PRU dah seminggu berlalu... kita semua dah tahu keputusannya. kali ni lain betul dari yg dulu2. makin hari, jadi makin menarik untuk diikuti.
dulu, aku lebih minat dengar berita berita luar negara saja.
skrg, malaysia jadi subjek yg sangat menarik untuk dibaca, didengar dan dibincangkan, aku kembali bergayut di forum cari
kemaruk betul!
"Banyak bendera BN je, itu bulan sikit je", pagi-pagi chong dah bukak topik pilianraya.
"BN kan bnyk duit, PAS mana ada duit, nak pilihanraya pon pungut derma", aku sampuk.
"I dengar ada company Singapore pun derma itu PAS, diaorg ada kilang sini"
"Ohh.. Ye ke?"
"Tak pelah, at least tahun ni, diaorg dpt 1 undi dr I"
"Betul ke ko ni Chong?"
Musim ini siaran TV adalah sesuatu yg menjelikkan dan meloyakan.
Musim ini kau akan dapat lihat dan dengar lawak-lawak antarabanga di TV.
Semalam, aku bukan sengaja mahu tonton. Satu headline yang buat aku terangkat kepala. Dalam berita TV3 lebih kurang begini bunyi laporannya.
"Malaysia berjaya menjadi negara membangun daripada negara miskin dalam masa 50 tahun. Tiada negara lain yang dapat melakukannya seperti Malaysia"
lawak tak? lawak tak? lawak tak? hahahaha aku rasa macam nak pecah perut
Siapa ya negara lain tu? Jepun? Korea? atau Vietnam? Singapura? ahh.. Singapura terlalu kecil, tak boleh kira
Lebih kurang halnya mcm statement sebelum ini, kalau kau pernah dengar "Kitalah negara pertama yg memberi pendidikan percuma" - ekoran pelupusan yuran sekolah yg lebih murah dari harga minyak masak 5k.
Apapun, "Tiada negara lain yang dapat melakukannya seperti Malaysia" boleh didefinasikan dengan pelbagai maksud, dan aku bersetuju dalam 1 daripadanya. hehe
nota kaki:
i)perang korea utara selatan tamat 1953
ii)bom atom jatuh di horoshima dan nagasaki 1945
Biasanya kalau musim2 pilihanraya ni aku memang mengelak menonton berita. Semuanya muak dan mual. Tapi mlm tadi waktu berkemas dan TV pon terpasang, aku mendgr berita tengah malam.
aku agak terkejut dengan statement2 dalam berita tu. memang skrg ni dah rabun isu semasa aku ni.
menurut sumber berita tersebut (bukan RTM, bukan Media Prima):
1) Pilihanraya kali ini diadakan awal. Sebagaimana pilihanraya mengejut 3 tahun lepas
2) Menurut tinjauan, populariti Pak Lah merosot kepada 60% berbanding 90% pada musim pilihanraya lepas
3) Pilihanraya diadakan awal untuk mengelakkan Anwar Ibrahim bertanding (tempoh tidak boleh bertanding Anwar tamat pertengahan April ini)
4) Walaupun ekonomi Malaysia meningkat 6%, tetapi Pak Lah dikatakan tidak memberi restasi yang diharapkan oleh rakyat Malaysia.
5) Kerajaan Pak Lah bercadang menaikkan harga minyak tahun ini yg mana sangat tidak disukai oleh rakyat. Maka pilihanraya diadakan sebelum kenaikan.
14 Febuary 6.00ptg [office]
CNY baru seminggu, maksudnya Cah Goh Meh seminggu lagi. Aku masih duduk dikerusi walau waktu pejabat sudah tamat. Dari tadi aku dengar Janice cho che cho che, bahasa yg aku dengar hari2 tapi tak paham2. Janice entah bertalian dengan siapa. Gagang di letak. Hawa!! lai lai.. come here!!
Alamak.. client ke call tadi? ada issue ke? dah petang2 ni..
"Hawa!!!"
"Ya.. ya coming ni..".... "Apa?" aku jenguk kepala saja dimuka pintu.
"Tengok ni, peliklah.. kenapa I punya ang pow semua isi bnyk? semua 10 dan 20 leh..." Sepah2 paket merah atas meja dia.
Arghhh... tensennya aku..
"Oiii... cah goh meh kan seminggu lagi!!!!"
=================================================================
11 February 8.45pagi [lobi office tower]
Hari meriah di pejabat. Pagi2 semua staf menunggu singa datang untuk menari2.
Boss sampai singa pon menari... dong dong cheng!!dong dong cheng!!
Habis menari dan jampi menjampi.. pejabat jadi meriah.. wah... ada yg memberi ada yg menerima.
"Happy new year.."..1 paket..
"Happy new year.."..2 paket..
"Happy new year.."..3 paket..
"Happy new year..".. paket..
"Happy new year..".. paket..
semua org jadi budak kecil..
--------------------------------------------------------------------------
11 February 12.30tgh [restoran cina, rasarasa golf club]
"Happy new year..".. paket.
"Happy new year..".. paket.
"Happy new year..".. paket.
Aku bersyukur, walaupon aku tak belajar Eng dalam subjek Sc & Math aku masih boleh cakap "Happy new year.." dan... dapat..paket.. hahah
Makan besar.
"Sekarang belum boleh bukak ang pow", kata Janice.
"Oh.. iye? Bila boleh buka?", aku tanya [dalam kepala congak2 bilangan peket x 1 jumlah]
"Ikut Chinese tradition after habis raya".
"Lepas Cap Goh Meh? lamanya...".
"Yes.. atau next year lorrr...".
Ohh.. gitu Chinese tradition...
-------------------------------------------------------------------------
12 February 9.00pagi. Bermula hari kerja biasa selepas cuti panjang
"Hawa, you dah kira berapa dapat ang pow semalam?"
"Eii.. sendiri tak nak buka tapi nak spoiler plak?" hahaha
ooo.... penatnya penatnya pegi singapure
penatnya badan ku rasa,
baru pulang dari singapura,
training 3 hari je tapi rasa lama,
dahla kena bangun pagi, awal sejam dari hari biasa..
courseway punya jam tak boleh nak teka,
kastam johor lubang besar depan kaunter,
pagi2 bnyk kereta lumba-lumba,
jalan kat sana kancil aku kecikkk sangat rasanya,
paya lebar kami terpa,
tukar2 drive kongsi kereta,
ERP on plak sebab pick hour,
top up aotupass card + 5 dolar,
ooo.... lepaknya lepaknya pegi singapura
trainer taiwanese, orgnye blur,
nak sebut CARD jadi kereta (CAR),
susah betul nak tangkap apa dia kata,
duduklah seharian asik kira masa,
trainee mcm2 original(wargenegara) ada,
singapore, malaysia, indonesia, philihine, india dan cina,
aku tengok semua org pon mcm blur,
diaorg pon tak paham mcm aku gak ke? hahaha
Pak menteri kata hubungan baik antara dua negara ni boleh diperkukuhkan dengan menggalakkan hubungan baik golongan muda dari kedua-dua negara.
Emmm... apa bende yang dia cakap ni? Ada ke hubungan Msia-Spore tegang sebab rakyat kedua-dua negara suka bertelingkah? Hubungan Msia dan Spore yang tegang itu kita pun tahu adalah bersekitaran isu air, isu pasir, isu tambak dan sebagainya. Itu ialah hubungan politik dan berkaitan dengan dasar negara yang mana pembuat keputusan dan perundingnya bukan dari kalangan rakyat biasa.
Hubungan antara rakyat tu yang aku lihat tiada apa yang harus dibimbangkan. Kalau setakat kutuk-kutuk di jalan raya tu biasalah. Ramai orang JB ada 'weekend neighbour'. Jiran mereka Singaporean yang balik rumah waktu hujung minggu saja. Orang Johor yang bekerja di Sigapura bukan main ramai. Waktu hujung minggu kita boleh lihat tempat letak kereta City Square dan Plaza Angsana dipenuhi kereta-kereta Singapura. Bermula hari Jumaat, di stesen minyak Shell di Jalan Wong Ah Fook tu, berderet kereta Singapura mengisi tong.
Tengok saja Aaron Aziz dan Adi Putra, terus-terus jadi kegilaan anak muda Malaysia. Paling tidak tengok saja Hetty Sarlini.
Dan Mok (nama sebenar, ialah seorang kawan yang tiap hari berulang alik, jb-sigapore) juga tak pernah menganggap Singapore itu 'luar negara'. Tapi dia juga tak bermaksud Singapore 'sebahagian dari Malaysia'. Bukankah itu sudah cukup baik?
Mok: Nak pergi bercuti?
Awa: Yap yap :D
Mok: First time pergi oversea?
Awa: Haha.. apalah Mok, Awa kan selalu pergi oversea
Mok: Singapore does'nt count
Awa: Haha.. kalau kira maksudnya hari-hari Mok pergi oversea
dah berbulan2 baru aku tergamak... menulis
aku pernah jatuh tersepuk. rasa sakit. aku jatuh sebab mengejar engkau yang tiba-tiba mau lari, aku kejar, engkau lari lagi, aku kejar.. aku kejar.. aku kejar, sampai aku penat dan aku jatuh tersepuk.
mula-mula aku tak daya nak bangun. tapi tiba-tiba macam ada satu dendam dalam diri aku. betul kata engkau. aku mampu berbuat apa saja. tanpa engkau pun. oh.. aku tidak kata aku boleh buat sendiri-sendiri. tapi aku cuma hilang engkau seorang. engkau seorang.. (sekurang-kurangnya itulah yang aku nampak)..
entah macammana, walau sakit, pedih, pahit hati aku ni. dan betapa payah aku mahu yakinkan diri, akhirnya aku sekarang sudah berlari anak kembali. sudahlah.. kalau kau tak tahu menghargai aku.
engkau nampaknya masih belum tahu beza duit dengan kawan. aku selalu cakap, duit bukan boleh bawak mati. tapi aku sendiri cari duit macam nak mati.
kalau kau rasa aku ni kebal dah tak berperasaan, kau silap. kalau kau tak tahan dimarahi aku, awas.. yg lebih ganas menanti engkau diluar. lagi tinggi kau daki lagi ganas kau akan jumpa. ya.. aku dah biasa dimarah2 begitu, sebab itu aku pun biasa marah-marah begitu. everything is business nothing personal ok! personal ialah bila kita duduk dimeja makan atau lepak-lepak depan tv sayang..
dan yang lebih penting perlu kau ingat, aku tak pernah membuang engkau, engkau yang menarik diri.. dan aku tak pernah nafi engkau sebagai kawan. yang putus ialah business, personal aku tak mungkin putuskan. sampailah beberapa ketika, bila engkau nampaknya tak mahu lagi mengingat aku lagi dan aku rasa terhina. aku lihat dari jauh, engkau mana tahu!. engkau memang dungu, masih tak tahu bezakan business dan personal.
kita dijalan sendiri-sendiri. aku doakan kau berjaya. betul, selain hal business, aku tak ada demdam pada kau. dendam aku pun jenis mulia, aku takkan hembus apa-apa. dendam aku cuma buatkan aku mahu lompat tinggi dan tinggi lagi..

Terima kasih Janice untuk cake yang 'sihat' hehehe
Terima kasih Fresh for a wonderful and refreshing dinner
Terima kasih kawan-kawan atas doa kalian.
Ya Allah, berkatilah umurku, mudahkan urusan dunia dan akhiratku, tetapkan aku pada jalanMu, kurniakan aku cintaMu dan cinta orang yang mencintaiMu.
Juga berkati ibu yang mengandung dan melahirkankan ku, bapa yang membenihku. Satukan kami nanti dinegeri abadimu. Aminn..
Dah lebih 5 minit kami di dalam kereta, tapi kereta masih tak bergerak. Chong, si pemandu sedang bercakap di talifon.
"Ok, boleh jalan" fuhhh.. lega aku. Penat betul hari ni.
{"you have a call..."} kata perempuan gatal dalam telifon Chong. Kelang kabut sikit Chong, menjawab panggilan sambil memandu keluar dari tempat letak kereta.
"William, you should drive, let Chong answer the phone", ujar ku.
"Me? kang long!!"
"Ha?? apa maksud tu"
"err.. LONGKANG..." jawab William
Hahaha hah ha.. aku sangka kang long ialah Chinese word.. huhuhu
Ketika menunggu shuttle car yang membawa pekerja ke pejabat penuh. Aku mendengar perbualan ini. Antara pemandu dan penumpang (seorang cik) yang duduk di tempat duduk hadapan.
nota: Pemandu dan Cik dari syarikat berbeza. Beberapa syarikat menggunakan perkhidmatan ini.
Pemandu: Dia orang ni lambat betul.. sayakan, mana pun saya kerja tak pernah datang lambat.
Cik:Iya?.. saya pulak memang selalu lambat. hehe. Kalau balik kerja lambat saya tak kisah, tapi kalau datang awal memang masalah sikit.[Sengih]
Pemandu: Tak ada punch card ke?
Cik:Masuk guna smart card, mestilah ada rekod masa, tapi tak strict pun. Kalau datang lambat, balik la lambat.
Pemandu: Oooo... kitaorg kena punch sebab nak rekod overtime
Cik:Betul juga. Kitaorang tak ada overtime pun, kalau kerja hujung minggu, dapat cuti ganti je
Pemandu: Tak ada overtime? Dia orang bayar banyak ke? Berapa dia orang bagi? (maksud dia gaji)
Cik:[Nampak tak selesa sikit dengan soalan pemandu tu] hmmm... bolehla.. kira ok juga.
Pemandu:[Tak puas hati dengan jawapan cik tadi]Seribu lebih ada?
Cik:[Lebih tak selesa.. betulkan sikit kedudukan.. rasanya dia tak tahu nak jawab macammana. Tunduk saja cik tu, sambil belek-belek mini yellow pages]emm... aaa.. kat situ (opis cik) semua engineers. [cik senyum kelat]
Pemandu:Engineers? Awak pun ingineer? [Pemandu terperanjat]
Cik:Ya..[cik jawab lambat-lambat]
Pemandu:Awak ni simple sangat, tak macam engineer pun.
Cik:[Senyum] Ye ke? Habis engineer patut rupa macammana? Saya macam kerani ya?
Pemandu:Haah, mintak maaf la.
Cik:[Ketawa kecil] Tak apa, tak kisah pun
Collection From yummyflashy.blogspot.com
Apa maksud 'meraikan kemenangan di hari raya?' renung2kan dan selamat beramal..
hari pertama puasa
buka puasa sederhana. ketika aku kocoh-kocoh menyarung telekung, kedengaran azan isyak dari surau di baruh. emak menunggu di luar, sambil makan kurma. bising mulut emak, khuatir tak sempat nak solat sunat rawatib. aku lekas-lekas mengambil kunci motor dari tangan emak, sorong tolak motor, hidupkan enjin dan sedia menanti emak. Effa, sibuk melompat-lompat dan melambai-lambai macamlah kami nak pergi explore race. aku labuhkan kain dan telekung supaya menutup apa yang patut. Emak duduk mengiring selesa (kedua-dua kaki sebelah kiri). Dalam ragu-ragu dapat juga aku mendaki bukit naik ke jalan depan rumah kami.gelap dan curam. Tak dapat ingat bila kali terakhir aku menunggang motorsikal apalagi membonceng emak seperti ini. Dalam gelap, berkibar-kibar telekung aku dan mak. Kalau orang bandar jakun tentu dia ingat hantu macam dalam cerita susuk. Aku pula tak reti nak bawak motor perlahan. lepas gian...hahaha. Tak sampai lima minit, kami sampai ke kelab ekslusif emak - surau. Motor aku lajakkan ke belakang, terus di depan pintu jemaah perempuan. Aku turun motor dengan bergaya. Kain batik di balik kain telekung sikit pon tak londeh. LULUS! alhamdulillah.. aku masih orang kampung hahaha
hari kedua puasa
kira-kira jam lima petang. kak ani dah mula sibuk membuka bunga silat di dapur.
"nak masak apa?"
"tu ha, kelapa tu parutkan!" dia tak menjawab sebaliknya memberi perintah.
aku jengukkan kepala. mesin parut mak betul-betul di sebelah pintu. sebiji kelapa terletak atas mesin parut. aku pegang. hmm.. masih bulat lagi. aku tak dapat ingat bila kali terakhir aku menetak kepala ehh kelapa. aku ambil pisau daging di atas rak. kelapa di tangan kanan, pisau ditangan kiri.maaf, aku kidal. aku berdiri di atas simen, sempadan bangsal dan tanah.
tukkk... belakang pisau bertemu tempurung kelapa. melantun.
tukkk... tukk.. tuk.. tukkk ..melantun lagi. aku agak ragu-ragu jadi terlalu berhati-hati menetak.
tukkk.... krakkk... ah.. dah retak sikit. aku senyum sendiri.
biji kelapa aku pusing pusingkan dengan sebelah tangan. macam pro!
tukk... air kelapa meleleh ikut celah jari..
tukkkk.. makin banyak air yang keluar.. sedapnya!!! patutnya aku sediakan jag untuk tadah air ni.. ah.. tadah dengan mulut saja. opsss... puasalah.. alahai.. puasa-puasa gini, air kelapa tua pun nampak sedap.
bila air kurang menitik, aku bawa kelapa ke sinki, dengan pisau yang sama, aku kopakkan kelapa terbelah jadi dua. Ah.. LULUS! alhamdulillah.. aku masih orang kampung hahaha
Tahun lepas pagi-pagi lagi Dr Ct talifon, ingatkan supaya jangan lupa ucapkan 'Selamat Hari Lahir' pada Dr Rose.
Tahun ni aku lupa lagi.. hehehe.. tapi kali ni dia sendiri yang ingatkan :p
dr rose
09/06/07
10:08AM
U lupa birthday I semalam! Merajuk tau!....
"Sorrylah dr, semalam saya I pergi oversea hehehe"... baikk punya alasan ...
pergi oversea ke? setengah hari dah balik huhuhu
Selamat Hari Lahir ke4?
Semoga bahagia selalu, terus ceria dan terus berjaya.
Semoga main beriman, makin solehah dan sihat sejahtera.
Doa istimewa: Semoga ada rezeki menunaikan haji tahun ini!
Bila kau kerja so called international company, orang kata mesti lancar berbahasa Inggeris. Sebenarnya mereka salah (kecuali kau dalam bidang pemasaran). Sebenarnya kau lebih perlu skill mendengar dan mengenalpasti perkataan-perkataan yang keluar dari mulut-mulut orang-orang original/internasional. [50% efford aku semasa mesyuarat ialah memahamkan perkataan, kemudian barulah cerna isi]
Sebagaimana kau sabar mendengar sebutan mereka yang pelik-pelik dan pelat-pelat tu, begitu juga mereka akan sabar mendengar kau sebut ..aa..aa..
Kami ada seorang staff, yang kalau kau dengar dia cakap inggeris pun kau dengar macam cakap tamil. Dia meletakkan jawatan dengan alasan mahu balik kampung (India). Tetapi rupa-rupanya dia sekarang berkerja di US.
Jadi adik-adik, jangan rasa malu dan rendah diri kalau tak lancar bebahasa Inggeris. Namun, pastikan sentiasa majukan diri. Yang kita patut rasa malu patut jika kita tak menghormati bahasa sendiri.
Selesai makan, aku dan mala menyinggah di pasaraya UntungOrangramai. Aku bukan peminat epal tapi entah kenapa aku tiba-tiba terluir melihat epal fuji yang berloggok di atas para. Aku pegang. Agak sejuk. Sebiji epal fuji, RM 1.60.
Epal fuji pada tangan kanan, pisau kecil pada tangan kiri. Jadinya aku menyuap dengan tangan kiri. Tentu emak marah kalau lihat aku begitu. Aku tak pandai memotong dengan tangan kanan dan terlalu malas untuk memindahkan potongan epal dari tangan kiri ke tangan kanan. Potong dan gunakan pisau menyudu epal ke mulut.
Tiba-tiba aku teringat sesuatu. Perkara yang aku tangguhkan sejak dari pagi tadi. Kononnya mahu menanti waktu yang paling ideal. Aku pandang jam pada skrin komputer. Alamak! 2.15 dah. Hmmm.. aku terlewat, Yanti sudah pun berlepas ke Jepun, tak sempat pun nak mengucapkan selamat jalan.
Hmmm... patutlah aku tiba-tiba teringin makan epal fuji.
Melihat upacara sambutan besar-besaran ulangtahun kemerdekaan negara ke-50 di televisyen, aku rasa terpinggir. Apakah sambutan ini untuk warganegara Malaysia atau untuk warga beberapa parti sahaja? Habis mana letak duduknya aku yang tak berparti ini?
Okey... aku faham apa propaganda maksud yang mahu disampaikan. Malaya dimerdekanakan oleh 'mereka'. Merekalah pejuang sebenar kemerdekaan. Harus kita bersyukur pada mereka kerana memerdekakan kita, memberi kita keamanan dan kesenangan hingga hari ini. Jangan kita berani menderhaka. Susah kalau negara kita dijajah kembali seperti dulu. Pilihanraya sudah dekat
Keterlaluankah kalau aku katakan, sambutan kemerdekaan besar-besaran ini adalah sebenarnya kempen pilihanraya terbesar yang pernah diadakan? kalau berbanding dari segi impak dan volume penonton, ini mungkin kempen termurah sebab ia di jayakan penuh gilang gemilang dengan duit rakyat kerajaan.
SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KEMERDEKAAN KE-50!!!!!!!
NEGARA INI NEGARA KITA SEMUA. WAJIB KITA CINTAI, JAGA DAN PERTAHANKAN. BUKAN MILIK KERAJAAN, BUKAN MILIK PARTI PEMERINTAH, BUKAN MILIK PENGUATKUASA UNDANG-UNDANG. BUKAN MILIK HARTAWAN. MALAYSIA MILIK WARGANEGARANYA. ORANG BESAR, ORANG KECIL, ORANG ATAS, ORANG BAWAH ADA KEMILIKAN YANG SAMA. TAK LEBIH TAK KURANG.
MARI SAMA-SAMA BERSYUKUR PADA PUNCA CINTA SEGALA CINTA, PUNCA KUASA SEGALA KUASA, PUNCA SEGALA YANG JADI, YANG HIDUP YANG MATI. ATAS SEGALA NIKMAT YANG KITA HIRUP SELAMA INI. DIA SAJA YANG AKAN MENJAGA KITA. MEMBERI MASA DEPAN KITA.
ORANG BESAR, ORANG KECIL, ORANG ATAS, ORANG BAWAH ADALAH MANUSIA YANG TAK BERNILAI APA JIKA DIBANDING DENGAN DIA
