Ini ialah entry serangan balas untuk blog Teja.
Presenting the famous Ummi Komtar Nasi Ambang hehe.. harga dah naik eh.. RM 4.30
Tambah air jagung.. sapa ah.. yang cakap teringin nak minum air jagung kat KOMTAR hari tu?

Ini adalah menu yg aku tak akan tolak walaupun aku sebolehnya mengelak santan. Apa? Diet? Cuti a hari ni haha.
3 pilihan ulam rebus. Pucuk kates(betik), pucuk singkil(bebuas) dan pucuk ubi. Lawannya ialah sambal godok(rebus) dengan bahan istimewa lombok rawit(cili api), bilis hitam, tempe dah cendawan liar yang selalu tumbuh kat kayu getah. Aku tak tau apa nama dia. Lombok rawit dan pucuk2 adalah rezeki yang Allah tumbuhkan disekeliling rumah. Jangan tanya berapa kali aku tambah nasi hehe
Ada banyak hal aku nak kongsikan di blog ni. Kewujudan blog ni sebagai tanda aku masih hidup dan bertindakbalas dengan persekitaran :)
Malam tadi, aku tiba rumah jam 8.15 malam. Seluruh taman gelap gelita. Aku dan Alin keluar semula dan pulang jam 10.30, tapi masih gelap gelita. Jam 11.15 barulah letrik menjalar semula. TV di bawah terpasang dengan sendiri. Aku pun turun, tonton TV sekejap. Jam 12, basuh cawan2 yang tersisa dalam singki. Kemudian, telinga aku menangkap nama "Mohd Ali Rustam" di sebut. Kemudian nama "Khairi Jamaludin" dan "Khair Toyo". Aku teringat tentang desas desus pertuduhan politik wang yang aku baca siangnya di blog Zulkifli Nordin.
Aku menonton TV kembali. Persoalan yang ditimbulkan wartawan: Kedua-dua Ali Rustam dan KJ membuat kesalahan yang sama - politik wang. Tetapi mengapa Ali Rustam digugurkan kelayakan untuk bertanding di perhimpunan agong UMNO akan datang, sedangkan KJ cuma diberi amaran?
Apa yang tersirat dikepala kau (jawapan soalan tu), sama dengan apa yang tersirat dikepala aku :)
Tapi encik terhormat yang menjawab soalan tu lebih bijak, dia beri 1 perumpamaan. Ringkasnya begini:
"Kalau ada dua kes pembunuhan, 1 kes, dia tikam sekali, 1 kes lagi dia tikam 20 kali secara kejam, takkanlah hukumannya tak sama. Tak kan tikam sekali dan tikam 20 kali nak hukum sama?"
errkkk... ayoyo.. ini olang tua sudah nyanyok ka? kalau membunuh, 1 kali tikam ka, 20 kali tikam ka, bom ka, kalau sabit kesalahan tetap gantung juga dia punya hukum. Kalau ini macam punya perlaksanaan hukum, masalah rasuah (politik wang konon! rasuah lah!) dalam UMNO sampai kiamat pon tak selesai. Kalau ya pon, bagi la contoh perbandingan kesalahan orang curi durian jiran yang jatuh kat laman dia dengan orang pecah rumah.
Kebetulan pulak, malam tadi aku bacaan aku sampai di bab "Golf" dan "RM1, Tak Mengapa" dalam buku Travelog Dakwah. Penulis ceritakan tentang tabiat kaki2 golf yang suka bertaruh. Walaupun cuma seringgit selubang, judi tetap judi, haram tetap haram, dosa tetap dosa.
Dan pagi tadi, melalui radio, aku dengar yang Pak Lah sekarang berada di Jakarta.
Dalam kepala aku.. "Oh, patut la.. kesian menantu babah"
Adakah apa yang tersirat dikepala AKU, sama dengan apa yang tersirat dikepala KAU? :)
Mamat yang baling kasut ni, dijatuhkan hukuman penjara 3 tahun kerana menghina pemimpin luar. Perbicaraannya pendek. Dia mengaku tidak bersalah walaupun satu dunia dapat lihat video dia baling kesut pada Bush.
Ok, sama ada dia melakukan pembalingan kasut tu. Itu tak dapat disangkal, jadi dengan mudahnya dia disabitkan dengan kesalahan. Jadi dia telah salah. Tapi adakah tindakannya itu wajar? Itu adalah persoalan yang lain.
Kalau tanya aku, adakah wajar Bush dibaling dengan kasut? Jawapan aku, bukan takat kasut, kalau baling dengan tanah dasar longkang belakang rumah mak aku pon sesuai :)
Macam tak percaya pulak ek, puluhan ribu orang2 MELAYU berdemo dan ditentang polis di Tanah MELAYU yang pentadbirnya diterajui oleh Pertubuhan Kebangsaan MELAYU Bersatu. Yang masih menjunjung daulat Raja Raja MELAYU. Cuma untuk mempertahankan bahasa MELAYU. Ironinya, Pertubuhan Kebangsaan MELAYU Bersatu pun tak guna bahasa MELAYU untuk akronim mereka.
Gambar2 dari lensa Mimaq-Jinggo
Blog yang harus dilawati:
Isi penuh memorandum yang dihantar pada Yang DiPertuan Agung
Sinaganaga - Sidang Media GMP
Sinaganaga - GMP Dihujani Gas Pemedih mata
Dari blog Faisal Tehrani - Katak dll
Universiti Terbuka PTS
Epilog.....................
Kalau aku lelaki... mungkin aku pegi ikut berarak. Tengah malam 7 hb tu, abang Abu sampai ke rumah dari KL. Dia menyertai perarakan di atas. Cemburu aku lihat dia memakai baju-t dengan ilustrasi wajah Pak Samad. Err.. baju dengan muka abg Faisal tak ada ke?
...........................
sebenarnya, aku nak cari video tentang A Samad Said dan GMP (Gerakan Penamsuhan PPSMI)
kemudian, aku jumpa video ni, agak lama juga. Inilah titik tolaknya perhimpunan raksaksa GMP 7 Mac yang lepas. Yang menarik minat aku ialah salah satu komen yang diberikan ke atas video ni. Sila scroll ke bawah sikit ya! dan dengarkan juga komen khalid Saleh.
Nak gelak aku baca komen budak tak sedar diri ni. Agak2 dia ni Melayu ke bukan ek? Mungkin bukan kot. Tapi English pon berterabur. Jadi, bahasa apa dia pakai semasa di Universiti? Kalau dia masuk universiti awam dia Malaysia, mestilah masih guna Bahasa Melayu. Kalau dia masuk universiti luar negara atau universiti swasta yang menggunakan bahasa penggantar Bahasa Inggeris, kenapakah begitu teruk sekali Bahasa Inggeris dia?
Memang naif dan bongok + poyo juga budak penulis komen ni. Apa maksud globalisasi? Apa arah globalisasi? Apa asas dan acuan globalisasi yang kita nak ikut? Acuan US? acuan Jepun? acuan China? Globalisasi tu apa? Macam agama baru ke? Kalau semua negara menerima globalisasi keseluruhannya dan tak perlu ada sempadan. Atau sempadan hanyalah dokumentasi sejarah dan geografi yang tidak penting dalam era globalisasi, tak adalah krisis Israel-Palestine, India-Pakistan, Rusia-Georgia, krisis Pulau Batu Putih dan beratus lagi krisis yang melibatkan sempadan. Kalau bahasa dan bangsa tak penting tak adalah bangsa2 minoriti yang berjuang secara gerila semata-mata nak memperjuangkan bangsa dan tanah mereka. Kalau betul tak ada sempadan tak payah susah2 nak cetak pada passport kita: Passport ini sah digunakan disemua negara kecuali :Israel. Tak payah nak minta visa untuk ke negara2 tertentu. Tak perlu berdepan birokrasi semata2 kerana kita Muslim bila ke US atau Europe.
It's time to look forward! hehe

Akhir2 ini, aku suka berikan buku sbg hadiah. Salah satu sbbnya ia benda plg mudah untuk aku dapati. Ada 2 kedai buku berdekatan aku. Buku2 di atas hadiah utk pengantin baru; Pipi dan suami - semoga jodoh berkekalan. Satu buku untuk isteri dan satu lagi untuk suami. Sesuai juga utk hadiah ulang tahun perkahwinan.
3 bulan lepas, aku berikan 3 buah buku untuk kak azah (sepupu) termasuk 1 buku resepi juga sbg hadiah perkahwinan.
3 minggu lepas aku habiskan masa 45mnt berlegar di MPH memilih buku untuk Rayyan yg baru melihat dunia. Geram betul dgn buku2 yg comel2 tu. Siap dgn lampu dan bunyi. Jgn sangka bayi terlalu awal untuk punya buku!
Dan baru td, untuk perjumpaan semula kawan2 sekolah, aku juga beri buku sbg hadiah. Amin penerimanya. Harap2 mereka suka buku2 yg aku bg dan semoga bermanfaat :)
Inilah buku yang aku teruja sangat nak beli. Buku kulit keras harga RM16.90 je! wow!
Isinya menarik, sebenarnya banyak step ada belajar kat kelas X tapi ada banyak juga informasi berguna untuk diketahui.. contohnya.. know your mucles
diterangkan work out untuk setiap bahagian otot. 13 bahagian semuanya. Hamstring, quadriceps, gluteus muscles, calf muscles, adductors, abductors, back muscles, shoulders, triceps, biceps, chect muscles, abdominal, obliques.
selain senaman kardio yg berfungsi utk pecahkan lemak2, weight training pon perlu untuk badan yang mantap haha geli pulak aku nak nyebutnya. org german kata firm body. walaupun otot 2 kali berat dari lemak, tapi otot sentiasa menggunakan kalori walaupun kita duduk diam. lean mucles ni elakkan penggeleberan kulit bila saiz berkurang. kalau search kat youtube ada banyak free video untuk senaman. selamat bersenam!
Dulu tajuknya HAMAS : Daripada underground kepada Parti Pemerintah. Sekarang bertajuk HAMAS : Pejuang Kota suci Baitulmuqaddis. Aku belek2 isinya macam sama. Sila ke entry lepas tentang buku ini sini! sini!
Isu ni berlarutan dah lama. Aku malas nak komen panjang2. Cakap orang pandai Prof Diraja Ungku Aziz pon diaorg buat tuli je, lagi pulak aku. Tapi entry ni bukan untuk2 orang2 yang duduk dekat kerusi empuk diparlimen tu. Ini untuk kau! :). Kalau kau sedar PPSMI cuma salah satu cara tanda ketidakbijakan kerajaan dari banyak lagi ketidakbijakan yang lain dalam menangani isu. - isu pertol, isu dakwat pilihanraya, isu tol, isu royalti minyak, isu beras, isu gula, isu minyak masak, isu rasuah, isu kreadibiliti perundangan, isu bunuh dan bom oppsss terlebih sudah..
selanjutnya sila baca wawancara dengan Prof. Dr Ir Wan Abu Bakar Wan Abas dari Jabatan Kejuruteraan Bio Perubatan, Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya yang mengajar subjek kejuruteraan dalam bahasa Melayu di universiti. di sini. Tumpang lalu ya abang faisal ;)
sila ambil tahu isu semasa disekeliling, ini akan menentukan bagaimana survival anak2 generasi mendatang. anak cucu kau juga.
Ha.. nak tengok adakah seseorang itu betul2 seniman atau tak, tengokla berapa lama karya dia boleh jadi relevan.
Baru2 ni, persidangan dewan undangan negeri perak berlangsung di bawah pokok. ramai orang2 umno ketawa teringatkan lawak P Ramlee tentang kisah negeri pasir dua butir. Cuba dengarkan dialog dan isinya. Apakah sebenarnya maksud PRamlee atau sekadar lawak2 standard filem Abd Razak Mohidin?
Ini pulak 1 lagi video tentang UMNO, galak diedar oleh PR waktu musim PRU yang lepas. Yang ni tak de tapis2 pon, Selamba je PRamlee, kutuk terang2. Tapi berkali2 orang tengok pon ramai tak perasan termasukla aku.
Malas nak cakap lebih2 pasal Perak, tapi memang haru biru betul sekarang ni. Tak taulah apa status kerajaan Perak skrg. Tarik menarik lagi mereka. Mudah-mudahan kemenangan berpihak ada pihak yang benar. (haha.. aku tak sebut pon pihak mana, tp kau dah terfikir sendiri kan? sama ada kau setuju atau terasa pedas)
Selama bertahun2. Pengamal undang2 di Malaysia rasa sistem perundangan telah dicabuli oleh campur tangan kuasa politik. Sekarang, ini lah masa yang tepat untuk bersihkan nama sistem perundangan Malaysia. Sapa lagi nak bersihkan kalau bukan pengamal undang2 tu sendiri. Tak kan terus menerus nak tunggu orang politik bersihkan (setelah gagal berkali2). [hikmah 1]
Sama ada suka atau tidak, ramai yang mula menganggap institusi raja tak begitu lagi relevan sekarang. Inilah masa nya Sultan mengembalikan kewibawaan dan kepercayaan rakyat. [hikmah 2]
Bila kita renung dalam2, ada banyak lagi hikmahnya. Yang busuk terkuap, yang hanyir meleleh. Bangkai gajah takkan dapat selamanya ditutup. Harapan aku, satu je. Semoga apa pun keputusan diakhir nanti adalah apa yang terbaik untuk rakyat Perak
Kebetulan pulak kita menyambut Rabiul Awwal sekarang. Cantik betul timing hehe.
Dari tajuk pun kita dah tahu, buku ni, buku sirah Rasulullah. Tapi ini bukan sirah yang kita biasa baca. Tak ada cerita tentang gajah Abrahah, nazar Abdul Mutallib, anak panah Abdullah, mimpi Siti Aminah dan cerita2 lazim kita dapat tiap kali baca buku sirah nabi, atau dengar ceramah sepanjang Rabuil Awwal.
Buku ini tentang "KISAH HIDUP NABI SERTA PEPERANGAN DIZAMANNYA". Bagi yang tertanya-tanya bagaimana pandangan dan sikap Islam terhadap peperangan, inilah buku yang sesuai dibaca. Bukan saja kisah, tetapi kisahnya diulas dengan terperinci menjadikan buku ini tebal dan padat. Sebab tu dah sebulan aku ulit buku ni, tapi tak khatam2 lagi.
Aku kira buku ini sebenarnya buku politik (sila lihat politik sebagai subjek dan cabang ilmu, kalau kau masih jumud, nyah kau dari sini!). Inilah kisah politik Nabi. Kenapa penulis memilih subjek perang? Mungkin kerana ketika perang lah keadaan politik paling kritikal bagi sesebuah negara. Dan siapakah yang paling wajar kita contohi kalau bukan Nabi Muhammad? Perbuatan Nabi Muhammad ialah sya'ariat. Apa kau rasa kita tak mungkin berperang lagi? Ya, mudah-mudahan, aku juga sangat harap begitu. Tapi tak bermakna ajaran Nabi tidak lagi relevan. Masih sangat relevan dalam banyak situasi. Ada perang ada damai, buku ini ada kedua-duanya :)
Pun begitu, tidak semua perang dicatat dalam buku ini. Antara perang yang dibincangkan ialah Perang Ahzab/Khandaq, Perang Khaibar, Perang Muktah, Perang Hunain. Selain itu, ada juga cerita tentang damai iaitu Perjanjian Hudaibiah, pembukaan kota Mekah, Strategi dakwah Nabi dengan menghantar duta dan surat2 Nabi untuk pemimpin kerajaan2 luar.
Dua dari perang diatas, iaitu Perang Khaibar dan Perang Muktah. Ialah peperangan antara tentera Muslimin dengan bangsa Yahudi kerana mereka meludah perjanjian yang telah dipersetujui. (Sinis sekali. Cuba kau ingat berapa kali Israel meludah perjanjian damai Pelstine? Yang terbaru, dia terus membedil Gaza padahal persetujuan gencatan senjata baru beberapa jam disetujui. Semoga Allah melaknat mereka)
Mengimbau 1998. Ketika orang Malaysia mula ghairah ke caramah-ceramah politik, aku pon selit2 juga mengikut abang-abang aku. Sajalah nak tahu apa yang dikecohkan dan bagaimana rupanya ceramah politik sampai polis tak kering tangan. Tapi malam tu aku balik dengan sedikit keliru, adalah aku telah pergi ke ceramah politik atau kuliah tafsir? Penceramahnya tak lain tak bukan ialah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Malam itu beliau kuliahkan 7 ayat surah Al-Fatihah. Tak ada langsung cerita politik. Sebut nama Anwar pon tak. Pelik aku.
Aku lihat dia sebagai tokoh dan orang berilmu. Kalau kau mahu baca buku dia, harus kau akui itu walaupun pandangan politik kau tak sehaluan. Sebab kita mahu keberkatan dalam menimba ilmu. Dan yang menyampai ilmu adalah guru. Sekian
Bukan, bukan hari ini, itu berita semalam. Berita hari ni lain, berita hari ni kata kerajaan tarik balik keputusan kenaikan tol. Aduh.. beruntung kita punya kerajaan yang mengerti masalah rakyat. Dan kerajaan kita sentiasa mahu mendengar suara rakyat. Rakyat kata tak mahu! tak mahu! mereka pun batalkan. :). Sekalung tahniah aku ucapkan pada kerajaan Malaysia.
Dan bila berita sebutkan, KERAJAAN HARI INI MELULUSKAN, siapakah dalam kerajaan itu? bunian kah? Semalam kerajaan luluskan, hari ni pulak.. beratur menteri dari yang bapak sampai ke anak, buat muka sesal. Oh.. ini tak patut berlaku, ini tak selaras dengan rancangan ransangan ekomoni waktu kemelesetan. Oh.. itu, Oh..ini. Errr yang umumkan semalam tu kerajaan Venezuela kot. Kira diaorg ni selamatkan kitalah ni.
Okey, benarlah kata Dato Dr Fadhilah Kamsah, orang yang lahir awal Nov memang ada daya firasat tinggi :D. Memang aku dah jangka semuanya, cuma meleset sikit dari segi masa. Aku sangkakan, seawalnya Mac nanti. Bila hari persidangan Agong Umno mendekat. Atau paling lambat April, bila kempen pilihanraya kecil Perak berlangsung. Tapi meleset betul sangkaan aku. Semalam umum hari ni dah tarik balik :)
Sapa lah tulis storyline dgn skrip yang hampeh ni. Pelakon pulak lebih kayu dari Yusri KRU. Kalau buat cerita mcmni, David Teo pun boleh bankrupt. Ramai orang taubat terus tak nak masuk panggung!
Why Facebook Is for Old Fogies
Ok, 10 sebab kenapa Facebook digemari Old Fogies
[klik sini utk baca artikel penuh di Time]
1. Facebook is about finding people you've lost track of.
2. We're no longer bitter about high school.
3. We never get drunk at parties and get photographed holding beer bottles in suggestive positions.
4. Facebook isn't just a social network; it's a business network.
5. We're lazy.
6. We're old enough that pictures from grade school or summer camp look nothing like us.
7. We have children.
8. We're too old to remember e-mail addresses.
9. We don't understand Twitter.
10. We're not cool, and we don't care.
kejapp.... soalannya sekarang.. we really love facebook, are we Fogies ? hehe
fogies: an extremely old-fashioned person
Inilah William yang selalu jadi mangsa jerit aku. Engineer paling muda kat sini. Ulangtahun kelahiran dia semalam. Aku harap dia akan lebih cool dan kerja keras untuk angan-angan dia yang macam-macam tu. Oh... juga dapat tumbuh lebih banyak rambut tahun ini ;)
Yep.. semalam aku makan kek, dan hari sebelumnya aku makan donut ;). Chong bagi guarantee aku takkan gemuk balik tapi aku akan tetap rendah. Hmmm... ada je dia nak kutuk aku.
Dah lama nak letak entry ni, tapi lupa je. Lambat pun, nak letak jugak sebagai tanda terima kasih muah muah muah pada kak su, abg aid, haziq, kakak dan wawan.
Doakanlah, Cik Awa murah rezeki, mudah-mudahan dapat Cik Awa jenguk haziq, kakak ngan wawan kat sana :)
- William tak puas hati ni, aku dpt parcel dr Aus. Dia kan selalu perasan Aussie. Adake dia kata aku beli kat eBay
Memang betul, nak kurus macam nak kaya juga. Tak boleh main hentam, tak boleh tergesa2. Dan prinsip aku bila kita mahu lakukan sesuatu, buatlah denga bergaya (baca:berilmu). Sebab dalam sesuatu hal yang kita nak capai, kita akan temui pelbagai masalah. Dengan ilmu, kita akan tahu bagaimana menghadapi masalah2 yang timbul. Setiap masalah, kita perlu cari PENYELESAIAN bukan ALASAN. Dan berdiet ialah satu kembara yang panjang dan berterusan.
Sebenarnya, minggu pertama aku mula berdiet, berat aku naik sekilo. Sebab aku salah cara. Jadi aku pun mulalah tanya pada pak cik google. Baca sana, baca sini, fikir, fikir, fikir dan aku mula balik.
Nah! ini aku nak kongsikan sedikit ilmu. Aku akan terus kongsikan sedikit demi sedikit kalau kau suka silalah baca. Aku akan membebel, pandai2lah kau tapis isinya. Kalau kau mahu aku senaraikan 1 demi 1, hahahaha in your dream.. unless you are willing to pay my consultation fee.
Dan, kalau kau malas nak baca link atau artikel yang aku kongsikan.. TOLONG .. jangan beritahu aku. Kalau untuk bermula pun kau punya banyak alasan, seterusnya kau akan terus beralasan.
Koleksi artikel ni, bagus untuk permulaan. Dan blog DailyMucles ini pon bagus untuk diikuti. Sila klik dan selamat membaca!
DailyMucle's Compilation of Everyday Weight Loss Tips
Aku kan dari dulu2 memang la comel dan montel gitu. Aku ni pandai beli baju kurung siap lepas habis belajar la. Walaupun rangka aku kecil, tapi lemak aku kandel (jawa: tebal). Jadinya, bila beli baju kurung siap, aku beli saiz M. Memangla panjang sikit serba serbi (tangan, badan dan kain) tapi aku selesa je.
Masa bulan 7, 2007. Aku beli 3 pasang baju kurung. Semuanya saiz L. Memang tak sangka aku tak muat saiz M. Sangkut tang dada. Akak yang jual baju tu kata, "Baju ni pesak gantung (potongan Riau), tak ada kekek, jadi memang kecil sikit bahagian dada dia". Pandai akak tu sedapkan hati aku.
Tahun 2007 jugak, aku beli sepasang baju untuk raya di pesta konvo UTM. Pesta Konvo manalah ada fitting room. Penuh keyakinan aku beli saiz M sebab baju tu baju kurung Johor. Lepas beli tu, ala-ala muatla jugak, walau ada kesedendatan sikit. Tapi masa raya langsung tak muat da... :((. Nasib baik la aku ada baju lain.
Sejak tu bila beli baju kurung, aku beli saiz L :(.
Awal 2008, aku dapati, aku dah obese. Aku terima hakikat dan berazam nak diet. Bulan 4, 2008 aku mula. Dan hasilnya, raya 2008 aku dapat pakai balik baju raya tahun lepas yang tak muat. Aku gantung je baju tu kat dalam almari, pembakar semangat beb! Eha(adik aku) plak tunggu2 bila baju tu nak jadi hak dia.. Sorry...
Malam tadi, aku, alin dan oly pegi Angsana. Walaupun dekat je Angsana tu dan lalu hari-hari tapi jarang betul pegi sana. Biasalah kalau dah merambu dgn diaorg ni, tak nak beli apa2 pon terbeli jugak. Pilih punya pilih, kitaorg nak beli baju yang sama corak tapi lain warna. Poyo tak? hahaha. Macam masa sekolah-sekolah pulak. Warna yang aku pilih, tak ada pulak saiz M. Alin kata, cuba je la baju S tu, nampak macam boleh muat. Heh heh.. nak terlompat keluar aku dari fitting room. Aku muat baju saiz S tu hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahah. Yang bestnya, baju tu pon potongan Riau, pesak gantung. Ehem.. walaupun, tak lah selonggar baju M, tapi aku beli jugak. Ini boleh jadi indicator dan next goal, nak bagi selesa macam pakai saiz M. Buat masa ni kena pakai sport bra dulu. Kandel btol lemak2 kat badan ni hahaha.
Tak sabar nak telefon Eha. Aku sekarang sama saiz dengan dia hahahahaha... mencanak2 semangat aku nak pi gym ni. hehe
Hm... Alhamdulillah.. atas kesihatan yang Allah kurniakan. Walaupun aku belum lagi mendapat berat idaman, atau sekurang2nya kembali macam masa belajar dulu. Tapi aku tak pernah rasa lebih sihat dari sekarang :)
Harap2 cerita ni boleh la sedikit sebanyak membakar kawan2 yang sedang berusaha untuk jadi lebih sihat juga. Nenny, Yan, Yati, Abid, Amy dan lain-lain. Can we fix it?? Yes we can!! :D
Yan suka uji adakah aku betul2 pengekor setia Faisal Tehrani. Haha.. aku memang suka kecoh pasal Faisal. Bukan apa pun, pertama memang tak dapat dinafikan dia memang seorang pemikir dan penulis yang hebat. Kedua, aku bosan budak2 zaman sekarang ni mengidolakan orang-orang yang haprak. Dulu dia uji sama satu quote dalam buku Tunggu Teduh Dulu. Aku lulus ujian dia. Hari ni, pagi2 lagi dia nak uji aku lagi sekali.
aha.. rupanya aku tak kongsikan pon tentang Tuhan Manusia ni. Bila diingat2 aku baca buku ni waktu Ramadhan tahun lepas. (maaf - semalam, aku tersilap bagi link buku Bila Tuhan Berbicara - keliru sebab ilustrasinya hampir sama)
Kesimpulan aku pada Yan, "Buku ni kalau dibaca oleh orang yang malas berfikir, tak akan habis. Tapi kalau kita dah habiskan buku ni, kita tak akan berhenti2 berfikir"
nota: ini cuma catatan berdasarkan pengalaman dan ilmu dari bacaan aku sendiri. Untuk nasihat dari profesional, sila berjumpa doktor anda.. hehe
"Macammana diet? tak makan nasi ke? tahan lapo ke?" Itu soalan pantas la org biasa tanya. Nanti.. sebelum aku cerita macammana nak diet, kita kena tau dulu status kita. Cara-cara ni cara yang biasa, ada bnyk alatbantu (toolkit) kat internet. Kalau pengiraan yg tepat, kenalah jupa physician, tapi ini lebih kurang je la ek. Nak sihat, nak kurus, macam nak kaya jugak, kena pelan2, jangan gopoh. Yang penting istiqamah :)
Semua alatbantu kira2 aku rujuk dari website ni http://www.freedieting.com. Klik pada gambar alatbantu untuk ke terus ke website.
Untuk pertukaran unit matrik, klik sini -> World Wide Metric
Bagaiman kita tahu kita perlu berdiet?
BMI 18.5-25 ialah normal (ada yg guna 18.25-23)BMI 25.1 - 30 ialah berat berlebihan (ada yg guna 23.1 - 27.5)
BMI 30 ke atas ialah obesiti (ada yg guna >27.5)
2. WAIST TO HIP RATIO
Bukan berat dadan je yang kena jaga. Ukuran pinggang dan punggung pon penting.
Perempuan mesti tak lebih 0.8Lelaki mesti tak lebih 1.0
3. BODY FAT

| MEN | WOMEN | |
| Exceptionally Lean | 6-10% | 10-15% ** |
| Very Lean | 11-14% | 16-20% ** |
| Lean | 15-18% | 21-25% |
| Moderate | 19-24% | 26-29% |
| Overfat* | 25%+ | 30%+ |
DOUBLE CHEESE BURGER 1
Tinggal aku, Mala dan William saja yang belum makan tengah hari. William ajak makan McDonald. Sekarang semua set besar Value Meal berharga 5.95 pada waktu makan tengah hari. Adakah McDonald telah merasakan kesan boikot produk berkaitan Zionist?
5.95 memang berbaloi. Kalau dapat double cheese burger memang la sedappp. Tapi aku tak mau pergi.
"Come on.. it wont make you fat.." William cuba pujuk. Dia boleh habiskan 4 ketul BigMac sekali hadap. "Its not about the fat, its about blood". William tak faham tapi aku malas nak cerita panjang. Akhirnya pergi makan tempat lain. Biasalah, aku gunakan mak buyung Mala dengan alasan Mala teringin makan chicken chop hehehe.
DOUBLE CHEESE BURGER 2
Bersemangat aku nak pegi kelas TKO. Dah beberapa kali termiss. Kelas pukul 7.30-8.30. Jadi aku salin baju siap2, azan je solat, pastu pecut ke gym. Sampai agak lewat, tapi tak apa. Ramai pulak orang berkumpul depan studio. Kelas macam belum mula, tapi aku tak nampak pulak jurutunjuk (instructor) TKO. Rupa2nya jadual dah berubah, ada kelas baru dan jurutunjuk baru. Lelaki Philiphinos yang cute. Nama kelas tu BodyAttack. Belasahh... aku join je.
Selepas 15 minit, peluh dah menitik. Step lebih kurang je, tapi intense lebih sikit.
"Okay, guys.. get some mats.. we have to do sit up!" Dan (nama jurutunjuk) beri arahan.
"Aaahhh...." Perempuan India depan aku mengeluh.. kuat pulak tu. Minah ni, memang kuat keluh. Kali lepas dia keluh kesah pasal kelas TKO, tapi ngadu kat Kak Zana (kelas step aerobic). Tak disangka-sangka Dan menyahut "If you want to get rid those DOUBLE CHEESE BURGER, you have to do this". Hahaha.. aku gelak je pelan-pelan. Nasib baik la Dan tu comel, jadi ayat dia yang sadis tu pon bunyi cute je. Kalau aku yang mengeluh tadi agaknya dia cakap BIGMAC instead of DOUBLE CHEESE BURGER. Haha
Adohai.. lama baru berkesempatan update blog :)
Turki, salah satu tempat yang aku nak pergi lawat. Salah satu sebabnya, hari2 tengok selat Tebrau, nak tengok selat Bhosphorus pulak hehe. Selebihnya mahu melihat sejarah di sana. Sayang Baghdad hancur dibom Amerika, Baghdad juga padat dengan sejarah kegemilangan tamadun Islam.
Sultan Muhammad Al-Fateh, baru berusia 21 tahun semasa menawan Kota Kontantinopel (Istanbul) yang dikuasai oleh Raja Kontantine dari kerajaan Rom. Sejak zaman Nabi lagi, kerajaan Rom memusuhi Kerajaan Islam Madinah. Raja Rom waktu itu telah mengoyak2 surat yang dikirim Nabi Muhammad SAW. Dan selama beratus tahun selepas itu, Kerajaan Rom kerap kali menjadi ancaman kepada kerajaan Islam yang semakin berkembang luas.
Diceritakan Rasulallah SAW mengatakan Kota Kontantinopel hanya akan dapat ditawan apabila wujudnya pemerintahan dengan pemimpin yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik.
m/s 6
“Kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan Islam. Pemimpin yang menaklukkannya adalah sebaik-baik pemimpin dan pasukan yang berada di bawah komandonya adalah sebaik-baik pasukan”. [HR Ahmad bin Hanbal, Al-Musnad 4/335]
Kriteria pemilihan tentera bukan saja dari kemahiran ilmu perang, tapi mereka disaring dengan 3 syarat utama
1. Tak pernah meninggalkan solat wajib 5 waktu
2. Tak pernah meninggalkan solat sunat rawatib
3. Tak pernah meninggalkan solat sunat tahajjud
Subhanallah.. tentera2 yang baik mudah mendapat pertolongan Allah
Oleh itu banyak usaha dilakukan bermula seawal zaman Saidina Ali(34H), Muawiyah(84H), Sultan Sulaiman(91H), Khalifah Harun Al-Rashid(165H),Sultan Beyazid(1391,1397,1400M). Dan akhirnya Kontantinopel jatuh ke tangan Sultan Muhammad Al-Fateh pada 20 Jamadil Awal 857H bersamaan 29Mei 1435Masehi.
Salah satu kisah peperangan ini yang terkenal ialah muslihat Sultan Muhammad Al Fateh melayarkan kapal perang didaratan. Merentasi gunung dalam 1 malam
Lelaki Turki 21 tahun.. hmmm bagaimana kau bayangkan orangnya? Merah.. putih.. tinggi.. tegap.. orang Turki biasanya lawa-lawa :). Macammanlah rupa Sultan Muhammad al Fateh, dia naik takhta pada usia remaja 19 tahun. Ambil masa 3 tahun sebelum menawan Gereja Aya Shopia yang kemudian ditukar fungsi sebagai masjid. Beliau kemudian menitahkan pembinaan Istana Topkapi yang terkenal. Sampai sekarang, Istanbul menjadi ibu negeri Turki.
Hm... apa aku buat masa umur 19 tahun? baru terkedek-kedek mengenal dunia kampus. umur 21 tahun? belum pon sudah pengajian. Aduhaii.. kalau lah kita jadi remaja seperti baginda.
Rules: The rules are simple. Use Google Image to search the answers to the questions below. Then you must choose a picture in the first page of the results, and post it as your answer. After that tag 6 people.
I AM...
i am full of colours.. ececeh..
I REALLY WANT TO GO TO…
Turki, nak cari jejak Sultan Muhammad Al Fateh :)
MY FAV PLACE IS…
Beaches.. fuhhh.. dramatik betul pokok kelapa ni..
MY FAV COLOR IS…
Blue and Green - Langit dan Laut
MY FAV FOOD IS…
asam pedas ikan sembilang.. perrgghhhh....
MY FAV DRINK IS…
I ATTENDED…
FSKSM, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
apa kelam sangat gambor ni.. tapi aku tak studi kat bagunan ni masa undergrad dan post grad. bangunan lama, D07
MY FAV STORY IS…
Orang lain letak movie, aku letak novel, sebenarnya autobiografi SN shahnon Ahmad.
I WAS BORN AT...
Can you spot Senggarang, in the map?
MY HOBBY IS…
Amaran: jangan tiru aksi dia atas
I LIVE IN…
Seberang jalan Kip Mart Tampoi ni,
I WISH FOR…
A Family :) .. again... at the beach hahaha
I TAG... ahli majlis mensyuarat tingkap, facebook group, SMKABP-SPM96
Teja terkedu aku tgk Teja ni ;)
Maity - dasattt Mayti.. korner baring tu..
Rehan - amboii hidung dia..
Qim - ini lagi korner baring compare dgn gambar mayti tadi hehe :P
Gambar kanan : Faisal Tehrani dan SN Arenawati. Cilok dari blog Faisal. Halal ya bang..
Pertama kalinya aku kongsikan Karya Sasterawan Negara Arenawati. Istimewanya buku ni pada aku, inilah karya beliau yang pertama sekali aku baca. Terlebih dulu, doa untuk Allahyarham SN Arenawati yang baru pergi menemui penciptanya minggu lepas.
Rontok kisah anak gelandangan, tak punya emak bapa dan rumah. Adik-beradik mereka ialah anak-anak gelandangan lainnya. Watak utama Umar dan Tijah, bagaimana mereka berjuang untuk hidup sehari lagi. Bukan untuk maa depan yang terjamin.
Umar, bertubuh kecil, umur 12 tahun. Bekerja apa saja, untuk upah 10 atau 20 sen. Atau sepotong daging atau lemak, apa-apa saja dia terima. Makan makanan lebihan semalam dari kedai-kedai makan. Tijah lebih tua dari Umar, tapi Umar bertindak sebagai lelaki. Melindung dan mempertahankan Tijah. Dan masyarakat, bagaimana mereka melihat anak2 ini? Sebagai manusia atau sebagai parasit cuma kerana mereka tak punya sijil kelahiran?
Novel ini berlatarbelakangkan Labuan. Ironinya, masih banyak kes-kes anak-anak tidak bersijil kelahiran di Sabah. Yang dikatakan pendatang dari Filifina. Mereka seperti Umar, tidak bersekolah dan tak bermasa depan. Untungnya mereka mungkin ada keluarga.
Ini ialah karya Arenawati yang pertama aku baca. Kau lihatlah sendiri berapa lusuhnya buku ini. Ini cetakan pertama , tahun 1980. Dulu-dulu aku tak mampu punya buku sendiri. Aku baca apa saja buku yang ada di rumah. Ini ialah buku Kakak, dan aku adiknya yang no 5. Umur aku waktu aku baca buku ni? aku pun tak pasti bila tetapi aku belum lagi remaja. Justeru jika adik-adik atau anak-anak kau usik2 buku 'dewasa' kau, jangan halang dan jangan memandang rendah pada mereka! ;)
Sekarang begitu banyak anak baru mendapat status gelandangan di Gaza. Semoga Allah melindungi mereka.
Kita tak perlu cantik untuk hidup, tapi kita perlu sihat. Orang yang berkeyakinan diri cuma bila dia kelihatan cantik, sebenarnya bukan berkeyakinan pada dirinya, tapi pada 'tambahan' yang dia letakkan pada diri dia. Sebaliknya, jika kau cukup sihat fizikal dan mental, dan sentiasa bersyukur, kau akan sentiasa kelihatan cantik dan menawan.
Untuk mempunya keyakinan diri sejati, pertama-tamanya kita mesti menerima diri kita seadanya seperti yang Tuhan kurniakan. Kalau kita berjerawat, terimalah sebagai rahmat, kalau kita gemuk juga terima sebagai rahmat. Tapi jangan sampai hidup dalam penafian (in state of denial).
Menerima diri kita bermaksud, terima kelebihan dan kekurangannya sekaligus. Dengan menerima kenyataan inilah, yang memungkinkan kita untuk berubah. Terima tanpa sinis dan penuh ikhlas. Bukan sekadar penyedap hati.
Pesakit barah misalnya, harus menerima hakikat sakitnya, barulah dia mahu berubat untuk sembuh. Kalau dia duduk dalam penafian, dan berlakon sihat, dia tak akan mahu untuk sembuh.
Penagih dadah atau arak, langkah pertama untuk pulih ialah sedar diri mereka ketagihan. Dan itu ialah pesakit psikologi yang membawa pada kemudaratan fizikal.
Orang yang sayangkan dirinya dan bersyukur dengan hidup pendek yang dikurniakan Tuhan, mesti sentiasa berusaha untuk jadi lebih baik dan lebih sihat. Apa guna kita berdoa setiap hari, minta sihat dan panjang umur, juga mohon murah rezeki untuk kita nikmati. Tetapi dalam masa yang sama, kita terus terusan merosakkan diri sendiri. Usaha, Doa dan tawakkal, itu peraturannya. Ironinya, kita lebih berusaha untuk murah rezeki. Tapi selalu lupa rezeki tak akan dirasa nikmatnya tanpa sihat. Dan sihat ialah asbab panjang umur.
Aku pon pernah bertahun-tahun tidak sedar keadaan diri. Mungkin sudah terbiasa saja begini. Aku menerima diri aku seadanya, selesa dan yakin. Tanpa sedar, aku sebenarnya hidup dalam penafian. Menafikan diri berpenyakit dan enggan untuk berusaha menjadi sihat.
Ya! gemuk ialah penyakit.
Berani tak kau menyatakan "Ya aku gemuk, dan aku sedar itu. Aku tahu aku sedang menjahamankan diri sendiri". Setiap lebihan gram yang terkumpul menjadi racun. Umpana larva gunung berapi.. sedikit-sedikit membuak, membentuk lohong dan lorong dalam gunung, akirnya dia menguasai seluruh gunung sebelum meletus. Bagi kita, bilakah letusan tu? Bila doktor sahkan "SAKIT JANTUNG","KENCING MANIS","DARAH TINGGI".
Percayalah! aku faham apa perasannya menjadi gemuk. Mulai sekarang kau mesti pandang cuma pada diri kau. Lalukan perubahan cuma untuk diri kau. Kau mesti berkeyakinan penuh untuk bergerak sendiri. Kalau tiada orang menyokong engkau, kau cari aku. Aku punya banyak dorongan untuk dikongsi. Setiap kali aku berkongsi, dorongan2 itu berganda pula. Maka aku tak kehabisan.
Kalau aku boleh sembuh dari obesity, kau juga boleh!
Langkah pertama, keluar dari penafian!




