumer dari Malaysia yang gagal menangani secara berhikmah dan beradap, kedua-duanya memualkan. Seperti kanak-kanak berebut ais-krim di tengah panas, sedangkan ais krim sedang mencair dan mengotorkan tangan mereka. Akhirnya, kedua-dua pihak hanya mendapat kotoran. Kerana bagi saya, cuma orang yang buta sejarah dan tuli budaya yang bergaduh berebut budaya bangsa serumpun. Nanti, jangan marah dulu kawan, sila baca hingga selesai. Walaupun mulanya saya tidak peduli, tetapi satu gambar yang terpapar di FB membuat saya terpanggil unutk menulis di sini. Sebahagian kamu, tahu apa gambar yang menjentik saya.
Saya bukan ahli sejarah atau ahli budaya, saya cuma orang yang berfikir. Kami, di Malaysia sebelum mempelajari Sejarah Kesultanan Melayu Melaka yang agung, kami belajar dulu tentang sejarah Asia Tenggara. Kami belajar dulu tentang kerajaan-kerajaan awal di Nusantara. Itu termasuklah antaranya kerajaan Srivijaya, Majapahit dan Kerajaan Islam Pasai. Kerana, menurut sejarahnya Sultan Melaka yang pertama iaitu Parameswara adalah asalnya dari darah kerabat Srivijaya. Dan Parameswara yang kemudian memeluk Islam dengan nama Iskandar Shah berkahwin dengan Puteri Pasai. Kedua-dua kerajaan Srivijaya dan Majapahit adalah empayar besar yang meliputi seluruh Semenanjung Tanah Melayu hingga ke segenting
-kra (sekarang Patani), malah Majapahit lebih meluas empayarnya meliputi seluruh Borneo dan Philiphine. Dengan kata lain sahabat, kita pernah senegara. Perlu diingat, Srivijaya atau Majapahit bukanlah pembuka Semenanjung Tanah Melayu. Telah ada penduduk asal disitu sebelum kedatangan mereka. Dari mana asalnya Melayu? [baca sini http://en.wikipedia.org/wiki/Malays_(ethnic_group)]
Keagungan Melaka berakhir dengan kedatangan Portugis pada 1511. Tarikh berdarah bangsa kami. Walaubagaimanapun, lebih seratus tahun kemudian, Melaka direbut British. Selepas Melaka tumbang, pemerintahan beralih ke Johor yang pada masa itu dikenali sebagai Kesultanan Johor-Riau-Lingga atau Empayar Johor. Sumatera dan Jawa pula masih dipegang Belanda. Untuk mengelakkan perbutan dan kerugian, mereka (British dan Belanda) sesuka hati membahagikan kita kepada dua bahagian. Ya sahabat, kita berpisah bukan kerana berbeza ideologi seperti mana berlaku kepada Korea Utara dan Korea Selatan. Kita dipisahkan oleh penjajah yang tak menghormati hak kita sebagai orang asal. Kemana Johor dan kemana Riau?
Lalu bagaimanakah kamu mahu undurkan penularan dan perkongsian budaya yang telah bermula beratus tahun dahulu?
Indonesia dan Malaysia bukanlah jauh sangat. Berperahu saja sudah sampai. Buktinya kira saja berapa ramai PATI (pendatang asing tanpa izin) dari Indonesia mendarat diperairan Malaysia setiap hari. Dari sejarah awal manusia hinggalah sekarang, orang-orang yang berhijrah ke tempat baru cenderung membawa budaya meraka sendiri. Lebih-lebih lagi jika berlaku penghijrahan secara besar-besaran dari sesuatu bangsa. Contohnya bangsa Cina, mereka terkenal dengan penempatan yang dikenali sebagai 'Chinatown'[lihat senarai disini http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_Chinatowns]. Wujud dibanyak negara termasuk sebelah barat dunia. Terjadi kerana penhijrahan yang besar, mereka mendirikan kampung, mempunyai struktur masyarakat dan menjalankan aktiviti seharian bersama-sama. Mereka juga membawa bersama budaya mereka. Pernahkah kau melihat orang Cina menyambut tahun baru dengan pokok krismas? Mereka tentu menyambut dengan Tarian Naga atau Tarian Singa Walaupon mereka sudah bertukar warganegara. Walaubagaimanapun, mereka tersimilasi juga dengan budaya tempat mereka duduk sekarang. Terutamanya budaya berfikir dan juga menguasai pertuturan tempatan. Semakin maju mereka, semakin ramai orang Cina keluar dari Chinatown dan hidup seperti kebanyakan warga asal.
Kamu mungkin tak tahu saya pernah mengambil subjek Gamelan semasa diuniversiti. Ya, kami juga ada gamelan. Di sebelah Utara semenanjung Malaysia, ada muzik yang mirip dipanggil Cak Lempong. Sewaktu kanak-kanak saya pernah menonton persembahan kuda kepang dan barongan ketika keramaian majlis perkahwinan masyarakat Jawa. Sekarang sudah banyak berkurang kerana ia selalu dikaitkan dengan unsur pemujaan dan syirik yang menyalahi Agama Islam. Kalau kamu datang ke sini, kamu akan terperanjat betapa miripnya kita. Kami pandai menghasilkan tempe. Kami makan lontong, lodeh, sambal goreng, urap, semur dan soto juga menggemari pecel. Ya tentulah rasanya berbeza, tapi kemiripan tetap ada. Begitu juga batik, batik Terengganu dan Kelantan misalnya jauh berbeza dengan batik Jawa. Motifnya, warnanya berbeza, hanya nama saja yang sama. Dari mana datangnya semua itu? apa kami sengaja datang ke Indonesia lalu meniru, kalau ia, bagaimana ia boleh menjadi budaya kami? budaya perlu masa panjang untuk meresap dalam masyarakat kawan! Perpindahan budaya itu boleh saja berlaku beratus tahun dulu, seawal zaman gemilangnya Majapahit dan Srivijaya. Mereka menakluk, menghantar kuasa, menghantar budaya termasuk alat muzik dan mungkin juga bahasa (lihatkah berapa besar pengaruh Bahasa Belanda dalam Bahasa Indonesia). Kerabat Istana zaman dahulu ditandai dengan alat-alat kebesaran, jadi mereka perpindah membawa alat kebesaran yang termasuk didalamnya alatan muzik dan sebagainya.
Selain itu banyak budaya dibawa oleh datuk moyang kami yang berhijrah dari pulau-pulau dinusantara ke semenanjung ini lebih 100 taun dulu, membuka penempatan-penempatan baru dan membina stuktur masyarakat yang unik. Ada orang Jawa, Bugis, Banjar dan Minang bercampur dengan masyarakat Melayu semenanjung tapi kami jarang melihat pada perbezaan, kami selalu lihat pada persamaan. Keturunan itu semua terasimilasi kedalam masyarakat Melayu. Jika kamu menyusur kampung-kampung di Johor kamu akan jumpa nama yang tak asing bagi kamu, Kampung Parit Jawa, Kampung Parit Bugis. Itu saja sudah menunjukkan bagaimana mereka tak dapat berpisah dengan budaya asal mereka. Itu belum lagi mana-mana kampung yang diberi sempena nama pembukanya seperti Kampung Parit Madirono, Kampung Parit Sonto, Kampung Parit Haji Kaspan. Hahaha.. nama apa itu kalau bukan nama Jawa? Kalau kamu mahu claim kami meniru, claim lah pada arwah datuk moyang kami, yang entah2, dari keturunan datuk moyang kamu juga. Ya.. siapa tahu, kita mungkin saja bersaudara.
Hmm.. bila berbicara tentang ini, ada pula yang kata Semenanjung Tanah Melayu sepatutnya milik Indonesia, kerana dimajukan oleh orang yang asalnya dari Indonesia. Nanti! jangan terlalu gopoh kawan..
Ketika datuk moyang kami berhijrah kesini, Indonesia belum lagi wujud. Yang ada hanyalah Nusantara. Tak ada sempadan negeri, tak ada Kastam dan Imigressen. Masyarakat yang berasal dari Indonesia banyak terdapat di sebelah Johor dan Selangor. Negeri Sembilan pula terkenal dengan masyarakat Minang yang masih mempraktikkan adat Pepatih. Datuk nenek moyang kami yang mungkin dari keturunan datuk nenek moyang kamu bila berhijrah ke sini, telah menjadikan negeri ini tanah air mereka. Mereka mengembang keluarga dan keturunan di sini. Malah keturunan yang lahir itu kemudiannya juga telah berjuang untuk kemerdekaan negeri ini. Jadi kalau kamu jumpa orang-orang Malaysia yang berketurunan Jawa atau Bugis atau Banjar misalnya, sepicing pon mereka tidak ragu-ragu Malaysia adalah tanah air mereka, bumi tempat mereka lahir dan membesar, menuntut ilmu, meraih rezeki dan berkeluarga. Namun seperti saya, saya tidak menolak asal keturunan saya dari Tanah Jawa. Perkahwinan campur anatara entik bukan lagi perkara pelik, jadi jangan kecewa jika mereka jadi Jawa tak Jawa, Bugis tak Bugis, Minang tak Minang. Semua campur-campur jadi Melayu.
Okey, di atas tadi saya sudah ceritakan 2 cara budaya berkembang dan menular ke tempat lain iaitu (1) Penaklukan, (2) Penghijrahan. Ada satu lagi iaitu (3) Penyebaran Agama. Penyebaran agama dan penaklukan saling berkait. Pedagang-pedagang dari Jazirah Arab membawa Syiar Islam ke Nusantara. Di Johor, Tarian Zapin mempunyai pengaruh kuat muzik Yaman. Kerajaan awal seperti Majapahit dan Srivijaya terpegaruh kuat dengan agama Hindu dan Buddha. Sebab itu terdapat kemiripan tarian dari Bali dengan kostume Tarian Mak Yong. Wayang kulit juga memaparkan cerita yang sama. Kisah Cinta Rama dan Sita serta Hanuman. Jangan sangka Rama, Sita dan Hanuman itu Balinese. Epik Rama dan Sita datang dari pengaruh Hindu yang berakar dari India. Nah! Kamu juga meminjamkan? Jepun adalah bangsa paling giat meminjam. Kalau bukan kerana itu, kita tak dapat memandu Honda atau Toyota sekarang. Walaupon kami selalu memaparkan tarian singa sebagai tarikan pelancongan, negara China tak pernah pula bising-bising. Dalam pada dituduh pencuri, kami juga kecurian. Lambakan pekerja dari Indonesia, halal dan haram, mencuri peluang pekerjaan rakyat Malaysia. Mereka rela bekerja sepanjang minggu dengan upah yang rendah. Al maklum, mereka jauh dari keluarga, tidak perlu cuti untuk menguruskan anak-anak dan sebagainya. Tapi perlu juga saya akui, mungkin terdapat kelemahan pada sistem penguatkuasaan kami. Pemerintah kami juga kepenatan, setiap hari, tangkap, hantar pulang (semua itu perlu biaya kan?) tak lama kemudian mereka datang lagi. Alangkah
Indonesia adalah negara yang besar, penduduknya ramai. Malah mempunyai populasi Muslim terbesar didunia. Malaysia dan Indonesia sangat dekat dan sangat mirip. Kebersamaanlah yang lebih utama kita tonjolkan, bukan berebut tentang rendang, ikan, kain dan lain-lain. Kalau hal remeh begini pon kita mahu bergaduh, bagaimana hendak mencapai kemajuan setaraf barat?
Satu hal yang lucu, walaupun isu Indonesia mengganyang Malaysia begitu top di sana, tetapi di sini sunyi sepi saja. Ramai orang tidak peduli malah tidak mengetahui. Telivisyen pon tak pernah bisingkan hal ini. Kalau rakyat Malaysia juga emosi, tentu beribu-ribu pekerja dari Indonesia tak aman mahu cari rezeki. Emosi sesetengah kamu memang keterlaluan, sampaikan bantuan yang datang dari kami pun kamu persoalkan keikhlasannya. Kami tetap simpati pada kamu saudara serumpun yang selalu menghadapi bencana. Kenapa harus persoalkan keikhlasan kami? Pertimbangkanlah keikhlasan kamu menerima pemberian kami dan kesyukuran pada pertolongan Allah. Bantuan itu bukan dari kami, tapi dari Allah. Allah memberi kami rezeki lebih, menggerakkan hati kami supaya simpati dan memberi kami kekuatan untuk berziarah ke tempat kamu. Itulah hikmahnya Allah jadikan kita saudara serumpun, kami lebih mudah mengasihi, kami lebih mudah memahami.
Dan lebih lucu lagi, entah dari mana datangnya angin, ada kerisauan di Indonesia yang Malaysia mahu menyerang. Mereka khuatirkan sanak saudara mereka yang ramai disini. Seperti yang saya katakan tadi, kebanyakan rakyat Malaysia tak mengambil peduli hal ini. Tak akan ada serang menyerang kecuali oleh beberapa budak tak matang di forum-forum. Dan tak mungkin lah kami benarkan pemerintah kami menghabiskan duit cukai kami untuk menyerang Indonesia cuma kerana isu ini. Dalam pada itu forumers Indonesia ketawa hingga keluar air mata kerana khabar angin 'Negara liliput(kecil) seperti Malaysia akan menyerang'. Aduhai, kawan... sila belajar dari Sejarah. Belanda yang menakluk kamu dulu, berapa besarkan negara kincir angin itu?
Saya menulis ini bukan kerana benci, saya lebih suka meraikan kesamaan. Saya melancong ke Indonesia, mendengar Opick, membaca karya Habiburrahman dan sangat mengagumi Andrea Hirata. Saya juga menonton Laskar Pelangi - lebih 5 kali - malah masih rasa terharu. Malah saya tuliskan review yang panjang dan hebat untuk buku dah filemnya di blog ini. Ya, saya bantu mempromosikan negara kamu. Tak perlu ucapan terima kasih. Siaran TV RCTI dan SCTV sampai ke ruang tamu saya. TV Malaysia pun banyak mengimport sinetron dari Indonesia. Saya punya jiran berbangsa Cina yang mempunyai pembantu Indonesia. Sayalah saudaranya di sini, tak perlu saya beritahu kamu berapa banyak bantuan saya hulur hanya kerana kami beriman pada Tuhan yang sama. Saya tak kisah bergaul dengannya. Saya tak peduli dia pembantu atau dia orang Indonesia. Berkembaralah sahabat, jelajahi bumi Allah yang luas ini. Pelajari dan hargai kepelbagaian dan kesamaan yang Allah kurniakan. Kalau kau tak mampu berkembara, banyak-banyaklah membaca!
Pagi tadi, ketika menunggu lift ada dua orang lelaki turut sama menunggu. Salah seorangnya memegang naskah Harian Metro. Sekali imbas aku lihat perkataan 'Manusia Terpantas' tercetak di muka depan. Pura-pura sibuk dengan handphone, tapi aku mendengar borak mereka.
'Kau kalahkan jauh?'
'Jauh!'
'Aku kalah sebab kaki pendek, langkah pendek, macam ni ha!' Lelaki yang lebih pendek menggayakan langkah terbesarnya. 'Kalau kaki aku panjang macam dia, mesti boleh lebih punya'.
Tak semena-mena aku teringat watak-watak Eksyen dan kawan-kawannya di Warung Kopi Usah Kau Kenang Lagi dalam Marimah Karpov.
Andrea menulis - Orang Melayu memang suka bercerita, tak kisah ceritanya logik atau tidak, yang penting - HEBAT! Juaranya ialah, siapa yang mampu membuat cerita paling mengagumkan. Kehebatan imaginasi itulah kehebatan Melayu.
Kawan-kawan biasa tak dengan buah ni? Masa zaman-zaman budak kenit dulu, selalu rajin pungut buah ni. Banyak tumbuh meliar di tepi-tepi jalan. Padahal tak adalah sedap sangat pun, tapi berkali-kali juga jadi penyebab masam muka, merajuk dan cemburu sebab kes berebut buah letop-letop ni la.
Belakang rumah aku sekarang pon tumbuh dengan suburnya pokok jalaran ni. Beberapa bulan lepas, waktu operasi membersih belakang rumah, barulah aku perasan keberadaan pokok letop-letop ni. Aku senyum sendiri terkenang peristiwa-peristiwa masa kecil.
Kelmarin, ketika berlegar-legar di Cold Storage, aku jumpa satu kotak plastik lutsinar. Kutelek-telek isinya, ternyata lebih kurang 10 biji buah letop-letop. Wahh... harganya RM10.90. Dan paling lucu, ia diimport dari negeri antah berantah ( ikut gaya Andrea Hirata - menerangkan sesuatu tempat yang asing dah jauh :p ).
Persepsi aku pokok letop-letop ini tak lebih dari penyemak, tak bernilai. Sehari-hari kami pijak waktu meredah semak-semak. Tapi pokoknya susah mati. Banyak tumbuh di tepi jalan. Maka, wajarlah aku teperanjat dengan penemuan kotak lutsinar di Cold Storage tu. Rupa-rupanya, di sebelah lain dunia, buah letop-letop yang dipanggil Cape Gooseberry ni dihargai manusia.
Apa ya gunanya Gooseberry ni? Haha.. cik cik akak boleh la cuba
resepi yang kek tu kat sini : Kredit utk Peppermill


Semalam ialah hari kebangsaan bagi republik Singapura. Ada banyak hal yang boleh dikatakan tapi ada dua hal yang menarik.
1. Mereka berulang-ulang ucapkan Selamat ulangtahun Singapura! / Happy birthday Singapore!. Aku cemburulah pulak. Tiap kali 31 Ogos datang, kita tak boleh ucap Happy Birthday Malaysia! sebab 31 Ogos bukan hari tertubuhnya Malaysia. Pulak tu lebih menyedihkan, hari bersejarah 16 Sept tak pernah disambut (kecuali tahun lepas - itupon penuh dramatik - drama politik)
2. Perdana Menteri Singapura seperti tradisi selama ini, membuat ucapan dalam 3 bahasa. Pertama Bahasa Melayu, kemudian Mandarin dan akhir sekali Bahasa Inggeris. Alangkah bagusnya kalau Perdana Menteri kita dapat berucap dalam bahasa-bahasa kaum utama di Malaysia. Tentu rakyat yang mendengar dapat meresap seresapresapnya semangat Satu Malaysia.
nota sipi: Dengar cerita PM Singapore celik Jawi. Sesiapa yang rasa diri dia Melayu tapi buta Jawi baiklah rasa segan dengan Encik Lee
Mariamah Karpov, ialah makcik Marimah dan Nurimi yang pernah tampil dalam Sang Pemimpi. Beberapa watak sebelum ini muncul kembali, seperti A Put si dukun gigi, Bang Zaitun si pendeta cinta dan Taikong Hamim orang kuat Masjid. Dan berpuluh-puluh watak baru muncul, sampai jadi keliru. Membaca nama-nama mereka saja boleh buat kita ketawa terbahak-bahak, Eksyen, Berahim Harap Tenang dan banyak lagi. Dalam Sang Pemimpi aku suka sekali dengan nama SMA Ngeri Bukan Main. Dalam Mariamah Karpov aku suka dengan nama Bas Dendang Gembira Suka-suka dan Warung Kopi Usah Kau Kenang Lagi. Lucu kan? hehehe.
Mariamah Karpov dimulakan dengan cerita tentang ayahnya. Hmmm.. Ikal benar-benar terikat dengan ayahnya, walaupun menurutnya dia banyak mengikut fiil ibunya. Tetap dihatinya - ayah juara satu seluruh dunia. Aku temukan reaksi yang lucu tentang ini [baca sini - right click->Open in new tab!]. Aku juga mahu katakan - Abahku juga hebat boi! Abahku juara keseluruhan satu dunia! dengar betul-betul boi! Grand Prize boi! Grand Prize! haha. Andrea tak banyak bercerita tentang ibunya berbanding ayahnya. Pun, ibunya adalah seorang wanita cerdas. Ibu yang memilih waktu melahirkan anak sesuai dengan hari tertubuhnya PBB dengan tujuan supaya anaknya menjadi pendamai. Dia juga memberi nama yang unik dan bermakna dalam, Hirata. Mahu tahu apa disebalik nama Hirata? hehehe bacalah.. tak mau aku bagi spoiler! ;)
Aku selalu skeptikal pada idea-idea tentang satu bangsa yang cuma bergantung pada sejarah leluhur, merasa lebih mulia dari bangsa yang lain. Retorik-terotik tentang keistimewaan Bumipuptera dan ketuanan Melayu tak menjadikan aku lebih mencintai bangsaku. Malah di satu sudut, aku melihat - apa kita terdesak diistimewakan untuk survive? selemah itukah bangsa Melayu? bagaimana jika Allah mentakdirkan kita adalah minoriti? Dalam Mariamah Karpov aku temukan hal-hal tentang Melayu yang digambar secara sinis dan santai. Idea-idea tentang Melayu yang diketengahkan Andrea terasa dekat dengan realiti masyarakat kita. Andrea menganalisis orang-orang di warung, yang banyak menampilkan sifat-sifat dan sikap Melayu. Skop Melayu di Indonesia, tak sama dengan di Malaysia. Di Malaysia semua Jawa, Bugis, Banjar telah terasimilasi menjadi Melayu. Oleh itu sebahagian mereka jadi seperti aku - Melayu tak Melayu, Jawa tak Jawa. Satu persamaan yang menarik ialah bahasa pertuturan meraka. Orang Belitung rupanya bertelo seperti orang Johor. Malah mereka menyebut kopi O, bukan kopi hitam seperi orang Jakarta. Bunyi dan nadanya mirip - walau ketika mengucap salam! Kemudian aku pelajari lagi, mereka jelas tidak jauh. Ayah Ikal sehari-hari mendengar siaran radio Malaysia. Ikal mengenal Hang Tuah seperti kita mengenalnya, malah P Ramlee juga tak asing bagi mereka. Owh.. tiba-tiba aku faham maksudnya saudara serumpun. Berkongsi keserupaan. Dan kalau kau temukan gambar Mi Belitung, dari pandangan aku seperi Laksa Johor saja rupanya ;).
Lintang dan Mahar malah seluruh ahli Laskar Pelangi datang kembali. Seperti masa kecilnya, Lintang dan Mahar adalah sumber inspirasi dan rujukan Ikal. Mahar seperti dalam LP membuah 'Kejahatan yang Terancang' pada Ikal. Aku sukaa sekali kali ini Mahar 'membalas' pemberian Tuk Bayan Tula yang secara simboliknya mengangkat kepercayaan Lintang tentang Sains - ilmu dan sains selalu dapat memberikan penyelesaian. Begitulah, Andrea juga menyentuh tentang praktis moden dan tradisional dalam masyarakat. Doktor gigi Vs Dukun gigi. Tak kurang menarik ialah watak Ketua Karmon, yang menyindir pemerintah. Kalau dalam drama-drama Melayu, kerap kali anak-anak yang balik dari luar negara berlagak lebih Mat Saleh dari Mat Saleh. Atau sekurang-kurangnya merasa diri hebat kerana telah mencapai satu tahap yang membanggakan. Ikal dalam mozaik Lelaki Berwajah Dangdut menempelak golongan ini. Aduhh.. kelebihan Andrea adalah mengejek diri sendiri tetapi menyindir pembaca. Dari LP
sampai ke Maryamh Karpov, aku sendiri telah kena berdas-das tembakan sinis Ikal. Dari Tetralogi Laskar Pelangi, aku pelajari maksud sebenar 'rendah hati' seperti yang di ajar bu Mus.
Tak dapat dinafikan, aku tertipu dengan Tajuk 'Mimpi-mimpi Lintang' yang tercetak di atas Tajuk Mariamah Karpov. Kerana Andrea pernah menyatakan (di rancagan Kick Andy) seluruh hidupnya sebenarnya terkesan oleh Lintang, dia berusaha keras supaya tidak menjadi Lintang kedua. Dia menunaikan salah satu dari mimpi Lintang - belajar di Perancis. Lalu, aku teruja untuk ketahui apa lagi mimpi-mimpi Lintang yang terkandung dalam buku terakhir ini? Tapi aku cuma temukan sebuah perahu. Ketika Andrea bercerita tentang pembinaan perahu, aku rasa mahu buka buku Faisal - Bedar Sukma Bisu; samakah, perahu Terengganu dengan Perahu Belitung? hehe.. tapi tak buka pon, tak sempat :P. Ketika membaca tentang rancnagan ekspedisi gila Ikal, aku tergagau-gagau di Google Map. Aku cari di mana Belitung, di mana sungai yang melingkar di kampung Ikal, di mana Karimata dan di mana Pulau Batuan atau adakah ia Pulau Batu Putih? - nah! itulah kawan, nikmatnya membaca kalau kau mengerti ;)
Ramai pengekor Tetralogi Laskar Pelangi rasa tertipu sebaik membaca Mariamah Karpov. Sepertimana Tuk Bayan Tula yang 'anti-klimax', begitulah agaknya pandangan mereka tentang Maryamah Karpov. Aku fahami serba-sedikit. Pembaca telah tersuap dengan kisah awal persekolahan Ikal dalam Laskar Pelangi, kisah-kisah sekolah menengah dan ijazah pertama Ikal dalam Sang Pemimpi, cerita penghijrahan Ikal ke Negara asing dalam Edensor. Maka pembaca-pembaca mula mengarang Mariamah Karpov dalam kepala mereka - meski sebelum membacanya. Mereka membayangkan Ikal pulang dengan penuh kegemilangan. Ikal dapat membalas dendam pada kemiskinan yang mengekor keluarganya sekian lama. Ikal akan menjadi hero Pulau Belitung, menjadi orang ternama dan disegani.Oleh kerana Laskar Pelangi itu wujud, Ibu Muslihan itu nyata dan SD Muhammadiyah itu sejarah, pembaca seolah-olah tersihir oleh Andrea. Pembaca sentiasa setiap yang diceritakan Ikal itu mesti nyata dan benar belaka. Kerana itu tak kurang orang yang kecewa kerana Lintang mungkin hanya imaginasi - dia tak dapat ditemukan di Belitung dan Andrea bersikap misteri tentangnya. Kemudian, bila watak Arai muncul dalam Sang Pemimpi, pembaca terus mendesak bertanya, Arai hadir ketika SD mengapa dia tidak menjadi anggota Laskar Pelangi? Lalu di mana Arai sekarang? Setelah Ikal bersusah payah belajar sampai ke Eropah, mengapa bila pulang dia jadi kuli pompa? Berbuat benda-benda yang tak menuju masa depannya. Hmmm.. Itulah masalahnya kalau kita menganggap novel adalah cerita semata-mata. Lebih parah kita tersihir dengan iklan 'dari kisah benar!'
Sejujurnya mula-mula aku juga begitu, aku cuba menghitung-hitung dan meletakkan cerita-cerita dalam Tetralogi ini dalam satu jalur masa tapi semua jadi celaru. Malah aku berharap pertemuan kembali Ikal dengan para Laskar Pelangi dalam Mariamah Karpov adalam mimpi. Dalam bab terakhir LP, Mahar telah melancarkan bukunya - ketika itu Ikal masih di Perancis, masakan setelah Ikal pulang Mahar tiba-tiba menjadi dukun? Oleh kerana aku menemukan sisi lain yang hebat dalam buku ini, maka nyata atau tak kisah Ikal, aku tak peduli lagi. Apa-apa pun Tetralogi LP adalah naskah sastera, bukannya buku sejarah! ;)
Dan akhirnya? Hehe Andrea pon macam Tuk Bayan Tula dan Mahar juga 'anti-klimax' tapi aku tetap suka, hidup bukan semuanya manis2 ;). Setelah kau habis membaca buku ini, mungkin kau tertanya-tanya, mengapa tajuknya Mariamah Karpov? Huhu.. jangan pandang rendah sama ini Andrea. Dalam tajuk pon dia letakkan sindiran. Andrea pernah mengkritik filem Indonesia - film Indonesia: yang hanya dari judulnya saja bisa diketahui nasib para pelakunya. Hehe. Aku amat-amat berharap, Andrea tidak berhenti menulis.Amat rugi, orang secerdas Andrea tidak berkongsi isi kepalanya. Bang Andrea, alang-alang sudah kecelakaan terjun dalam bidang sastera, teruskan aje lahhh..
Dari keempat-empat buku dalam Tetralogi Laskar Pelangi - Mariamah Karpov menjunjukkan kematangan penulisan Andrea yang berevolusi pesat dari buku pertama. Satira yang sangat-sangat menggugah, penuh semangat tak lupa humor.
Edensor adalah nama bagi satu perkampungan Inggeris yang menjadi latar dalam novel karangan Harriot. Menurut Andrea, itulah satu-satunya karya sastera yang dia baca. Itu pn kerana ia adalah hadiah perpisahan dari cinta pertamanya, A Ling. Desa indah Edensor yang diceritakan dalam novel tersebut secara ajaibnya dapat mengubat rindunya pada A Ling. Di baca ratusan kali, malah dibawa kemana-mana buku itu - hingga segala yang tertulis tergambar dalam fikirannya, seolah-olah dia pernah ke sana.
Bermimpilah, kerana Tuhan akan memeluk mimpi-mimpi itu
Banyak orang yang panjang pengalamannya tapi tak kunjung belajar, namun tak jarang pengalaman yang pendek mencerahkan sepanjang hidup.
Dalam rancangan Kick Andy (satu rancangan bual bicara), Andy Noya menanyakan Andrea asal namanya, 'Anda orang Belitung, kok namanya Andrea Hirata?'. Kerana orang-orang Melayu Belitung lazimnya menggunakan mana dari perkataan Arab - seperti kita. Sebahagian jawapannya ada dalam novel ini, sebahagian lagi, akan ditemukan dalam novel Maryamah Karpov.
Ikal seorang pemerhati kehidupan. Ini jelas pada semua karyanya. Dari seorang tua yang putus asa pada hidup juga dia dapat pedoman hidup yang dia gelar 'Mutiara dalam hidup'. Hal-hal kecil selalu mencuit hati seperti senarai pelajaran moral dan 44 penyakit gila yang masih bersambung. Dan tabiat menggelang kepala rakan sekelasnya - MVRC Manooj. Contonhya 3 ka
Ikal menceritakan tentang teman-teman sekelasnya - kelompok-kelompok The Brits, Yankee, pelajar Jerman, pelajar Belanda, pelajar Yahudi, pelajar tempatan (Perancis) dan pelajar Guangzhou dan Hong Kong. Ikal pula mengkelaskan dirinya dalam kelompok yang diberi nama The Pathetic Four. Walaupun Ikal bercerita tentang dirinya, aku pula yang tersindir. Menurut Ikal empat pelajar ini :-
Empat makhluk yang menyedihkan, penghuni deretan bangku paling depan. Jika Pensyarah menjelaskan, mereka berulangkali bertanya soal remeh-temeh sampai mengjengkelkan. Mereka menggunakan perakam supaya isi kuliah dapat diputar dirumah. Jakun dan gelabah (aku terjemah dari norak dan repot). Cukup lulus seadanya. Saat kuliah kerap mengangguk-angguk takzim padahal tak tahu apa yang sedang dibicarakan. Kalau kelompok-kelompok lain mempunyai idea sehebat mengubah silibus kuliah hingga mengubah negara Perancis, idea The Pathetic Four ialah memujuk penaja menaikkan wang saku. Lebihan duit dapat diguna untuk belanja sandang murah (backpaking?) waktu musim panas.
Aku paling suka mozaik 'Adam smith vs Rhoma Irama'. Waktu Ikal bercakap-cakap dengan Adam Smith yang ditampal sebelah menyebelah dengan poster Rhoma Irama. Meraka - Ikal dan Adam - berdiskusi tentang teori ekonomi, tentang kepimpinan, tentang korupsi, tentang ideologi. Andrea bawakan hal ini santai saja - padahal ia subjek yang berat dan sangat menggugah. Sejak novel LP, memang ketara andrea ialah orang yang luas ilmunya. Dengar-dengar cerita koleksi peribadi buku-buku Andrea mencecah 2 ton! Maka tak mustahillah teori-teori sains, teori-teori ekonomi, teori-teori sejarah dia salurkan dengan bersahaja saja. Kadang-kadang ku rasa seperti membaca ayat Matematik bukan ayat sastera :)
Tentang ini menarik! - Ikal cuba menjejak A Ling di Eropah, dalam masa yang sama Ikal bercinta-cinta dengan gadis Jerman. hua hua
Ikal dan Arai nekad berkembara Eropah dan Afrika - seperi mana mimpi mereka. Tanpa biaya yang cukup. Mereka kembara dan membiayai diri dengan menjadi seniman jalanan. Menjadi patung mimes. Banyak pengalaman yang mereka tempuh. Dirompak, ditangkap polis, kehilangan buku atlas, sesat, makan buah plum muda, makan pucuk plum. Makan bubur kacang percuma di untuk gelandangan yang disediakan gereja. Puasa berhari-hari kerana tiada makanan. Berjumpa orang Indonesia yang merantau. Berjumpa pejuang Mujahideen. Dan berjumpa Andrea - perempuan tolol yang dia baca ceritanya dalam majalah waktu kecil :). Pandangan-pandangan dan renungan orang-orang yang dia temui sepanjang pengembaraannya di Eropah selalu meresahkan. Persepsi tentang Eropah yang dingin dan Afrika yang panas tidak menggambarkan kesediaan masyarakatnya menerima orang luar. Persepsi tentang Eropah yang dingin dan Afrika yang panas tidak menggambarkan kesediaan masyarakatnya menerima orang luar. Terlau banyak kejaidan luar jangkaan. Dan kembara Ikal kali ini memahamkan dia tentang pesan Ibu Muslimah - Jika ingin menjadi manusia yang berubah, jalanilah 3 hal iaitu sekolah, baca Quran banyak-banyak dan berkelana.
Akhir sekali, bukan dalam kembaranya itu. Ketika Ikal rasa tak berdaya dengan hidup kerana Arai dihantar pulang akibat sakit. Ikal pula terpaksa berpindah ke Sheffield kerana mengikut penyelianya. Di waktu dia rasakan hidupnya paling sunyi - Allah hantarkan dia ketempat yang dia rindui sejak kecil, bertahun-tahun, Edensor :)
Apakah yang ada dalam kepala kita sebaik saja kita terfikir tentang mendapatkan pendidikan tinggi? kemampuan kewangan? Kemampuan untuk menghabiskan pengaian lazimnya menjadi perkara kedua, malah kemampuan untuk tamat pengajian dengan cemerlang boleh saja jadi perkara entah nombor berapa. Tetapi hal nombor satu adalah D.U.I.T. Lalu oleh kerana kita hidup dalam negara yang agak beruntung, dengan mudah kita dapatkan pinjaman atau biasiswa. Mana-mana iklan IPTA atau IPTS pasti ada barisan tambahan 'PINJAMAN PTPTN DISEDIAKAN'. Lalu kita rasa lega. Alhamdulillah, adik-adik & anak-anak kita dapat meneruskan pelajaran. Realitinya, bukan semua calon yang memohon itu benar-benar memerlukan pinjaman. Namun, err.. kalau kita boleh dapat duit lebih, mengapa tidakkan? Bukan perlu membayar terus. Hutang boleh ditangguh 3 atau 4 tahun kemudian. Dengan duit lebih tersebut, bukan setakat keperluan asas, adik-adik kita mampu bermotor atau berkereta kekuliah, dan mempunyai talifon bimbit dan segala gajet canggih. Adakah kita pernah terfikir, berapa hutang yang tertanggung di bahu adik-adik kita saat mereka tamat belajar? Adakah ini baik? Adakah tidak ada jalan lain.
Sang Pemimpi dapat memberi kita jawapan. Asal kita berani bermimpi, semuanya mungkin ;)
RINGKASAN SANG PEMIMPI
Kalau Laskar Pelangi ialah kisah Ikal semasa kanak-kanak, Sang Pemimpi meneruskan cerita ketika Ikal remaja. Berjauhan dari keluarganya, Ikal ditemani Arai sepupunya yang diangkat oleh keluarganya setelah menjadi yatim piatu. Arai bagi Ikal lebih abang dari abang, Arai adalah pelindungnya, pendokongnya dan sekutunya dalam apa juga hal. Lebih dari itu, Arai sang simpai keramat (sebatang kara) adalah Sang Pemimpi kelas pertama.
Disertai oleh Jimron, rakan mereka yang juga sebatang kara. Gagap dan penggila kuda. Bertiga mereka menyewa bilik di 30km dari rumahnya untuk bersekolah di SMA Negeri Bukan Main - lucukan? kenapa namanya begitu? hehe bacalah sendiri ;). Bertiga juga mereka bekerja sebagai kuli ngambat - pekerjaan mengangkat ikan dari bot nelayan ke pasar yang dimulakan jam 2 pagi setiap hari. Persahabatan 3 orang itu amat mengesankan. Jimron yang gila kuda, tempang dan tidak secerdas Ikal dan Arai, namun punya jiwa yang besar yang tulus. Jimron seperti Harun - dialah menjadi asbab Ikal dan Arai dapat meneruskan mimpi. Tanpa Jimron dan tanpa kudanya, Ikan dan Arai mungkin saja jadi gelandangan di tanah Jawa.
Sang Pemimpi cumalah 200 lebih halaman. Buku yang ditangan aku ini adalah cetakan ke-19, dicetak pada Mei 2008 manakala cetakan pertama berlaku pada Julai 2006. Andrea nampaknya senang menulis tanpa perlu jalan cerita yang mengikut jalur masa. Setiap bab yang dilabel sebagai Mozek ini seumpama kepingan-kepingan puzzle yang akan bercantum kemudian. Sesetengahnya seperti Mozaik 'Tuhan Tahu, Tapi Menunggu' dan 'Afganistan' kita akan jumpa lebih lewat - dalam buku seterusnya - Edensor. Jadi jelas, Sang Pemimpi an Edensor adalah penulisan yang terancang bukan 'kemalangan seperti Laskar Pelangi'. Namun, jika kau tidak meneruskan membaca Edensor selepas ini,mozaik-mozaik itu tidaklah mengurangkan kualiti cerita dalam novel ini.
Satu bahagian dalam buku yang aku suka lihat ialah halaman dedikasi :). Dan buku ini Andrea tujukan untuk ayahnya. Tertulis -
Ah.. aku sekali lagi cemburu. Dalam LP, dia menganggkat habis2 bunda gurunya. Dalam Sang Pemimpi dia sanjung tinggi ayahnya. Bangganya menjadi ayah Ikal. Ayah yang pendiam tapi penuh pengertian. Mozaik Baju Safari Ayahku khusus untuk ayahnya - awas! kau mungkin terharu. Mozaik Sunggai Lenggang pula adalah cantumannya - awas! kau mungkin menangis!
Untuk Ayahku Seman Said Harun
Ayah Juara Satu Seluruh Dunia
Buku ini juga menampilkan dua watak guru, Pak Mustar yang keras - sesuai dengan portfolionya sebagai Guru Disiplin. Walaupun Pak Mustar ketara kejampada muridnya namun, dia tetaplah guru sejati - tetap mahu muridnya berjaya - inilah yang selalu tidak dapat difahami pelajar. Dan Pak Balia yang menjadi idola Ikal dan Arai. Pak Balia telah memaku dalam kelapa mereka bahawa satu hari mereka perlu belajar ke Perancis dan mengelilingi Eropah dan Afrika!
Ada satu kisah tentang KFC yang mencuit hati aku. Anak kampung dan KFC - aduhh.. aku pon pernah jakun seperti mereka hahaha
PERTEMUAN ANTARA LASKAR PELANGI DAN SANG PEMIMPI
Di akhir LP, Ikal menceritakan bagaimana dia terperangkap dalam kerja sebagai pengasing surat di pejabat pos. Ketika dia tidak tahu mahu berbuat apa lagi untuk masa depannya, dia membaca satu iklan tentang biasiswa oleh EU untuk belajar di Eropah. Maka Ikal pon berusaha jungkir balik untuk mendapatkan biasiswa tersebut.
Di Sang Pemimpi, diceritakan lebih jelas tentang pekerjaannya di pejabat pos dan juga beberapa pekerjaan yang dilalui sebelumnya. Proses temuduga juga diceritakan panjang. Susah payah dia berusaha untuk kejar mimpinya dan mimpi Arai sekaligus membawa mimpi Jimron - belajar di Perancis dan keliling Eropah dan Afrika!
SANG PEMIMPI DI LAYAR LEBAR!!!!!!!!
Oh! siapakah yang telah beli tiket terbang ke Jakarta Januari tahun depan?
hehehehe.. Ikal dan Arai!!!!!! tunggu aku di Jakarta!
Halaman FB tentang filem Sang Pemimpi [klik sini]
AKHIRAN
Cerita Sang Pemimpi tidak habis setelah mereka tamat sekolah kerana mimpi mereka adalah belajar ke Perancis dan mengelilingi Eropah dan Afrika! Mereka akhirnya ke Jakarta dengan menumpang kapal ternak - kapal laut yang membawa ternakan dan bahan pertanian dari Pulau Belitung. Dengan berbekalkan wang terkumpul dari kerja sebagai kuli ngambat selama 2 tahun, mereka terus berjuang untuk belajar di Universiti. Ketika akan berangkat, Ibu Muslimah berpesan, 'Jangan pulang selagi tidak bergelar sarjana'. Beberapa tahun selepas itu, barulah mereka pulang dengan ijazah penuh syukur kerana dapat menyelesaikan kuliah sarjana muda dengan sepenuhnya berdikari - tanpa pinjaman, biasiswa atau dokongan kewangan dari orang tua. Dan bila pula mimpi ke Eropah dan Afrika itu jadi kenyataan? Jawapannya dalam novel seterusnya - Edensor. Aku akan kongsikan esok! ;)
.....................................................
Selalu kita mendengar kekhuatiran orang tua tentang beban anak-anak. Anak-anak tidak patut dibebani dengan masalah kewangan khuatir mengganggu pelajaran mereka. Ya.. jika masih kanak-kanak itu jelas memang benar. Tetapi bagaimana dengan anak-anak yang sudah beberapa tahun remaja? Pernahkah kita terfikir, kita terlalu memanjakan anak-anak muda sekarang? Kita menahan mereka supaya cepat matang?
'Budak-budak sekarang manja - semua nak suap!' ini keluhan biasa pensyarah, betul tak kawan2 pensyarahku? Aku belum lagi berjumpa dengan ibu bapa yang menolak kemudahan PTPTN, dalam masa yang sama, ibu-bapa dan anak sama-sama berusaha membiayai pengajian si anak. Dan itu berlaku dengan satu kesedaran - anak itu tak harus menanggung beban hutang sebelum mampu membayarnya.
Sultan Muhammad Al-Fateh naik takhta pada umur 19 dan menawan konstantinopel pada umur 21! Marilah jadikan remaja kita hebat seperti dia. Kalau dapat sehebat Ikal dan Arai pon sudah cukup beruntung!
Pada kulit buku ini tercetak 'INDONESIA'S MOST POWERFUL BOOK'. Jadi aku cuba cari dan kongsikan di sini KUASA yang terkandung dalam buku ini.
SINOPSIS RINGKAS
Beberapa puluh tahun lampau, di Pulau Belitung, Indonesia, 10 orang sahabat mendapat gelaran LASKAR PELANGI dari guru mereka - Ibu Muslimah. Laskar bermaksud tentera atau pejuang. Pelangi pula kerana kebiasaan mereka duduk bertenggek di dahan pohon filicium tua di hadapan kelas setiap kali selepas hujan - untuk menikmati warna-warna pelangi. Ikal, Lintang, Mahar, Kucai, Borek, Shahdan, Trapani, A Kiong, Sahara, Harun dan Flo. Berada dalam kelas yang sama dengan guru yang sama selama 9 tahun - kecuali Flo yang menyertai mereka lewat. Di Sekolah Muhammadiyah inilah bermula semua cerita persahabatan mereka. Buku ini memaparkan suka-duka mereka. Pengalaman-pengalaman masa kecil yang menumbuhkan mereka menjadi manusia. Ceritanya biasa, anak miskin berusaha keras untuk kelangsungan hidup demi mempertahankan hak mereka untuk mendapat pendidikan. Lalu, apa yang menjadi kekuatan novel ini?
PENULISAN DAN GAYA CERITA
Novel ini tidak ada jalan cerita. Bab-bab dalam Laskar Pelangi tidak ditulis mengikut kronologi, tidak ada plot, tidak ada konflik utama dan kemuncak konflik. Ia ditulis berdasarkan subjek, tentang sesuatu entiti atau peristiwa. Peristiwa-peristiwa itu tiak pula disusun mengikut jalur masa. Satu bab menceritakan hari pertama mereka mendaftar sekolah. Satu bab menceritakan watak-watak para Laskar Pelangi - kecuali Lintang dan Mahar yang lebih istimewa dalam bab masing-masing. Satu bab berkisah tentang bunda guru. Satu bab tentang sekolah. Malah satu bab tentang pohon falicium tua yang meneduhi kelas mereka. Satu bab tentang kegirangan musim hujan. Satu bab masing-masing tentang peristia karnival 17 Ogos dan Lumba Cerdas Cermat. Tak lupa bab-bab yang menceritakan cinta pertama Ikal, A Ling.
Andrea Hirata bijak menggunakan metafora. Contohnya dia memetaforakan gedung PN Timah sebagai Taman Tergantung Babilon iaitu - sangat ekslusif dan hanya orang-orang tertentu saja yang layak memasukinya. Dan timah di bumi Belitong dimetaforakan sebagai Tower of Babel - iaitu tangga menuju syurga kerana sepatutnya rezeki yang Allah limpahkan kepada bumi itu seharusnya dapat memberikan mereka kemakmuran. Lebih menarik metafora langit ketujuh sebagai tempat kebodohan bersemayam. Kisah bagaimana Lintang mendapat anugerah genius juga tak kurang hebat - Lintang dibayangkan dikunjungi oleh para genius zaman lampau, di apit oleh Copernicus dan Lucretius, lalu Tuhan menyemaikan biji zarah kecerdasan yang jatuh dari langit dan menghentam kening Lintang. Lintang melihat keindahan ilmu dalam buku seperti kunang-kunang dalam malam gelita.
Ketika menceritakan tentang pohon felicium tua dan segala hidupan yang bergantung denggannya. Andrea menggunakan nama-nama saintifik bagi makhluk-makhluk tersebut - burung, kumbang dan rerama. Susah hendak disebut tetapi berjaya membuat ceritanya segar. Bagaimana semuanya berhubung dalam rantai makanan yang teratur. Dan bagaimana 10 homo sapiens kecil (para Laskar Pelangi) selalu menjadi pengganggu.
Dalam Laskar Pelangi ada dua senarai yang selalu mencuit hati iaitu pelajaran-pelajaran moral dan 44 penyakit gila. Dua senarai ini berlanjutan hingga Mariamah Karpov. Inilah hal-hal kecil yang mensinambungkan keempat-empat buku.
4 Bab terakhir ialah kisah mereka 12 tahun kemudian. Ikal atau Andrea, akhirnya nanti belajar ke Perancis - ini diceritakan lanjut pada buku-buku seterusnya. 'Aku' dalam bab terakhir bukan lagi Ikal, tetapi Shahdan kerana waktu itu Ikal sudah pun terbang ke Perancis.
KEKUATAN DALAM LASKAR PELANGI
Andrea menulis novel ini, bukan dengan niat untuk diterbitkan. Inilah anggannya sejak kecil. Tercetus kerana satu peristiwa semasa SD3. Hari itu hujan lebat dan ibu Muslimah tidak sampai-sampai ke sekolah. 10 anak kecil itu ketakutan di dalam kelas yang bocor dan uzur. Sekolah itu, menurut Ikal, tak ubah seperti gedung kopra (kelapa kering) dan malamnya digunakan untuk meneduh binatang ternak. Ibu Muslimah - guru yang cuma mendapat gaji 15kilo beras itu, akhirnya tiba juga dengan bersusah payah meredah hujan dan berpayungkan daun pisang. Andrea melihat bu Mus sebagai - perempuan perkasa, diam-diam dia berazam untuk menulis tentang gurunya bila dia dewasa. Kenapa menulis? Kerana waktu itu, buku ialah sesuatu yang mewah bagi mereka. Lagipula memang cita-cita asalnya untuk jadi penulis. Takdir Allah, dia lulus sebagai sarjana ekonomi. Pun begitu, terlunas juga anggannya. Ketika Andrea mula menulis, ibu Muslimah sedang sakit. Lalu, Andrea menulis tanpa henti selama 3 minggu dan tanpa disangka olehnya dia telah menuliskan 600 halaman. Dan akhirnya dihadiahkan seada-adanya untuk gurunya tercinta, Ibu Muslimah dan rakan-rakan zaman kecilnya, para ahli Laskar Pelangi.
Menurut GDE Prama; seorang penulis Indonesia dalam rancangan Kick Andy, kekuatan utama buku ini adalah 'Cinta seorang murid pada ibu gurunya'. Ya itu memang benar dan jelas sekali. Ibu Muslimah diangkat setinggi-setingginya. Dan ini berlanjutan kepada buku-buku seterusnya dalam tetralogi Laskar Pelangi. Kita dapat melihat bagaimana pesan-pesan dan ajaran ibu Muslimah menjadi pedoman Ikal sehingga dia dewasa. Adrea sentiasa menyanjung Ibu Muslimah, Pak Harfan (kepala sekolah) dan SD Muhammadiyah itu sendiri. Dinyatakan dalan novel ini; lebih kurang -
'Ada satu keindahan di sekolah agama yang bobrok ini, tetapi aku enggan menukarnya dengan kemewahan mana-mana sekolah sekalipun'.
'Di titik dan tempat ini, aku merasa bangga menjadi Melayu Belitung dan pernah belajar di SD Muhammadiyah'
Laskar Pelangi adalah FENOMENA dalam industri buku Indonesia selepas Ayat-ayat Cinta. Walaupun Andrea berkelulusan Sarjana Ekonomi, tak pernah belajar sastera dan bukan pembaca sastera, Laskar Pelangi tak pula jadi novel pop. Laskar Pelangi penuh dengan kritik sosial. Andrea memaparkan sosio-ekomoni Pulau Belitung yang kaya dengan timah. Namun, kekayaannya hanya tertumpu pada satu kawasan - GEDUNG; kompleks penempatan orang staf PN Timah. Andrea menceritakan dengan terperinci suasana ala aparteid antara golongan atasan PN Timah yang digelar orang staf dan masyarakat kebanyakan Belitung. PN (perusahaan negara) Timah yang mewarisi perusahaan perlombongan dari penjajah Belanda tidak membebaskan masyarakat Belitung dari pilih kasih dalam penjajahan malah mereka menjadi semacam penajajah baru. Gedung mempunyai semua kemudahan dari rumah besar bergaya victoria, sekolah lenagkap, hospital, pawagam hinggalah padang golf. Hanya orang staf PN Timah saja mempunyai kelayakan tersebut, di mana-mana akses untuk masuk ke kawasan gedung tertulis 'DILARANG MASUK BAGI YANG TIDAK MEMILIKI HAK'. Malahan mereka mempunyai Polsus (Polis Khusus) Timah.
Manakala rakyat belitung yang kebanyakannya menjadi kuli bawahan PN Timah, menduduki rumah-rumah kampung, hidup miskin dan beranak ramai. Anak-anak yang mencapai umur sekolah malahan terpaksa bekerja untuk membantu menyara keluarga. Rakan-rakan Ikal sendiri, Mahar, Shahdan, Kucai dan Lintang diceritakan bekerja sejak SD - lepas pulang dari sekolah.
Ketika menceritakan kisah membeli kapur di Manggar, Andrea dengan bersahaja melukiskan Manggar dalam kepala pembaca. Pasar ikannya, deretan kedainya. Malah kebusukannya pun terbau lantaran keterperincian yang dia tampilkan. Sekaligus, aktiviti ekonomi, struktur, sifat-sifat dan nilai-nilai dalam masyarakat Melayu, Tiong Hwa dan Sawang dikupas.
Secara umumnya filem Laskar Pelangi berjaya memaparkan isi hati cerita asal buku ini. Walaupun tidak semua ditampilkan atau ditampilkan tetapi tidak seperinci seperti dalam bukunya. Produksi filem jelas berusaha kuat untuk memindahkan aura novel pada filem. Dengarnya, Ibu Muslimah sendiri menangis dan enggan memasuki replika SD Muhammadiyah kerana terlalu sama dengan sekolah asalnya. Dan ketika dibawa Andrea menonton filem tersebut, bu Mus tersentuh hati menangis dari awal cerita. [Aku pon sama,masa Harun datang tu aku dah sedih dah hehe]. 12 orang anak-anak belitung yang membintangi filem ini sangat berbakat.
Selain menularkan motivasi kepada berjuta orang, beberapa kesan besar terhasil dari ledakan buku ini.
1. Nasib Lintang yang genius tetapi tewas pada kemiskinan lalu tidak dapat terus belajar menjentik hati pembaca. Lalu mencetuskan perbincangan dan perdebatan tentang ini. Ramai yang bersetuju masih ada ramai 'Lintang' di Indonesia. Khabarnya kerajaan Indonesia mengkaji semula sistem pendidikan mereka. Cut Mini yang mendokong watak ibu Muslimah dalam filem Laskar Pelangi, kini menjadi Duta Pendidikan Nasional dan sibuk pula berlakon iklan 'Sekolah Gratis' [lihat sini]
2. Ibu Muslimah serta-merta menjadi icon perguruan. Beliau telah dianugerahkan penghargaan Satyalencana Pendidikan dari Presiden Susilo Bambang Yudhoyono [sumber sini]. Dijemput dalam seminar-seminar dan perkumpulan tentang pendidikan.
3. Belitong menerima pertambahan pelancong. Kalau dulu aktiviti pelancong banyak tertumpu di Tanjung Pandan, pantainya dan pulau-pulau kecil sekitarnya. Kini, agensi pelancongan menyediakan pakej - Laskar Pelangi - mereka turut melawat kampung Andrea di Desa Gantong - kalau beruntung dapat bertemu ibu bapa Ikal, Ibu Muslimah dan anggota Laskar Pelangi. Satu yang mesti dilawat ialah 'Sekolah SD Muhammadiyah' yang digunakan untuk pengambaran filem. Malahan mereka juga melawat Manggar, tempat Ikal menemui cinta pertamanya - toko Sinar Harapan yang busuk, melihat-lihat pasar ikan dan pelabuhan Manggar.
AKHIRAN
Bu Mus, Pak Harfan dan SD Muhammadiyah sangat mengesankan hidup para Laskar Pelangi. Meski mereka kini telah berjaya menentang kemiskinan, tetapi tak menjadikan mereka manusia sombong. Kucai yang kini ahli politik berkata beliau tidak pernah menganggap dirinya berjaya, malah beliau juga percaya Andrea sendiri berfikiran begitu - kerana cita-cita mereka ialah melepaskan masyarakat Belitung keseluruhannya dari kemunduran fikiran. Andrea berkali-kali menyatakan - kalau bukan kerana Harun, murid down sindrom yang mencukupi 10 orang murid sebagai syarat minima dari pejabat pendidikan, maka tidak wujudlah Laskar Pelangi. Bagaimana Allah mengirimkan anak istimewa yang sebenarnya tidak dapat mencerna pelajaran sebagai rahmat besar bagi para Laskar Pelangi. Mungkin sebab itu, mereka tidak pernah merasa kejayaan mereka ahalah hak mutlak mereka sendiri. Itulah ajaran unggul bu Mus, iaitu rendah hati.
Esok aku akan tampilkan Sang Pemimpi pula ;)
1. SN Prof Shahnon Ahmad
2. Azizi Hj Abdullah
3. Faisal Tehrani
Tiga orang penulis kegemaranku.
Takrif aku tentang buku yang baik - Kita mula baca dengan fikiran yang kosong, tetapi bila kita membacanya - kita tak akan dapat berhenti berfikir! walaupun setelah TAMAT ;)
Buku paling aku suka - Detik-detik diri di daerah daif - Shahnon Ahmad. Cerita zaman kanak-kanak beliau sendiri. Aku telah baca entah berapa kali. Tanpa jemu - seolah-olah aku duduk didepan datukku mendengar dia berlipur-lara tentang masa kecilnya. Polos, jujur dan ikhlas. Jadi tak pelik kalau aku juga jatuh cinta dengan Laskar Pelangi. Yang terus membuat aku tanpa tangguh2, meneruskan Sang Pemimpi, Edensor dan Mariamah Karpov. Aku sudah selesai Mariamah Karpov seminggu lalu, tapi Ikal (watak dalam buku-buku tersebut) masih tak mahu keluar dari tengkorak kepalaku. Ah.. malu pulak nak beritahu - aku sebenarnya sedang mengulang baca Laskar Pelangi. Buku itu betul2 sedap untuk dinikmati. Aku buang sedikti rasa bersalah pada buku-buku lain yang menunggu untuk aku baca.
Maka dengan ini aku ishtiharkan pengarang kegemaranku no-4, Andrea Hirata ;)
Mulai esok hingga jumaat, aku akan kongsikan khazanah-khazanah yang aku jumpa dalam Tetralogi Laskar Pelangi - hingga ketika aku membaca buku terakhir - Mariamah Karpov; sesuatu yang ganjil telah berlaku pada diriku. Satu hari satu buku dan tamat pada hari Jumaat, Insyallah.
Aku rasa inilah caranya supaya Ikal keluar dari fikiranku :). Oh ya, aku mungkin melihat dari sudut-sudut yang lain - bukan ringkasan atau ulasan tentang buku-buku tersebut.
Dari kiri; aku (sedang sakit mata), Sabrina, Badek, Awin, Amir dan Een
Depan; Nenny dan Yan
"Sab, aku tak tahan! aku nak pegi tandas la" Aku bisik pada sab. "Aku nak ikut!" Ujarnya laju. Aku pandang dia, dia beri muka keyakinan padaku. Sudah 10 minit aku menganggung seksa. Seperti 1000 rama-rama Brooke mengepak-ngepak dalam perut. Tegang dari ubun-ubun sampai ketumit. Bertuanya ada kawan yang memahami, sentiasa bersama senang dan susah.
.........10 minit sebelumnya..........
Masa berbaki 15 minit sebelum kelas tamat. Che Mie padamkan lampu projektor. Huh! Tak semena-mena perutku mula bergelodak. Makmal komputer itu terbahagi 3 baris dengan setiapnya dua meja bergandingan. Lantainya playwood yang dipasang tinggi sekaki dari lantai asal untuk tujuan pengkabelan. Dan entah bijak pandai mana yang membuat lantai tersebut, strukturnya tak kukuh sehingga bila berjalan lantai berbunyi kreok-kreok. Kadangkala bila waktu ramainya pengguna makmal, bunyi lantai lebih bising dari bunyi mulut. Berjalan sesopan unta pun tetap lantai bernyanyi. Aku duduk dilajur kedua barisan paling kiri. Berganding dengan Sabrina. Tiada pelajar di depan kami. Di barisan tengah selari kami ialah Badek dan Een. Yanti dibelakang Badek dan Nenny duduk dikanannya.
Zaman itu pensyarah masih menggunakan slaid plastik dan projektor cermin. Monitor masih petak-petak besar dan CPU berdiri adalah model baru. Semuanya tak putih tak kelabu tak kuning. Disket 3.5 inci masih sangat relevan. Itulah mulanya cerita ini. Dari disket-disket hitam dan satu berwarna kuning yang bertumpuk di atas meja Che Mie itu.
Disket kuning tu kepunyaan Nenny. Mulanya aku sangkakan dia guna disket warna sebab dia memang suka menjadi perhatian. Rupa-rupanya ada muslihat lain. Che Mie telah menutup buku, "Sekarang kita lihat demo tugasan". Aku terus berdebar-debar. Aku sangat percaya pada gerak hati, kalau aku berdebar luar biasa, adalah hal yang tak kena akan terjadi. Che Mie bermuka lembut dengan janggut sejemput. Sayangnya sejuk senyum Che Mie langsung tak membantu. "Kita buat cabutan bertuah!" Ujar Che mie lagi. Che Mie pandang seluruh kelas. Aku pandang Sab, Sab pandang aku kelat. Aku pandang Badek, Badek pandang aku payau. Aku pangang Nenny, Nenny pandang tepat pada disket kuning atas meja Che Mie. Een dan Yanti buat-buat sibuk pandang desktop monitor yang berlatar biru. Kami semua tahu, bahana kalau-kalau Che Mie mancabut disket kami.
Tugasan kami membina satu aplikasi mudah mirip Ms Paint. Aplikasi tersebut harus mampu melukis bentuk-bentuk 3D geometri asas. Dan bentuk-bentuk itu juga harus boleh ditranslasikan dengan translasi-translasi mudah. Penskalaan, putar, pantulan, gerakkan dan salinan. Sejujurnya, kami masih dalam kejutan budaya.
Semester pertama dalam major Komputer Grafik. Masuk kelas Pemperosesan Imej kejutan budaya, masuk kelas Grafik Lanjutan juga kejutan budaya. Sungguh-sungguh banyak kejutan dalam dua minggu kuliah. Dan inilah tugasan pertama yang diberi Che Mie pada hari pertama kelas. Rupa-rupanya semua pensyarah pon memberi tugasan pada hari pertama. Manalah kami tak terkejut! Pensyarah-pensyarah itu semua tahu, kami sudah 3 bulan tak berjumpa. 2 minggu kami belum tentu habis bercerita kisah-kisah klasik dan mistik sepanjang cuti, tapi mendadak kami diberi tugasan. Manalah kami punya cukup masa!
Che mie dengan penuh bergaya, mengambil salah satu disket dari timbunan disket-disket. Aku nampak Nenny tersenyum. Pelik, cuma Nenny saja yang tak berwajah tegang. Sab aku lihat separuh pucat. Badek asyik-asyik garu kura tangannya. Een asyik-asyik betulkan tudung, Yanti pula main-main dengan pen. Aku sendiri berdebar tak keruan. Kali pertama demo tugasan didepan kelas."John Lim!" Che Mie pandang John. 500 ekor rerama Brooke keluar dari perutku. John dengan sengih-sengih bangun. Sempat John membetulkan rambutnya. John kedepan dan melakukan demo. Wah!!!! aku kagum dengan John.
Hari itulah mulanya aku kenali John. Dia mula bermain dengan komputer sejak kanak-kanak. Menulis aturcara Basic pertama kali semasa 9 tahun! Semasa tingkatan 4, dia menjual perisian semacam buku latihan peperiksaan pada kawan-kawan sekolah. Untungnya dia tak lokek dan tak sombong. Selalu bersedia menjadi guru tak rasmi. Cuma satu hal saja yang aku selalu geram dengan dia. Dengan bermodalkan A1 dalam subjek Bahasa Melayu SPM, dia selalu merasa diri pakar bahasa - tak pernah mahu kalah dalam memilih perkataan - walaupun selalu kedengaran janggal. Suatu hari dia menelifonku cuma untuk memberitahu dia keberatan memanggil aku Hawa, dia mahu panggil Siti. Katanya lagi nama Hawa tak bagus. Aku desak alasannya, dia kata esok dia akan beritahu sebabnya. Esoknya, dia bawa aku ke hujung kelas lalu dia berkata, "Tahu tak? Hawa tu..." Dia menghulurkan dua tangan terbuka kepadaku, laksana seorang putera mengalu-alukan seorang puteri. Aku senyum. Dia terus menggerakkan tanggannya hingga menunjuk satu objek hampir kuboid yang terlekat di bahagian atas dinding. "Seperti Hawa dingin!". Aduhhh..
Zzzzzzzzzzztttttttttttt............ sambung balik cerita asal ;)
John dengan bangganya menunjukkan hasil inteleknya. Canggih, bukan saja tranformasi-transformasi asas, malah John memberi lebih dari apa yang diminta. John memberi warna pada objeknya, boleh pilih warna multak atau warna gradient. Ada pula kesan cahaya pada objek supaya jelas kesan 3D. Huh! Menyesal pula aku tak segera beli buku OpenGL. Maklumlah, zaman tu untuk capaian internet masih perlu beratur panjang. Perlu cop mengecop. Kalau berduit bolehla ke Cyber Cafe, RM5 sejam. Lagipun, baru 2 minggu kuliah, manalah ada duit! Yang banyak cuma alasan, percuma lagi!
John selesai, Che Mie senyum puas hati. Kawan-kawan senyum cemburu. Melihat prestasi John yang sangat cemerlang, aku tak dapat bayangkan jika aku yang terpanggil kedepan. Musibah besar! Tiba-tiba kulihat muka che Mie jadi sangat menakutkan. 500 ekor rerama Brooke masuk kembali keperut ku, setiap ekor membawa satu kepompong yang sedia untuk menetas sebagai rerama dewasa. Ketika dia mencapai disket lain, aku rasa seolah-olah merasakan Che Mie sengaja membuat gerakan perlahan. Masa separuh beku. Aku tak senang duduk. Jantung berdetap sangat laju, mungkin lebih 160 per minit. Ahhh.. aku tak dapat lagi menahan tekanan. Cik Mie berlakon seolah-olah dia adalah tetamu VIP yang mencabut hadiah utama sebuah kereta. Seolah-olah dia di pentas utama yang berhias indah. Seolah-olah dia diapit dua gadis genit yang seorang memegang kotak cabutan dan seorang lagi memegang replika kunci kereta. Nyatanya, hanya dia yang seronok dengan keadaan itu. John duduk bersandar tak acuh. Sekeping disket telah ada di tangan Che Mie. Aku lihat Nenny senyum lagi. Ishhh.. makin aku tak faham dengan Nenny. Inilah kemuncak paling seram - ketika nama hendak disebutkan, sampai berdiri bulu tengkok. Macam menunggu hukuman maut dari hakim saja. 500 kepompong menetas serentak. Mulut Che Mie bergerak tapi seolah-olah tak berbunyi. Sebenarnya otakku yang secara psikologinya tak sanggup mendengar suara Che Mie lalu menghantar signal pada telinga supaya menuli.
"Amir Hamidi!" Ahhhhh...... aku separuh lega. Persembahan Amir adalah yang paling ditunggu-tunggu. Bermula dari hari itu hingga tamat semester, Amir sentiasa mengagumkan. Che Mie tak pernah kering air mulut memuji Amir, itu Amir, ini Amir, cuba jadi macam Amir, seganlah sikit dengan Amir. Amir, Amir, Amir. Amirlah buah hati semua pensyarah. Amir sangat ajaib. Sekiranya diri Amir boleh diterjemahkan dengan lagu - lagu When You Say Nothing At All adalah paling cocok untuknya. Sangat-sangat aku mahu menyaksikan Amir mempersembahkan keajaipannya, tapi aku tak mampu mengulangi saat-saat tadi. Cemas bukan main-main. Dalam keadaan cemas bukan main itulah, aku dapat idea paling genius! Ternyata Sab sedia mendokong aku. Kami menunggu waktu paling sesuai.
Ketika Che Mie dan seisi kelas sedang mengkagumi Amir, kami senyap-senyap bangun. Badek memandang kami, "Mana?" dia berbisik. "Tandas!" aku menjawab dengan mulut tanpa suara. "Nak ikut!" Badek sedia untuk berdiri. "Tak boleh! ramai sangat nanti Che Mie perasan!" Agak kuat sebenarnya bisikan Sab. Aku jadi khuatir. Badek seperti budak kecil yang terpaku kerana dimarahi guru pertama kali. Dia akur lalu duduk kembali. Aku dan Sab berjalan separuh laju. Lantai makmal mengkhianati kami. Kreok-kreok tak menentu. Canggung saja bunyinya. Janganlah Che Mie tahan kami, aku doa berulang-ulang dalam hati.
10 minit "menyorok" dalam tandas, aku dan Sab kembali ke makmal dengan muka pura-pura tak bersalah. Aku merayu pada Che Mie untuk ambil semula disketku. Aku janji akan hantar semula dalam masa 3 hari. Sungguh-sungguh malu kalau Che Mie lihat hasil kerjaku yang jauh dari sempurna. Nenny melintasiku, aku memandangnya tegang dan pelik. "Itulah, lain kali pakai disket warna, tak payah debar-debar tunggu Che Mie baca nama!" ujar Nenny sambil ketawa.
Lagu dari penyanyi kegilaan Nenny; Ronan Keating
Aku jalan2 di YouTube dan jumpa video ini. Jom teka berapa umur budak ni ;)
Penulis 3 buah novel fantasi.
Ini video pertama dari 10 pecahan. Seronok juga Kick Andy ni. Aku harap dulu Ally Iskandar buat rancangan macam ni la, tapi samaaa je, asyik2 jemput artis. Hmmmm... tak guna belajar tinggi.. opsss...
Kalau bercerita tentang jalan-jalan. Soalan lazim ialah - berapa RM telah terhabis?
Kalau dah kemaruk macam aku dan Yatt, sengkek-sengkek pon tetap kami pergi jua. H1N1? tawakkal sajalah. Hehehe. Memangnya semasa kami ke Bali masing-masing poket kering. April lepas berhabis ke Bangkok, Jun mahu ke Bali pula. Yatt baru saja baharui insuran dan cukai jalan. Aku sendiri belum bergaji bulan itu. Kami adakan saja seada-adanya. Abid saja yang berduit banyak, mungkin. Sebab ini adalah kembara eksperimennya. Berapa pun kos yang dikeluarkan, aku harap kami akan pulang dengan kenangan2 dan pengalaman2 berbaloi.
Dan akhirnya, apa yang kami dapatkan ialah banyak perkara yang tak ternilai. Lagi-lagi pengalaman mendaki gunung Batur.
Bertolak jam 4 pagi. Sejuk yang teramat. aku cemburu melihat Budi cuma bert-shirt lengan pendek. "Dingin?" tanyanya, cuba memprovokasi. Sedangkan aku berbalut muka hingga ke paras hidung. "Sangat!" Jawabku dan dia ketawa senang. Berhenti subuh di pertengahan jalan, dalam gelap dan tak sedar betapa sempit dan dekatnya tempat bersujud dengan tebing curam. Melihat fajar saddiq dan bersolat subuh itu adalah pengalaman spiritual yang tak pernah terbayangkan. Bila melalui semua waktu turun, Kadek bertanya "Ingat tak tadi dimana solat?" Wah!! gerun betul tempat tu kalau solat dalam terang.
Oleh kerana asyik berhenti, kami tak sempat ke puncak sebelum matahari terbit (6.30 pagi). Tapi tetap dapat menyaksikan pemandangan matahari terbit yang sangat indah. Priceless!
Selepas melihat matahari terbit, aku secara automatik memperlahankan langkah - tak tercapai niat utama melihat matahari terbit dari puncak. Pon kami tetap mahu teruskan juga. "Mahu turun, kalau mahu turun sekarang ya bisa!" provok Kadek. Sejak jam 6 pagi henphone ku asyik berbunyi, alarm. suara Effa menyanyi lagu Wonder Pets! dan berulang setiap 10 minit (tas(beg) aku dibawa Kadek jadi aku malas nak berhenti semata-mata mahu mematikan alarm). Akhirnya Kadek hafal lagu Wonder Pets!
Bila sampai di atas, sekali lagi. Priceless!
Inilah yang aku suka sebutkan, leburkan sedikit duit (mungkin juga bukan sedikit) untuk mendapat sesuatu yang tidak ternilai!
Selain pengalaman naik gunung, ada cerita lain yang Priceless! cerita tentang hidup.
SUSAHNYA HIDUP
Pernah aku nyatakan pada seorang kawan, 'Dalam banyak2 hal kehidupan, duit adalah hal yang paling senang didapati'. Kawan ku itu terkejut dengan kenyataan melulu aku. Bongkak sungguh bunyinya. Aku terangkan, 'Kawan, bumi Allah ini luas, melatalah mencari rezeki, rezeki Allah ada dimana2!'
Asal timbulnya kenyatan mengejut ini ialah dari satu soalan rutin 'Bila akan aku berkahwin? Bagaimana kalau aku berjodoh dengan orang yang sederhana? Tidak berharta dan tidak berjawatan?'. Lalu itulah jawapanku, 'Kawan, aduhai adakah kau sangka aku belum berkahwin kerana menunggu calon yang hebat serba-serbi? Rumah dan kereta besar? Kalau soal harta, aku mampu insyaallah mencari sendiri mengikut kehendakku' dan aku sambung lagi dengan kenyataan awal tadi - 'Dalam banyak2 hal kehidupan, duit adalah hal yang paling senang didapati'
Tetapi realitinya, bukan semua manusia mudah rezeki perutnya. Budi, pemandu arah kami ketika pendakian Gunung Batur. Percakapannya lancar tanda otaknya cerdas, fasih Bahasa Inggerisnya dan banyak pengetahuannya tentang hal-hal sekitar sehingga aku senang sekali berbual2 dengannya. Aku tak menyangka dia baru berumur 17. Sejak umur 15 tahun dia menyewa bilik dan duduk berjauhan dari keluarga, bekerja sebagai pemandu arah untuk menanggung sekolahnya. Menurutnya, kalau mengharap pada orang tuanya maka mustahil dia dapat terus sekolah.
Ibu warung pula sehari-hari memanjat gunung mula jam 2 pagi. Bertemankan seekor anjing, nenek 3 cucu berumur 45 tahun itu sudah betah dingin puncak gunung. Memanjat gunung yang curam dan licin ini cuma untuk membuka warung demi sedikit rezeki. Mukanya comot kerana dapurnya adalah dapur kayu. Malah menurut Kadek, kanak2 mereka sejak 10 atau 12 tahun sudah pandai mengambil upah mengangkat barang2 dagangan warung dan kayu api ke puncak. Kadek sendiri kelihatan 10 tahun lebih tua dari umurnya, apa lagi kalau bukan kerana kesan kesusahan hidup. Dan mbak2 yang mengurut kami petang selepas turun dari gunung juga tak kurang susah hidupnya. Tak pernah pakai baju baru dan tak pernah sampai ke Den Pasar yang cuma 2 jam saja perjalanan.
Orang-orang seperti mereka, yang kelihatan lusuh, tidak penting, hidup hari ini cuma untuk hari ini, tidak bercita-cita, tak jelas masa depannya. Adalah pejuang-pejuang dalam dunia mereka sendiri.
Itulah hidup.. dan aku amat-amat bersyukur.. amat-amat bersyukur.. amat-amat bersyukur.. betu-betul bertaubat
Seperti dinyatakan dalam kitab Klasik Ringkasan Sejarah Kerajaan Bani Umayyah, Khalifah Umar Abdul Aziz ialah satu-satunya khalifah Daulah Bani Umayyah yang paling merakyat manakala kahlifah2 lainnya hanya layak dipanggil raja.
Buku ini tidak disusun mengikut kronologi masa tetapi dibahagikan kepada 4 bahagian:
i. Biografi Umar bin Abdul Aziz
ii.Keperibadian dan kisah-kisah Umar bin Abdul Aziz
iii.Khutbah-khutbah Umar bin Abdul Aziz
iv. Surat-surat Umar bin Abdul Aziz
Cerita didalamnya ada yang sependek seperanggan ada juga yang makan 2-3 mukasurat. Bahasanya agak payah difahami jika baca tidak dengan kesabaran, mungkin kerana buku ini adalah terjemahan. Dibahagian belakang dinyatakan bahawa buku ini mengandungi beberapa episod sejarah perjalanan hidup Umar bin Abdul Aziz yang terdapat dalam pelbagai manuskrip di beberapa muzium an perpustakaandi Timur Tengah dan Eropah.
Berikut ialah beberapa episod menarik dari buku ini.
SEBELUM MENJADI KHALIFAH
Sebelum menjadi Khalifah, Umar bin Abdul Aziz hidup dalam kemewahan. Beliau lahir dan dibesarkan di Madinah. Oleh kerana dia tidak mengikut ayahnya yang berpindah ke Mesir(untuk menjadi Amir), Abdul Malik bin Marwan, khalifah ketika itu yang juga pak cik sebelah ayahnya memerintahkan elaun 1000 dinar kepada Umar bin Abdul Aziz setiap bulan.[nilai syiling dinar kini lebih kurang 5ribu sekeping. 5000x1000=5m]. Umar bin Abdul Aziz bila bejalan akan terbau harum minyak wanginya dari kejauhan. Rambutnya terurai rapi dan indah. Sarung jubahnya dibiar meleret dan jalannya melenggang. Dia popular dengan gaya jalannya itu. Kalau seliparnya rosak, dia akan terus membuangnya, jika hambanya mengambil selipar itu(untuk dibaiki) dia akan marah. Sutera berharga 800 dirham masih kasar padanya. Meskipun begitu, dia tidak pernah melakukan perbuatan tercela yang berkaitan dengan perut, kemaluan dan pemerintahan.
KETIKA MENJADI KHALIFAH
Sejak menjadi khalifah, Umar bin Abdul Aziz meninggalkan kehidupan mewah kerana takutnya dia dipersoalkan di hari pembalasan kerana amanah pada harta rakyatnya. Gajinya sebagai khalifah ialah 200 dinar. Setiap hari, belanja untuk keluarganya makan cuma 2 dirham. Bajunya cuma 8 dirham tetapi bila dia mengusap baju itu dia masih berkata 'Alangkah bagusnya..'. Pada suatu ketika dia terlambat kemasjid untuk bersolat Jumaat sehingga ramai jemaah mencelanya, sebenarnya bajunya dicuci dan dia tidak ada baju lain untuk dipakai. Malah, Umar tidak mampu mengumpulkan biaya untuk dia menunaikan Haji. Walaubagaimanapun, dia berjaya mengkayakan rakyatnya hingga tiada siapa yang berhak menerima zakat. Seluruh baitul-mal digunakan untuk menolong orang miskin, sakit dan ibn sabil (anak yatim sebab peperangan), membantu rakyat menyelesaikan hutang dan melepaskan pajak, mengembalikan harta yang dirampas secara zalim oleh pemerintah terdahulu dan memberi setiap orang buta seorang pembantu khas.
Suata hari seorang wanita Iraq datang kerumah Umar bin Abdul Aziz. Oleh kerana tiada pengawal yang berkawal dirumahnya, sesiap saja boleh datang berjumpa khalifah. Ketika perempuan itu datang, Fatimah (isteri umar) sedang menjahit pakaian lalu menyambut kedatangan tetamunya. Ketika mereka sedang bercakap-cakap, datanglah Umar keperigi disisi rumahnya. Dia mengambil air dari perigi dan membasuh lantai rumah yang berdebu. Sambil dia mengambil air, dia asyik melirik pada Fatimah. Wanita Iraq itu pon berkata kepada Fatimah 'Tutuplah dirimu lebih rapat, kulihat pembantumu ini sering menjeling kepadamu'. Lalu Fatimah menjawab 'Dia bukan pembantuku, dialah Amirul Mukminin'. Aduhaii.. khalifah disangka pembantu, betapa sederhananya penampilan Umar bin Abdul Aziz.
Sejak dari dahulu, bani Umayyah menikmati kemewahan yang dikurniakan dari Khalifah mereka. Tetapi ketika Umar bin Abdul Aziz memerintah, beliau memotong pemberian yang biasa mereka dapati. Malah segala harta rakyat yang mereka dapati secara zalim (melalui khalifah terdahulu) juga dipulangkan semula kepada tuannya. Ini menyebabkan bani Umayyah tidak suka kepada Umar. Suatu hari mereka menemui Umar untuk mengambil pemberian dari Umar, tetapi Umar hanya memberi 10 dinar saja pada mereka. Meraka marah kerana tidak berpuashati, lalu Umar berkata 'Aku habiskan satu malam memohon ampun kepada Allah untuk memberikan kamu 10 dinar ini'. Bani Umayyah mencela diri sendiri kerana mengahwinkan ayah Umar; Abdul Aziz bin Marwan dengan cucu Saidina Umar Al Khattab yang terkenal tegas dalam pemerintahan.
AKHIR PEMERINTAHANNYA
Setelah kematian pembantu setianya; Sahal(saudaranya), Abdul Malik(anaknya) dan Muhazim(hambanya) beliau berdoa supaya Allah segera menjemputnya. Beliau akhirnya wafat kerana diracun. Sebelum wafat, dipanggil orang yang meracunnya malah memaafkannya. Beliau memerintah cuma selama 2 tahun 4 bulan tetapi membawa kesenangan pada rakyatnya.
