hari pertama puasa
buka puasa sederhana. ketika aku kocoh-kocoh menyarung telekung, kedengaran azan isyak dari surau di baruh. emak menunggu di luar, sambil makan kurma. bising mulut emak, khuatir tak sempat nak solat sunat rawatib. aku lekas-lekas mengambil kunci motor dari tangan emak, sorong tolak motor, hidupkan enjin dan sedia menanti emak. Effa, sibuk melompat-lompat dan melambai-lambai macamlah kami nak pergi explore race. aku labuhkan kain dan telekung supaya menutup apa yang patut. Emak duduk mengiring selesa (kedua-dua kaki sebelah kiri). Dalam ragu-ragu dapat juga aku mendaki bukit naik ke jalan depan rumah kami.gelap dan curam. Tak dapat ingat bila kali terakhir aku menunggang motorsikal apalagi membonceng emak seperti ini. Dalam gelap, berkibar-kibar telekung aku dan mak. Kalau orang bandar jakun tentu dia ingat hantu macam dalam cerita susuk. Aku pula tak reti nak bawak motor perlahan. lepas gian...hahaha. Tak sampai lima minit, kami sampai ke kelab ekslusif emak - surau. Motor aku lajakkan ke belakang, terus di depan pintu jemaah perempuan. Aku turun motor dengan bergaya. Kain batik di balik kain telekung sikit pon tak londeh. LULUS! alhamdulillah.. aku masih orang kampung hahaha
hari kedua puasa
kira-kira jam lima petang. kak ani dah mula sibuk membuka bunga silat di dapur.
"nak masak apa?"
"tu ha, kelapa tu parutkan!" dia tak menjawab sebaliknya memberi perintah.
aku jengukkan kepala. mesin parut mak betul-betul di sebelah pintu. sebiji kelapa terletak atas mesin parut. aku pegang. hmm.. masih bulat lagi. aku tak dapat ingat bila kali terakhir aku menetak kepala ehh kelapa. aku ambil pisau daging di atas rak. kelapa di tangan kanan, pisau ditangan kiri.maaf, aku kidal. aku berdiri di atas simen, sempadan bangsal dan tanah.
tukkk... belakang pisau bertemu tempurung kelapa. melantun.
tukkk... tukk.. tuk.. tukkk ..melantun lagi. aku agak ragu-ragu jadi terlalu berhati-hati menetak.
tukkk.... krakkk... ah.. dah retak sikit. aku senyum sendiri.
biji kelapa aku pusing pusingkan dengan sebelah tangan. macam pro!
tukk... air kelapa meleleh ikut celah jari..
tukkkk.. makin banyak air yang keluar.. sedapnya!!! patutnya aku sediakan jag untuk tadah air ni.. ah.. tadah dengan mulut saja. opsss... puasalah.. alahai.. puasa-puasa gini, air kelapa tua pun nampak sedap.
bila air kurang menitik, aku bawa kelapa ke sinki, dengan pisau yang sama, aku kopakkan kelapa terbelah jadi dua. Ah.. LULUS! alhamdulillah.. aku masih orang kampung hahaha
Tahun lepas pagi-pagi lagi Dr Ct talifon, ingatkan supaya jangan lupa ucapkan 'Selamat Hari Lahir' pada Dr Rose.
Tahun ni aku lupa lagi.. hehehe.. tapi kali ni dia sendiri yang ingatkan :p
dr rose
09/06/07
10:08AM
U lupa birthday I semalam! Merajuk tau!....
"Sorrylah dr, semalam saya I pergi oversea hehehe"... baikk punya alasan ...
pergi oversea ke? setengah hari dah balik huhuhu
Selamat Hari Lahir ke4?
Semoga bahagia selalu, terus ceria dan terus berjaya.
Semoga main beriman, makin solehah dan sihat sejahtera.
Doa istimewa: Semoga ada rezeki menunaikan haji tahun ini!
Bila kau kerja so called international company, orang kata mesti lancar berbahasa Inggeris. Sebenarnya mereka salah (kecuali kau dalam bidang pemasaran). Sebenarnya kau lebih perlu skill mendengar dan mengenalpasti perkataan-perkataan yang keluar dari mulut-mulut orang-orang original/internasional. [50% efford aku semasa mesyuarat ialah memahamkan perkataan, kemudian barulah cerna isi]
Sebagaimana kau sabar mendengar sebutan mereka yang pelik-pelik dan pelat-pelat tu, begitu juga mereka akan sabar mendengar kau sebut ..aa..aa..
Kami ada seorang staff, yang kalau kau dengar dia cakap inggeris pun kau dengar macam cakap tamil. Dia meletakkan jawatan dengan alasan mahu balik kampung (India). Tetapi rupa-rupanya dia sekarang berkerja di US.
Jadi adik-adik, jangan rasa malu dan rendah diri kalau tak lancar bebahasa Inggeris. Namun, pastikan sentiasa majukan diri. Yang kita patut rasa malu patut jika kita tak menghormati bahasa sendiri.
Selesai makan, aku dan mala menyinggah di pasaraya UntungOrangramai. Aku bukan peminat epal tapi entah kenapa aku tiba-tiba terluir melihat epal fuji yang berloggok di atas para. Aku pegang. Agak sejuk. Sebiji epal fuji, RM 1.60.
Epal fuji pada tangan kanan, pisau kecil pada tangan kiri. Jadinya aku menyuap dengan tangan kiri. Tentu emak marah kalau lihat aku begitu. Aku tak pandai memotong dengan tangan kanan dan terlalu malas untuk memindahkan potongan epal dari tangan kiri ke tangan kanan. Potong dan gunakan pisau menyudu epal ke mulut.
Tiba-tiba aku teringat sesuatu. Perkara yang aku tangguhkan sejak dari pagi tadi. Kononnya mahu menanti waktu yang paling ideal. Aku pandang jam pada skrin komputer. Alamak! 2.15 dah. Hmmm.. aku terlewat, Yanti sudah pun berlepas ke Jepun, tak sempat pun nak mengucapkan selamat jalan.
Hmmm... patutlah aku tiba-tiba teringin makan epal fuji.
Melihat upacara sambutan besar-besaran ulangtahun kemerdekaan negara ke-50 di televisyen, aku rasa terpinggir. Apakah sambutan ini untuk warganegara Malaysia atau untuk warga beberapa parti sahaja? Habis mana letak duduknya aku yang tak berparti ini?
Okey... aku faham apa propaganda maksud yang mahu disampaikan. Malaya dimerdekanakan oleh 'mereka'. Merekalah pejuang sebenar kemerdekaan. Harus kita bersyukur pada mereka kerana memerdekakan kita, memberi kita keamanan dan kesenangan hingga hari ini. Jangan kita berani menderhaka. Susah kalau negara kita dijajah kembali seperti dulu. Pilihanraya sudah dekat
Keterlaluankah kalau aku katakan, sambutan kemerdekaan besar-besaran ini adalah sebenarnya kempen pilihanraya terbesar yang pernah diadakan? kalau berbanding dari segi impak dan volume penonton, ini mungkin kempen termurah sebab ia di jayakan penuh gilang gemilang dengan duit rakyat kerajaan.
SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KEMERDEKAAN KE-50!!!!!!!
NEGARA INI NEGARA KITA SEMUA. WAJIB KITA CINTAI, JAGA DAN PERTAHANKAN. BUKAN MILIK KERAJAAN, BUKAN MILIK PARTI PEMERINTAH, BUKAN MILIK PENGUATKUASA UNDANG-UNDANG. BUKAN MILIK HARTAWAN. MALAYSIA MILIK WARGANEGARANYA. ORANG BESAR, ORANG KECIL, ORANG ATAS, ORANG BAWAH ADA KEMILIKAN YANG SAMA. TAK LEBIH TAK KURANG.
MARI SAMA-SAMA BERSYUKUR PADA PUNCA CINTA SEGALA CINTA, PUNCA KUASA SEGALA KUASA, PUNCA SEGALA YANG JADI, YANG HIDUP YANG MATI. ATAS SEGALA NIKMAT YANG KITA HIRUP SELAMA INI. DIA SAJA YANG AKAN MENJAGA KITA. MEMBERI MASA DEPAN KITA.
ORANG BESAR, ORANG KECIL, ORANG ATAS, ORANG BAWAH ADALAH MANUSIA YANG TAK BERNILAI APA JIKA DIBANDING DENGAN DIA
Tahniah yan, akhirnya sampai juga hajat hendak ke Jepun. Selamat berseminar, selamat membentang, selamat bercuti juga. Berbaloi penat lelah dan masa untuk buat kajian ilmiah. Semoga terus berjaya!
Tahniah Bad, akhirnya terlaksana juga rancangan hendak menyambung ijazah kedoktoran. Antara kawan-kawan kita, nampaknya engkaulah perintis. Aku masih ingat satu masa kau talifon dari Sussex ketika engkau begitu tertekan dan hampir-hampir putus asa. Semua lihat engkau sangat kuat. Rasanya macam baru sangat engkau pulang, sekarang mahu pergi lagi. Engkau ke negara kanggaroo pula. Tapi kali ini berteman, dia tentu akan sentiasa menyokong engkau sebab engkau pon begitu. Kau tak perlu lagi mengadu pada aku, tapi tolong jangan lupakan aku.
Tahniah Jas, senyap-senyap saja Jas pun akan bergelar Dr falsafah beberapa tahun lagi. Mudah-mudahan dimudahkan semua urusan di tempat orang. Semoga anak-anak pun cepat menyesuaikan diri. Apatah lagi Jas berangkat selepas seminggu Ramadhan, tentu lebih payah cabarannya. Sabar-sabarlah raya tahun ni tak dapat cium tangan emak.
Tahniah Dr Rose, senyap-senyap saja rupa-rupanya sekarang dah duduk dikerusi dekan. Tetaplah jadi superwoman Awa. Rindu sungguh rasanya. Tak ada orang yang marah awa macam Dr Rose. Makin kena marah makin sayang pulak hehehe.
"Tahu tak kenapa dia dipanggil Little Red Riding Hood?" Effa geleng. "Sebab dia ada baju warna merah yang nenek dia buatkan, dia suuuuka sangat pakai baju tu. Hari-hari dia pakai"
Effa kerut-kerut dahi."Nenek effa tak buatkan effa baju merah!"
"Oh!.. habis nenek buatkanbaju warna apa?"
"Hijau"
"Oooo.. kalau macam tu bolehla panggil Little Green Riding Hood.. hehehe"
Dahi Effa makin kerut [lagi]
Menyirap betul darah aku bila menyelak halaman di atas.
Apakah perlu membahaskan, tentang makruh dan harusnya tarannum begitu umum. Hal yang tak dapat difahami oleh orang biasa yang cetek ilmu agama. Dan langsung tak mencacat akidah. Malah menjadikan Islam lebih sukar dan mengelirukan.
Dan yang berpeluk-peluk lelaki dan perempuan, basah bersama dalam air kolam itu apa? Jelas haram bukan? Dan tak perlu dibahas-bahas lagi. Kalau ingkar dan melekehkan hukum takut mencacat akidah pula.
Mana satukah yang lebih menyakitkan? Dengar orang bertaranum atau lihat muslim tak berakhlak?
Epilog
Seronok sungguh hari tu! Rasanya inilah kali terakhir kita dapat begini. Bad kata, thanks for the day, abid kata tercapai jugak hajat aku, shishi kata dia happy hari tu. Aku? tak terkata apa apa. Aku masih rindukan kalian :)
...........................................................
Prolog
Bad dah nak terbang sangat. Kami pon rancang nak lepas rindu. Kumpul-kumpul, makan-makan, cerita-cerita kisah dulu, cerita-cerita kisah sekarang.
Meraikan Bad, dan kami semua sekali.
Semoga ini dapat memberi motivasi dan inspirasi.
Bakal Dr Bad, bakal Dr Yan semoga berjaya!!
****3 aug 2007
aku tak perasan salah letak tahun 2005 tu. shishi pon tak perasan. terima kasih sab sebab beritahu. apa nak buat, aku memang 'muda' 2 tahun dari umur sebenar. haha

Aku syak Isa Kamari tu berketurunan Jawa.
Aku masih ingat 'Dewan Masyarakat pernah buat liputan tentang kisah Natrah. Masa tu aku masih sekolah rendah. Kalaulah DBP boleh terbitkan sebagai buku kan bagus. Aku pun masih ingat pada siri terakhir liputan tu, ada gambar Natrah dewasa. Mungkin sebab nostalgia Natrah tu lah aku tertarik untuk membaca Atas Nama Cinta. Membaca kisah yang sama walaupun gaya penyampaian yang berlainan, emosinya sama. Sedih dan kesal. Tapi pemahaman ketika 12 tahun dan 28 tahun tentu jauh berbeza. Jadi, sedih dan kesal kali ini aku rasa lebih sakit. Kemudia, dengar pula lagu-lagu sillfirrsirr tu (percuma dgn buku), sungguh mengharukan. Lama-lama aku tak mahu dengar lagi. Sedih dan kesal bertimpa-timpa. Macam penyakit.
Oleh kerana Isa Kamari berjaya menambat hati aku kali pertama membaca karyanya. Aku tak fikir panjang nak baca buku terbarunya. Memeluk gerhana. Mula ceritanya sungguh indah. Semakin lama semakin payah. Macam hidup juga. Dan itulah sumber ceritanya. Hidup! Selepas saja aku habis baca buku ni, tiap kali aku selak blind pada tingkap pejabat, aku tak lagi melihat Singapura dengan wajah yang sama.
Oleh kerana Isa Kamari berjaya menambat hati aku kali pertama membaca karyanya. Aku pun tercari-cari di mana nak dapatkan buku-buku dia yang lain. Fragment novel dalam web site dia sungguh menarik. Memang layak mendapat anugerah S.E.A Write Award 2006. http://www.isakamari.com/
sudah-sudahla baca majalah2 hiburan yang langsung tak membina tu. mari baca 'Milenia Muslim'. Banyak isu-isu Islam dan banyak ilmu dalam tu. Lanngan saja sebab agak susah juga nak dapatkan kat kedai. Novel bersiri Faisal Tehrani, 'Perempuan di Wajah Langit Pagi' dah bermula beberapa siri.
..... aku curi sikit dari blog faisal.... ampunnn pak..
Cawan berisi kopi itu terlepas dan sekelip mata cecair panas menimpa pahanya yang berlapik skirt labuh. Salwa menggigil, sekujur tubuhnya menggeletar dan saat dia menajamkan penglihatan dia lihat wajah ibunya yang cengkung itu makin menguasai. “Mahukah kau menunjukkan sikap Awa? Aku tanya apa sikapmu?”
sumpah! aku bukan promote sebab faisal guna nama Awa.. hahaha
lagipun yanti kata nama awa tak glamer, jarang-jarang watak dalam tv bernama 'awa'. Nama Yanti memang selalu walaupun cuma watak orang gaji indon, tetap lebih glamer dari awa. 'Itu fakta', kata yanti yang bakal membentangkan kertas kerja kajiannya di Jepun bulan depan

Bila kita tahu menghargai dan menikmati sokongan dan dorongan orang-orang sekeliling kita, kita tak ada lagi alasan untuk putus asa!
To: siti nurulhawa (mcm ni ke rupanya nama aku dlm chinese?)
From: Fresh
Nothing to say... don't know wat 2 say.. :P kerana too many thing 1 2 say... so... must keep in touch.. then slowly-slowly i tell u!
<*Can see u sudah ada success punya " DNA". hanya nak activate & make the "DNA" live and kicking. May u success in all the thing u do!!*>
<**> fresh, tampal t-shirt aku sebab dah tak cukup tempat nak tulis, tu laa... nak sangat jadi orang terakhir :P. it has been 1 and a half year :)
To: janice@... Date: 28 July 2007 4.00pm
CC: mymanager@...
Subject: Overtime on Saturday 28 July 2007
Dear Janice,
I would like to claim 1 and a half day of leave for working overtime today. Overtime means, employee should get at least 0.5 more on top of the normal pay right? That is why I'm claiming for 1 and a half day :)
I'm going home now. Don't forget to switch off the light and send your self an email to claim your leave. See you on Monday :D
rgds;
Hawa
to yin and all moms out there who feel they are not important enough just because they are full time housewife.
*Yin, being a housewife is not so bad. just don't be a regular housewife, be extraordinary. and i think you are now. how many kids can read at 4?
while you are dreaming about others life, there are many people out there dying to have yours
rgds,
hawa
* a part of our schoolmate yahoo group conversation
Hujung minggu aku operasi rumah. TV memang sentiasa terpasang jadi halwa telinga. Pukul tengahari, rancangan info-hiburan tersohor bersiaran. Ada cerita tentang peserta rancangan realiti nyanyi-nyanyi, dia kata dia hidup melarat.
"Sejak tamat pertandingan, saya tak dapat job"
"Saya duduk rumah tapi tak boleh buat kerja".
Panas je telinga aku dengar cerita dia. Hallooo!!! Badan awak tu sikit punya 'sihat'. Masih muda belia. Pulak tu duduk dekat kota metropolitan. Peluang merata-rata. Malaysia dah 50 tahun merdeka. Alangkah pendatang Indon dan Bangla pon datang sehelai pesinggang boleh jadi kaya-raya. Macammana awak boleh hidup melarat pulak???
*Sabtu lepas saya ke KL, balik hari. Bertemu yanti yang datang dari Kuantan. Kami cari peluang yang Nenny ceritakan. Kami, bukannya penganggur dan kami bukan tak gembira dengan kerja sekarang. Kami cuma tak mahu hidup dalam zon selesa.
Kamu, encik so called artise, kamu patutnya malu dengan kami yang perempuan-perempuan ni. Kalau kamu tahu tentang kawan saya yang bernama Nenny tu, selain jadi isteri dan ibu, dia dalam satu masa pernah bekerja makan gaji, berniaga sambilan (sekarang sepenuh masa) dan juga buat Master Degree sambilan.
Memang tak patut kalau awak tak malu dengan dia!!
Rupa-rupanya hujung minggu yang lepas adalah siri terakhir rancangan mari mengaji.
Bila Ust Zamri terangkan perihal majlis khatam Quran, aku dapat teka ini mungkin episod terakhir mari mengaji, entah kenapa aku rasa sedih. Padahal aku bukan tengok hari-hari.
Aku suka cara Ust. Zamri mengajar menarik minat adik-adik tu. Adik-adik tu pulak memberi sepenuh komitmen. Tiap kali Ust. Zamri beri soalan, berebut-rebut nak menjawab.
Tiap kali lepas kelas , berebut mereka nak salam cium tangan Ust Zamri. Sayang betul mereka dengan Ust Zamri. Dulu Ust Zamri nyanyi sama-sama. Sporting betul Ust Zamri.
Episod terakhir adik-adik mari mengaji pun tak dapat menahan air mata. Aku doakan mereka tetap menjadi anak-anak yg soleh. Tahniah buat adik-adik semua.
Aku juga amat berharap budak-budak kenit rajin-rajin mengaji dan jadi orang yg soleh. Moga-moga sekurang-kurangnya seorang dua dari budak-budak kenit ni ada yang jadi seperti Ust Zamri



