Rupa-rupanya hujung minggu yang lepas adalah siri terakhir rancangan mari mengaji.
Bila Ust Zamri terangkan perihal majlis khatam Quran, aku dapat teka ini mungkin episod terakhir mari mengaji, entah kenapa aku rasa sedih. Padahal aku bukan tengok hari-hari.
Aku suka cara Ust. Zamri mengajar menarik minat adik-adik tu. Adik-adik tu pulak memberi sepenuh komitmen. Tiap kali Ust. Zamri beri soalan, berebut-rebut nak menjawab.
Tiap kali lepas kelas , berebut mereka nak salam cium tangan Ust Zamri. Sayang betul mereka dengan Ust Zamri. Dulu Ust Zamri nyanyi sama-sama. Sporting betul Ust Zamri.
Episod terakhir adik-adik mari mengaji pun tak dapat menahan air mata. Aku doakan mereka tetap menjadi anak-anak yg soleh. Tahniah buat adik-adik semua.
Aku juga amat berharap budak-budak kenit rajin-rajin mengaji dan jadi orang yg soleh. Moga-moga sekurang-kurangnya seorang dua dari budak-budak kenit ni ada yang jadi seperti Ust Zamri
Aku peduli hapa artis nak kawin nak nak cerai ke. Masih duduk sebumbung atau tak dengan suami isteri. Tak kuasa aku nak fikirkan, Ina Naim bertunang Mawi jeles ke tak? Bapak Ina jemput Mawi ke kenduri anaknya nanti pon korang nak menyibuk?
Daripada korang ambil tahu sangat pasal hal2 kelambu artis yang berlubang-lubang tu, adalah jauuhhhhhhhhhhhhh lebih baik korang ambil tahu tentang Hamas dan Fatah di Palestine dah bercerai korang tau??????
Hmm...Air mata aku pon tak mampu nak tumpah... Bergenang pun tak, tapi membengkak dalam hati. Ya Allah iman ku selemah-lemah iman, aku tak mampu berbuat apa pun. Jadi aku tulis di sini saja :(
Aku tak dapat ingat, sepanjang umur hidupku yang masih putik jagung ni, berapa kali aku kena tukar bahasa aku. Bosan! baik aku guna bahasa jawa saja, ok tak?
Karepmulah lek menteri, masaku kue wong pandei!
Kenapa aku selalu rasa susahnya nak dapatkan majalah tempatan yang betul-betul 'berisi'. Bagus betul kalau mereka dapat kawal majalah asing yang melanggar norma budaya kita. Yang aku perasan, mereka lebih sibuk pantau majalah tempatan (bukan yang ada gambar-gambar artis tunjuk ketiak tu). Dan juga web forum, blog, bla.. bla..
Aku bukan apa-apa, bukan ke PM kita yang pengantin baru tu (tahniah Pak Lah! tak pernah saya lihat Pak Lah begitu bersemangat dan teruja bila menjawab soalan di tivi seperti hari itu) selalu melaung-laungkan PEMBINAAN MODAL INSAN. Nah! aku berikan disini contoh-contoh program realiti TV / game show untuk kanak-kanak di 3 negara. Yang mana satu agaknya sesuai dengan saranan PM tu?
Singkatannya PILDACIL, panjangnya kalau tak silap, PILIHAN DA'I KECIL. Aku pun tak tahu sejak bila mereka punyai program briliant seperti ini. Anak-anak kecil ni, betul-betul menyentuh hati.
Channel 5 Singapore,
8.30 mlm, selasa.
Sebelum Maggie & Me.
Kau belum tentu menang bertanding mengeja dengan budak-budak ni tau! Tak percaya? tontonlah sendiri! Aku? awal-awal aku serah diri, haha. Dulu aku suka tonton The Most Brainiest Kids. aku rasa budak-budak tu memang brainier dari pengaraca yang comel lote tu!
Ini kita semua tahu, Bintang Kecil, yang seperti dimaklumkan oleh pihak penganjur, bukan untuk mencari artis/penyanyi kanak2 tetapi untuk melahirkan anak-anak yang berani menampilkan diri dan mengeluarkan pendapat sendiri. Tapi dengan pertandingan nyanyian? aduhhh... tolonglah kreatif sikit.
AMACAM??? DAH BUAT? PILIHAN KE? ... hmmm.. kita ada pilihan ke? rasanya pilihan yang kita ada cuma nak tonton atau tak pilihan yang terakhir tu
Beberapa menjak ni asyik aku panas hati (dengan beberapa orang tu lah). Geram tak terkata. Aku kepenatan. Aku pun penat jadi begini. Nak buat kerja pun tak bermotivasi. Mulanya aku macam nak tunjuk perasaan, nak tunjuk degil.
Pagi tadi, waktu perjumpaan pertama dengan Dia. Aku dapat ilham. (memang ilham selalu datang waktu ni, tapi kebanyakannya ilham setan) Ilham baik dari Dia. Bila mana aku menyebut yang maksudnya:
"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku kerana Tuhan seluruh alam"
Aku pun jadi bersemangat. Persetankan mereka. Hidupku dan matiku kerana Allah. Jadi kerjaku pun kerana Allah. Dia yang beri rezeki bukan mereka. Aku kerja bersama mereka, bukan untuk mereka. Masa depan aku bukan ditangan mereka. Aku usaha saja sebaiknya kerana Allah, nanti Dia pasti permudahkan. Mudah-mudahan aku digolongkan dalam orang yang sabar dan dilindungi aku dari fitnah.
Mereka tu, bukan sebangsa dan seagama, malah bukan senegara pun. Kalau mereka nak putar alam, putarlah. Ikut sukalah. Aku tak mau jadi negatif sebab mereka.
p/s: yan, aku ingat pesan ko, supaya sentiasa maafkan semua orang sebelum tidur. Kalau marah dan berdendam selalu, lambat bertemu jodoh ya? Alamat, kalau selalu makan hati, memang makin lambat la jodoh aku... haha
Menu makan tengahari semalam.
Nasi putih.. tentulah
Jantung pisang rebus
Sambal belacan
Ikan pari bakar, masak lemak cili api
Cekuk (pucuk) manis masak bening (air)
Puyuh ungkep (tumis bumbu, gaulkan puyuh, tutup sampai masak)
Ulam-ulaman, gagan(pegaga) dan tenggek burung
sedap sangat... maaf tak dapat berkongsi.. hehe
p/s diucapkan terima kasih pada kakak - kakak yang sudi memasakkan makan tengahari yang istimewa untuk kami (aku tak masuk dalam team masak hehe). Sebenarnya yang paling menyelerakan ialah makan bersama-sama..
Menjadi positif sangat penting. Ramai orang tak paham apa yang dikata menjadi positif. Aura positif dan aura negatif ni memang boleh dirasai oleh orang lain. Untuk kekalkan diri sentiasa positif, sentiasalah tempatkan diri dipersekitaran yang positif. Dengan kata lain, bentuklah persekitaran kita menjadi positif. Jika persekitaran itu terlalu negatif dan untuk mengubahnya itu diluar kawalan kita maka keluar saja dari persekitaran itu.
Pengalaman sendiri; hari pertama mula kerja di syarikat R dan J. Di syarikat R, saya sendiri dapat rasakan sesuatu yang tidak kena berlaku dalam pejabat. Tetapi lambat sedikit baru saya dapat kenalpasti ia ialah aura negatif yang disalurkan setiap pekerja disitu. Setelah setahun, saya rasa tak dapat lagi bertahan dengan aura negatif di situ. Saya juga dapat raskan, diri saya mula menjadi orang yang negatif.
Di syarikat J sangat berlainan, bukan pada hari pertama, pada hari temuduga lagi saya sudah dapat rasakan orang-orang di syarikat J sangat enjoy dengan kerja mereka. Muka manis, tak ada berkerut-kerut macam di syarikat R. Tekanan kerja dan isu-isu dalaman tetap ada, tapi mereka pandai mengendalikan emosi dan membina persekitaran kerja yang mesra dan menyeronokkan.
Selepas saya bekerja di syarikat J, saya bekerja di syarikat A. Oh.. saya sangat suka melihat orang-orang masuk ke pejabat dengan muka manis. Walaupun, kerja dia bukan senang dan remeh dan saban hari terpaksa melayan kerenah orang bawah, orang atas orang luar (pelangan).
Hari ini seorang dari rakan sekerja pergi ke tempat pelanggan untuk membuat demo kepada mereka. Tetapi apa yang berlaku tidak seperti yang dirancangkan. Dia terpaksa menanggung malu dan salah (dari perspektif pelanggan) pihak lain kerana demo tidak berjaya. Bila dia balik ke pejabat, dia masih lagi tersengih-sengih. Jadi kami masih boleh berbincang untuk mencari punca masalah. Walaupun mulut dia bising dan suara dia cempreng, tapi itu langsung tak menganggu saya kerana dia tetap positif. Memang patut dia rasa marah kerana terpaksa menanggung malu atas salah orang lain (bukan saya), tapi dia berjaya kawal emosi dan tak melepaskan marahnya tak tentu hala.
Bila dia kata "Gua marah sangat ni!!" dia masih tersengih-sengih.
Sebab Faisal Tehrani letak komen pada entry aku, aku pon jadi insaf dan macam bersemangat nak rajin-rajinkan diri menulis di blog ni.. hahahaha
Encik Faisal, u really make my day :D
Sekarang aku sedang mengulit buku terbaru Faisal, Bila Tuhan Bebicara. Aku memang mudah terpengaruh dengan apa yang aku baca. Buku ni betul-betul buat aku kecut perut. Apataknya, hujung tahun ni, aku dah rancang nak jalan-jalan ke Medan. Nak tengok Danau Toba, nak ke Pulau Samosir yang besar sama dengan Singapore, nak tgk gunung berapi (neraka?) kat Brastagi. Penat aku berangan dengan Yatt. 6 hari, Janice dah janji nak bagi cuti, kalau tak cukup, boleh ambik advance. Haha
Tapi kalau ..kalau ..kalau apa yang dikata Sahlan tu betul-betul berlaku macammana? Tak dapat aku bayangkan.. ini lebih seram dari cerita susuk. Lebih gempar dari bom di Bali. Tak mahu fikir!!!!! Aku doa saja semuanya ok.
Kalau aku pandang dari positifnya, tentu bila aku kesana nanti aku dapat hayati dan hargai apa yang akan aku alamai (waktu dalam bot, aku mesti terbayangkan magma yang menggelegak di dasar toba.. heii takutnya!!). Kalau masatu, ditakdirkan Tuhan berbicara? Oh.. kena selalu-selalu dekat dengan Dia.
Kalau tak kerana hendak ke Toba pu, aku kecut perut juga. Selak je blind office ni, jelas-jelas Singapore beberapa KM je dari sini. Singapore hujan ke tak ke pun boleh anmpak dari sini. Kalau Singapore tenggelam, apa JB tak terhakis sikit pon? Huh!! tak dapat nak bayang. Kalau Singapore tenggelam, kompeni ni pon jadi sejarah je lah.
Kalau Yatt dan Nott baca buku tu, agaknya diaorg pon kecut perut nak pegi. But, payment has been made. Lagipun, lambat lagi.. dan aku ni ntah apa-apa. Ini semua salah Sahlan.. err Faisal
Dari siapa lagi kalau bukan Rasullulah s.w.t? setelah beribu-ribu tahun pon masih lagi ajarannya dipegang dan diperjuangkan. Sempena mengenang hari keputeraan Baginda, aku merancang2 untuk membaca semula buku sirah Baginda yang aku ambil dari rak buku ang aleh (tiap kali datang rumah abg aleh, biasanya aku akan 'pinjam' satu buku. Pulangkan tu belum pernah lagi)
Tapi aku belum lagi mulakan walau satu mukasurat. Kononnya sibuk sangat!!! aduhh....
bayaran sebelum kemenangan digemggam. memang banyak. ada yang dijangka, ada yang tidak. sesetengahnya berbaloi, sesetengahnya tidak. kemenangan tu pulak, bukan semestinya kemenangan total. sebab, biasanya ia adalah permulaan untuk satu kembara yang lain.
Masuk bulan ke tiga aku menyertai mereka. Asalnya di sini sunyi selalu. Jauh berbeza dengan tempat lama. Sekarang agak meriah. Ada beberapa kejayaan kecil yang aku nikmati berkaitan kerja sekarang;
1. Aku sepenuhnya sudah dapat menyesuaikan diri dengan orang-orang di sekeliling. Menjadi orang tunggal yang tak faham bahasa Cina - agak kekok. Walaupun agak lambat kerana masalah bahasa, makan dan ... mereka memang suka diam.
2. Aku sudah diberi kepercayaan untuk uruskan projek sendiri sepenuhnya - Ini yang paling baik! aku dah membuktikan kebolehan dan kebolehpercayaan dalam masa 3 bulan saja.
3. Surat pengesahan jawatan sedang diproses :D
4. Dan ini yang paling manis! - Kehadiran aku di sini dirasai (mereka kata pejabat sunyi bila aku cuti hahaha)
Sedikit sebanyak kehadiran Mala(Normala tau, bukan Komala) di sini (sekarang ada 2 orang yang tak faham bahasa Cina, hahah ) banyak membantu aku dari segi emosi, sosial dan
lingkup kerja juga. Terima Kasih Mala!
Pagi yang nyaman di tepi pantai. Sehari selepas majlis perkahwinan Yanti. Harinya aku dan Yatt akan pulang semula ke negeri kami, meneruskan rutin harian seperti biasa... sebelum itu, kami saling mengucapkan selamat pada Yan dan Peyo.
Yatt: UMS ada conference lagi, hantarlah paper, boleh berjalan ke Sabah.
Itu ujaran biasa mereka-mereka tiap kali mahu berpisah sementara.
Aku? bukan dalam dunia mereka. Di lingkungan 3 orang ahli akademik, aku tak mahu rasa tersisih.
Aku: Jomlah dtg tpt kita, ada SALE!! hahaha
3y.com (yanti, yati,yatt) : Hehehe
7 Muharaam 1428,Nyai Hajah Musahadah bt Alwee, akhirnya meninggalkan kami. Nyai yang terakhir antara saudara-saudaranya. Kami merelakan pemergian dia dengan rehda. Pemergian nyai tidak kami sesali. 98 tahun! Dia ratu pada keluarga besar kami, 4 generasi. Waktu aku lahir, 10 tahun selepas dia menunaikan haji, nyai sudah lama hidup sebagai ibu tunggal. Bertahun-tahun kami melihat nyai menua dan kembali kepada fitrah kanak-kanak. Dia pun sedar itu, bila nyanyuknya hilang.
Nyai Sadah, adalah perempuan biasa. Dia tidak meninggalkan harta yang banyak, tiada pingat, pangkat dan kedudukan yang boleh dikenang. Dia ialah orang biasa yang menghabiskan umurnya di satu ceruk bumi Allah ini. Yang selalu berjuang untuk hidup, yang merasa zaman pelarian, zaman kolonial Inggeris, zaman Jepun, zaman darurat, zaman Dato Onn, zaman Tunku sampailah zaman Pak Lah. Pada hari pemergiannya, aku telah melihatnya sebagai individu yang sangat berjaya.
Walau sekaya mana seseorang, ketinggi mana darjatnya di dunia ini, seluas mana kuasa dan pengaruh, tak akan dapat menandingi apa yang dinikmati nyai pada hari pemergiannya.
Seusai nyai pergi, urusan mandi dan kafan, dipegang anak-anak dan menantu perempuan. Bergotong royong, anak dan menantu yang masing-masing sudah beruban, memberi khidmat terakhir pada seorang ibu. Sungguh nyai bertuah, tangan anak-anaknya yang memberi belaian terakhir.
Kemuadian, solat terakhirnya diimami oleh anak lelakinya sendiri, dan doanya di baca oleh anak lelakinya yang lain. Perjalan terakhir di bumi ini menunggang kenderaan cucunya, diiringi oleh anak, cucu dan cicit terus mereka selesaikan khidmat akhir mereka pada nyai tua berumur 98 tahun. Nyai walaupun tua tetapi tak pernah dia tak terbela.
Itulah nyai yang suka tersenyum dan bercerita, walaupun dia tua, tetapi kasih sayangnya mampu menghimpun anak, cucu dan cicit penuh rukun. Aku asyik terfikir-fikir. Sekiranya umurku panjang, dikurnia anak dan cucu seumpama nyai, adakah aku mampu menjadikan mereka anak-anak soleh dan solehah supaya mereka dapat menyudahkan urusan terakhirku nanti?
Ya Allah, tempatkan mereka (yai2, nyai2, buyut2 ku) dalam lindungan rahmat Mu.
Hampir setiap hari aku dengar promo di TV nasional. Tahun ini, tahun 2007, Jubli Emas kemerdekaan Malaysia dan TAHUN MELAWAT MALAYSIA. Itu informasinya. Aku tertanya-tanya, selain Eye of Malaysia yang sedang berpusing tu, apa lagi yang akan berlaku sepanjang TAHUN MELAWAT MALAYSIA ni? Promosi di media elektronik dan cetak sangat biasa. Video klip tarian Melayu, Cina, India, Dayak. Kesimpulannya, aku yang bertaraf rakyat biasa yang tak terlibat secara langsung dengan program-program kerajaan atau swasta, langsung tak terasa pun akan bahang Tahun Melawat Malaysia ni. Hmm.. mungkin duit yang berkepok-kepok tu untuk promosi di keluar negara kot.
Sebaliknya, walaupun tahun ini bukan tahun melawat Singapura nampaknya dari segi promosi di TV mereka (dan di TV Malaysia-NONA), rancangan-rancangan ala jalan-jalan dan ala makan-makan dan kempen-kempen kreatif mereka mendahului Malaysia.
Pihak kementerian harus lebih kreatif untuk melibatkan rakyat sebagai media kempen.
Contohnya kempen poskad di Spore-hantar poskad pada kawan diluar negara, jemput mereka datang, kalau mereka datang melawat, akan dapat hadiah; poskad dan pos PERCUMA!.
Rancangan-rancangan explorasi, dapat pula menarik pelancong dalam negara. Emm.. memang ada rancangan sebegitu, tapi masih tahap biasa-biasa saja, tak ada keunikan, tak kreatif, waktu tayangan tak sesuai, dan tak ada promosi. Tak meninggalkan kesan untuk menonton lagi. Kecuali jalan-jalan cari makan yang agak segar. Aku kagum juga, Singapura tu punyalah kecik, tapi rancangan-rancangan explorasi mereka tu menampakkan setiap inci pulau tu ada sesuatu yang boleh ditonjolkan dan dihargai.
Opss.. aku bukan pro Singapura. Malaysia tanah air ku tercinta.
Lamanya aku bercuti dari menulis di blog ni. Tiba-tiba je dah tahun baru. Akhir tahun ni bermacam-macam kejutan datang.
Pertama, tiba-tiba aku bertukar kerja lagi. Rezeki yang susah nak tolak. Datang secara tak diduga. Apapun, Alhamdulillah. Yang ditinggalkan, seribu kenangan manis walau cuma 3 bulan bersama.
Kedua, banjir besar di Johor, yang tak pernah aku lihat seumur hidup. Dan juga segala macam cerita-cerita disebalik banjir di Johor (tentu yang tak ditayang di TV). Aku rasa masa inilah, wakil rakyat nak menunjukkan keperihatinan pada pengundi mereka. Atau mungkin juga masa untuk membalas demdam pada bukan pengundi. Masa untuk hamba mengingat semula Rajanya. Masa untuk kita beza, silaturrahmi dan nafsu-nafsi.
Hari ni, dalam Utusan, PM mahu beri berita gembira. Tapi aku ada sedikit kerisauan tentang itu. Sama kerisauan pada skim PTPTN, Beli komputer dgn KWSP dan pejabat pos dan lain-lain.
Aku teringat satu tengahari aku tanyakan pada Kak Normah tentang pejabat Tenanan(bukan nama sebenar) yang jarang-jarang aku nampak dibuka.
"Ingat nak pergi Tenananlah, nak tanya kot-kot ada skim2 menarik ke apa"
"Ko ahli ke?"
"Ha??".. aku dongak. Macammana aku boleh tak terfikir tentang papan tanda atas papan tanda Tenanan tu. Betul aku ni lurus jugak kadang-kala. "Jomlah kita pegi makan!"
Aku rasa konsep cinta dalam Ayat-ayat cinta dari Habiburrahman sangat molek untuk dijadikan contoh muda-mudi sekarang. Aku anjurkan pada kawan-kawan yang sedang bertunang, Yanti,
aku: Yat, suruhlah abok (tunang hayat) baca buku ni, bagus sangat!
Hayat: Iye ke? nak suruh dia baca yang mana?
aku: ??
Hayat: Bahagian mana?
aku: Semualah sekali
Hayat: Tapi dia bukan pembaca..
aku: ???
Sungguh, aku memang kecewa. Tapi rasa kecewa seperti ini memang biasa aku rasa.
Membaca bukannya satu hobi lagi, membaca ialah keperluan seperti kita makan bila kita lapar. Knowledge is Power!. Seperti mana talifon bimbit dan kereta yang telah menjadi keperluan. Dan Ayat-ayat cinta bukan novel cereka. Ayat-ayat cinta ialah buku agama yang diolah dengan kreatif dan sangat menarik hati. Hasilnya ilmu dapat disampaikan dengan penuh hikmah.
Ayat-ayat cinta dalam novel tersebut bukan ayat-ayat cinta Fahri kepada Aiysa atau Maria atau Nurul mahupun Noura. Bukan. Maksud Habiburrahman dengan ayat-ayat cinta ialah ayat-ayat berkait cinta yang diwahyukan oleh Pencinta Agung kepada kita dalam buku yang paling banyak pembaca dan penghafalnya menurut Maria.
Z tak puasa, alasannya mudah, tak bangun sahur. Kak Devi bising. Dia tak puas hati. Aku tak heran Z tak puasa. Hmm.. sekilas ikan di air aku tahu jantan ke pondan.
Aku letih, sebab aku puasa tanpa bersahur. Muka aku agak pucat hari tu. Sebelum balik, Kak T pesan, esok jgn lupa bangun sahur, sayang berkat sahur terlepas begitu saja. Aku senyum. Sebenarnya nak menjawab tapi betul aku letih sangat hari itu.
Ramai orang lain yang puasa bersungguh-sungguh tapi Zuhur nya qada' entah bila. Sebabnya tak pasti. Oh.. bukan sebab, sebenarnya alasan. Mungkin alasan leceh. Alasan bnyk kerja. Alasan sayang nak buang mekap. Alasan boss tak sediakan tempat solat. Macam-macam alasan.
Kak T! saya cuma terlepas sahur. Yang sunat saja. Pun saya masih berpuasa. Yang terang-terangan puasa tapi tak Zohor tu macammana ya? Akak tolonglah tegur mereka juga. Saya tak berdaya. Letih sangat!
nota: memang lazim orang kita lebih mementingkan hal-hal tetek bengek dari hal-hal yang lebih utama. Ini baru satu contoh
Ini kisah betul berlaku. Tenungkan
Tina, berbangsa India. Beragama Kristian. bila ditanya sama ada dia merayakan Deepavali. jawapnya tidak. Cuti pun dia tak ambil.
Tapi dalam masa yang sama, media, pemimpin menyeru supaya seluruh rakyat Malaysia (maksudnya temasuklah umat Islam) bersama-sama merayakan Deepavali.
Apa tak tahu beza ke, menghormati perayaan dengan merayakan bersama-sama?
